Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, September 14, 2011

Filem 'Bukit Kepong' Ikut Fakta Sejarah


Pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Dr Jins Shamsuddin menjelaskan penghasilan filem tersebut dilakukan berdasarkan fakta sejarah selepas pihaknya melakukan perbincangan terperinci dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jins berkata, filem yang menjalani penggambaran pada tahun 1981 itu turut mendapat kerjasama daripada penduduk kampung Bukit Kepong selain temu bual dengan pengganas komunis yang menyerah diri selepas insiden serangan di balai polis berkenaan.

“Saya membuat skrip filem itu selepas memperoleh input daripada pihak PDRM yang diketuai oleh Ketua Polis Negara pada ketika itu (Tun) Hanif Omar.

"Selain maklumat yang diberikan oleh PDRM, saya turut membuat kajian dengan bertemu penduduk kampung Bukit Kepong termasuklah bekas anggota PKM (Parti Komunis Malaya) bagi mendapat gambaran sebenar mengenai tragedi berkenaan.

“Apa yang disiarkan dalam filem itu adalah fakta dan gambaran sebenar yang diperoleh daripada PDRM serta berdasarkan kepada temu bual saya dengan pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai penghasilan filem Bukit Kepong di pejabatnya, di Studio Panca Delima, Jalan Hulu Klang di sini, Isnin.

Kisah Bukit Kepong menjadi hangat apabila Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang terlibat dalam tragedi berdarah tersebut adalah hero sebenar.

Jins Shamsuddin (kanan) memberi penjelasan kepada para pemberita mengenai penghasilan filem 'Bukit Kepong' di pejabatnya, di Jalan Hulu Kelang, Isnin.

Kata Jins, dalam filem berkenaan watak Mohamad Indera ditonjolkan sebagai pihak yang mengetuai serangan ke atas anggota polis Bukit Kepong sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

Ujarnya, sebelum pembikinan filem itu, keluarga Mohamad Indera ada berjumpanya dan meminta supaya tidak terlalu menonjolkan kejahatan anggota PKM itu menyebabkan beliau terpaksa akur.

“Saya akui semasa penggambaran filem itu hendak dilakukan, keluarga Mohamad Indera ada berjumpa saya secara peribadi dan meluahkan hasrat supaya kejahatan lelaki berkenaan tidak ditonjolkan,” katanya.

Jelasnya lagi, penghasilan filem berkenaan adalah berdasarkan kepada fakta sejarah yang diperoleh selain nasihat PDRM dan bukannya direka sendiri oleh pihaknya untuk tujuan komersial bagi menarik perhatian orang ramai.

Tambahnya lagi, kebenaran filem itu diakui oleh pihak kerajaan dan ahli keluarga anggota-anggota polis Bukit Kepong sendiri sehingga filem berkenaan memperoleh lapan anugerah termasuklah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke tiga (FFM-3) pada tahun 1982.

Katanya lagi, semua pihak tidak wajar mempertikaikan filem tersebut kerana penggambarannya dilakukan selepas pihak PDRM berpuas hati dengan skrip yang dilakukan.

“Tun Hanif turut memberikan saya seorang setiausaha daripada anggota polis sendiri bagi membantu saya menjalankan penyelidikan sehinggalah skrip dan penggambarannya siap dilakukan selepas semua pihak berpuas hati dengan fakta-fakta dalam filem itu,” katanya.

Kos pembikinan filem tersebut menelan belanja RM1.3 juta dan memperoleh kutipan RM1.7 juta selepas tayangan.

Selain Jins yang memegang watak Ketua Polis Balai bernama Sarjan Jamil, ia turut dilakonkan oleh Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam, A.Rahim serta Suhaina Yahya.

Tuduhan Adda Melampaui Batas - Mamat Sepah

Mamat bersama kekasih barunya, Fida.

Bekas anggota Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda mengenai kisah cinta mereka sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu.

Kata Mamat, dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.

"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.

"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan,"

Mamat diminta mengulas kenyataan Adda dalam sebuah akhbar mingguan yang mendakwa dia telah memutuskan hubungan cinta mereka tanpa sebarang alasan.

Adda 

Malah dalam kenyataan tersebut juga, Adda mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.

Bagaimanapun, Mamat akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.

"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.

"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," katanya kesal.

Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.

"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang," tuturnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.

"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang," ujarnya.

Tuesday, September 13, 2011

Gambar seksi Fasha Sanda & Neelofa

Memang cantik dan seksi mereka berdua ni. Anda rasa sapa paling cantik dan seksi?





google: gambar seksi Fasha Sanda, foto seksi Fasha Sanda, gambar seksi neelofa, foto seksi neelofa malaysia, video 3gp Fasha Sanda, video mp4 Fasha Sanda, filem seksi Fasha Sanda, neelofa berlakon, aksi terbaru Fasha Sanda, cerita terbaru Fasha Sanda, neelofa gadis seksi, gambar menggoda Fasha Sanda, gambar majalah Fasha Sanda, neelofa hot seksi, video aksi neelofa, aksi fasha sanda, fasha ber bikini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...