Orangnya kacak dan muda belia lagi okey. Sebelum ini memang heboh orang dok bercerita tentang dia dengan pelakon Maria Farida. Cerita anak ikanlah, bercinta dengan wanita berusialah dan macam-macam lagi.
Kalau ikut kata Shaz, dia dengan Maria hanya kawan biasa. Tak ada yang yang istimewa melainkan hanya rakan sesama artis sahaja. Kira macam artis lain yang keluar sama-samalah.
Tapi apa yang Syed dengar lain pula versinya. Kata sumber yang boleh dipercayai mereka memang cukup rapat dan sering keluar sekali okey!
Ramai yang nampak mereka berkepit sakan sekali sejak kebelakangan ini. Kira macam orang tengah mabuk bercinta. Banyak versi yang Syed dengar termasuklah banyak mata yang memandang mereka makan di sebuah restoran di Damansara, Selangor baru-baru ini.
Biarpun banyak mata yang memandang kemesraan yang mereka tunjukkan, tapi mereka tetap maintain. Kalau tak buat salah buat apa nak gelabahkan!
Tak cukup dengan itu, orang-orang di sekitar pejabat Syed turut bercerita yang mereka ada ternampak Maria di hadapan pejabat Syed ni. Yang membuatkan ramai terkejut apabila dapat tahu kehadiran Maria hanya untuk menemani Shaz yang terlibat dalam satu sesi fotografi.
Wah, hebat sungguh menjadi Shaz Jaszle. Ada orang yang sudi meneman dia ke mana sahaja sejak akhir-akhir ini. Yang pasti tak ramai artis yang mampu jadi macam Shaz okey.
Tapi untuk berfikiran positif Syed tak mahu komen lebih-lebih. Mungkin mereka banyak job bersama dan hanya sebagai rakan artis. Hahaha... Sebab Maria Farida pun tak mahu komen isu peribadi. Hanya cerita kerja sahaja boleh ditanyakan.
google: Shaz Jazle facebook, Shaz Jazle jejaka idaman, Shaz Jazle artis panas, skandal terbaru Shaz Jazle, gambar terbaru Shaz Jazle, Shaz Jazle penggoda
No comments:
Post a Comment