Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, December 18, 2010

Nurul Syuhada Yakin Vanidah Mampu Kukuhkan 'Nona'


Bekas Pengacara Nona, Nurul Syuhada Nurul Ain yakin pengacara baru rancangan itu Vanidah Imran mampu mengalas tanggungjawab sebagai pengantara program berbentuk majalah tersebut untuk musim depan.

Jelasnya, Vanidah merupakan seorang pelakon hebat dan mampu menarik lebih ramai penonton bagi membantu meningkatkan rating program tersebut.

“Saya percaya dia mampu bawa dengan cara tersendiri, kita kenal dia sebagai pelakon yang hebat dan ramai peminat, dia juga mempunyai aura sendiri dalam bidang pengacaraan.

“Bagi saya Nona sendiri ada pengikut setia namun untuk meningkatkan rating sebenarnya tidak boleh meletakkan tanggungjawab pada pengacara tetapi pengisian program tersebut,” jelas Nurul ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai jurucakap produk kosmetik Avon, di Hotel Hitlon di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, menurut Nurul Syuhada, tugas pengacara bukan sahaja sebagai pengantara tetapi juga sebagai sebahagian dari pasukan tersebut.

“Dahulu kami juga bertindak sebagai wartawan penyiaran, kami terlibat secara langsung dengan segmen di Nona, jadi perasaan mungkin berbeza berbanding hanya pengantara semata-mata.

“Lebih banyak kesan emosi apabila kita berada bersama di lokasi penggambaran, misalnya ketika episod gempa bumi di Yogjakarta rating agak tinggi,” ujarnya yang mengacarakan Nona pada tahun 2006 dan 2007.

Kahwin

Diusik dengan persoalan peribadi, wanita berusia 26 tahun ini memberitahu belum lagi mempunyai perancangan untuk berumah tangga dalam masa terdekat ini.

“Saya belum lagi merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat sebab terlalu sibuk dengan kerjaya. Mungkin dalam masa empat tahun lagi,” ujarnya yang pernah dikaitkan dengan calon angkasawan negara Mejar Dr Faiz Khaleed.

Nurul Syuhada yang baru dilantik sebagai jurucakap Avon turut menzahirkan rasa bangga kerana terpilih mewakili produk tersebut.

“Saya membesar dengan Avon terutamanya ketika zaman belajar. Malah ketika saya dipilih menjadi jurucakap produk kecantikan itu, saya sangat tidak menduga.

“Maklumlah, sebelum ini nama-nama besar seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz yang memegang gelaran tersebut,”jelasnya.

Selain itu Nurul mengakui Avon bukan hanya sekadar produk kosmetik yang dekat di hati pengguna, malah pihak syarikat itu turut menjalankan aktiviti sosial dan kempen kemanusiaan.

google: Nurul Syuhada facebook, Nurul Syuhada twitter, Nurul Syuhada artis hot, Nurul Syuhada artis seksi, gambar terkini Nurul Syuhada, skandal terkini Nurul Syuhada, gosip terkini Nurul Syuhada, Nurul Syuhada pengacara Nona

Erynne Erynna Belum Pernah Dirasuk


Pelakon cilik Erynne Erynna, 13, berkata pengalaman membintangi filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu Damping Malam (DM) benar-benar mencabar kemampuannya sebagai seorang pelakon.

Meskipun dia mengakui pembabitan dalam filem berjalur seram bukan perkara baru dan asing dalam profil lakonannya, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Congkak (2008) ini menyifatkan wataknya dalam filem DM adalah berbeza dan lebih istimewa.

Berbanding filem Congkak, komitmen dalam DM memerlukan Erynne memberikan penghayatan dan tumpuan yang lebih mendalam.

"Saya rasa watak sebagai Nuraiza dalam DM adalah lebih mencabar untuk dijayakan. Jika dibandingkan dengan filem Congkak, perwatakan kali ini adalah lebih sukar untuk diterjemahkan.

"Walaupun perwatakan saya dalam kedua-dua filem ini melibatkan adegan dirasuk, tetapi komitmen untuk DM adalah lebih berat. Saya juga perlu bijak mengawal gerak tubuh seperti orang dirasuk supaya nampak realistik dan berkesan.

"Selain itu, seluruh badan saya juga terpaksa disolek bagi menunjukkan efek gadis yang dirasuk. Saya terpaksa mengenakan solekan yang tebal yang merimaskan itu selama beberapa jam," katanya kepada mStar Online.

Ditanya pula mengenai kecenderungannya membintangi filem dan drama seram, Erynne berkata, walaupun baru berusia 13 tahun, dia tidak mempunyai masalah ketakutan atau lemah semangat. Sebaliknya, ia memberikan keseronokan kepadanya.

"Saya sebenarnya tidak kisah atau takut pun apabila berlakon dalam filem seram. Bukanlah bermakna saya tidak takut langsung cuma kalau tiba-tiba ada perasaan takut, saya akan pujuk hati untuk kuatkan semangat demi kerja.

"Apa-apa pun, pembabitan dalam filem seram adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Setakat ini, saya bersyukur kerana tidak pernah mendapat 'gangguan' atau dirasuk sepanjang terlibat dalam filem seram," katanya mula berlakon seawal usia 7 tahun lagi.

Fizo Omar Gian Berlakon Drama


Pelakon Fizo Omar atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 25, berkata komitmennya berlakon filem sejak enam bulan lalu menimbulkan perasaan 'gian' untuk dia kembali berlakon drama.

Ujar Fizo, demi memberikan tumpuan pada beberapa tawaran filem seperti Kongsi dan Hello, dia sudah tidak membintangi sebarang drama atau telefilem selama tiga bulan.

"Saya terlalu rindu untuk berlakon semula dalam drama televisyen atau telefilem. Sudah tiga bulan saya tidak membintangi sebarang projek untuk televisyen.

"Berlakon filem pula adalah platform yang baik untuk mengembangkan profil lakonan. Kebetulan, untuk tahun ini memang saya sasarkan mahu berlakon filem.

"Maka, terpaksalah saya ketepikan beberapa tawaran drama televisyen buat sementara waktu," katanya.

Justeru itu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Siti Kelembai dan Ulek Mayang ini mengakui tidak mampu menangkis keinginannya yang berkobar-kobar untuk kembali ke lokasi penggambaran drama semula.

"Sepanjang tiga tahun menceburi bidang seni, saya mencipta nama menerusi drama televisyen. Saya selesa dengan jolokan sebagai pelakon drama.

"Ramai peminat yang bertanya kerana sudah lama tidak muncul dalam drama atau telefilem yang baru. Bagi saya, berlakon untuk televisyen memberikan kepuasan yang berbeza dengan filem.

"Pelakon drama televisyen lebih dekat dengan peminat kerana sesiapa saja boleh menonton lakonan saya secara percuma berbanding filem," katanya.

Bagaimanapun, Fizo berkata, dia begitu gembira dan bersyukur dengan pencapaiannya sepanjang tahun 2010 kerana beberapa sasarannya berjaya dicapai mengikut perancangan.

"Saya gembira dengan pencapaian untuk tahun ini. Beberapa perkara yang saya sasarkan dalam tahun ini seperti berlakon filem dan teater berjaya saya lakukan mengikut perancangan.

"Bukan hendak kata sudah berpuas hati tetapi sekurang-kurangnya saya boleh melabuhkan tirai 2010 ini dengan senyuman," katanya yang kini sibuk dengan sesi raptai teater kanak-kanak Siti Di Alam Fantasi 2.

Selain Fizo, teater arahan Aminah Rhapor ini turut membariskan Liyana Jasmay, Johan Raja Lawak dan Ebby Yus. Ia bakal dipentaskan bermula 22 hingga 31 Disember ini di Istana Budaya.

google: Fizo Omar facebook, gambar terbaru Fizo Omar, skandal terbaru Fizo Omar, gosip terbaru Fizo Omar, Fizo Omar artis hot, Fizo Omar artis seksi

Sepah tidak menyesal berhenti kerja


KUMPULAN Sepah menyertai pertandingan Raja Lawak musim ke-3 (RL3) dua tahun lalu kerana menyahut cabaran kawan-kawan yang mahu melihat bakat mereka sebagai pelawak.

Bukan sahaja tidak berniat menjadi pelawak sepenuh masa, malah kumpulan trio ini juga asalnya berhasrat kembali kepada kerjaya masing-masing selepas berakhirnya RL3.

Bagaimanapun, juara RL3 ini akhirnya tidak mampu menolak rezeki yang datang mencurah-curah dalam bidang lakonan selepas menjuarai pertandingan tersebut.

Menurut salah seorang anggota Sepah, Jep, dia dan dua lagi anggota kumpulannya tidak menyangka akan menceburi bidang lakonan dan melupakan terus kerjaya lama mereka.

"Sebelum ini, saya dan Shuib misalnya, bekerja sebagai ramp agent atau pengawal bahagian lalu lintas di Lapangan Terbang Senai di Johor. Pendapatannnya agak bagus juga.

"Sementara Mamat pula kerja sendiri dan kadang-kadang tidak bekerja. Tetapi selepas menang RL3 ada kawan-kawan cabar kami supaya cuba kerjaya sebagai pelakon.

"Kami memang pernah ada niat mahu 'berpatah balik' kepada kerja-kerja lama, tetapi selepas hampir dua tahun menjadi pelakon kami dapati pendapatan bidang ini lebih bagus," katanya.

Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin menyingkap pengalamannya sebagai pelakon sejak dua tahun lalu semasa ditemui selepas acara Bujang Sepah, Amazing Race di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Pelakon dan pelawak berusia 25 tahun ini menjawab dakwaan kononnya populariti Sepah semakin pudar selepas menjuarai rancangan terbitan Astro Prima itu.

Jelas Jep, dia mengakui nama Sepah tidak segah juara Raja Lawak yang lain terutamanya Nabil yang terus mekar dalam bidang seni dengan mendapat publisiti meluas daripada media massa.

"Saya akui hakikat itu kerana banyak sebab termasuklah masalah disiplin kami. Saya pula ketika baru menang RL3 kurang sihat.

"Apatah lagi, kami bergerak sendiri tanpa ada pengurus yang memberi garis panduan dalam bidang seni. Sekarang ini kami sudah mampu bergerak sendiri kerana ada pengalaman.

"Malah, tawaran berlakon dalam drama dan telemovie juga semakin banyak kebelakangan ini. Ia termasuk mengendalikan rancangan Bujang Sepah Lalalitamplom di Astro Prima," ujarnya.

Bujang Sepah Lalilatamplom musim kedua sebanyak 26 episod akan disiarkan setiap Isnin pukul 10 malam di Astro Prima (saluran 105, Astro) mulai 3 Januari depan.

Drama bersiri arahan Mohd Danial Hasbullah yang menampilkan Sepah itu turut dilakonkan oleh Hamid Gurkha, Sheila Mambo, Imuda, Ely Sarimah dan Daim Handsome.

Selain menerima tawaran berlakon, Sepah juga tidak menang tangan menerima pelbagai undangan termasuklah merakamkan album single sulung mereka berjudul Mak Dah Kata.

Album single itu akan diterbitkan oleh E-rama Records .

"Ini suatu permulaan kami sebagai penyanyi. Selepas ini kami akan bertambah sibuk kerana sekarang kami bukan setakat berlakon tetapi juga menyanyi," jelasnya.

Namun, Sepah yang lebih mengutamakan bidang lakonan pada masa ini mengakui mereka pernah dikritik kerana menggunakan bahasa kasar ketika berlawak.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga dikatakan menampilkan lawak bodoh yang membosankan.

Bagi Sepah, walau apapun yang dilabelkan ia tidak mematahkan semangat mereka.

Sebaliknya tiga anak muda kelahiran Johor ini mengakui ia adalah gaya berlawak mereka dan tidak berniat untuk menyakiti sesiapa juga.

"Bukannya mudah mahu buat orang ketawa. Kalau hendak buat orang sakit hati mudah sahaja. Kami rasa lawak kami jujur dan ia datang daripada hati kami. Itu adalah gaya bahasa kami.

"Kami tidak berniat mahu menyakiti sesiapa. Kalau orang boleh ketawa dengan gaya lawak kami walaupun bunyinya agak kasar, maka kami rasa sampailah lawak kami itu," katanya.

Selain Jep, Sepah yang turut dianggotai oleh Mohd Noor Murad (Mamat) dan Shahmira Mohamed (Shuib) tampil petang itu bagi meraikan wakil-wakil media massa melalui acara Amazing Race.

Menerusi program itu, wakil-wakil media massa bukan sahaja bersaing dalam acara mencari harta karun tetapi juga menunjukkan bakat menyanyi dan menari.

Kumpulan Jijah The Legend memenangi acara Amazing Race, manakala The Girls pula memenangi kategori persembahan terbaik di mana masing-masing menerima baucer membeli-belah di Jusco.

Friday, December 17, 2010

Video Teaser Nur Kasih The Movie


Nur kasih the movie dijangka akan ditayangkan pada Mac tahun hadapan. Cuba tengok saat terakhir teaser ni macam cerita Heroes pula.. Layan..



Adik Maya Karin (Gambar)

Kalau tidak silap mengikut sumber ini adik kepada Maya Karin yang bernama Armin. Maya Karin ni merupakan anak sulung. Yang kedua ini lah Armin yang dikatakan menetap di Mexico. Manakala adik paling bongsu bernama Irinah Melati yang bekerja dan menetap di kota metropolitan, London. Biasalah anak kacukan, jangan katakan cuma Maya Karin sahaja yang cantik dalam keluarga tu, adiknya ni juga hensem melensem betul.





google: Maya Karin facebook, skandal terbaru Maya Karin, Maya Karin artis seksi, gambar terbaru Maya Karin, keluarga Maya Karin

Perkahwinan Retak, Jimmy & Isteri Tidak Tinggal Sebumbung


Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.

Menurut maklumat yang diterima , pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.

Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.


Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.

Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.

“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.

“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.

Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

google: Jimmy Shanley facebook, gambar terkini Jimmy Shanley, gosip terkini Jimmy Shanley, skandal terkini Jimmy Shanley, Jimmy Shanley artis hot, Jimmy Shanley bercerai, rumahtangga Jimmy Shanley retak.

'Anak Ikan', Filem Gay Terbaru Raja Azmi


Selepas melalui pelbagai kontroversi menghasilkan filem ...Dalam Botol, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman,50, masih tidak serik-serik apabila mahu menerbitkan sebuah lagi filem gay berjudul Anak Ikan.

Kata Raja Azmi kepada mStar Online, filem itu mempunyai tema serupa seperti ...Dalam Botol tetapi kali ini ia lebih menonjolkan bagaimana senario kehidupan lelaki gay yang sudah berumur tetapi menjalin hubungan cinta dengan lelaki muda.

"Saya dalam perancangan untuk menerbitkan filem terbaru yang berjudul Anak Ikan. Filem ini saya jangkakan akan mencetuskan kontroversi lagi selepas ...Dalam Botol kerana ia tetap berkisah mengenai kehidupan gay.

"Bagi golongan gay, istilah 'anak ikan' membawa maksud lelaki muda yang menjalinkan hubungan cinta dan seks dengan lelaki yang lebih tua dari mereka.

"Saya sedang meneliti skrip tersebut dan ia memerlukan beberapa pindaan. Selepas ini, saya akan mula mencari lelaki muda yang kacak pula untuk memainkan watak 'anak ikan' itu," katanya berseloroh.

Ditanya mengenai keterujaan untuk menerbitkan sebuah lagi filem yang bakal mencetuskan kontroversi, Raja Azmi berkata, filem terbaru itu dihasilkan bukan untuk mencari publisiti murahan atau kontroversi.

Sebaliknya, ia adalah paparan realiti kehidupan yang membelenggu golongan homoseksual serta turut mempunyai mesej yang baik di sebalik apa yang ingin dipaparkan.

"Saya bukan suka-suka buat filem sebegini untuk cari publisiti atau kontroversi. Sebaliknya, ada mesej yang ingin saya kongsi bersama penonton tentang senario hidup golongan itu.

"Ini adalah realiti sebenar kehidupan selain saya ingin cuba menyuntik kesedaran kepada penonton," katanya yang ditemui pada pratonton filem Damping Malam di sini, Rabu.

Tunda ...Dalam Botol

Sementara itu, Raja Azmi turut memberitahu filem ...Dalam Botol yang dijadualkan menjengah pawagam pada 10 Februari depan telah ditunda ke tarikh baru pada Mac 2011 ekoran kelewatannya melunaskan baki bayaran proses akhir filem itu di Studio Digital Mixstage di Finas baru-baru ini.

"Saya terpaksa akur dengan anjakan tarikh untuk filem ...Dalam Botol kerana baru saja melunaskan baki bayaran kos proses akhir filem itu sebanyak RM96,000 di Finas baru-baru ini.

"Oleh kerana saya lambat bayar, Skim Wajib Tayang harus memberikan keutamaan pada filem lain yang sudah lengkap sepenuhnya berbanding filem saya.

"Bagaimanapun, saya berharap perubahan tarikh tayangan filem itu tidak akan memberi sebarang kesan untuk menarik penonton ke pawagam apabila ditayangkan nanti," katanya.

Faizal Tahir Guna Susunan Muzik Asal


Penyanyi Faizal Tahir mengambil pendekatan tidak akan mengubah susunan muzik terhadap dua lagu nyanyiannya yang akan dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) pada 9 Januari ini.

Dia yang berjaya ke AJL25 dengan lagu Hanyut dan Selamat Malam mahu menyanyikan lagu tersebut dengan susunan muzik asal tanpa membuat sebarang perubahan.

“Saya akan menyanyikan kedua-dua lagu tersebut seperti biasa dan tidak akan mengubah susunan muzik asal untuk AJL25 ini. Saya suka susunan asal kedua-dua lagu tersebut.

“Lagi pula orang dah biasa dengar lagu tersebut dengan muzik itu dan lebih mudah bagi saya untuk membawanya. Namun begitu untuk malam tersebut saya akan beri persembahan berbeza dan ia masih dalam perancangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Faizal turut mengakui bimbang dengan angka giliran yang agak rapat antara kedua-dua lagu tersebut.

“Selepas cabutan angka giliran, saya mula rasa risau kerana persembahan saya agak rapat. Lagu Selamat Malam berada pada kedudukan tempat kelapan manakala Hanyut pada kedudukan ke 12.

“Risau takut tak sempat buat persiapan, ini akan menguji tahap profesional saya sebagai penghibur yang bukan sekadar menyanyi tapi dari segi mental. Kalau persembahan biasa ia tiada masalah dan kurang tekanan berbanding dengan pertandingan,” katanya.

Pada tahun lalu Faizal mencipta kontroversi apabila memohon kepada pihak TV3 untuk menukar giliran persembahannya dengan Tomok daripada tempat ke 9 kepada tempat ke 14.

Dalam pada itu Faizal berharap kesihatan tidak terganggu menjelang acara berprestij tersebut nanti.

“Saya bimbang tentang kesihatan sahaja sekarang. Saya pula mudah dapat penyakit. Apa yang penting ialah untuk jaga kesihatan sehingga hari pertandingan tersebut,” katanya.

Sementara itu, AJL25 kali ini menyenaraikan 14 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh 13 finalis solo dan berkumpulan.

Lagu yang akan bertanding ialah Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim), Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali).

Turut terpilih Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan).

google: Faizal Tahir facebook, Faizal Tahir artis hot, gambar terkini Faizal Tahir, gosip terkini Faizal Tahir, skandal terkini Faizal Tahir, Faizal Tahir masuk final juara lagu.

Loque Perkenal Isteri Dalam 'Serasi Bersama'


Penyanyi lagu Kekanda Adinda, Loque, 33, bersedia memperkenalkan isterinya, Dahlia Nadia Johari, 25, kepada umum apabila menyertai sebuah program terbitan Astro, Serasi Bersama.

Menurutnya, dengan menyertai program tersebut ia dapat merapatkan lagi hubungan mereka memandangkan selama ini peluang bersama di rumah agak terhad.

“Saya anggap program ini sebagai bulan madu kami, memandangkan saya agak sibuk dengan aktiviti seni sejak kebelakangan ini.

“Dia juga sebelum ini tidak mahu dikenali dan mendapat mendedahan di media. Tapi kami berfikiran positif dan menganggap program ini sebagai peluang untuk bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Program Serasi Bersama terbitan Astro Ria.

Tambah Loque, biarpun Dahlia berkerja bukan dari industri hiburan, namun dia yang memberi sokongan kepadanya.

“Dia memahami kerjaya saya, walaupun bekerja dalam bidang perbankan namun dia tidak pernah ketinggalan untuk memberi sokongan kepada saya pada setiap persembahan.

“Malah dia juga yang memperkenalkan saya kepada Atilia yang juga rakan baiknya. Jadi tidak timbul isu untuk dia berasa cemburu apabila banyak persembahan saya bersama Atilia,” katanya.

Ketika ditanya dengan trend program yang melibatkan pasangan selebriti yang sering dikaitkan berakhir dengan penceraian, Loque memberitahu dia turut bimbang dengan keadaan tersebut.

“Ketika kami ditawarkan kami mengkaji dulu bagaimana program ini. Kami lihat ia sebuah program yang menyeronokkan.

“Jika ia seperti Sehati Berdansa mungkin kami tidak terima sebab akan mengambil masa agak lama dan komitmen yang tinggi,” katanya.

Bercerita tentang perancangan keluarga dan cahaya mata, Loque memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Kami hanya merancang tapi Tuhan menentukan segalanya. Kami tidak pernah menolak rezeki itu dan berharap tahun depan merupakan masa yang paling sesuai untuk menambah bilangan keluarga,” ujarnya.

google: Loque facebook, skandal terbaru Loque, gambar terbaru Loque, gosip terkini Loque, Loque dengan isteri, gambar Loque dengan isteri

Kumpulan Rock 80-an 'Desire' Muncul Semula


Atas sokongan peminat, kumpulan rock popular 90-an, Desire akan membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dalam sebuah konsert selepas 20 tahun menyepikan diri dalam dunia seni.

Desire yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kelantan dianggotai oleh Razli Hussain (pemain gitar utama), Aziz Yusop (pemain drum), Mohd Nazri (pemain gitar kedua), Mohd Johan Nordin(vokalis) dan Mohd Zuky Abdullah (pemain bass).

Konsert yang dinamakan Desire Reunion 2010 itu akan berlangsung di One Café, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada Sabtu ini, 18 Disember, pukul 3 petang.

Menurut pengurus kumpulan tersebut, Shamsul Ambia, mereka menjangkakan kira-kira 700 hingga 800 penonton akan hadir ke konsert yang akan menampilkan band jemputan iaitu D’Fly, Firasah, Shewolves, Dreamknight, Last Hikari, After Life, Faulty Dress dan Superheroes.


Shamsul Ambia selaku pengurus kumpulan.
“Setakat ini kami telah mendapat maklum balas daripada ramai peminat di Facebook dan ahli kelab peminat kami di Kelantan dan Kuala Lumpur untuk hadir ke konsert ini.

“Terima kasih kepada Kelab Peminat Desire di Kelantan dan Desire Club Kuala Lumpur yang aktif dan menaikkan semangat kami.

"Kami berharap konsert ini akan mendapat sokongan kerana ia turut diadakan bertujuan untuk mengumpul dana Tabung Pemuzik Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),” ujar Shamsul mewakili Desire ketika sidang media di pejabat Karyawan di sini, Khamis.

Sebanyak 13 buah lagu yang akan dinyanyikan termasuklah Puteri Saadong, Bias Cinta dan lagu yang memperjuangkan nasib Palestin dan pembuangan bayi.

Bagi mengikut peredaran masa, kumpulan ini bersetuju untuk menggubah lagu-lagu mereka kepada muzik irama moden dan tradisional.

Tiket boleh didapati pada harga RM20 dan mula dijual pada hari konsert.

Sebelum ini, Desire banyak membuat persembahan di Kelab Suara Muda di Kelantan selain terkenal di selatan Thailand.

Konsert daripada bekas juara Battle of the Rocks 1987 itu popular dengan lagu Sentuhan dan Bias Cinta, yang turut bersaing dalam program Muzik Muzik 1989.

Sepanjang karier, kumpulan ini mempunyai empat album iaitu Sumpitan Senja, Tolak Campor Kali Bahagi, Kata Kata Kata dan Puteri Saadong.

Adzrin Pujaan Malaya


KETIKA lagu pop komersial menguasai persada muzik semasa, kehadiran lagu bergenre unfolk, Pujaan Malaya nyanyian Adzrin Adzhar yang mula diputarkan di radio pada awal tahun ini dilihat seakan memberi pilihan kepada pencinta muzik tempatan.

Rentak muzik yang seakan-akan irama 50-an itu muncul sebagai pengubat rindu kepada peminat lagu sebegitu tatkala lagu-lagu moden masih lagi menyelubungi arena seni muzik tanah air.

Impaknya, anak jati Kuala Lumpur yang berusia 25 tahun ini menjadi pujaan Malaya kerana memberi ruang kepada irama tersebut untuk bernafas kembali dalam dunia hiburan tempatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, seawal usia 16 tahun, Adzrin pernah dilamar oleh MIG Records untuk menjadi artis mereka setelah bakat nyanyiannya dicungkil menerusi Pertandingan Bintang Sensasi Menara Kuala Lumpur/ Hai pada 2002.

Malangnya, entah di mana silapnya, impian Adzrin untuk bergelar penyanyi profesional berkubur begitu sahaja.

Tekad Adzrin, dia ingin melupakan terus bidang nyanyian setelah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Namun, tempoh lapan tahun menjauhkan diri dari lapangan seni, bakat nyanyiannya itu kembali mewarnai industri muzik tanah air.

Alasannya, hanyalah disebabkan minatnya yang mendalam terhadap bidang nyanyian.

Selain itu, jelas Adzrin, kebangkitannya dalam bidang ini turut diiringi dengan semangat untuk membela nasib ayahnya yang pernah ditipu.

"Pujaan Malaya sebenarnya dicipta sebagai lagu tema sebuah filem tempatan.

"Tetapi entah di mana silapnya, filem tersebut diibaratkan seperti projek gajah putih. Terbengkalai tanpa ada lanjutannya ," luah Adzrin berbaur kekecewaan.

Tambah Adzrin, ayahnya yang bertindak selaku produser filem tersebut begitu kecewa kerana individu yang sepatutnya menyiapkan projek itu hilang begitu sahaja.

"Saya pernah mencari individu yang terlibat, tapi masih gagal untuk bertemu mereka.

"Meskipun ada masalah dalam projek tersebut, ia sepatutnya diperjelaskan kepada ayah saya. Bukannya melarikan diri begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak," katanya

google: Adzrin facebook, Adzrin artis seksi, Adzrin artis hot, Adzrin pujaan lelaki, skandal terbaru Adzrin, gambar terbaru Adzrin

Adeline Tsen Yang Cute Apabila Bertudung (Gambar)

Memang terlalu cute gambar Adeline Tsen apabila dia bertudung. Kalau tak kenal dia, memang dah anggap gadis Melayu terakhir. Buat yang tak tahu, Adeline Tsen pernah dikaitkan bercinta dengan Fahrin Ahmad. Mungkin ini latihan bila jadi isteri Fahrin?



google: Adeline Tsen facebook, Adeline Tsen yang seksi, Adeline Tsen yang manis, Adeline Tsen menawan, Adeline Tsen kekasih fahrin ahmad, skandal terbaru fahrin ahmad, kekasih fahrin ahmad

Thursday, December 16, 2010

Kak Pah, Siti, Ziana Bakal Bersatu Di AJL25


Kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 9 Januari 2011 depan bakal menjanjikan pelbagai kelainan dengan pemilihan tema mapping music.

Penerbit AJL25, Ahmad Shaifullizam Arshad atau Jibam berkata, selain menampilkan persembahan mantap dari 14 lagu yang bertanding, AJL 25 turut menjemput juara-juara AJL sebelumnya untuk menghiburkan penonton pada malam yang penuh debaran itu.

"Insya-Allah, untuk persembahan pembukaan nanti, ia akan dihiburkan oleh barisan penyanyi ternama seperti Francissca Peter, M Nasir dan Nash. Manakala, Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Sharifah Aini dan Ziana Zain akan diundang untuk membuat persembahan interlude.

"Sebenarnya, ini kali kedua saya menyandang tugas sebagai penerbit AJL. Sejujurnya, saya dah diberitahu untuk membuat tugasan ini pada bulan Mac lalu. Masa tu saya rasa down sekejap tapi rasa itu hanya seminggu saja.

"Saya terfikir juga macam mana saya nak buat AJL25 untuk melepasi catatan AJL24. Jadi, saya pun pergi ke luar negara seperti New York dan Hong Kong untuk membuat kajian. Set pentas AJL25 direka oleh pereka set TV3 iaitu Raffi Mustafa," kata Jibam.

Meneruskan cerita, Jibam menjelaskan konsep pentas tahun ini menggunakan 12 peringkat berbanding tahun lalu yang hanya menggunakan 7 peringkat saja.

"Inilah set pentas yang akan digunakan pada malam kemuncak itu. Namun, ianya masih belum finalise lagi. Pentas kali ini bakal menggunakan 600 LED dan mempunyai 2 bahagian. Kamera yang digunakan pula sebanyak 13 kamera. Tahun ini, kami target untuk meraih 5 juta penonton ke atas," ujar Jibam lagi.

Ditanya tentang pemilihan Dato Sharifah Aini yang tidak pernah menjuarai AJL, Jibam menegaskan bahawa AJL kali ini lebih kepada ingin menghargai mereka yang telah terlibat sepanjang 25 tahun AJL dianjurkan oleh TV3.

"Setakat ini, saya belum terima apa-apa respon dari pihak artis untuk pertukaran nombor giliran. Lagi pun, banyak artis yang telah membentangkan apa yang akan dipersembahkan malam itu lagi. Ia sangat bersesuai dengan konsep pentas kami yang boleh bergerak.

"Sempena AJL 25 juga, kami akan mengadakan road show AJL25 pada 26 Disember ini bertempat di Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Untuk road show ini, kami akan membawa 8 finalis ke sana," jelas Jibam.

Apapun, pada majlis cabutan nombor giliran ini yang diadakan di Solaris, Mont Kiara, petang semalam, M Nasir telah diundang untuk mengadakan persembahan pembukaan dengan mendendangkan lagu-lagu hasil nyanyian dan ciptaan beliau yang pernah menyandang gelaran juara lagu.

Majlis turut mengumumkan, Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail kekal sebagai hos utama AJL25.

Berikut adalah giliran persembahan artis pada malam AJL25.

1. Yuna (Cinta Sempurna)

2. Tomok (Berlari)

3. API (Pelita)

4. Shahir (Kebahagian Dalam Perpisahan)

5. Meet Uncle Hussein (Drama King)

6. Hafiz (Noktah Cinta)

7. Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)

8. Faizal Tahir (Selamat Malam)

9. Adira (Ku Ada Kamu)

10. Bunkface (Extravaganza)

11. Black (Sofea Jane)

12. Faizal Tahir (Hanyut)

13. Stacy (Jahat)

14. Hujan (Mencari Konklusi)

Anuar Zain Jadi Pilihan KRU


Pernah menolak pelawaan KRU untuk membintangi filem Magika membawakan watak Badang, tidak menyekat impian trio adik beradik itu untuk mencuba lagi menyunting penyanyi popular Anuar Zain untuk bekerjasama bersama mereka.

Mempercayai bakat dan kredibiliti yang ada pada Anuar, membuatkan mereka sekali lagi melamar penyanyi berusia 40 tahun itu, untuk tampil sebagai penyanyi lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih.

Menerima pelawaan KRU dengan hati yang terbuka, jelas penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini, kesediaannya menyanyikan lagu tema filem yang menelan kos RM 8 juta itu, disebabkan keindahan lirik dan melodi ciptaan Edry Abdul Halim itu.

"Pertama kali dengar lagu ini saya terus suka. Liriknya yang puitis dan melodi yang indah yang mampu menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Apabila dihayati ia mampu memberi kesan kepada diri kita iaitu perasaan sayu, sedih dan yang bestnya ada elemen cute dalam lagu itu kerana ia merupakan sentuhan KRU kan. Dicampurkan kesemuanya menjadi sebuah lagu yang sangat menarik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan klip video lagu tersebut di ibu kota.

Menepis dakwaan menerima bayaran yang tinggi antara punca dia menerima tawaran tersebut kata Anuar, "Tak adalah saya terima kerana kekuatan lagu tersebut. Menepati kehendak dan kemahuan saya maka terjalinlah kerjasama antara kami. Lagipun sebelum saya menerima lagu tersebut saya sendiri sudah membuat kajian mengenai filem ini dan saya tertarik apabila melihat hasilnya,".

Dicipta dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris (The Memories Remain) untuk pasaran antarabangsa, tutur Anuar bukanlah mudah baginya merakamkan kedua-dua versi lagu itu.

"Lagu ini sangat susah untuk dirakam tapi saya cuba juga memberikan yang terbaik. Saya perlu menjaga pernafasan dan lenggoknya. Bagi versi Inggeris pula, tak sama dengan bahasa Melayu. Saya perlu menjaga sebutan dan gaya penyampaiannya juga berbeza," ujar penggemar kedai mamak ini.

Berkongsi cerita mengenai rakaman klip video tersebut kata pemilik nama sebenar, Shahrul Anuar Zain ini, ia hanya mengambil masa satu hari sahaja.

"Baru hari ini saya melihat hasil klip video ini dan saya sangat bangga, gembira dan tak sangka kerana lagu dan jalan ceritanya kena dan seiring. Saya rasa klip video ini antara yang terbaik buat diri saya. Meksipun kami merakamkan video yang hampir sama, agak mencabar sewaktu rakaman klip video versi Inggeris tersebut. Lagu baru kita perlu miming dan pada masa yang sama kita perlu hafaz lirik supaya tak lari dari gerak mulut kita," katanya yang mengagumi hasil kerja Yusry selaku pengarah klip video itu.

Sementara itu jelas Norman Abdul Halim, pemilihan Anuar Zain sebagai penyanyi lagu tema filem tersebut amat bertepatan memandangkan filem tersebut bakal di pasaran antarabangsa.

"Anuar Zain ada kelas tersendiri dan saya yakin peminat dia bukan hanya masyarakat bandar bahkan kampung. Dia juga mempunyai peminat di kalangan bukan Melayu jadi ia secara tak langsung mampu menarik mereka semua untuk menyaksikannya filem ini. Saya yakin lagu nyanyian Anuar ini mampu diterima oleh masyarakat di luar juga apabila ia ditayangkan di luar negara kerana vokal dan kredibiliti dirinya sendiri. ," katanya.

Malah jelas Norman lagi, sebagai salah satu rangka promosi filem tersebut, lagu tema versi Inggeris itu akan dipasaran menerusi sosial network antaranya itunes.

Shila Amzah Lebih Selesa Berkawan Lelaki Berusia


Dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemain muda pasukan harimau muda Haziq Zikri dan sering kelihatan bersama dalam majlis keraian, Shila Amzah tampil menafikan gosip tersebut.

Ujarnya, Zikri tidak lebih sekadar kawan. Mungkin andaian timbul apabila keduanya sering muncul bersama.

"Zikri bukan kekasih Shila, namun dia adalah kawan yang paling rapat buat masa ini. Tak dinafikan memang kami selalu keluar bersama. Namun dia muda daripada Shila dan perangainya masih kebudak-budakkan.

"Tak mungkin kami akan bersama sebab dalam berpasangan Shila tak boleh terima seseorang yang lebih muda. Lagipun lelaki ini lambat matang. Shila perlukan seseorang yang boleh membimbing.

"Lagipun tak sesuailah kami bersama sebab dia pun tak lama berada di Malaysia dan dia pun tak mungkin suka Shila (ketawa). Mak Zikri pun tak kisah keluar gosip antara kami sebab dia tahu kami memang rapat tapi tak adalah sampai bercinta," jelasnya yang turut berkawan rapat dengan Fizo Omar.

Lebih selesa bersendirian buat masa ini, jadual aktiviti yang padat menyukarkan Shila melapangkan masa bersama yang tercinta.

"Masih terlalu awal untuk fikirkan soal cinta dan kahwin. Kalau Shila sudah ada calon pun mungkin lagi empat tahun baru fikirkan soal kahwin.

"Susah sebenarnya nak bercinta sebab kerja Shila tak tentu masa dan tak semua boleh faham. Bukannya boleh selalu dating macam orang lain. Bukan salah untuk bercinta cuma bila bercinta ia akan menganggu reputasi dan tak bagus untuk karier.

"Dan Shila elakkan bercinta dengan orang dalam industri sebab terlampau banyak berita perceraian dan perpisahan selebriti yang keluar setiap hari.

"Shila tak mencari tapi kalau berjumpa yang sesuai, syukurlah," ujarnya lebih selesa dikenali sebagai Shila Amzah dan bukannya Shila OIAM.

Bukan Artis Iklan

Perjalanan kariernya tidak seindah yang diduga. 10 tahun bergelumang menggapai peluang dan baru kini bakatnya mula dipandang. Dan kini muncul pula suara sumbang mengatakan rezeki yang datang atas bantuan ayahnya, N.D. Lala. Cerita makin hangat apabila Shila diangkat menjadi duta terbaru Safi Balqis Perfect 10.


"Shila tahu ada yang gelarkan Shila artis iklan. Banyak yang masih merendahkan kredibiliti dan bakat yang ada. Shila ambil masa 10 tahun untuk sampai ke tahap ini. Ada yang hanya ambil tiga tahun. Shila lalui jalan yang sukar dan masih banyak yang perlu dicapai.

"Tak benar Shila dapat bantuan ayah atas segala hasil yang diperolehi. Ayah tak ada masa nak melobi kerana banyak lagi kerja penting yang harus dilakukan," ujarnya yang bakal muncul dengan album baru yang mengisahkan kisah hidupnya.

google: Shila Amzah facebook, Shila Amzah artis seksi, gambar terkini Shila Amzah, gosip terkini Shila Amzah, skandal terkini Shila Amzah, Shila Amzah artis hot

AKU MASIH DARA Dikecam Hebat


Belum pun reda dikecam akibat dialog nasi lemak 50 sen Cuti Cuti Cinta, Idham sekali lagi diterjah kontroversi. Aku sangap lubang. Itulah antara dialog yang ditonjolkan pengarah Ahmad Idham dalam filem terbaru arahannya, Aku Masih Dara. Lebih membimbangkan, dialog lain seperti group sex dan pakai tudung untuk cover love bite antara yang sering bermain di bibir setelah menonton sebahagian sedutan filem berkenaan.
Tajuk filem sahaja sudah kontroversi, menontonnya membuatkan ManggaOnline (MO) tak senang duduk melihat aksi panas dan agak keterlaluan yang dipaparkan.

Sekadar tersenyum, Ahmad Idham mengakui hakikat filem arahannya banyak mengeluarkan isu sensitif. Namun itulah risiko yang harus dibayar apabila realiti difilemkan.

"Apa yang mereka lihat adalah daripada trailer dan setahu saya tak pernah lagi orang review trailer. Sebenarnya dialog tersebut ada dalam percakapan harian kita tapi mereka jadikan isu bila ia ditujukan kepada janda (Nora Danish).

"Saya sudah biasa dengan kritikan dan filem Aku Masih Dara dibuat untuk golongan remaja. Saya harus selami jiwa remaja jika mahu menarik perhatian mereka untuk menonton. Kita tak boleh menidakkan hakikat apa yang dipaparkan, itulah sebenarnya yang berlaku dalam realiti.

"Berkenaan dialog aku sangap lubang, ianya disebut oleh watak yang menjengkelkan dan sesuai dengan situasinya yang sedang khayal pada masa itu. Tak sesuai jika seseorang yang berada di bawah pengaruh dadah, menyebut ayat yang formal kerana ianya akan nampak palsu. Saya buat cerita untuk remaja so tak bolehlah buat cerita yang metafore, kenalah buat sesuatu yang straight forward untuk memudahkan mereka faham. Sebab itulah tajuk Aku Masih Dara paling sesuai.

"Banyak lagi pengajaran dalam filem ini, mengapa hanya melihat yang negatif sahaja? Fikirkan mengapa begitu mudah remaja lari daripada kesilapan dan kaitkannya dengan kehidupan? Janganlah kita gunakan agama untuk menutup kesilapan. Itulah yang saya cuba terapkan dalam filem ini.

"Itulah masalahnya penonton ini. Kita cuba terapkan dakwah tapi mereka tak mahu ikut. Tapi bila ada dialog yang kontroversi, itulah yang menjadi sebutan. Orang di Malaysia ini diberi masa 11 tahun belajar dari darjah satu hingga tingkatan lima, takkan lah mereka tak boleh fikir mana yang elok atau tidak," jelasnya panjang lebar.

Tidak kisah digelar watak antagonis dalam industri, baginya watak itulah yang memajukan industri perfileman.

"Kepercayaan penonton terhadap filem Melayu masih 50 peratus. Walau filem arahan saya banyak menimbulkan kontroversi, namun anda tidak boleh menidakkan hakikat bahawa filem Melayu kini semakin mendapat tempat. Percayalah saya tak pernah berniat menjatuhkan industri perfileman, sebaliknya saya turut membantu memajukannya," tambah Idham.


Aku Masih Dara mengisahkan tiga sahabat baik, Aleesya (Yana Samsudin), Sofea (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir) membesar dengan latar keluarga yang berbeza. Kehidupan serba moden menyebabkan mereka leka dengan tuntutan agama lantas terjerumus dengan gaya hidup barat. Pergaulan bebas serta menghalalkan yang haram bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka.

Namun segalanya berubah apabila Firdaus (Asyraf Muslim) muncul di kalangan mereka sehinggalah terdetik hati Sofea untuk berubah menjadi kedamaian. Saksikan kesudahan filem kontroversi ini di pawagam bermula 16 Disember ini

Jadi diri sendiri pun susah


USIA pembabitan juara Raja Lawak musim kedua (RL2), Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil masih lagi mentah. Tidak sampai tiga tahun pun lagi.

Tetapi, kisah kontroversi yang melanda dirinya mengalahkan artis-artis yang lebih makan garam dulu daripadanya.

Satu per satu cerita panas menghimpit Nabil sehinggakan ia telah mengaburi bakat istimewa yang ada dalam dirinya.

Antara sedar atau tidak, kegemilangan yang pernah dikecapinya kini semakin malis.

Ramai yang mengatakan semuanya berpunca daripada dirinya sendiri yang 'menempah maut' di atas segala kisah kontroversi yang berlaku.

Terbaru, kes gambar ciumnya bersama seorang wanita telah menggemparkan industri hiburan tanah air dan menjadi perdebatan di alam maya.

Namun, Nabil menafikan gambar itu adalah dirinya. Malah, dia sendiri mengangkat bahu dan menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengannya dalam foto itu.

Kesan yang terhasil daripada penyebaran foto yang didakwa Nabil sebagai permainan teknologi moden itu telah menyebabkan hubungannya bersama pelakon dan model jelita, Irma Hasmie terlerai selepas hampir dua tahun menyemai cinta bersama.

Bertemu dengan anak jati Negeri Sembilan itu pada rakaman program Anda Ada 60 Saat di KRU Studios, Cyberjaya, baru-baru ini, pemuda berusia 27 tahun itu dengan tenang menjawab segala pertanyaan daripada pihak media.

Jauh sekali hendak melenting dengan soalan-soalan panas yang diajukan kepadanya, Nabil dilihat selesa untuk mengambil pendekatan yang berhemah dalam memberikan justifikasinya.

"Pertama sekali, saya tidak mahu lagi mengulas tentang isu gambar itu kerana ia adalah kisah silam yang tidak perlu diungkit lagi. Apa yang berlaku biarkanlah ia berlalu.

"Susah sebenarnya mahu puaskan hati semua pihak. Kalau kita tidak buat, tetapi dikatakan kita yang melakukannya. Jadi, adalah lebih afdal untuk terus diam dan tidak perlu memanjangkan lagi kisah yang berlaku.

"Apa yang berlaku saya menganggapnya sebagai satu ujian Allah SWT untuk saya muhasabah diri dalam menjadi seorang yang lebih baik. Saya perlu meneruskan hidup dan mencari rezeki untuk disuapkan kepada keluarga saya di kampung.

"Kalau saya asyik duduk termenung dan memikirkan segala perkara yang berlaku kepada saya, memang dapur tak berasaplah jawabnya," demikian kata Nabil sewaktu membuka bicaranya pada tengah hari itu usai rakaman program tersebut.

google: Nabil facebook, skandal terbaru nabil, gambar terbaru nabil, nabil bercinta, nabil ada kekasih baru, nabil putus cinta

OneMusic popularkan Shazroul


BIARPUN kehadirannya di persada muzik tanah air kurang mendapat perhatian, namun bakatnya tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain yang ada di Malaysia.

Platform Konsert Prelude Akademi Fantasia 4 (AF4) yang menyaksikan penyingkirannya dari AF4 menjadi pentas terbaik bagi Shazroul atau nama sebenarnya Shazroul Fazlie Zahari memulakan langkahnya mencipta nama dalam bidang nyanyian.

Diakui, penyingkirannya empat tahun lalu itu pernah mengecewakannya. Namun, anak didik guru vokal dan penyanyi Hazami itu tidak pernah patah semangat untuk terus menempuhi ranjau bergelar anak seni.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat telekomunikasi Maxis yang diadakan di Damansara Perdana baru-baru ini, Shazroul bersyukur kerana diberikan banyak ruang untuk mempromosikan produknya.

Sebagai contoh, pelancaran perkhidmatan muzik integrasi OneMusic oleh Maxis memberikannya laluan mempelbagaikan bentuk promosi terhadap sembilan buah lagunya yang diabadikan dalam album sulungnya berjudul Cuma Satu.

Kata pemuda berusia 25 tahun itu, OneMusic merupakan capaian yang mudah dan cepat buat pengguna untuk mendapatkan muzik kegemaran mereka walaupun lagu tersebut bukannya sebuah lagu baru dan terkini.

“Perkhidmatan ini cukup bagus untuk membantu penyanyi dalam menjana pendapatan mereka. Lebih daripada 30,000 buah lagu disenaraikan dan jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Khidmat muat turun yang disediakan melalui OneMusic bukan sahaja boleh memberi pendapatan sampingan kepada penyanyi bahkan turut memasarkan bakat artis itu sekaligus memberi publisiti kepada mereka.

“Selain boleh memuat turun lagu-lagu kegemaran mereka dalam bentuk fail MP3 dengan mudah dan cepat, pengguna juga boleh mendapatkan paparan visual dan klip video," jelas penyanyi tinggi lampai itu.

Sementara itu, albumnya yang dilancarkan setahun lalu adalah bukti kesungguhan Shazroul demi melakar nama sebagai penyanyi.

"Walaupun tiada publisiti, alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang ini agak stabil.

"Saya akan terus menyanyi selagi mampu," katanya.

Bagi peminat muzik pop, lagu-lagu nyanyian Shazroul boleh dibeli secara online di www.2ps.com.my selain memesannya menerusi laman sosial Facebook atau pun MySpace miliknya.

‘Music Mapping’ Tema AJL25


Yuna mendapat giliran pertama untuk membuat persembahan di AJL25 pada 9 Januari 2011

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 yang akan berlangsung pada 9 Januari depan akan memperkenalkan konsep Music Mapping atau pemetaan muzik.

Acara berkenaan akan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini dan disiarkan secara langsung di TV3, pukul 9 malam.

Bagi merealisasikan konsep tersebut, penerbitnya, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi baru iaitu Light Emitting Diode (LED) atau diod pemancar cahaya bagi menyampaikan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama dalam industri muzik tempatan.

“Kami menggunakan sebanyak 600 panel LED di lantai pentas AJL25 secara menegak dan melintang. Konsep ini direka oleh Rafi Mustapha.

“Pentas terbahagi kepada dua bahagian bagi memudahkan persiapan setiap band yang membuat persembahan mengikut giliran masing-masing.

“Sementara pemain muzik orkestra akan diletakkan di bahagian atas. Kita juga menggunakan 13 kamera untuk merakam persembahan pada malam itu,” kata Gbam yang berbincang dengan Rafi tentang konsep tersebut sejak bulan Jun lalu.

Untuk mendapatkan ilham serta idea baru yang lebih segar, Gbam yang kali kedua menerima tanggungjawab sebagai penerbit AJL dihantar ke beberapa negara luar iaitu New York, London dan Bangkok untuk mencari kelainan berkenaan.

Sementara itu AJL25 kali ini menyenaraikan 14 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh 13 finalis solo dan berkumpulan.

Lagu yang akan bertanding ialah Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim), Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali).

Turut terpilih Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan).

Juara AJL25 bakal memenangi trofi dan wang tunai RM35,000, naib juara (trofi & wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi & wang tunai RM12,000), persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000).

Seperti tahun sebelum ini, penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Lebih mewarnai AJL25, seramai enam penyanyi “otai” yang pernah terlibat dengan AJL bermula tahun 1986 akan memberikan persembahan pembukaan dan interlud.

Mereka adalah M.Nasir, Nash, Francissca Peter, Ziana Zain, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. AJL25 mengundang penyanyi-penyanyi ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Debaran AJL25 bermula seawal 7.30 malam dan dibawakan secara langsung melalui laman web www.tv3.com.my/ajl25.

Untuk ke sekian kalinya, malam kemuncak ini bakal menggandingkan pengacara popular Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.

Bagi menghangatkan AJL25, TV3 turut mengadakan persembahan jelajah di Pasir Gudang, Johor pada 26 Disember ini yang bakal menyaksikan lapan finalis akan turut serta termasuk penyanyi Nash dan kumpulan Mega.

Bapa Hanya Tolong Kalau Dafi Bangkrap


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menegaskan beliau tidak akan membantu anaknya, Dafi atau Gadaffi, 22, mengeluarkan sebarang wang modal untuk membangunkan syarikat Lough Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOLE).

Menurut Ismail Sabri, dia mahu Dafi berdikari untuk merasai bagaimana susah untuk membina sebuah perniagaan menggunakan wang hasil titik peluh sendiri.

"Saya suka bila anak saya buat sesuatu atas usaha sendiri kerana saya juga dulu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Jadi saya biarkan dan melihat dari jauh perniagaannya itu. Bila Dafi bankrap baru saya tolong.

"Apa-apa pun saya bangga kerana dia mula berfikir tentang perniagaan pada usia yang muda. Saya sendiri tidak sangka dia begitu cepat membuka sebuah syarikat.

"Bagus juga dia menceburkan diri dalam perniagaan. Jika mula berniaga awal, dan mungkin satu hari nanti gagal, sekurang-kurangnya dia ada masa untuk memulihkan syarikatnya itu.

"Saya harap dia bersungguh-sungguh dengan perniagaan barunya itu. Saya selalu berkata kepada Dafi supaya jadikan Norman KRU sebagai contoh kerana Norman berjaya dalam perniagaan kerana kreativiti yang dimiliki.

"Justeru, Dafi juga perlu kreatif dan mempunyai produk perniagaan lain daripada yang lain jika ingin berjaya," katanya pada majlis ulang tahun hari lahir Dafi yang ke 22 dan pelancaran LOLE bertemakan Masquarade Nite-The New Beginning, di sini, Selasa.


Majlis hari jadi dan pelancaran LOLE yang dianjurkan merupakan hadiah yang besar buat Dafi.

Pada majlis yang diadakan dengan kerjasama Kelab Peminat Dafi Malaysia (DFCM), pelbagai kejutan dibuat khas untuk penyanyi itu.

Pada permulaan majlis, sekumpulan model memperagakan pakaian rekaan salah seorang ahli DFCM sebagai gimik pelancaran LOLE.

Kemudian, kemunculan pelakon Rozita Che Wan yang membawa sejambak bunga buat Dafi dan rakan kongsinya, Afeeq, serta Marsha yang menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Ternyata ia agak mengejutkan Dafi.
Tambah pula apabila artis kegemaran Dafi iaitu One Nation Emcees, turut hadir tanpa pengetahuannya.

Sementara itu, beritahu Dafi, dia gembira dengan majlis yang dianjurkan dan menganggap pelancaran LOLE merupakah hadiah yang paling besar yang pernah diterimanya.

"Saya juga menerima pelbagai hadiah daripada peminat dan ada yang saya tak sempat buka lagi.

"Tapi yang paling menggembirakan ialah pelancaran syarikat saya yang turut dibantu oleh DFCM lagi.

"Dalam usia saya yang sudah berumur 22 tahun ini, saya berharap ingin menjadi peniaga yang berjaya di masa akan datang nanti dan sasaran saya untuk tahun depan, saya ingin membeli sebuah rumah menggunakan wang titik peluh saya sendiri," nekad Dafi.

Sehari sebelum majlis, keluarga Dafi turut meraikan hari lahirnya itu di sekitar Bangsar.

Ana Raffali Terkilan Tidak Dibenarkan Pegang Gitar


Penyanyi Ana Raffali agak kecewa apabila tidak dibenarkan untuk memegang gitar bagi sesi fotografi yang akan digunakan sebagai profil sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 akan datang.

Disebabkan memegang gitar adalah identitinya selama ini, Ana berkata, arahan yang tidak membenarkan dai berbuat demikian oleh salah seorang jawatankuasa acara itu seolah-olah tidak hormat dengan kehendaknya.

Biarpun begitu, komposer dan penulis lirik ini tetap meneruskan sesi tersebut mengikut tuntutan pihak tersebut walaupun hatinya tersentuh kerana terpaksa mengorbankan keinginan sendiri.

“Kalau boleh saya nak bergambar dengan gitar sambil memakai baju kurung bagi mengekalkan imej saya yang sebegitu. Disebabkan salah faham yang berlaku, kami terpaksa ulang semua sesi bergambar.

“Saya mahu buktikan setiap orang perlu diberi hak untuk tampil dengan identiti dirinya sendiri,” kata Ana selepas sidang media dan mencabut giliran persembahan finalis AJL25 yang diadakan dia Kelab Soho, Solaris, Damansara di sini, Rabu.

Ana mendapat giliran persembahan ketujuh dengan mempertaruhkan lagu Tolong Ingatkan Aku yang dicipta sepenuhnya oleh dia sendiri.

Memandangkan ini merupakan pertama kali Ana beraksi di AJL, dia akan cuba merealisasikan impian melakukan persembahan yang dramatik dan berkonsepkan teater.

“Saya memang mengimpikan untuk menyertai AJL sejak dari kecil kerana dulu saya hanya mengikuti perkembangannya dan menonton dari jauh.

“Walaupun baru pertama kali, saya tetap meletakkan harapan untuk memenangi kategori persembahan terbaik dan lagu terbaik. Tetapi tidak dinafikan saingan kali ini sangat sengit memandangkan ramai penulis lirik dan komposer yang bagus.

“Bagaimanapun, saya tetap akan melakukan persembahan yang terbaik,” katanya yang akan mengenakan baju kurung tradisional rekaan Aliff Shukor.

Selain itu, dia turut mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa rakan dan individu untuk merealisasikan persembahannya dalam AJL tersebut yang akan diadakan pada 9 Januari 2011, di Stadium Putra Bukit Jalil.

google: Ana Raffali facebook, gambar terkini Ana Raffali, gambar seksi Ana Raffali, skandal terkini Ana Raffali, Ana Raffali kecewa, Ana Raffali idaman lelaki

Ditolak Maiya, Izwan Pilus Pilih Kumpulan Eve


Walaupun gagal berduet dengan penyanyi Singapura, Maiya Rahman, untuk single terbarunya, Tiba Tiba Cinta, Izwan Pilus tetap memilih penyanyi dari negara tersebut sebagai pengganti.

Kali ini dia memilih kumpulan Eve yang dianggotai oleh Yanie Hassan, Asila Osmera dan Evie Roslan untuk melaksanakan hasrat tersebut.

Mereka telah melakukan rakaman lagu pada 9 Disember lalu di studio milik AG, anggota kumpulan Hujan iaitu Kamar Seni di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Lagu tersebut digubah sepenuhnya oleh Izwan dan muziknya disusun oleh AG (Coco). Menariknya, Izwan menganggap lagu ini menceritakan tentang kemesraan antara orang Malaysia dan orang Singapura.

“Sepatutnya, saya melakukan projek istimewa ini dengan Maiya tetapi selepas tiga tahun menanti, akhirnya ditakdirkan dengan Eve. Maiya tidak dapat bekerjasama dengan saya kerana terikat dengan komitmen lain.


“Bagaimanapun, saya tidak kecewa kerana tidak mendapat Maiya. Hikmah sebaliknya, saya mendapat tiga orang penyanyi dalam satu kumpulan dan sekurang-kurangnya saya mampu menghasilkan lagu dengan gabungan suara yang berbeza-beza.

“Yanie mempunyai nada suara yang jelas, Asila dengan keharmonian suara “falseto” manakala Evie dengan suara serak-serak basahnya,” kata Izwan ketika ditemui di Menara Star, di sini minggu lalu.

Jika berpeluang selepas ini, mereka berharap untuk membuat video muzik. Itu pun jika ada pihak yang sudi menaja.

Menyentuh tentang lagu tersebut, Izwan akui iramanya berkonsepkan retro dan bernada rancak.

“Disebabkan ini merupakan projek pertama saya bekerjasama dengan artis Singapura dan pertama kali menggubah lagu sendiri, saya rasa agak tercabar apabila memikirkan cara untuk mengadun lagu yang banyak bahagian harmoni itu.

“Jika diikutkan tiada lagi lagu yang harmoni dan mencabar seperti ini dalam rekod peribadi saya,” ujarnya.

Izwan berkata, dengan keadaan industri muzik sekarang, dia lebih selesa menghasilkan single di bawah syarikat rakaman IP Music & Entertainment sebelum melengkapkan album penuh keduanya.

Sebelum ini, Izwan popular menerusi lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku

Wednesday, December 15, 2010

Respon Elyana Berkenaan Video Gadis Miripnya Menari Seksi, Mengoda


Tarian erotik & seksi yang kecoh tersebar telah pun mendapat perhatian Elyana & sedikit pengumuman rasmi di blog Elyana berkenaan penafian gadis dalam video tersebut adalah diri’nya. Tonton link asal.

"Adalah dimaklumkan bahawa perempuan yang mirip Elyana dalam video yang anda tonton adalah BUKAN Elyana. Diharap semua tidak ada salah faham dalam kepala tu. Memang 100% bukan. Perkara ni dah di-confirm-kan sendiri oleh tuan punya badan.

Kepada ElyanaLovers semua, kalau ada sesapa tanya, betul ke Elyana dalam video tu, korang just jawab, “NO!”. Sekali lagi, memang BUKAN Elyana. Bukan kami menyangkalnya tetapi ianya fakta, bukan Elyana.. Samada Elyana yang dulu @ sekarang, memang bukan k.

Harap semua sedia maklum, dan terima kasih atas sokongan korang semua selama ini. Elyana loves you guys"


Tak sangka, ada juga orang yang mirip lebih 90% dengan Elyana, maksud kami Elyana bersaiz 2 tahun lepas. Semua persoalan sudah terjawab, gadis tersebut bukan Elyana seperti dakwaan diri’nya, anda yang tonton nilaikan sendiri.



google: Elyana facebook, Elyana menari seksi, Elyana artis seksi, gambar seksi Elyana, gambar terbaru Elyana

Azad Jazmin dan Skandal Faezah Elai


Kontroversi kisah percintaan Faezah Elai & pengarah drama, Heykal Hanafiah mendapat perhatian Melodi. Hasil temubual dengan Azad, banyak dakwaan Faezah Elai bercanggah dengan kenyataan beberapa orang yang terlibat dalam cinta 3 segi ini, terutamanya isteri si pengarah & Azad sendiri.


Kronologinya, Faezah Elai berkata bahawa Azad (Pelakon filem Ngangkung) merupakan dalang utama yang menyebarkan gosip cinta antara dia & Heykal Hanafiah. Namun, minggu ini Azad muncul dengan slang Penang’nya memberi respon sinis + lawak terhadap Faezah Elai.

Azad bengang apabila namanya dikaitkan semula. Dalam akhbar, Faezah Elai berkata bahawa baru-baru ini Azad ada menghubunginya.

“Tetapi, si perempuan ni baru-baru ini ada claim dalam paper bahawa saya telefon dia. Bila masa aku telefon hang? Hang tunjuk bukti kat aku bahawa aku yang telefon hang? Sudahlah hang menghancuqkan rumahtangga orang, lepas tu hang tukar fakta pulak. Hang ingat ini global? Aku pulak yang buat cerita pasal si isteri ini? ” balas Azad sinis, bengang.

Sambung Azad lagi, “Hang ni orang kampung aku, malulah sikit! Aku orang Penang, hang pun orang Penang. Hang pi tanya satu Penang, siapa kedai aku, siapa kedai hang? Jangan ganggu harimau yang sedang tidoq. Tapi hang dah ganggu!”

“Pom Pang Pom Pang bagi bimbang, buat apa? Jangan buat kacau kat sini, hang buat kacau isteri orang!” – begitu epik kata-kata Azad sehingga membuat kami tergelak besar.

Faezah Elai & Azad pernah bercinta?

“Pasal cerita ni saya nak bagi clear lah. Saya & Faezah ni, saya memang tak pernah bercinta dengan perempuan ni. Bila masa saya bercinta dengan dia? Cuma kami pernah berkawan rapat, sebab kami datang daripada satu syarikat yang sama. So, la ni kami dah takda company tu dah. Bila masa aku berkawan dengan hang?”

“Dalam paper, dia dok cakap saya bekas kekasih dia. Kalau tak bercinta, macam mana boleh jadi bekas kekasih? ”

Azad dalang penceraian

“Pasal hal penceraian, itu yang dah di-explain oleh si isteri ni.”

Kemudian, Azad membaca keratan akhbar yang mengandungi keterangan si isteri ini. “Punca keretakan rumah tangga kami bermula daripada F-A-E-Z-A-H, Faezah!”

Tonton rakaman melodi



google: Faezah Elai artis seksi, Faezah Elai artis hot, skandal terbaru Azad, skandal terbaru Faezah Elai, gambar seksi Faezah Elai, skandal Faezah Elai dengan Heykal Hanafiah

Pesanan Artis Ketika Lakukan Seks, Gunakan Kondom (Gambar)







Pesanan ini dibawa khas oleh Artis-artis sempena kempen kesedaran AIDS anjuran ruumz.com.
Mesej yang padat & ringkas ini amat relevan untuk semua bangsa, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kempen ini turut disertai oleh Erra Fazira, Sarima Ibrahim, Aisyah Sinclair, Sheila Majid & Ida Nerina yang membawa mesej tersendiri ketika sesi fotografi berlangsung.

(Gambar) Kahwin Finaz Yunuz & Saleh Nor, Bekas Pembaca Berita TV9 & Bekas Kekasih Linda Onn

Finaz Yunus, 24 menamatkan zaman bujang bersama Salleh Nor pada 10 Disember 2010 merupakan bekas pembaca berita TV9 dan TV Hijrah. Tiada publisiti yang meluas, atau pun sidang media di butik Chopard, Finaz mengahwini jejaka kacak yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan sebagai kekasih kepada penyampai radio popular, Linda Onn. Kira macam ex-gf lah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...