Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, December 14, 2010

Inilah Barisan Artis Yang Berani Sahut Cabaran Mentor 5


Kejayaan meraih rating 3.8 juta untuk konsert final Mentor 4 dan purata rating sebanyak 2.9 juta penonton menerusi konsert mingguan telah membuatkan pihak produksi TV3 terpanggil untuk menerbitkan Mentor musim yang kelima.

Masihlagi mengekalkan Ally Iskandar sebagai hos, Mentor 5 telah memilih 6 artis ternama tanahair iaitu Dato' Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Noh Hujan sebagai pendidik kepada peserta yang digelar protege.

Penerbit Eksekutif Mentor 5, Muhamad Sufian Isa berkata konsep Mentor 5 masih lagi sama tetapi berubah sedikit dengan mewujudkan juri tetap yang mana sebelum ini Mentor sering bertukar-tukar juri setiap minggu serta perlantikan penasihat yang baru.

"Sebelum memilih 6 artis ini, kami terlebih dulu telah berbincang dengan lebih 12 artis untuk disunting sebagai mentor. Kesemua nama yang kami cadangkan itu mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

"Namun, 6 artis yang berani menyahut cabaran Mentor 5. Kami juga yakin, dengan barisan mentor yang baru ini, kami mampu melahirkan bintang yang lebih gemilang. Yang paling penting, konsep masih lagi sama.

"Bagi saya, uniknya mentor ini adalah pada cara mentor mengajar protege. Cara pembelajaran yang kami tekankan ini tiada ada dalam program realiti yang lain," kata Sufian yang mengakui memgambil masa selama 2 bulan untuk memilih barisan mentor yang muktamad.

Selain itu, uji bakat Mentor 5 yang bakal bermula pada 18 dan 19 Disember ini di Kota Kinabalu, Sabah turut memberi peluang orang ramai untuk menghantarkan penyertaan secara online.

"Orang ramai juga boleh menyertai uji bakat Mentor 5 dengan menghantar video demo menyanyi ke laman web rasmi kami. Jika bernasib baik, kami akan hubungi mereka untuk uji bakat seterusnya," ujar Sufian.

Bagi yang berminat untuk menyertai Mentor 5, anda boleh menghadiri uji bakat di lokasi seperti yang telah ditetapkan.

18-19 Disember 2010 - Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.

1& 2 Jan 2011 - Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

15 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Afdlin Shauki

16 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Erra Fazira

22 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Noh Hujan

23 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Edry Abd Halim

29 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Rahim Maarof

30 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Dato' Sharifah Aini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...