Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, January 4, 2011

Azwan Ali Pun Kena Tegur Dengan Didie Alias


Selepas kejayaan program Pilih Kasih idea pelakon mantap Rosyam Noor, RTM terus melakar sesuatu pembaharuan dengan menerbitkan program realiti baru iaitu Tiada Lama Tiada Baru, Satu-Satunya.

Apa yang pasti, program yang mencari bakat baru dalam bidang hiburan ini telah memilih pengacara sensasi Azwan Ali sebagai hos utama bergandingan dengan pelakon, Didi Alias.

Sebelum majlis pelancaran Satu-Satunya berlangsung di Hotel Ancasa & Spa, Kuala Lumpur petang ini, Didi yang semakin menyinar kariernya selepas buat comeback menyatakan bahawa dirinya berasa sangat dihargai oleh Azwan Ali dan RTM.

"Ini adalah program TV kedua saya selepas saya menjadi hos program Kalau Berani 1 VS 0 di Astro. Sejujurnya, saya sendiri rasa terkejut dan menganggap ia sebagai satu penghargaan istimewa dari Azwan Ali. Saya terkejut kerana dalam ramai-ramai pengacara yang ada, Azwan nekad memilih saya.

"Sebenarnya, Azwan memang sudah lama mengharapkan kerjasama dengan saya. Saya sendiri nampak, Azwan bertarung dan berhempas pulas mahu saya digandingkan dengannya. Syukur, dia berikan kepercayaan pada saya untuk menjadi hos.

"Pemilihan ini sebagai sesuatu yang baru kerana ia sebuah program baru yang dibuat secara langsung. Sebelum ini pun, saya banyak buat program rakaman. Saya memang nervous tapi saya anggap ia sebagai program yang santai. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik," kata Didi kepada murai.com.my.

Mengulas mengenai penerimaannya terhadap tawaran ini, Didi berkata Azwan sudah lama melamarnya untuk dijadikan pasangan pengacara.

"Saya dah lama terima tawaran ini. Kalau saya tak silap, sebelum Azwan kali pertama berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Masa itu, dia sudah pun memberitahu saya akan hal ini. Masa kami berbincang , Azwan kata saya ada sesuatu yang orang lain tak nampak.

"Sejujurnya, saya tabik hormat dengan Azwan kerana dia seorang yang begitu komited dengan kerjanya. Dia adalah one man show. Memang program ini idea RTM tapi ia diwarnakan dengan idea kreatif Azwan," ujar Didi.

Bercakap tentang kemungkinan dia bakal ditenggelami oleh bakat Azwan yang sudah sebati dengan dunia pengacaraan, Didi akui sudah ramai bertanya soalan ini kepada dirinya.

"Memang ada orang bercakap dan bertanya tidak takut ke Azwan over shadow saya. Apapun, saya tahu kekuatan Azwan. Saya ni jenis open minded. Jadi, saya dah cakap dengan Azwan bahawa kita kena saling tegur-menegur.

"Di awal-awal rakaman, saya memang ikut rentak dia. Tapi sekarang kami lebih banyak berbincang. Saya akan jadi diri saya sendiri. Terus-terang, ada ketika saya ada menegur Azwan jika dia dah terlalu over. Sebab itulah, kami sering bersikap terbuka.

"Dia pun tak ada masalah dan kami tak mahu sesiapa tunjuk kelebihan. Ini projek pertama. So far, setakat ini, saya senang bekerja dengan Azwan. Sebelum ini, saya pernah menjadi pengacara dengan dia. Tapi untuk dinner show saja," jelas Didi.

Sementara itu, Didi menegaskan penglibatannya sebagai pengacara sedikit pun tidak menggangu jadual hariannya sebagai pelakon. Malah, Didi akui dia hanya perlu memberikan komitmen pada setiap Jumaat saja apabila Satu-Satunya disiarkan secara langsung.

"Schedulling saya tiada masalah apa-apa. Saya pun terus shooting seperti biasa. InsyaAallah, bermula 23 Januari 011 saya pun akan buat rakaman baru games show Kalau Berani 1 VS 0 bagi musim yang kedua," ujar Didi mengakhiri perbualan.


google: Didie Alias facebook, Didie Alias seksi, Didie Alias berpakaian seksi, gosip Didie Alias, Didie Alias dan azwan ali, gosip azwan ali, gambar terbaru Didie Alias

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...