Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, April 12, 2012

Gambar Izara Aishah di ABPBH 2011

Kemunculan pertama atau ketegori yang pertama Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2011 yang lalu yang telah dicalonkan bagi Izara Aishah, sememangnya memberikan satu kesan bahawa pelakon jelita ini kian meningkat naik namanya.

Memang susah nak menang buat kali pertama, sebab persaingan juga sengit antaranya Tasha Shilla (pemenang), Najwa Latif, Neelofa dan juga Nur Fathia.


Gambar Nikita Willy & Diego Michiels Tidur Bersama Tersebar Di Indonesia


Dunia hiburan Indonesia semalam kecoh dengan tersebarnya sebuah gambar yang di’dakwa milik Nikita Willy bersama Diego Michiels.

Dalam gambar yang hanya wujud sekeping itu di’dakwa perlihatkan Nikita Willy yang lena di’peluk erat dari belakang oleh Diego Michiels.

Namun, Nikita Willy pantas keluar memberikan kenyataan menafikan kesahihan gambar tersebut dan memberikan bukti nyata yang dia dan Diego Michiels tidak pernah tidur bersama selama ini.

Dalam kenyataan kepada Kapan Lagi, Nikita Willy menunjukkan set gambar Diego Michiels yang jelas mempunyai tattoo di’lengan sedangkan foto yang tersebar menunjukkan sebalik’nya.

“Kalau ingin pembuktian ini foto yang ada di internet, di sini tangan saya nggak sepanjang ini & saya minta Diego untuk foto, ini tangan kanannya Diego banyak banget tattonya, sedang di foto nggak ada tatonya,” ujar Nikita Willy.

Lelongan Fesyen Berjenama


Atas landasan kerja amal dan bagi membantu mereka yang memerlukan, dua nama yang cukup sinonim dalam dunia fesyen dan hiburan tempatan, Datuk Faridah Hashim dan Elyna Effendi mengambil kesempatan menganjurkan karnival bazaar amal pada 15 April ini.

Cukup istimewa lagi tersendiri, karnival yang akan diadakan di The Strand, Kota Damansara itu memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan helaian fesyen dari jenama mewah seperti Kenzo, Prada, Dior, Celine, Tods dan Ralph Lauren dengan harga serendah RM5.

Lebih menarik juga, dengan jualan pakaian lelaki serta wanita dari butik The Emperor's New Clothes, Maizen, Kaseh, Trigelle serta barangan hiasan rumah seperti bakul, bingkai gambar serta lukisan akan turut dijual di karnival berkenaan.

Malah keuntungan daripada hasil jualan karnival berkenaan akan disalurkan seratus-peratus ke tiga rumah kebajikan terpilih iaitu Asrama Anak-anak Yatim Uayasan Hikmah, Gopeng Perak, Yayasan Chow Kit dan KIWANIS.

Hasrat murni ini adalah idea serta inspirasi gandingan ibu dan anak, Datuk Faridah dan Elyna yang sebelum ini pernah menganjurkan jualan amal ini di kediaman mereka.

Atas sambutan yang sungguh menggalakkan daripada teman-teman terdekat, kedua-dua figura prominent itu berasa gembira kerana hasrat untuk meneruskan niat murni itu dapat direalisasikan dalam skala yang lebih besar dengan penganjuran karnival berkenaan.

Lebih bermakna lagi dengan adanya sokongan daripada golongan selebriti seperti pasangan suami isteri popular Que Haidar dan Linda Jasmine serta Jeslina Hashim yang turut padang ke karnival berkenaan.

Tidak ketinggalan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita harian 2011, Maya Karin yang akan menyumbangkan barangan peribadi beliau untuk dijual bagi menyahut niat murni anjuran bersama Datuk Faridah dan Elyna.

Farah Asyikin Jadi Guru Sepenuh Masa


Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 32, kini bergelar guru secara sepenuh masa di sekolah antarabangsa Cempaka Damansara di sini, sejak 19 Mac lalu.

Farah berkata dia mengajar subjek pentas dan drama untuk pelajar sekolah rendah.

Beliau memberitahu, selepas berhijrah dengan memakai tudung beberapa bulan lalu, dia amat gembira kerana dapat melakukan sesuatu pekerjaan baru dalam mendidik kanak-kanak.

"Saya pun tak sangka yang kini saya merupakan seorang pendidik. Alhamdulillah sudah sebulan saya mengajar dan anak murid saya semua menyenangi pengajaran yang dibuat,"

Tambah Farah terdapat pelbagai cabaran bergelar seorang pendidik iaitu perlu memikirkan sukatan pelajaran yang ingin diajar di dalam kelas selain teknik memikat hati murid-murid.

Katanya, walaupun menjadi guru sepenuh masa, Farah masih lagi aktif dengan karier muziknya, malah dia bakal muncul dengan sebuah “single” lagu terbaru berjudul Berpisah Untuk Setia.

Dalam pada itu, Farah berkata, dia menyedari kemunculan lagu baru selepas penghijrahannya sebagai wanita bertudung itu akan menimbulkan persepsi negatif segelintir pihak yang menganggap seorang wanita Islam tidak boleh menyanyi.

"Saya faham ada yang berkata wanita Islam tidak dibenarkan menyanyi, saya juga pernah tertanya-tanya tentang hal tersebut. Tetapi selepas mendapatkan penjelasan daripada seorang ustaz, ia dibolehkan, tetapi ada batasnya.

"Sebagai contoh, jika dahulu saya sering menyanyi diiringi dengan para penari, kini tidak lagi. Biarlah pentas itu kosong, asalkan ia tidak mencacatkan penghijrahan saya," tegasnya.

Bercerita mengenai lagu terbaru yang dicipta oleh Farah sendiri, ia telah dirakam di Indonesia terbitan Andrew Darmoko.

"Jujur saya katakan, lagu ini mengisahkan pengalaman hidup cinta saya. Harap-harap para peminat akan menyukai lagu ini yang akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya.

Aidil Zafuan Nafi Tak Jenguk Anak


Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, sudah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya yang juga pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 36, melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, kelmarin.

Aidil dalam laporan Berita Harian berkata, tindakan itu terpaksa dilakukannya sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangganya yang berlaku sekian lama sehingga menjadi perhatian ramai walaupun mengakui ia bukan keinginannya.

"Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di Mahkamah Petaling Jaya, semalam (kelmarin). Saya pun sudah maklumkan dengan dia (Rita) mengenai perkara itu dan Rita meminta supaya dipercepatkan.

"Saya serahkan kepada peguam menguruskan perkara itu," katanya di Seremban, semalam.

Pemain pertahanan yang kini beraksi dengan pasukan Tentera dalam saingan Liga Malaysia itu memberitahu, sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Rita melalui SMS.

Dalam pada itu, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu turut menafikan dakwaan mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, 11 bulan.

"Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas.

"Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka," katanya.

Mengulas lanjut hubungannya dengan keluarga Rita, Aidil yang juga abang kembar kepada seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha, berkata dia tidak mempunyai masalah dengan keluarga mentuanya dan mereka bukan penyebab dia memfailkan permohonan cerai.

Sementara itu, bapa mereka, Abd Radzak Salleh, 62, berkata dia tidak mengetahui apa-apa mengenai tindakan anaknya itu walaupun mengakui keadaan rumah tangga mereka berdua bermasalah sejak sekian lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...