Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, April 23, 2011

Ashraf Muslim-Dayana Selamat Bertunang, Nikah 1 Syawal Di Mekah

Ashraf dan Dayana ketika majlis pertunangan di rumah keluarga Dayana di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Sabtu

Pelakon Ashraf Muslim, 30, memilih untuk bernikah dengan tunangannya, Noor Dayana Lokman, 24, pada 30 Ogos tahun ini (1 Syawal) di Mekah.

Ashraf memilih Mekah kerana mengambil contoh amalan khalifah dan sahabat Nabi Muhammad yang bernikah di sana.

"Dengan izin Allah, kami akan bernikah di Mekah pada 1 Syawal depan. Saya akan bertolak ke sana pada 17 Ogos ini untuk mengerjakan umrah sambil menjalani rawatan bersama-sama bakal bapa mertua saya, Lokman Abdul Hamid dan membawa rombongan umrah.

"Saya akan berada selama 18 hari di sana dan bakal isteri saya akan datang ke Mekah menjelang hari pernikahan kami. Selepas nikah, kami akan melakukan tawaf dan menziarahi Mekah sebelum pulang pada 2 September nanti," kata Ashraf ketika sidang media selepas majlis pertunangannya di Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, Sabtu.

Ashraf tersenyum ceria di samping tunangannya.

Lokman merupakan rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak.

Berbicara tentang perkahwinannya, Ashraf berhasrat menyunting bakal doktor perubatan itu kira-kira dua bulan lalu setelah berkenalan hampir dua tahun lalu.

Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.

Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.

Hantaran buah-buahan untuk pihak perempuan.

Pelakon popular menerusi drama Ustaz Amirul ini tertarik dengan tingkah laku Dayana yang solehah, banyak bertukar idea dan pendapat tentang perubatan moden serta pandai memasak.

Sementara Dayana pula mengakui bakal suaminya itu seorang yang baik dan kagum dengan perubahan diri lelaki yang digelar Abang Ashraf itu.

“Saya tahu, kami senang berjumpa memandangkan saya bekerja di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yang berhampiran dengan rumah keluarganya.

“Bagaimanapun, kami selalu beringat untuk menjaga batas dalam hubungan ini. Sebab itu sebolehnya kami ingin segerakan perkara yang baik ini (kahwin) bagi mengelakkan timbulnya fitnah,” ujar Ashraf yang merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan mereka.

Hantaran coklat untuk pihak lelaki.

Mereka dijangka akan melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada 10 September depan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Pasangan yang menggayakan pakaian pertunangan berkonsepkan moden dan tradsional berwarna putih dan ungu rekaan Ezuwan Ismail itu turut merakamkan gambar bersama-sama di pelamin indah tajaan Azmi Osman dari Orked Bridal House.

Pihak perempuan menerima lima hantaran berupa buah-buahan, persalinan, kek, cincin dan siri junjung manakala tujuh hantaran untuk pihak lelaki iaitu kain songket, persalinan, set wangian, kek, coklat, sirih junjung dan cincin.

Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.

Selepas majlis pertunangan tersebut, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di tempat sama yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Stacy Tak Larang Peminat Mahu Tahu Kisah Peribadi


Penyanyi Stacy, 20, yang dikaitkan menjalin hubungan cinta secara rahsia dengan penyanyi Akim (AF7) mengakui tidak melarang peminat yang ingin mengambil tahu kisah peribadinya.

Kata Stacy: "Sejujurnya, saya suka dan amat menghargai keprihatinan peminat terhadap setiap perkara yang saya lakukan. Apabila orang ambil tahu, bermakna orang sayangkan kita.

"Bagi saya, lebih baik orang sentiasa ingin mengambil tahu tentang diri kita dan apa yang kita lakukan daripada orang tidak ambil peduli langsung."

Walaupun perkara itu mungkin mengundang kemarahan atau perasaan rimas bagi sesetengah artis, Stacy pula menganggap aspek itu perlu dikompromi apabila bergelar figura umum.

"Sebagai artis, kita adalah hak masyarakat. Sudah tentu, apa saja yang kita lakukan, dengan siapa kita berkawan dan ke mana saja kita pergi akan menarik perhatian ramai.

"Jadi, mengapa saya perlu berasa marah kalau peminat ingin tahu tentang saya? Selagi ia tidak melampau atau memberikan tekanan, saya tidak kisah untuk berkongsi kisah peribadi dengan orang ramai," katanya.

Keintiman Stacy dan Akim didakwa oleh banyak pihak sebagai pasangan bercinta.

Berkongsi tentang kerjaya nyanyian pula, Stacy yang baru dilantik sebagai duta aiskrim Wall’s Cornetto di samping Akim berkata, dia sedang sibuk mengumpulkan lagu-lagu untuk album keduanya.

"Album kedua saya dijangka akan keluar pada sekitar bulan Jun depan. Sekarang ini, saya tengah sibuk mengumpulkan lagu-lagu untuk album itu.

"Dalam masa terdekat, saya akan keluarkan single daripada album itu iaitu Kisah Dongeng ciptaan Edry Abdul Halim. Kali ini, saya pilih lagu berentak balada pula sebagai pertaruhan," katanya.

Maharaja Lawak: Alex Tersingkir


Selepas empat minggu bertahan, peserta dari Sabah, Alex atau nama sebenarnya, Alexander Ahat, 30, terpaksa akur dengan keputusan dengan meninggalkan pentas Maharaja Lawak selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Mamat Khalid, Jumaat.

Alex mendapat undian terendah dengan jumlah 28 peratus (%) manakala Jihan mendapat 29%, Man (31%), Amir (42%), kumpulan Balas (45%), kumpulan Jambu (53%), kumpulan sepah (54%), Nabil (58%) dan kumpulan Jozan mendapat 61%.

Menurut Alex, dia gembira kerana bertahan selama empat minggu walaupun mengakui dirinya bukanlah seorang pelawak yang hebat.

"Sebenarnya saya bukan seorang pelawak tetapi cuba untuk menjadi pelawak. Saya lebih selesa jika diri ini berada di belakang tabir sahaja iaitu dengan menghasilkan skrip-skrip berunsur lawak komedi.

"Memang kalau nak diikutkan saya mahu ke depan dan berdiri di atas pentas membuat lawak. Tetapi hakikatnya, saya kurang dari segi itu.

"Bagaimanapun, saya kecewa kerana membuat persembahan yang kurang memuaskan," katanya selepas program di bawah saluran Astro Warna itu dijalankan di studio Finas, Ulu Kelang, di sini.

Tambah Alex, dia turut tertekan apabila terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang memiliki bakat semulajadi yang hebat.

"Ya, agak tertekan sedikit bila berada di Maharaja Lawak kerana peserta-pesertanya hebat-hebat belaka, tidak seperti pertandingan Raja Lawak.

"Apapun, walaupun disingkir, saya akan teruskan melakukan kerja saya seperti biasa dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

"Pada masa sama, saya mahu mendalami cara-cara penulisan skrip komedi dan impian saya untuk menjadi penulis skrip komedi drama mahupun filem di masa akan datang nanti," tuturnya.

Pada malam pertandingan tersebut, seperti biasa, Jozan, Jambu, Sepah dan Nabil berjaya membuatkan para penonton serta juri bergelak ketawa tanpa henti. Manakala persembahan balas kurang menyegat seperti minggu-minggu sebelumnya.

Sementara itu, Amir mendapat pujian daripada Mamat Khalid kerana dia berjaya mengubah persepsi juri yang merasakan dirinya bakal disingkir pada minggu ini.

"Bayangkan, Amir naik ke pentas dengan semangat sifar daripada penonton kerana persembahan yang kurang menyerlah pada tiga minggu sebelum ini.

"Pihak juri pula sudah dapat merasakan dia tersingkir. Ternyata Amir 'permainkan' kami kerana kali ini, dia berani menonjolkan topik yang ingin disampaikan. Boleh katakan peningkatan Amir sebanyak 60%," ujar Mamat.





Friday, April 22, 2011

Rahsia Ratu Rock Ella


JIKA tidak mengenali Ratu Rock negara Ella, pastinya kita tidak akan menyangka usianya telah melepasi angka 40. Gaya, penampilan dan sifat manja Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin membayangkan dirinya masih `muda’.

Namun pada hakikatnya, usia penyanyi lagu Rama-Rama itu hampir mencecah 45 tahun.

Ditanya apakah rahsia awet muda yang dipegangnya, tanpa teragak-agak, Ella menjawab:

“ Berfikiran positif dan senaman merupakan jamu yang saya amalkan untuk terus kelihatan muda.”

Bagi Ratu Rock berperwatakan manja dan suka mengirai rambutnya, penjagaan kesihatan seperti itu penting untuk memastikan badan sentiasa segar dan kelihatan ceria.

“Selalunya Ella akan melakukan senaman ringan di rumah ataupun berjoging. Bagi Ella, dengan senaman ia menjadikan diri kita lebih segar dan rileks.

“Macam mana sibuk sekalipun, Ella akan pastikan ada masa diperuntukkan untuk melakukan senaman.

“Itu sudah menjadi kebiasaan Ella tetapi kalau sibuk dengan nyanyian sekurang-kurangnya dua atau tiga hari seminggu pasti Ella bersenam,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Untukmu Loloq di Istana Budaya, baru-baru ini.

Menurut Ella lagi, untuk mengekalkan rupa paras agar tidak kelihatan dimamah usia, dia akan memastikan dirinya tidak terbeban dengan masalah.

Justeru, katanya yang tetap bernada manja apabila berbicara dengan rakan wartawan, dia sentiasa mengajar dirinya untuk berfikiran positif.

Katanya lagi, apa yang penting adalah mengikut kata hati sendiri dan jangan memikirkan perkara-perkara yang buruk atau negatif.

“Seboleh mungkin kita mesti bersikap optimis dalam segala hal. Jika kita sentiasa berfikiran yang bukan-bukan, sudah pasti ia akan mengganggu fikiran, menjadi berkecamuk dan itulah yang menjadi punca kita stress.

“Jadi untuk menghilangkan rasa stress, perlulah menggunakan psikologi sedikit sebab apabila kita fikir secara baik, ia akan menimbulkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri kita.

“Akhirnya dengan keyakinan dan kepercayaan yang dibina itu, sudah pasti kita tenang dan gembira.

“Apabila kita gembira, muka pun nampak ceria dan air muka tidak nampak tua,” ujar Ella disusuli dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

Azma & Nani Nafi Bercinta


Di gosipkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon popular, Sharifah Amani, Azma Aizal menafikan sekerasnya tentang perkara ini.

Dia yang selama ini menganggap Sharifah Amani atau Nani sebagai adiknya tidak sedikit pun terfikir gosip sebegini akan timbul lebih-lebih lagi sudah lama dia dan Nani berkawan baik.

Apa yang tertulis didalam laman sosial miliknya dan Nani yang seakan-akan melambang mereka sedang hangat bercinta, bukanlah sesuatu yang baru.

Semenjak berkawan baik, mereka sering mengeluarkan kata-kata mesra, kerana lambang kasih sayang mereka sebagai sahabat.


"Saya dah anggap Nani macam adik beradik saya sendiri, jadi tolong jangan salah anggap hubungan kami ini.

"Nani dan keluarganya banyak membantu saya, malah ketika saya sakit dahulu pun saya selalu lepak dirumahnya.

"Saya dah anggap dia seperti soulmate, walaupun kami tiada sebarang hubungan darah, tapi Nani dan keluarganya banyak membantu saya,"jelas Azma.

Sedih

Sejak berita cintanya ini tersebar, jelas Azma dia turut berasa sedih apabila membaca beberapa komen di forum yang mengatakan dirinya tidak layak untuk bercinta dengan Sharifah Amani.

"Saya tidak berkecil hati, tetapi rasa sedikit sedih bila ramai yang mengecam bila saya dikaitkan bercinta dengan Nani.

"Masih ramai yang memperbandingkan paras rupa, walaupun benar, kami tidak bercinta tetapi janganlah sampai menghina,"luahnya lagi.

Tak Mahu Jaja Peribadi

Berlainan dengan Sharifah Amani, wanita ini enggan bercerita tentang peribadi. Walaupun gosip ini sudah pun tersebar luas, dia tetap enggan bercerita tentang perkara ini.

"Saya tak suka peminat tengok saya kerana kisah-kisah gosip, dan saya tak mahu kisah peribadi menghancurkan kerjaya saya sebagai pelakon.

"Saya ikhlas berada dalam industri ini, jadi saya tak mahu apa yang saya cuba capai selama ini hancur kerana kisah-kisah gosip sebegini,"luah Amani.

Zed Zaidi Nikah 29 April ini


Bakal melangsungkan penikahan tanggal 29 April ini bersama pasangannya, Natalia Mustafa Kamal, 28, pelakon popular, Zed Zaidi mengakui dia mula menyintai bakal isterinya ini selepas memanjatkan doa di Mekah setahun lalu.

Walaupun sudah mengenali Natalia semenjak tahun 2008 lagi, Zed bagaimanapun yakin Natalia adalah jodohnya selepas gadis ini menjadi wanita pertama yang menghubunginya selepas pulang daripada umrah.

Mengakui terpaksa berbelanja banyak untuk majlis resepsi yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini, Zed juga mengakui dia sebenarnya telah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

"Tak dinafikan selama ini saya ramai kenalan wanita, tetapi apabila saya mula berkenalan dengan Natalia, saya dapat rasakan dia seorang kawan yang setia, namun pada ketika itu saya masih keliru untuk membuat keputusan.

"Saya mengerjakan umrah pada bulan Mac tahun lepas, di setiap sudut kota tanah haram itu, saya berdoa supaya kurnia jodoh pada saya.

"Alhamdulillah, apabila pulang ke Malaysia, Natalia adalah wanita pertama yang menghubungi saya, dan saya terus melamarnya," jelas Zed yang juga merupakan rakan perniagaan kepada Natalia.



Hantaran

Mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jumlah wang hantaran yang diberikan kepada pihak pengantin perempuan, Zed Zaidi bakal menghantar tujuh buah dulang hantaran dan dibalas sembilan dari pihak pengantin perempuan.

"Kalau sebelum ini banyak perkara yang saya tidak tahu tentang barangan perkahwinan, tetapi kini saya sudah mula faham.

"Semua persiapan perkahwinan, saya serahkan kepada keluarga sahaja, kerana saya sendiri sibuk dengan penggambaran," luahnya.

Natalia Memahami kerjaya

Bakal beristerikan seorang wanita yang bukan lahir daripada bidang seni, Zed yakin bakal isterinya itu akan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Walaupun dia bukan daripada golongan yang terbabit dalam dunia hiburan, tetapi dia mempunyai pengalaman bekerja di syarikar produksi, jadi sedikit sebanyak dia mengetahui kerja saya sebagai pelakon," jelasnya yang masih belum merancang lokasi untuk berbulan madu.

Ashraff Muslim bertunang Sabtu ini


Kisah pelakon Ashraff Muslim nak bertunang dah lama diperkatakan. Malah pelakon itu juga sudah mengakui yang dia akan bertunang bulan ini (April). Namun wanita yang berjaya mencuri hatinya tidak pernah didedahkannya.

Dia mahu adil dengan semua orang untuk mendapat tahu kesemuanya pada hari dia bertunang. Sekarang tarikhnya sudah sah, dia akan bertunang dengan wanita pilihan pada 23 April ini di Gombak, Selangor.


Tahniahlah di ucapkan kepada Ashraff yang kini ada kerja lain, iaitu pengamal perubatan alternatif yang diceburinya.

Dengar-dengarnya wanita itu seorang doktor yang menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran di sebuah universiti di India. Imejnya pula bertudung. Amat sesuai dengan Ashraff yang kini mengamalkan perubatan cara Islam.

Ashraff juga dikatakan semakin mengurangkan aktiviti lakonan. Penggambaran yang dilakukan sekarang adalah sisa-sila projek yang sudah lama dipersetujuinya.

Mungkinkah selepas ini dia akan mengutamakan perubataan Islam yang diceburinya secara sepenuh masa?

Dengar-dengarnya bidang yang diceburinya itu semakin mendapat sambutan dan pesakitnya juga semakin bertambah sehingga menjadikan masa Ashraff semakin sibuk.

Fiza (Elite) Tidak Maafkan Penyebar Fitnah


Dramatis Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza menganggap kontroversi yang berlaku apabila dia dikaitkan sebagai punca penceraian seorang jurukamera adalah fitnah besar yang dihadapinya.

Fiza yang juga bekas anggota kumpulan Elite berkata, dia tidak akan memaafkan apa yang berlaku kerana perkara tersebut turut menyebabkan rumah tangganya juga tidak dapat bertahan lama.

“Kontroversi tersebut memang merubah kehidupan saya, apa yang dilaporkan sebelum ini bukan seperti apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya lebih tahu keadaan sebenar. Saya mengakui mungkin saya tersilap tetapi saya bukan punca Malek bercerai dengan isterinya seperti yang dikatakan orang,” katanya.

Fiza mengulas tentang kontroversi yang mendakwa dia sebagai punca penceraian jurukamera, Malek Marwi yang juga bapa kepada pelakon Erin Malek.

Menurut Fiza, penceraian pasangan itu adalah kerana masalah peribadi keluarga mereka sendiri.

“Saya seperti mangsa keadaan sebab ketika itu saya memang rapat dengan Malek. Kami hanya kawan yang saling mendengar masalah.

“Ada pihak yang cuba menabur fitnah dan melaga-lagakan suami saya dan isteri Malek sehingga hubungan rumah tangga saya dan Malek tidak dapat diselamatkan lagi.

“Bekas suami saya bukan orang dalam industri seni, jadi dia cepat terpengaruh dengan berita-berita di akhbar,” katanya.

Selepas bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 4 November 2010, Fiza mengakui hatinya masih lagi terluka.

“Tipulah kalau kata saya tidak sayang suami, walaupun sudah bercerai kami masih jadi kawan baik lagi tapi untuk rujuk semula kami tidak pernah berbincang mengenainya.

"Buat masa ini juga saya tidak merancang untuk berkahwin lain," katanya.

(GAMBAR) Tiz Zaqyah Menang Baju Paling Glamour Dalam Majlis Majalah GLAM

Tiz Zaqyah telah berjaya menang Glam Magazine 7th Anniversay Party Best Dressed.




Hafiz AF & Adira Mengaku Saling Cinta-Mencintai


Pengakuan cinta paling hangat ketika ini akhirnya berlaku jua. Hafiz, juara AF7 mengakui yang dia dan Adira kini sedang bercinta. Pengakuan ini dilakukan selepas tertekan dengan kontroversi yang kononnya Adira menjalinkan hubungan sejenis dengan wanita lain. Cinta mereka berdua kini sudah mencecah usia 5 bulan. Kata Hafiz:-

"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira ‘diserang’ gosip yang mendakwanya menjalin hubungansongsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut. Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan. Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya"

Selalu kalau artis Malaysia bila ditanya bab cinta pasti taknak mengaku tetapi kali ini Adira juga dengan sempoinya membuat pengakuan yang dia dan Hafiz sedang hangat bercinta. Kata Adira:-

"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...