Rentak muzik yang seakan-akan irama 50-an itu muncul sebagai pengubat rindu kepada peminat lagu sebegitu tatkala lagu-lagu moden masih lagi menyelubungi arena seni muzik tanah air.
Impaknya, anak jati Kuala Lumpur yang berusia 25 tahun ini menjadi pujaan Malaya kerana memberi ruang kepada irama tersebut untuk bernafas kembali dalam dunia hiburan tempatan.
Mungkin ramai yang tidak tahu, seawal usia 16 tahun, Adzrin pernah dilamar oleh MIG Records untuk menjadi artis mereka setelah bakat nyanyiannya dicungkil menerusi Pertandingan Bintang Sensasi Menara Kuala Lumpur/ Hai pada 2002.
Malangnya, entah di mana silapnya, impian Adzrin untuk bergelar penyanyi profesional berkubur begitu sahaja.
Tekad Adzrin, dia ingin melupakan terus bidang nyanyian setelah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Namun, tempoh lapan tahun menjauhkan diri dari lapangan seni, bakat nyanyiannya itu kembali mewarnai industri muzik tanah air.
Alasannya, hanyalah disebabkan minatnya yang mendalam terhadap bidang nyanyian.
Selain itu, jelas Adzrin, kebangkitannya dalam bidang ini turut diiringi dengan semangat untuk membela nasib ayahnya yang pernah ditipu.
"Pujaan Malaya sebenarnya dicipta sebagai lagu tema sebuah filem tempatan.
"Tetapi entah di mana silapnya, filem tersebut diibaratkan seperti projek gajah putih. Terbengkalai tanpa ada lanjutannya ," luah Adzrin berbaur kekecewaan.
Tambah Adzrin, ayahnya yang bertindak selaku produser filem tersebut begitu kecewa kerana individu yang sepatutnya menyiapkan projek itu hilang begitu sahaja.
"Saya pernah mencari individu yang terlibat, tapi masih gagal untuk bertemu mereka.
"Meskipun ada masalah dalam projek tersebut, ia sepatutnya diperjelaskan kepada ayah saya. Bukannya melarikan diri begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak," katanya
google: Adzrin facebook, Adzrin artis seksi, Adzrin artis hot, Adzrin pujaan lelaki, skandal terbaru Adzrin, gambar terbaru Adzrin
PUJAAN MALAYA sudah pun memasuki Carta MuzikMuzik 26 dan anda boleh membuat undian dengan klik
ReplyDeletepada link berikut :
http://apps.tv3.com.my/muzikmuzik/