Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, January 4, 2011

Rezeki dua 'hero' - Kieran


UNTUK bergelar seorang bapa, nyata ia bukanlah suatu tugas yang mudah. Apatah lagi untuk melayan kerenah dua anak kecil yang kedua-duanya adalah lelaki.

Namun, anak adalah zuriat yang dianugerahkan Allah buat makhluknya sebagai penyambung agama, bangsa dan warisan. Satu amanah yang harus dipikul oleh manusia.

Buat penyampai popular Hot FM, Mas Kiran Jakiran atau terkenal dengan nama Kieran, dikurniakan dua orang anak lelaki sudah cukup membuatkan mahligainya yang dibina bersama Yang Azli Yang Mohd. Yunus, 28, dua tahun lalu begitu bahagia.

Kehadiran Muhammad Adam, setahun dan Muhammad Iman, tiga bulan, benar-benar memberi sinar dalam kehidupan berumahtangga pasangan yang kini menetap di Kelang itu.

Pada majlis aqiqah dan cukur jambul anak bongsu Kieran yang diadakan di kediamannya baru-baru ini, bapa berusia 35 tahun itu bersyukur kerana diberi peluang untuk bergelar seorang ayah.

“Kalaulah ditakdirkan anak saya hanya dua orang ini sahaja, saya amat bersyukur. Ini kerana, masih ramai orang di luar sana yang sudah lama berkahwin, tapi masih belum menimang cahaya mata.

“Jika rezeki saya dan isteri masih ada, saya mengharapkan agar dikurniakan anak perempuan pula selepas ini.

“Sememangnya saya sukakan anak lelaki kerana nanti saya boleh buat pasukan bola. Tapi, nak juga merasa mempunyai anak perempuan,” seloroh Kieran yang merupakan peminat fanatik pasukan bola sepak Manchester United itu.

Dalam pada itu, Kieran memberitahu, rezekinya dalam kerjaya semakin kukuh dan bertambah murah sejak hadirnya kedua-dua 'hero' yang menceriakan keluarganya itu.

Sembangnya, dia kini sedang giat melibatkan diri dalam bisnes kecil-kecilan sebagai persediaan masa hadapan.

“Umur saya semakin meningkat. Takkan umur dah 40 pun saya masih nak jadi deejay. Jadi, lebih baik saya cuba berniaga sementara peluang ada di depan mata.

“Ramadan lalu, saya ada berniaga di bazar Jalan Tunku Abdul Rahman. Lepas itu, saya dapat peluang pula untuk berniaga makanan ringan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya ketika musim haji baru-baru ini.

“Sekarang ini saya memang merancang untuk buka perniagaan satu hari nanti. Tapi masih belum ada lagi idea untuk fokus terhadap satu-satu jenis perniagaan," jelasnya yang ingin cuba berniaga pelbagai jenis produk terlebih dahulu untuk mengkaji

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...