Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, March 28, 2011

(GAMBAR) Hari-hari terakhir Fara Fauzana dan Wahid Senario sebelum meninggalkan Melodi!

Kini Fara Fauzana dan Wahid Senario sudah pun meninggalkan rancangan hiburan, Melodi untuk selama-lamanya. Hari-hari kelmarin bersama Melodi di Batu Kawan, Penang merupakan hari-hari yang bermakna buat mereka berdua sebagai pengacara suka ramai. Siap ada majlis makan kek lagi oleh sahabat-sahabat pengacara mereka.

Terserlahlah duka disebalik topeng gembira tue. Namun itulah takdirnya, mereka terpaksa tinggalkan Melodi dan memberi laluan kepada pengacara baru nanti. Apa-apa pun tahniahlah diatas kebolehan dan semangatnya Fara dan Wahid dalam mengendalikan rancangan Melodi selama ini.


(GAMBAR) Miera Liyana Yang Comel Bila Tak Seksi




google: Miera Liyana facebook, baju seksi Miera Liyana, Miera Liyana yang seksi, Miera Liyana pakai seksi, gambar seksi Miera Liyana, skandal Miera Liyana, Miera Liyana twitter, gosip Miera Liyana

(GAMBAR) Sambutan Birthday Parti Untuk Lisa Surihani


Inilah 12 Barisan Pelajar, Tenaga Pengajar AF9


Selepas menjalani proses undian secara online menerusi laman web rasmi Akademi Fantasia 9 (AF9) serta penjurian dari juri profesional, inilah dia barisan 12 pelajar AF9 yang telah dipilih secara sah serta bakal mengharungi cabaran sebagai penuntut AF9.

AF9 yang diterbitkan Astro akan mula disiarkan di Astro Ria saluran 104 bermula 2 April ini.

Bagaimanapun, daripada 12 pelajar AF9 yang diumumkan dalam majlis sidang media pelajar AF9 dan tenaga pengajar AF9 di AEON AU2 Setiawangsa, sebentar tadi, tiga di antaranya berstatus artis realiti TV yang mana sebelum ini mereka pernah menyertai program realiti TV bukan terbitan Astro.

Apatah lagi, ada juga yang sudah mempunyai lagu single sendiri dan pernah dicalonkan dalam program Muzik-Muzik iaitu Azri. Selain Azri yang pernah menyertai program Mystar LG, Afif yang juga saudara kepada pelakon kacak, Kamal Adli pernah bersaing menerusi program yang sama. Pun begitu, Azri bertanding dalam Mystar LG 2 dan Afif pula Mystar LG musim pertama.

Seorang lagi pelajar lelaki AF9 yang pernah menyertai program realiti TV adalah Erul yang mana sebelum ini dia dikenali dengan nama Khairul dari kumpulan Evo iaitu protege kepada Jaclyn Victor dalam program Mentor.

Produksi AF9 kali ini turut memilih adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Kay yang tidak putus-putus mencuba nasib sebagai pelajar AF bermula dari musim yang kelima lagi. Selebihnya, 8 pelajar AF9 yang lain ialah Amir, Raqib, Lena, Laika, Eka, Aida, Nera dan Miza.

Selain mengumumkan barisan 12 pelajar AF9, majlis pada petang itu turut mendedahkan senarai barisan tenaga pengajar yang bakal mendidik kesemua pelajar ini. Mereka yang dipilih adalah Syafizawati dan Ning Baizura sebagai guru vokal, Adlin Aman Ramlie sebagai guru seni persembahan, Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan Aris sebagai guru tari.

Bagaimanapun, pihak Astro masih lagi merahsiakan siapakah calon paling layak yang bakal menduduki kerusi panas pengetua yang mana nama pengetua yang rasmi akan diumumkan pada 2 April depan sewaktu siaran langsung ke udara di Tirai AF9 yangakan menampilkan Aznil Hj Nawawi sebagai hosnya.

Dalam pada itu, pihak produksi juga masih merahsiakan siapakah 2 selebriti yang bakal menjadi juri tetap AF9. Namun, penganjuran AF kali ini bertambah menarik kerana penonton dapat lihat sendiri setiap pelajar ini belajar yang mana kelas AF9 dibina di AEON2 Setiawangsa dalam studio kaca.

Apapun, jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert Tirai AF9 yang akan diadakan di AEON2, Setiwangsa jam 9 malam. Sebelum berlangsungnya konsert Tirai, sebuah mini showcase akan diadakan dengan menampilkan bintang AF seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Zahid, Shahir dan ramai lagi.

Zul Huzaimy, Isteri Cerai Talak Dua


Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.

"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku,"

Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.

Zul bersama Dalilah dan anaknya, Awal.

Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.

"Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak.

"Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual," tuturnya.

Ditanya adakah kemungkinan mereka akan berbaik semula Dalilah memberitahu tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.

"Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja.

Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya," ujar Dalilah.

Sementara itu, Zul gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya tentang penceraiannya itu.

Gosip keretakan rumah tangga Zul Huzaimy sudah kedengaran sejak tahun lalu tapi pelakon itu enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia adalah kisah peribadi yang tak perlu dihebohkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...