Pun begitu, penyanyi yang sudah mengenali Yanie selama 4 tahun ini lebih menganggap berita itu tidak lebih sekadar satu gosip semata-mata.
"Memang saya ada dengar khabar angin tentang gosip ini. Saya percayakan Yanie. Yang penting apa yang berlaku biarlah kami berdua saja tahu cerita sebenarnya. Lagi pun, sumber yang saya dapat tahu tentang berita ini tidak kuat dan ia boleh dikatakan sebagai khabar angin saja," ujar Aremeer.
Dalam pada itu, Aremeer yang membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan selama 2 tahun itu dikatakan sangat tertekan kerana gosip-gosip sebegini sehingga badannya yang dulu sedikit berisi kini kelihatan sedikit kurus.
Ia diperkuatan lagi dengan kemunculan lagu Jiwa Kacau yang dimuatkan dalam album terbaru Sofazr yang berjudul Maaf Dari Hati Mohd Atlas. Difahamkan lagu berkenaan adalah tentang diri Aremeer.
"Ya memang betul. Jiwa saya sedang kacau. Namun, ia disebabkan kerja bukan kerana gosip atau tunang. Terus-terang, saya tak pernah terniat untuk menyembunyikan berita saya ni dah jadi tunangan orang. Saya ada beritahu pada pihak media, mungkin ramai tidak perasan dengan berita ini.
"Yang penting, saya memang tak pernah sembunyi apa-apa tentang status kami sebagai tunangan. Sekali lagi, saya nak nak jelaskan yang saya ini dah bertunang dengan Yanie pada 10 Mei 2010. Kami ambil keputusan nak bertunang selama 2 tahun supaya masing-masing boleh kenal lagi hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Lagi pun, kami berdua sangatlah sibuk dengan kerja kami.
"Selain dengan Sofazr, saya sendiri sibuk melibatkan diri dengan penggambaran drama. Selepas ini pula, saya akan mengikut siri promosi album baru Sofazr," jelas Aremeer.
Pun begitu, Aremeer seakan cuba mengelakkan diri sekiranya ditanyakan lebih lanjut tentang hal tunang dan kahwin. Adakah Aremeer takut?
"Kalau soal jodoh, selagi belum diijabkabulkan, belum sah sesuatu ikatan itu. Saya bukan mengelak. Saya hanya tak mahu cakap lebih-lebih je. Kalau cakap banyak tak jadi nanti susah. Orang tanya sikit saya pun jawab sikitlah.
"Jika mengikut perancangan, majlis kahwin kami akan dibuat serentak yang mana sebelah perempuan dan lelaki dibuat pada majlis yang sama. Insya-Allah, kami akan adakan majlis kahwin di sebuah dewan besar di Putrajaya.
"Tarikhnya masih belum ada lagi. Pun begitu, hantaran dah pun kami sediakan sikit-sikit. Wang hantaran pula adalah RM15,000. Dan wang ini bukanlah wang yang saya peroleh dari kontrak yang mana Sofazr menerima RM100, 000.
"Ia adalah hasil titik peluh saya sendiri. Terus-terang, dengan apa yang berlaku sekarang ini, ia banyak mengajar saya untuk lebih berwaspada. Setakat ini, keluarga tak masuk campur dalam hal ini. Selagi yang berlaku tak bercanggah, keluarga okay saja," kata Aremeer.
No comments:
Post a Comment