Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, February 10, 2011

Mengaku Nakal, Tapi Tidak Mabuk - Nabil


Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 27, menjelaskan khabar angin kononnya dia pernah mabuk dan bercumbuan dengan seorang gadis di sebuah pub hotel terkemuka di ibu negara adalah tidak benar.

Juara program Raja Lawak musim kedua itu berkata dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak.

"Saya tak tahu macam mana boleh timbul gosip ini. Rasanya saya tak berkelakuan tidak senonoh di depan umum. Kalau benarlah saya berbuat demikian, saya akan berterus terang dan mengaku. Tapi saya tidak buat.

"Tambah pula saya tidak pernah mabuk. Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.

"Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita. Dan bila orang nampak apa kita buat, mereka akan bercerita.

"Saya ingin jelaskan bahawa apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian adalah sama seperti orang lain. Saya tak boleh nak menipu diri sendiri dengan mengurung diri di rumah tanpa bergaul," katanya yang ditemui pada majlis sambutan Anugerah Bintang Popular bersama calon-calon bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular di Hotel Le Meridien, di sini, Selasa.

Baru-baru ini, Nabil dikatakan hadir ke sebuah pub hotel bersama tiga rakannya. Difahamkan Nabil berkeadaan mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di mana dia sedang bercumbu dengan salah seorang rakannya itu di belakang tandas pub tersebut.

Selain itu, Nabil juga dikatakan berjaya membolosi diri daripada kepungan polis ketika mengunjungi sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada 29 Januari lalu.

Bagaimanapun, Nabil turut menafikannya dan berkata pada hari tersebut dia sedang berada di rumah dengan membetulkan kerusi sofa yang baru dibelinya.

Tambah Nabil, dia sudah lali dengan kontroversi yang dilalui sebelum ini, sehingga dia pernah duduk di rumah tanpa keluar selama dua bulan jika tidak bekerja.

Bagaimanapun, anak kelahiran Negeri Sembilan itu sudah berazam untuk berubah tanpa kontroversi seperti yang dilaluinya tahun lalu.

"Saya ingin menjadi seorang yang lebih baik pada tahun ini dan diakui saya berkelakuan nakal pada tahun lalu.

"Alhamdulillah, dengan kontroversi yang ada, karier saya tidak diganggu sangat. Cuma saya tak mahu lupa dengan kesalahan yang saya buat sebelum ini kerana ia memberi keinsafan buat diri saya," ujarnya.

Anak-Anak Belum Tahu Raja Azura, Suami Bercerai


Walaupun disahkan bercerai pada 28 September tahun lalu, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, dan bekas suaminya Adzmin Osman, 37, masih lagi merahsiakan penceraian itu daripada pengetahuan anak-anak mereka.

Menurut Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, sehingga kini, dia dan Adzmin berlakon sebagai sepasang suami isteri yang normal di depan ketiga-tiga anak mereka iaitu Megat Muhammad Raziq, 9, Megat Luqman Hakim, 8 dan Puteri Mkia Maizurah, 5, kerana enggan melukai hati mereka.

"Saya tak mahu anak-anak tahu tentang perkara ini dan kerana kesilapan saya dan Adzmin, anak-anak pula yang jadi mangsa.

"Kami dah berjanji untuk berlakon di depan anak-anak seperti tidak ada apa yang berlaku. Malah kami memastikan untuk keluar berjalan-jalan di hujung minggu sekeluarga seperi biasa.

"Oleh itu saya akan memastikan tiada sebarang surat khabar yang ada di dalam rumah. Setakat ini anak-anak saya cuma tahu yang bapanya sibuk bekerja di Alor Setar, Kedah dan akan datang berkunjung ke rumah setiap hujung minggu.

"Bila Adzmin ada kelapangan, dia akan datang ke rumah saya dan tidurkan anak-anak seperti biasa," katanya yang ditemui pada majlis sambutan Anugerah Bintang Popular bersama calon-calon bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular di Hotel Le Meridien, di sini, Selasa.

Bagaimanapun tambah Kak Engku, dia masih berharap untuk kembali ke pangkuan bekas suaminya itu jika ditakdirkan bersama semula.

Pada masa yang sama, pengacara tersebut tidak perlu melukai hati anak-anak mereka untuk menjelaskan status sebenar hubungan kak Engku dan Adzmin.

"Saya masih simpan harapan untuk kembali kepadanya (Adzmin). Ini kerana anak-anak yang saya lahirkan itu merupakan anak dia juga.

"Andai kata dia ingin berpatah balik kepada saya, sekurang-kurangnya anak-anak tak perlu tahu pergolakan yang melanda terhadap kami.

"Mungkin perpisahan ini adalah masa untuk saya dan Adzmin berfikir dan membetulkan kesilapan masing-masing. Sekarang ini kami memberi ruang untuk muhasabah diri. Lagipun saya masih sayangkan dia," tutur Kak Engku sambil menitiskan air matanya.

Penyampai radio itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Joey Mengaku Ada Hubungan Sulit Dengan Watie


Pelakon dan penyanyi, Joey didakwa membuat pengakuan kepada isterinya, Noraini Mohamad Nasir bahawa dia ada menjalin hubungan sulit dengan pelakon, Watie sebelum menghilangkan diri.

Noraini yang sedang memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu berkata, pengakuan tersebut dibuat pada penghujung bulan Mei 2010.

“Keesokan harinya, dia terus keluar daripada rumah dan pulang semula pada 4 Jun 2010. Antara tempoh tersebut, saya ada menghubungi telefon dia, tetapi tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas,” katanya.

Wanita bertubuh kecil itu seterusnya memberitahu, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud menghubunginya menerusi telefon untuk berbincang pada 4 Jun 2010 sebelum datang ke rumah kelamin mereka yang terletak di Ampang, dekat sini.

“Dia datang bersama seorang kawan yang dikenali sebagai Acong. Dia kata ingin menceraikan saya, tetapi saya telah lari masuk ke dalam rumah.

“Acong telefon saya dan memberitahu bahawa suami saya telah melafazkan cerai dan dia mendengar lafaz tersebut,” katanya dan menambah dia merayu kepada Joey supaya tidak diceraikan.

Noraini juga memberitahu, bahawa Joey ada merujuk semula dengan dirinya empat hari selepas didakwa melafazkan talak dan lafaz rujuk didakwa berlaku di dalam bilik tidur mereka.

“Dia melafazkan rujuk melalui perkataan dan juga perbuatan. Dia meletakkan tangan kanannya di dahi saya manakala tangan kiri memegang Al-Quran yang diletakkan di atas bantal,” katanya.

Noraini menambah, dia telah memberitahu perihal rujuk itu kepada adik tirinya, Wan Asmadi Wan Mohd Najib manakala Joey menceritakan perihal sama kepada rakan mereka, Martias Ali.

“Martias memberitahu saya bahawa Joey ada bertanya kepadanya sama ada rujuk tersebut sah atau tidak dan Martias menjawab tidak sah kerana tidak mempunyai saksi,” katanya.

Justeru itu, Noraini menyatakan kesediaannya untuk bersumpah bahawa keterangan yang diberikannya dalam perbicaraan itu sebagai benar.

Noraini dan Joey yang merupakan vokalis kumpulan Exists dan pernah menghasilkan album Beradu Suratan berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan, Zidani, empat tahun setengah.

Noraini memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dilafazkan di luar mahkamah mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor pada 15 Oktober 2010, iaitu kira-kira seminggu selepas hubungan antara Joey dan Watie dilaporkan media.

Joey dan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite dikatakan rapat selepas bertemu di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri.

Pada prosiding Rabu, Joey juga hampir berdepan dengan tindakan waran tangkap selepas dia tidak berada di mahkamah semasa kesnya dipanggil.

Joey yang hadir pada pukul 2 petang hanya memasuki galeri mahkamah kira-kira 15 minit selepas Noraini memberi keterangan dan di akhir kes, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menegur kelakuan pelakon filem Crayon tersebut.

“Sekurang-kurangnya jika kamu mempunyai masalah atau lewat, maklumkan kepada peguam kamu. Mahkamah tidak zalim, saya keluarkan waran tangkap kerana tiada maklumat tentang kamu,” katanya.

Beliau juga menetapkan 27 April depan sebagai tarikh sambung bicara untuk peguam syarie Joey, Fakhrul Azman Abu Hassan menyoal balas Noraini ekoran peguam itu sedang mengendalikan kes di Manjung, Perak.

Walaupun Noraini mengakui bahawa mereka tidak lagi tinggal bersama, Abdul Halim masih memerintahkan pasangan tersebut untuk tinggal berasingan sehingga mahkamah memberi keputusan untuk merungkaikan masalah perkahwinan itu.

Pada prosiding itu, peguam syarie Munirah Abu Bakar hadir bagi pihak Fakhrul Azman.

Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai


Kegagalan Jawatankuasa Pendamai untuk memujuk personaliti TV3, Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib meneruskan kehidupan sebagai suami isteri menyebabkan Mahkamah Rendah Syariah di sini, memilih untuk menasihatkan lelaki itu supaya melepaskan ikatan perkahwinan tersebut.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad berkata demikian dalam prosiding sebutan yang diadakan untuk mengetahui perkembangan jawatankuasa terbabit yang dianggotai oleh wakil kedua-dua pihak dan dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ghazali berkata, beliau akan menasihatkan Mohamad Yusof, 49, untuk melafazkan talak terhadap Zakiah secara baik dengan persetujuan bersama iaitu mengikut peruntukkan Seksyen 47(14) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan pada Rabu, memandangkan Mohamad Yusof yang pernah bekerja dalam industri media tidak menghadiri prosiding mahkamah.

Ketidakhadiran itu membawa padah selepas Ghazali membenarkan permohonan peguam syarie Zakiah, Abdullah Anuar Sahri agar satu waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki tersebut.

Ghazali seterusnya menetapkan kes itu disebut semula pada 9 Mac depan untuk Mohamad Yusof hadir ke mahkamah.

Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan, 999, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada Januari 2010, selepas menarik semula permohonan untuk bercerai secara taklik yang difailkan di Mahkamah Syariah Shah Alam, dekat sini pada 1 September 2009.

Ekoran permohonan tersebut, mahkamah memerintahkan pembentukan jawatankuasa pendamai dilakukan dan Zakiah diwakili oleh anak saudaranya, Affendi Yusof manakala Mohamad Yusof diwakili sepupunya, Md Hairi Mad Salleh.

Zakiah, 44, dan Mohamad Yusof mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun lalu da hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15.

Wednesday, February 9, 2011

Nurul kekasih baru Zahid AF?

Gambar mesra diantara gadis yang bernama Nurul dan Zahid AF sudah beredar di internet. Kata orang, Nurul merupakan kekasih baru Zahid AF. Zahid pun belum apa-apa lagi penyataan yang meng'iya'kan dakwaan orang ramai.

Lihat sahaja mesti kita tahu apa hubungan diantara Zahid dan Nurul, mesra dlm gambar tue. Tapi takpa lah, kalau Nurul ni merupakan kekasih Zahid. Nurul pun kelihatan cantik dan manis, Zahid pun mesti kesunyian selepas putus cinta dengan Nita .


Intan Ladyana, Kamal Adli dalam Kembar Siang


Filem Kembar Siang bakal menemui anda pada 24 Februari 2011 nanti dan yang paling masyuk adalah apabila Kamal Adli dan Intan Ladyana digandingkan dimana sebelum ini digosipkan bercinta dalam lokasi.

Selain itu Kamal dan Intan turut dibantu oleh pelakon-pelakon senior seperti Mat Over, Sabri Yunos, Syanie, Sathiya, Hamid Gurkha dan Lan Pet Pet. Apa-apa pun mari kita layan dan tengok dulu pasangan romantis Kamal Adli dan Intan Ladyana preview dan bercerita sikit pasal Kembar Siang yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Ifa Raziah 'Sembur' Safura & Pengikut Twitter


Pelakon Ifa Raziah mencetuskan kontroversi apabila melemparkan perkataan yang agak “panas” kepada seorang pelakon melalui Twitter dan Facebook miliknya pada Sabtu lalu.

Menerusi laman sosial itu, Ifa memanggil pelakon berkenaan sebagai perempuan murahan selain menasihatinya supaya tidak terus menyalak seperti anjing berikutan kenyataan pelakon tersebut dalam rancangan Melodi pada 30 Januari lalu kononnya turut mengaitkan Ifa Raziah.

Kata-kata yang dikeluarkan Ifa Raziah terhadap artis yang dipercayai ditujukan untuk Safura menerusi Facebook miliknya.

Ifa Raziah yang juga Pengarah Urusan, Zenzoria ketika dihubungi menjelaskan tujuannya melemparkan kata-kata kasar menerusi Facebook dan Twitter miliknya kerana tidak berpuas hati selepas melihat kenyataan artis berkenaan iaitu Safura Ya‘cob berserta keratan akhbar dan gambar mengenai kes mereka yang disiarkan menerusi rancangan Melodi bagi menerangkan kemelut yang melanda mereka selama ini.

“Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya.

“Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai?” soal Ifa.

Jelas Ifa, isu saman menyaman sejak tahun 1998 di Mahkamah Tinggi dan kemudian berlanjutan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2007 sudah selesai apabila Safura diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM500.

Namun menurut Ifa dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada pelakon itu sehingga hari ini.

Menerusi Twitter pula, Ifa turut memarahi pengikutnya yang cuba masuk campur terhadap kesnya dengan Safura.

Ifa juga turut mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 dan saman malu di Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 terhadap Safura.

“Dia yang memulakan tindakan untuk menyaman saya tetapi kedua-dua saman itu diketepikan mahkamah. Malah dia pula yang diarahkan bayar kos guaman sebanyak RM500. Itu pun masih belum dijelaskan lagi.

“Dan atas dasar profesional, saya tidak pernah beritahu perkara ini di mana-mana akhbar biarpun sudah lebih 10 tahun perkara itu berlalu. Tapi dia dengan mudah cakap masalah di antara kami sudah selesai,” katanya.

Sementara itu, di Twitter yang sama, Ifa turut berbalah dengan beberapa pengikutnya apabila segelintir mereka memberi komen negatif terhadap Ifa berhubung pendapatnya terhadap Safura menerusi laman sosial berkenaan.

“Saya cakap begitu untuk mengajar mereka yang kurang ajar agar menghormati artis dan jangan terlalu merendah-rendahkan golongan artis yang mereka tidak suka.


“Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya,” katanya berang dengan segelintir pengikut Twitter yang melemparkan cacian kepadanya.

Jelas Ifa, dia tidak mahu berdiam diri dan terus dipandang hina oleh segelintir pihak yang gemar merendah-rendahkan martabatnya sebagai seorang artis.

Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyai RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.

Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.

Nora Danish perli seseorang??


Video ni diambil ketika Sure Heboh rancangan Melodi pada tahun lalu. Nora Danish dan Intan Ladyana bersama-sama dalam cuaca panas terik tu bersama-sama Fara Fauzana dan Wahid. Namun yang menjadi perhatian adalah Nora agaknya. Ya lah waktu itu memang masih lagi 'panas' dengan gosip yang melanda diri. Jadi memang ramai orang nak ambil perhatian. Tapi ada dalam diam-diam kat video ini, Nora sepertinya memperli kepada seseorang. Kalau anda terlalu arif dalam menilai ayat, cuba dengar cakap Nora ni.

Nadia Mustafar Dapat Anak Lelaki


Pelakon Nadia Mustafar, 34, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.2 kilogram pada pukul 11.41 pagi, Ahad lalu di Hospital Pantai, Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut Nadia, proses kelahiran anak kedua yang diberi nama Qaiem Quzey Izham itu lebih mudah berbanding anak pertamanya, Qaliff Hazil Izham, 18 bulan.

"Alhamdulillah, dia dilahirkan dengan selamat dan kami cuma duduk sehari di hospital.

"Proses melahirkan pun tidak susah sangat dan saya mengalami kontraksi selama dua jam sahaja, berbanding dengan anak kedua, saya terpaksa menahan sakit selama sembilan jam.

"Bagaimanapun, selepas kandungan Qaeim berusia tujuh bulan, rasa sakit sudah mula. Mungkin sebab itu proses kelahirannya agak mudah. Saya syukur semuanya berjalan dengan lancar,"

Tambah Nadia, dia merancang untuk menambah anak selepas satu atau dua tahun lagi kerana impian dia dan suaminya, Hazil Izham Ismail untuk memperoleh empat orang anak.

"Sekarang ini memanglah saya tak mahu mengandung lagi sebab baru lepas rasa sakit bersalin. Tapi lepas ini tak tahulah macam mana.

"Apa-apa pun, saya perlu jarakkan umur Qaeim dahulu sebelum mengandung lagi agar Qaeim dijaga dengan baik," kata Nadia yang sedang berpantang di rumahnya, di Taman Desa, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Selain dua anak itu, Nadia turut mempunyai seorang anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham yang berumur tiga tahun.

Radhi Khalid Lamar Pelakon India Untuk Filem 'RajuRaja'


Pelakon Radhi Khalid (gambar) bercadang melamar pelakon filem Tamil terkenal di India, Surya Sivakumar untuk muncul dalam filem pertama terbitannya berjudul RajuRaja.

Radhi yang turut berlakon sebagai Raja Ahmad dalam filem tersebut mahu memberikan watak utama bernama Raju kepada Surya, pelakon filem Nandha, Kaakha Kaakha, Pithamagan, Perazhagan, Ghajini, Vel, Vaaranam Aayiram , Ayan dan Singam itu.

Filem tersebut sedang menjalani proses pra-produksi dan bakal memasuki penggambaran pada bulan April atau Mei tahun ini di Genting Highlands dan Bangkok, Thailand.

“Kalau boleh saya mahukan Surya berlakon dalam filem RajuRaja. Jika tidak, pilihan kedua saya adalah Madhavan yang turut terkenal di India. Filem ini masih dalam proses pengolahan dan saya sedang mencari penaja untuk membiayai kosnya berjumlah tidak kurang dari RM2 juta.

“Saya telah memikirkan idea filem ini sejak lima tahun lalu dengan bantuan pelakon Sabri Yunus yang mencadangkan watak dua hero.

“Cerita ini di aspirasikan dari filem Tamil dan Hindustan yang memaparkan tentang dua hero. Filem RajuRaja akan digarap menggunakan stail filem Bollywood iaitu Mohabbatein,”.

Setakat ini, dia belum menetapkan pengarah yang akan mengarah filem terbitan syarikatnya iaitu Radhikal Films yang baru ditubuhkan pada Januari lalu. Namun dia mahu mencadangkan nama pengarah terkenal, Raja Ahmad Alauddin.

“Kita selalu menonton filem seram dan komedi tetapi kali ini saya mahukan filem genre drama yang melambangkan kehidupan kasih sayang pelbagai bangsa.

“Memandangkan cerita ini mengisahkan tentang dua hero, jadi saya akan menggarapkan jalan ceritanya seperti filem Tamil dan Hindustan yang mempunyai seorang hero baik dan seorang hero jahat.

“Menariknya, filem ini akan diselitkan dengan tiga hingga empat buah lagu ditambah dengan tarian,” katanya.

Filem tersebut mengisahkan tentang dua adik-beradik yang terpisah dan bertemu semula selepas 30 tahun. Biarpun mereka merupakan adik-beradik, bagaimanapun mereka dilahirkan berlainan bangsa iaitu seorang berketurunan India bernama Raju dan seorang lagi berketurunan Melayu bernama Raja Ahmad.

Tayangan Percuma ‘Khurafat’ Di Finas Jumaat Ini


Biarpun filem Khurafat- Perjanjian Syaitan sedang ditayangkan di pawagam tempatan, namun bagi yang belum berpeluang menonton filem tersebut boleh menonton secara percuma di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), pukul 8 malam, 11 Februari ini.

Tayangan percuma itu merupakan salah satu aktiviti yang akan berlangsung sempena program Malam Bersama Bintang (MBB) anjuran agensi itu.

Program berkenaan akan turtu dimeriahkan dengan persembahan Siti Sarah Raisudin, Zul Handy Black dan Ain AF8.

“Kami telah melakukan program ini sejak dua tahun lalu dan mengalu-alukan kehadiran ramai pengunjung untuk memeriahkan program ini pada setiap minggu kedua dalam sebulan (Jumaat), bermula pukul 8 malam di Dataran Karyawan Finas,” kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab dalam satu sidang media di Finas, di sini, Selasa.

Program ini merupakan permulaan sebelum Hari Terbuka Finas 2011 yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Februari depan di Kompleks Merdeka Finas.

Tiz bukan anak emas Khabir Bhatia


KEHADIRANNYA di persada seni tanah air cukup pantas meraih populariti. ia dikatakan di luar dugaan dan mengalahkan pelakon wanita yang sedia ada.

Memang tidak dapat dinafikan semuanya kerana penangan drama bersiri hebat Nur Kasih yang sebetulnya meledakkan nama Tiz Zaqyah di puncak dalam masa yang singkat.

Namun laluan yang diselusurinya tidak seindah seperti mana yang diharapkannya apabila namanya perlahan-lahan dihimpit kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

Walaupun bukan itu yang dimintanya pada hari pertama dia berikrar untuk bergelar seorang pelakon, namun sebagai seorang artis, Tiz tidak mampu menolak kehendak takdir.

Jika dielak sekalipun tetapi sudah tertulis namanya akan terpalit dengan cerita panas yang sememangnya cukup merimaskan dirinya. Tiz cukup sedar itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang artis popular sepertinya.

Terbaru, nama Tiz sekali lagi hangat diperkatakan apabila dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang anak VVIP dari Terengganu.

Apa yang menguatkan cerita itu apabila ada pihak yang ternampak Tiz dan individu yang dimaksudkan itu menikmati makan malam di sebuah restoran mewah dalam keadaan yang cukup mesra.

Tidak habis cerita itu, timbul pula cerita panas yang cukup mengejutkan apabila Tiz dikatakan tinggal sebumbung dengan pelakon kacak, Remy Ishak.

Saat diajukan persoalan itu kepada Tiz, dia tidak melatah mahupun melenting. Perlahan-lahan dia menghela nafas panjang sambil membetulkan posisinya di atas kerusi sebelum memulakan bicaranya.

“Saya sebenarnya sedih dan penat apabila tidak pernah sudah kisah yang memburuk-burukkan saya sedangkan saya sendiri tidak tahu dari manakah cerita palsu ini semua timbul.

“Dalam hal seperti ini, saya hanya mampu berkata barangkali ia adalah pelanduk dua serupa. Saya enggan memikirkan lagi cerita-cerita seperti ini kerana tiada faedahnya untuk saya berbuat demikian.

“Disebabkan itu, saya lebih selesa untuk bercerita tentang perihal kerjaya saya berbanding kehidupan peribadi kerana tidak mahu orang akan menjadi muak dan jelik mendengarkannya. Jadi, cukup-cukuplah menjaja cerita yang tidak betul tentang diri saya,” ujarnya tenang namun tegas sewaktu memberikan penjelasannya.

Tiz berkata demikian sewaktu ditemui usai majlis pelancaran drama bersiri Gemilang di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sensasi

menyambung bicara, disebabkan terlalu banyak kisah palsu yang disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, pemilik nama penuh Siti Zaqyah Abdul Razak itu lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Lebih senang kata Tiz, untuk dia mengambil pendekatan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri daripada terlalu tertekan memikirkan kisah-kisah itu.

“Untuk itu, saya menyibukkan diri saya dengan kerja tanpa perlu mengambil sedikit pun apa yang diperkatakan untuk dimasukkan ke dalam otak saya.

“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, saya hanya mahu bekerja dan memberikan lakonan yang terbaik tanpa mahu dibayangi dengan cerita yang bukan-bukan.

“Biarlah peminat menerima saya kerana bakat dan lakonan saya. Bukannya kerana kisah sensasi yang tidak pernah berkesudahan,” ujar Tiz berkali-kali.

Mengalih bicara kepada perkembangan kariernya, Tiz benar-benar bersyukur kerana peminat masih lagi mempercayai bakat lakonannya dan menerima maklum balas serta kritikan daripada peminatnya.

Mana tidaknya. Tiz yang merupakan seorang pengguna tegar Twitter merupakan salah seorang artis yang rajin berkomunikasi dengan peminatnya dan mendapat maklum balas secara spontan daripada mereka.

Memilih

jika dilihat kepada portfolio Tiz sebagai seorang aktres, si jelita berusia 22 tahun ini telah membintangi drama dan drama bersiri yang benar-benar berkualiti dan telah meninggalkan impak yang bukan sedikit.

Selain Nur Kasih, drama bersiri Asmaradana dan beberapa telefilem juga telah berjaya melonjakkan nama Tiz sehingga dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lalu.

Hanya tersenyum, Tiz bersyukur dengan peluang yang diberikannya setakat ini dan kepercayaan setiap penerbit serta pengarah terhadap bakat lakonannya.

Bukan mahu mendabik dada atau menjadi seorang yang bongkak, Tiz memberitahu memang sejak azali dia sudah menjadi seorang yang begitu memilih dalam setiap hasil kerjayanya.

Apa yang dipentingkannya adalah kepuasan dalam berlakon.

Tiz sendiri mengakui, dia seorang yang cukup fokus dalam setiap tawaran yang diterimanya.

Begitu juga dengan skrip dan watak yang ditawarkan.

Tiz memberitahu dia seboleh-bolehnya tidak mahu membawakan watak yang klise sehingga tidak dapat menonjolkan bakat lakonannya yang sebenar.

“Saya tidak boleh berlakon dua hingga tiga projek sekali gus kerana ia akan membuatkan saya tidak fokus dan akan menjejaskan kualiti lakonan saya. Kalau berlakon, biarlah saya komited kepada satu dan kemudiannya baru memilih tawaran yang lain pula.

“Kesan daripada Nur Kasih juga telah membuatkan ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi kepada saya. Ingin saya katakan di sini, saya masih baru sebagai seorang pelakon dan banyak yang perlu saya belajar. Perjalanan saya juga masih terlalu jauh dalam bidang ini.

“Tetapi, saya harus akui banyak yang saya belajar sepanjang bergelar pelakon terutama teknik lakonan daripada pengarah-pengarah.

“Itu membuatkan saya rasa saya mungkin bertuah sebagai seorang pelakon baru,” jelas Tiz yang baru sahaja membintangi drama 7 Lagu bersama Farid Kamil dan Emelda Rosmila yang diarahkan oleh Kabir Bhatia.

Tanda aras baru Aizat

AIZAT menerima kejutan daripada keluarganya apabila mereka membawa kek bagi meraikan hari lahirnya yang ke-22 pada 21 Januari lalu.

MEMANG tidak keterlaluan dikatakan, penyanyi dan komposer muda popular, Aizat merupakan bakat kelahiran Akademi Fantasia (AF) yang paling berjaya setakat ini.

Biarpun tersingkir di minggu ketujuh pada AF musim kelima, nampaknya itu bukan satu halangan buat Aizat untuk meneruskan kesinambungan seninya.

Kejayaan yang dimilikinya hari ini telah berjaya meletakkan Aizat sebagai anak seni generasi baru yang mampu bertahan lama dalam industri.

Bakat besar Aizat tidak hanya terletak kepada kemampuannya menyanyi dengan baik tetapi dia juga cemerlang sebagai komposer dan penulis lirik.

Di awal kemunculannya ketika dia masih memiliki bentuk badan yang comel, dia pernah dikritik hebat oleh sesetengah pihak.

Namun, kini semuanya berubah apabila mereka kini dapat menerima kehadiran Aizat hanya selepas dia mula meraih perhatian yang cukup meluas dan meledak dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu.

Lempar apa sahaja kata-kata nista kepada Aizat, namun, sebagai anak muda yang memiliki aspirasi dan cita-cita yang tinggi, itu bukan satu kudis untuknya meneruskan kariernya sebagai seorang artis.

Apabila Aizat mengumumkan mahu menganjurkan konsert mininya sendiri di bawah syarikat milik keluarga, Kasi Gegar Entertainment (KGE), ramai juga yang mencebik dan memandang sinis kepada Aizat.

Kata mereka, Aizat pastinya tidak mempunyai sebarang masalah terutama dari segi kewangan untuk merealisasikan konsertnya sendiri.

Apatah lagi, kata mereka, persembahan Aizat tempoh hari bukanlah persembahan yang berada dalam skala sebuah konsert.

Di sebalik kata-kata sinis itu persembahannya menerusi Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara tempoh hari telah membuktikan bahawa pengaruh pemilik nama penuh Muhammad Aizat Amdan itu memang cukup kuat ketika ini.

Sesak Auditorium Bentley di Wisma Bentley, Damansara dengan kehadiran lebih daripada 700 peminat Aizat yang mahu menikmati persembahannya pada malam itu.

Tepat pukul 8.45 malam, Aizat memulakan konsert mininya dengan lagu Years From Now dan diikuti tiga lagu lain iaitu Mana Oh Mana, Senyum dan Erti Hari Ini yang merupakan lagu-lagu ciptaan Aizat bersama abangnya, Anas yang terkandung dalam album keduanya, Urusan Aizat Amdan.

Menariknya, untuk lagu Erti Hari Ini, Aizat telah mengundang tiga orang anak saudaranya iaitu Nur Nadia Roslynna, Nur Arysa Qistina dan Nuris Aqilah untuk mengiringi persembahan.

Aizat tidak perlu berbual panjang di atas pentas kerana muzik dan nyanyiannya sahaja sudah cukup untuk menghubungkan dirinya dengan penonton yang merasai cerita yang ingin disampaikan menerusi setiap lagu-lagunya.

Ditunjangi tujuh pemuzik profesional termasuk abangnya, Anas, selaku pengarah muzik dan diiringi lapan pemain strings telah menjadikan konsert mini Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara sebuah persembahan yang menghiburkan.

Meneruskan persembahan, Aizat menyampaikan lagu Fikirlah yang dipetik dari album perdananya, Percubaan Pertama sebelum menyanyikan lagu Susun Silang Kata yang kini menjadi siulan ramai selepas lagu itu dipilih sebagai lagu tema drama bersiri, Tiramisu.

Adalah menjadi satu kesalahan besar seandainya lagu keramat Aizat iaitu Hanya Kau Yang Mampu tidak dinyanyikan dalam mana-mana persembahannya.

Tidak perlu disuruh, para peminatnya termasuk tetamu kehormat iaitu dua diva tersohor negara, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu indah itu.

Biarpun lagu seterusnya, Cintai Diriku merupakan lagu yang sedikit asing pada pendengaran penonton, Aizat kagum dengan sesetengah peminatnya yang menghafal dan menyanyi bersamanya menerusi lagu itu.

“Tidak sangka pula ada yang tahu lagu itu. Terima kasih banyak-banyak. Terharu saya apabila melihat anda menyanyi dan menghafal lagu itu,”kata pemuda berusia 22 tahun itu.

Persembahan Aizat pada malam itu juga menyaksikan penampilan bersama penyanyi rap dan hip hop popular, DJ Fuzz menerusi lagu Di Mana Pun Engkau Berada. Lagu itu dimuatkan dalam album terbaru DJ Fuzz berjudul Mixology 3.

Malam yang dingin itu tiba-tiba bertukar hangat apabila Aizat menyampaikan pula karya popular ciptaannya, Lagu Kita dengan penuh emosi. Ternyata penghayatan penyandang gelaran Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) ini untuk lagu itu antara yang terbaik pada malam persembahannya.

Sebuah lagi lagu dendangannya yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-24 iaitu Pergi juga antara hidangan wajib pada persembahannya yang juga menyaksikan Aizat melontarkan emosinya sepenuh jiwa.

Untuk melengkapkan lagi lagu Sungai Lui, Aizat turut menjemput finalis AF6, Toi bagi mengiringinya untuk lagu yang semakin popular di corong radio itu.

Persembahan Aizat tidak berakhir di situ apabila dia tampil membuat kejutan dengan menyampaikan lagu Perpisahan yang pernah disampaikan sewaktu di AF5.

Seperti mana kecemerlangannya menyampaikan lagu nyanyian asal Anuar Zain itu ketika di AF5, begitu juga bisanya yang masih lagi menyengat ditangan Aizat biarpun sudah empat tahun berlalu.

Monday, February 7, 2011

Yusry Tidak Terfikir Cari Calon Isteri Di Kalangan Pelajar


Pengarah filem, Yusry Abdul Halim atau lebih dikenali dengan panggilan Yusry KRU tidak terfikir untuk mencari calon isteri di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, apabila bergelar pensyarah sambilan di universiti itu.

Yusry mengakui walaupun pada dasarnya dia akan menjadi perhatian kerana kedudukannya sebagai seorang selebriti tetapi tumpuan utamanya ialah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar.

“Saya tidak terfikir pun soal itu. Yang penting para pelajar akan dapat ilmu daripada apa yang hendak saya ajar,” katanya.

Yusry akan mula mengajar di UiTM, Shah Alam, secara sambilan bermula Jumaat ini untuk kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi untuk pelajar ijazah sarjana muda animasi tahun akhir semester 6 di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.

Kata Yusry, dia juga tidak pernah terfikir untuk bergelar pensyarah sebaliknya pengalaman sebagai tenaga pengajar untuk pekerja produksi di bawah KRU Studios akan digunakan sebaik mungkin dalam memberi didikan kepada pelajar kursus berkenaan.

Bagaimanapun, adik kepada penerbit filem Norman Abdul Halim ini tidak berani untuk menjawat jawatan tersebut secara kontrak kerana bimbang terikat dengan komitmen lain.

“Saya masih melakukan kerja-kerja produksi dan menghasilkan filem baru. Kuliah di UiTM hanya mengambil masa tiga jam dalam seminggu. Saya tidak sabar untuk memulakan tugasan baru ini,” ujarnya yang baru tampil dengan single terbaru berjudul Ganas.

Dalam perkembangan lain, Yusry juga bakal muncul dengan filem Merong Mahawangsa yang akan ditayangkan di pawagam mulai 10 Mac ini.

Kontroversi di Sebalik Ahmad Dhani Sebagai Pengetua AF9


PROGRAM Akademi Fantasia (AF) tidak pernah sepi daripada kontroversi. Itulah realitinya sejak lapan musim AF bersiaran.

Malah ketika AF9 pada tahun ini disahkan sebagai rancangan realiti terakhir diterbitkan Astro, kontroversi terus tercetus apabila vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani, dikatakan akan menerajui program tersebut sebagai pengetua.

Walaupun pihak Astro belum membuat kenyataan rasmi siapakah yang bakal dilantik untuk memegang jawatan itu, tetapi khabar angin yang mula bertiup mengatakan individu berkenan ialah Ahmad Dhani, seorang artis Indonesia yang pernah memburuk-burukkan karya artis Malaysia suatu ketika dahulu.

Lebih mengejutkan, khabar angin turut mengatakan Dhani menerima imbuhan yang banyak daripada pihak Astro melebihi pengetua-pengetua AF sebelum ini.

Tindakan Astro memilih orang luar seolah-olah mencerminkan senario industri seni kita sudah ketandusan orang yang pakar tentang dunia muzik tempatan.

Walaupun pihak Astro mungkin ada sebab-sebab tersendiri, ramai yang membantah tindakan itu.

Ketika isu kegilaan stesen radio yang gemar memainkan lagu dari Indonesia diperdebatkan , polemik baru cuba dicetuskan Astro sekiranya Ahmad Dhani dilantik sebagai pengetua AF9.

Berikut pandangan beberapa penggiat muzik berhubung desas-desus pelantikan Dhani itu.

“Dia tak faham budaya kita” – Edry Abdul Halim

Walaupun mengagumi bakat hebat yang dimiliki Dhani, komposer Edry Abdul Halim merasakan kerusi pengetua lebih baik diberikan kepada penggiat seni tempatan yang berpengalaman.

Ini kerana, pengaruh dan kredibiliti yang dimiliki oleh penggiat seni masih hebat dan pada masa yang sama, mereka boleh ‘masuk’ ke dalam jiwa pelajar-pelajar AF dengan mudah.

Selain itu, Dhani mungkin kurang berpengetahuan mengenai budaya dan kehidupan masyarakat tempatan.

“Bila mendengar berita ini, saya memang terkejut. Saya rasa tanggungjawab sebagai pengetua perlu digalas oleh orang Malaysia dan kita tidak perlukan orang luar atau Ahmad Dhani mengambil alih tempat itu.

“Kita bukannya ketandusan penggiat seni yang hebat. Ramai lagi yang berkelayakan tanpa memerlukan kita mengambil orang luar mengasah bakat anak-anak tempatan.

“Bukannya saya anti Dhani sebaliknya saya akui dia hebat dari sudut muzik. Tetapi untuk mengajar pelajar yang kurang berpengetahuan tentang muzik akan menyukarkan pengetua itu membentuk mereka kerana tiada jiwa tempatan yang boleh memahami sekali gus untuk membentuk pelajar dalam masa tiga bulan.

“Lebih-lebih lagi, mereka tidak tahu apa pasaran muzik tempatan mahukan. Contohnya begini, andai kata penyanyi “Babyface” sekalipun di undang sebagai pengetua, mungkin dia boleh ajar secara teknikal dan teori. Tetapi yang selebihnya, ia agak susah,” katanya.

Tambah Edry, budaya suka membanggakan produk luar masih lagi wujud dalam jiwa segelintir masyarakat Malaysia dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana mampu menghakis produk tempatan secara perlahan-lahan.

Dalam pada itu, jika benar pihak Astro telah mengambil penggiat seni dari negara seberang sebagai pengetua, mereka (Astro) juga perlu berfikir untuk bekerjasama dengan AF Indonesia tentang pengambilan pengetua dari Malaysia.

“Di Indonesia, mereka juga ada AF dan tidak pula mengambil pengetua dari sini (Malaysia). Saya memang berharap agar AF Indonesia turut melakukan perkara sama tentang pemilihan pengetua.

“Sukar untuk saya katakan di sini apa yang sedang bermain di fikiran pihak Astro. Mungkin ini sebagai percubaan terakhir dalam mengubah AF sebelum program tersebut menutup tirainya.

“Bagaimanapun, apa yang saya komen ini bukan saya membenci Dhani. Dia baik dengan saya dan saya hormatinya. Cuma saya hairan, kenapa kita masih ada mentaliti memilih orang luar berbanding orang kita sendiri,” tegas Edry.

Naikkan produk tempatan - Amy Search

Pada mata penyanyi rock Amy Search, kemunculan pengetua AF daripada negara seberang pasti mengundang kontroversi sepanjang program tersebut berlangsung.

“Pihak Astro perlu lihat situasi industri muzik sekarang. Saya tertanya-tanya apa kriteria Dhani sehingga dia dipilih?

“Saya tidak pernah menentang Dhani, cuma ingin saya persoalkan ialah, kesan yang akan terjadi sekiranya Dhani, seorang rakyat negara luar mengkritik bakat pelajar-pelajar kita? Sudah pasti penonton dan masyarakat di luar sana tidak akan berpuas hati kerana dia mengkritik produk tempatan.

“Lihat saja contoh American Idol. Mereka begitu peka dan bersatu padu bila melibatkan produk tempatan di mana ada salah seorang peserta membawakan lagu ciptaan daripada komposer Australia dan peserta itu dikritik hebat oleh masyarakat Amerika. Inilah sifat-sifat yang perlu kita ada,” katanya.

Bagaimanapun, kata Amy, hal ini langsung tidak ada kaitan dengan Dhani kerana penyanyi itu sekadar menerima tawaran yang diberikan oleh pihak Astro.

Cuma masyarakat serta syarikat-syarikat penyiaran perlu melindungi dan menaikkan produk seni tempatan tanpa perlu membabitkan orang luar.

“Bila tengah kecoh begini, fikirlah sejenak dan salahkan diri sendiri kerana kitalah yang mencipta perkara sebegini berlaku.

“Dhani tidak bersalah. Dia cuma datang atas urusan kerja. Ia ibaratkan sama juga seperti saya yang menerima undangan nyanyian atau perkara-perkara lain di Indonesia. Saya sekadar memenuhi jemputan.

“Bagaimanapun kehadiran Dhani sukar untuk mengubah industri seni tempatan kerana ia merupakan sebuah program realiti di mana kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas tiga bulan program tersebut.

“Dan hala tuju peserta atau pemenang pun belum diketahui kerana tidak semua juara mampu bertahan dalam industri muzik. Semua itu bergantung atas usaha dan produk lagu yang dihasilkan,” tegas Amy.

Ditanyakan pula adakah wajar untuk pihak Astro berfikir semula mengenai pemilihan pengetua AF9, kata Amy, dia tiada hak untuk menasihati Astro, sebaliknya stesen televisyen itu perlu membuat keputusan sewajarnya agar tidak menjejaskan industri muzik tempatan pada masa akan datang.

Ramli MS lebih terbuka

Sedikit berbeza bagi pandangan pemuzik terkenal Datuk Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, masyarakat perlu memberi peluang kepada Dhani untuk melihat sejauh mana kehebatannya menjadi pengetua dan mengajar pelajar-pelajar AF, mengenali industri seni tempatan.

Usah perlu merungut, bekas pengetua AF2 dan AF6 itu meminta agar masyarakat menganggap Dhani sebagai produk import yang dibawa ke pasaran tempatan, seperti produk-produk import lain yang dibawa masuk ke negara ini.

Kemudian, lihat saja hasil yang mampu diberikan oleh produk import tersebut (Dhani) , adakah dia mampu memberi satu kelainan pada AF9 yang terakhir itu.

“Secara realistiknya, yang menjadi tukang bayar bukannya orang luar, tetapi Astro. Jika keputusan yang dibuat ada kesan positif, maka positiflah program itu dan jika negatif, maka ia negatiflah.

“Kita tidak boleh menilai sama ada seseorang itu layak atau tidak. Jika Astro mengambil orang luar seperti pemuzik hebat AR Rahman sekalipun, masihkah ada rungutan daripada pihak luar?

“Cuba luaskan pandangan dan jangan anggap dia sebagai Dhani, tetapi seorang pengetua import yang bakal membawa perubahan dalam AF tersebut.

“Kalau dah kata import, selalunya produknya semestinya bagus bukan? Justeru itu, pelajar-pelajarnya nanti juga mendapat pelajaran daripada ‘barangan import’.

“Justeru itu, jika Dhani tidak menunjukkan prestasi yang bagus, masa itulah kita baru boleh hentam. Jadi, buat masa ini, kita hanya perlu sabar, tunggu dan lihat,” katanya.

Bagi Ramli, keberanian Astro membawa perubahan dalam industri tidak salah, asalkan ia memerlukan sikap keterbukaan minda dan asas ilmu muzik agar ia tidak terpesong daripada landasannya.

Bagaimanapun, cabaran menjadi seorang pengetua bukannya mudah kerana ia langsung tidak sama seperti seorang komposer yang duduk dalam studio dengan menerbitkan album.

Sebab itu kata Ramli, sukar untuk mengagak kebolehan seseorang pemuzik untuk menjadi pengajar kerana ia merupakan situasi yang sangat berbeza.

“Kita tidak tahu sama ada dia (Dhani) boleh mengubah industri muzik tempatan atau tidak. Dia memang seorang komposer yang hebat, tetapi perlu diingat, menjadi seorang pengetua bukan seperti menjadi seorang penerbit album kerana ia merupakan senario yang sangat berbeza.

“Bukan sekadar ilmu muzik yang perlu diajar, tetapi dari segi budaya, adat, tatasusila dan banyak lagi perlu difahami oleh seorang pengetua.

“Tambah pula, pengetua tersebut bukannya bekerja seperti biasa yang sering dibuatnya sebelum ini, tetapi mereka perlu melatih pelajar seperti kanak-kanak yang baru masuk tadika, agar mereka faham turun naik perjalanan seni tempatan,” katanya.

Belum putuskan siapa - Astro

Pengurus saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata, walaupun pelbagai kritikan yang diterima, pihaknya sentiasa mengikut perkembangan terkini mengenai ulasan-ulasan serta spekulasi yang timbul daripada media dan orang awam.

“Pihak kami tidak kisah dengan setiap spekulasi yang ditimbulkan kerana ia adalah satu perkara yang normal.

“Malah setiap pandangan itu kami mengambil kira dan mempertimbangkan tentang keputusan pemilihan pengetua yang bakal dibuat.

“Bagaimanapun, kami belum memutuskan sesiapa lagi pengetua AF9 dan kriteria-kriteria yang akan kami perkenalkan. Yang penting mereka mesti berpengalaman dalam bidang muzik.

“Saya harap semua pihak dapat bersabar dan nantikan pengumuman yang bakal dibuat nanti,” katanya.

Beras Dan Roti Perang Pilihan Zizan Nin


MELIHAT penampilan pelakon Zizan Nin, 37, yang kemas dan segak, dia sebenarnya mengamalkan pendekatan menitikberatkan penjagaan kulit dan badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki dengan mengikut nasihat doktor.

Sejak bertemu dengan doktor pakar tiga tahun lalu, pelakon drama ‘Cinta Medik’ dan ‘Penunggu Gunung Raya’ ini mula menggunakan produk Derma Look yang sehingga kini bersesuaian dalam merawat kulit dan rambutnya.

Yang penting dan membuatkan Zizan yakin dengan produk dermatologi itu kerana ia diperakui oleh Persatuan Dermatologi Malaysia.

“Saya pentingkan kesihatan diri jadi sebab itu saya akan membuat pemeriksaan kesihatan pada setiap enam bulan sekali. Saya juga mendapatkan rawatan gigi pada setiap enam bulan sekali atau paling lambat lapan bulan sekali.

“Saya terpaksa mendisiplinkan diri tentang kesihatan. Tetapi semuanya saya lakukan mengikut kemampuan diri tanpa mengamalkan suntikan botoks.

“Jika berjalan jauh, saya pasti akan membawa produk Derma Look seperti pembersih muka, krim siang dan krim malam, krim pelindung matahari, syampu, produk Lab Series (pelembap bibir), Gilette (pencukur) dan Gatsby (gel rambut),” .

Menurutnya, krim siang membantu warna kulit menjadi sekata manakala krim malam mampu menegangkan kulit kerana mempunyai kolagen.

Selain itu, pelakon filem Untuk Tiga Hari yang belum ditayangkan di pawagam ini tidak lepas menjalani rawatan muka di pusat kecantikan dalam sebulan sekali atau sebulan dua kali.

Untuk menjaga penampilannya, Zizan akui kerjaya sebagai artis dan sentiasa berhadapan dengan kamera membuatkan dirinya perlu tampil dengan solekan.

Jadi, sebab itu dia selalu memastikan mukanya bebas dari solekan selepas aktiviti seninya selesai.

Suami kepada Fazilah Hani Harun ini juga mengamalkan pengambilan vitamin, minum banyak air dan tidur secukupnya selama enam jam atau paling minimum empat jam.

Tetapi jika keletihan selepas selesai penggambaran, dia boleh mengambil masa tidur sehingga 10 hingga 11 jam.

Dengan ketinggian kira-kira 173 sentimeter, Zizan mahukan berat badan ideal iaitu 65 kilogram. Bagaimanapun sehingga kini berat badannya masih kurang dalam lingkungan 59 hingga 60 kilogram.

Biarpun begitu, dia sentiasa menjaga pemakanan seimbang. Pada setiap pagi, dia mengambil bijirin, pisang, roti perang dan kopi bersama gula perang.

Jika makan nasi pada waktu tengah hari, pastinya beras perang yang menjadi amalan model iklan ini.

“Saya pentingkan gula perang, beras perang dan roti perang kerana kandungan gulanya rendah. Apabila saya mengamalkan pemakanan sebegini, ia dapat mengelak masalah diabetes dan perut buncit.

“Selain itu, saya merupakan penggemar susu segar sejak belajar di universiti lagi. Saya turut tertarik dengan kajian kesihatan dan merujuk buku perubatan dalam banyak perkara,” katanya yang pernah belajar di University of Leicester, England pada tahun 1997.

Beralih kepada fesyen, Zizan yang menggemari pakaian jean ini juga meminati barangan kulit jenama Jaspal.

Bagaimanapun dia menafikan seorang yang mementingkan jenama. Sekali-sekala berbelanja, pasti dia akan membeli banyak pakaian dan aksesori untuk digunakan semasa penggambaran.

Sama seperti membeli produk penjagaan diri, sesetengah produk tersebut dibelanjakan dalam lingkungan RM200 dan boleh tahan digunakan sehingga lima bulan.

Sunday, February 6, 2011

(Gambar) Lisa Surihani di Langkawi

Akhbar ternama dan popular tanah air, Berita Harian yang telah menganjurkan majlis berprestij bersempena Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH) telah menganjurkan program bercuti bersama artis yang dicalonkan dengan peminat-peminat mereka yang bertuah.

Berita Harian telah memilih pulau lagenda, Pulau Langkawi sebagai destinasi untuk tahun ini. Percutian tersebut telah didatangi khas oleh Lisa Surihani, Faizal Ismail dan juga Shaheizy Sam.



google: Lisa Surihani facebook, Lisa Surihani twitter, gambar terkini Lisa Surihani, gambar seksi Lisa Surihani, gambar Lisa Surihani di langkawi, gambar Lisa Surihani bersama peminat, Lisa Surihani di ABPBH, video Lisa Surihani, drama terbaru Lisa Surihani, lakonan terbaru Lisa Surihani, skandal Lisa Surihani, buah hati Lisa Surihani, kekasih Lisa Surihani, langkawi Lisa Surihani, Lisa Surihani dan shaheizy sam di langkawi, Lisa Surihani bergambar di langkawi, Lisa Surihani baju superman, gambar baju superman Lisa Surihani, Lisa Surihani seksi baju superman

(Gambar) Konsert Urusan Aizat Amdan Live In Damansara

Konsert Urusan Aizat Amdan Live In Damansara yang berlangsung pada 29 Januari 2011 menerima sambutan SOLD OUT daripada peminat penyanyi lagu, Kau Aku. Dengar cerita, pihak penganjur pada mulanya cuma mahu ‘test market’ dengan mengadakan konsert kecil-kecilan. Sungguh, mereka tidak menyangka tiket-tiket tersebut boleh habis terjual dalam masa 2 hari.

Konsert dimulakan dengan lagu rancak Years From Now membangkitkan mood penonton dengan jeritan Aizat, Aizat! ..



Google: aizat facebook, aizat twitter, skandal aizat, gosip aizat, album baru aizat, gambar terkini aizat, konsert aizat, video konsert aizat, mp3 aizat, album baru aizat, siti nurhaliza di konsert aizat

Air Mata Fran di Istana Budaya


Linangan air mata kegembiraan mengiringi persembahan penutup penyanyi veteran Francissca Peter (Fran) pada sesi pratonton Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Istana Budaya, di sini, malam Jumaat.

Menurut Fran yang ditemui pada sidang media selepas itu, kepuasannya beraksi di hadapan penonton yang setia memberikan sokongan telah menyentuh perasaannya sehingga gagal mengawal air mata.

Biarpun persembahan penyanyi lagu Sekadar Di Pinggiran itu dicemari beberapa kesilapan teknikal sepanjang konsert berlangsung, Fran tetap beraksi dengan mutu vokal yang hebat dan menghiburkan.

"Walaupun berlaku beberapa kesilapan teknikal sepanjang konsert ini, tepukan dan sokongan berterusan daripada penonton begitu menyentuh emosi saya.

"Peluang yang diberikan oleh Istana Budaya kepada saya sebagai artis bukan Melayu pertama yang beraksi di sini memberikan kepuasan yang luar biasa," katanya.

Fran memberi persembahan yang mantap sehingga membuatkan para penonton bertepuk tangan tanpa henti.

Dalam konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Fran menyampaikan 33 buah lagu sebagai simbolik kepada 33 tahun penglibatannya dalam bidang nyanyian.

Antara lagu-lagu yang didendangkan termasuklah Kerna Terpaksa, Ku Ke Udara Lagi, Aku Hanya Pendatang, Kau Lilin Cintaku dan banyak lagi.

Tidak hanya tampil berseorangan, penyanyi yang kini berstatus janda itu turut beradu vokal dengan rakan duetnya di era 80an iaitu Royston Sta Maria (Roy) menerusi Bersama Pertemuan Ini, Tak Kenal Maka Tak Cinta dan Siapa Dia Sebelum Aku.

Selain Roy, Fran turut mengundang penyanyi/komposer Imran Ajmain untuk lagu Kehebatan Cinta dan Mirror Mirror On the Wall.

Persembahan Fran diiringi oleh 33 pemuzik orkestra di bawah pimpinan Datuk Haji Ramli MS.

Konsert istimewa itu dipentaskan untuk dua malam sahaja iaitu pada 5 dan 6 Februari ini bermula 8.45 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pada konsert tersebut juga, Eye Design selaku penganjur akan menjual kompilasi kesemua album Fran dalam bentuk 'box set' pada harga istimewa.

Scha al Yahya enggan bertunang!


Scha Alyahya lebih suka jika tidak melalui semua peringkat merisik, pertunangan dan diakhiri dengan akad nikah kepada kekasihnya yang sekarang kerana ia amat meremehkan. kalau mengikut kehendaknya dan keluarga, memadailah sekiranya masjid yang hendak dibina itu 'melompat' terus ke upacara akad nikah.


"Jika diberi pilihan, itulah jalan yang saya ambil. Namun untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, keputusan yang dicapai mestilah sepakat.


"Jadi, saya akur dengan kehendak keluarga pasangan saya yang menginginkan hubungan cinta kami diikat mengikut adat dan tradisi," cerita Scha kepada Utusan baru-baru ini."

Ryzal Tak Kisah Kurang Popular


Pelakon Ryzal Jaafar mengakui dirinya kurang meraih populariti walaupun sudah lebih tujuh tahun berada dalam industri seni.

Menurut Ryzal yang memulakan karier lakonannya menerusi drama Dunia Baru, dia sedar bahawa dirinya agak sukar untuk meraih populariti meskipun pelbagai watak utama yang antaranya seperti Hani, Issandra dan Ilusi.

"Memang saya akui sukar untuk naik sebaris dengan nama pelakon-pelakon popular. Tapi itu tidak menjadi masalah. Saya lebih suka jika nama saya dikenali secara perlahan-lahan. Asalkan tawaran lakonan tidak putus, ia sudah memadai.

"Saya percaya, populariti akan datang sendiri dan bila dikenali, tandanya lakonan saya semakin bagus dan ada perubahannya.

"Lagipun, popular itu adalah satu bonus. Lebih-lebih lagi bila diiktiraf meraih sebuah trofi anugerah, ia juga menjadi batu loncatan buat seseorang pelakon itu untuk lebih ke hadapan," katanya yang sibuk dengan penggambaran drama Bola Cinta musim kedua (BC2).

Ryzal dan Aidil menerusi drama Bola Cinta.

Menerusi drama Bola Cinta di bawah terbitan Nafalia Corporation, Ryzal mengambil alih watak utama, Haziq daripada pelakon Shah Jazle yang berlakon pad amusim pertama.

Bagaimanapun, Ryzal berkata, walaupun menggantikan watak Shah, dia anak kelahiran Alor Setar ini yakin, lakonannya tidak sama seperti lakonan Shah pada musim pertama.

"Memang awal-awal lagi Shah telah membentuk watak Haziq dalam drama ini dan risau jika tidak mampu melakonkan watak sepertinya.

"Bagaimanapun, pengarahnya, Anwardi Jamil memberi ruang untuk saya melakonkan watak dengan cara saya sendiri dan allhamdulillah, dia berpuas hati dengan lakonan saya," ujarnya.

Selain Ryzal, drama yang mengisahkan perebutan cinta itu dibintangi oleh Aidil Aziz (Jamal), Memey Suhaiza (Fiza) dan Ainul Aishah (Reena).

Yusry takut cinta ditolak


AKHIRNYA, komposer dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim mengakui bahawa antara perkara paling ditakuti dalam kehidupannya adalah 'penolakan' cinta daripada seorang wanita. Biar pun dilihat terlalu terbuka membicarakan kelemahannya itu, namun pengarah filem Cicakman ini punya alasan berkata demikian.

''Memang benar, saya memang gerun kalau orang perempuan tolak cinta saya. Tapi kalau dia bagi sikit isyarat, barulah saya rasa selamat untuk teruskan hubungan.

''Sebab saya jenis pemalu kalau bab-bab begini. Saya rasa macam tak terjamin sebab kebanyakan wanita yang 'datang' dalam hidup ini macam-macam ragam,'' katanya menyelak lembaran soal hati lelakinya.

Apa yang lebih menarik tentang lelaki kacak ini apabila kebanyakan wanita yang berani mendekatinya di kalangan remaja belasan tahun dan awal 20-an.

Kumpulan usia sebegini lebih berani menyatakan rasa hati mereka berbanding wanita berusia 30-an, yang gemar mengambil langkah tunggu dan lihat.

Pengalaman Yusry berkawan dengan pelbagai wanita setelah menduda kira-kira lima tahun menguatkan benteng alasannya tatkala gosip mengenai pelakon Maya Karin dibangkitkan.

Sementelah hubungan dengan pelakon muda, Kilafairy, yang merupakan anak penyanyi Rohana Jalil pula dikatakan pilihan kedua selepas Yusry menafikan hubungannya dengan Maya.

''Kedua-dua gosip mengaitkan saya dengan mereka tidak benar. Bersama Maya, saya selesa bercerita tentang masalah peribadi tapi kami hanya berada di sempadan zon persahabatan kawan baik saja, tidak lebih dari itu.

''Begitu juga dengan Kilafairy. Saya cuma bertemu dengan dia semasa dipertemukan dalam satu sesi fotografi sebuah majalah. Lepas itu tak ada apa-apa yang berlaku,'' dedahnya lagi.

Ditanya tentang ciri-ciri wanita idaman Yusry, lelaki ini mengakui tidak punya sebarang personaliti yang spesifik.

''Saya tak kisah wanita itu berambut panjang atau apa-apa sahaja berbentuk fizikal. Cuma yang saya harapkan adalah, wanita itu boleh menerima sifat hakiki saya. Suka kehidupan duduk di rumah, sambil menonton televisyen.

''Sebab saya jenis yang sukar untuk keluar rumah. Memang orang tak percaya dan ada cakap saya tak ada kehidupan. Diajak banyak kali pun tapi saya tetap memilih untuk duduk di rumah saja,'' kata pelakon Magika ini berterus-terang.

Ditanya apakah perkara utama yang bakal dilakukan andai bertemu wanita impiannya satu masa nanti, anak kelahiran Perak ini menyungging senyum.

Jelasnya: ''Saya tak akan mengambil masa yang lama untuk soal jodoh ini. Umur pun dah nak masuk 38 tahun. Kalau dah jumpa yang sesuai di hati, perkara pertama yang saya buat adalah menemukan dia dengan ibu bapa, Abdul Halim Kamal dan Zarina AW Fenner. Kalau nak tahu, setelah saya bercerai, belum lagi ada wanita yang saya bawa pulang ke rumah jumpa ibu bapa termasuk Maya,'' katanya jujur.

Bila ditanya tentang kemungkinan cinta bakal berputik bersama Maya kerana mereka pernah dikaitkan satu ketika dahulu, Yusry menidakkan perkara tersebut.

''Gosip itu sudah berbelas-belas tahun lamanya. Saya bukan yang susah nak buka hati, cuma semua wanita yang pernah berkawan dengan saya tak lama. Ada juga yang pernah melalui proses saringan, tapi malangnya, tak ada jodoh,'' katanya yang mengakui kesunyian dengan ketiadaan suri hati tatkala ini.

Debaran kian terasaTarikh 10 Mac ini paling dinantikan penyanyi lagu Dekat Padamu ini kerana Hikayat Merong Mahawangsa bakal menemui penonton di pawagam. Segala titik peluhnya yang dicurahkan dalam menjayakan filem yang menelan kos RM8 juta bakal menjadi topik perbualan peminat filem epik tempatan.

''Saya cuba letakkan figura-figura sejarah zaman sebelum batu bersurat dalam hujahan yang agak longgar. Tidak ada yang rigid dalam filem ini sebab saya tidak mahu penonton rasa tertipu dengan keseluruhan jalan cerita.

''Sebagai pengarah, saya memang mahu sesuatu yang realistik bersama dengan watak-watak tertentu tetapi anda akan melihat perubahan karektor berkembang satu demi satu,'' hujahnya andai ada pihak yang mengatakan filem ketiganya itu berbau mitos.

Menceritakan pengalamannya mengarah filem di Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur, kata Yusry, ia satu perkara yang memeritkan buat pasukan produksi yang belum cukup kuat arif tentang filem bercorak sejarah.

''Disebabkan ada banyak masalah teknikal, ada kalanya saya mahu tarik diri. Banyak juga dugaan yang saya hadapi termasuk perubahan cuaca tetapi tetap tabahkan hati biarpun tekanannya, hanya Tuhan yang tahu.

''Namun, saya berpuas hati dengan hasilnya. Pengalaman selama bekerja dengan Hikayat Merong Mahawangsa banyak memberi input terutama dalam pengajaran kreatif,'' katanya yang bakal mengarahkan filem genre komedi romantik pada bulan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...