Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, January 8, 2011

Tiada Penyingkiran, Peserta Raja Lawak 5 Gamat!


Gelanggang Raja Lawak musim ke-5 telah membuka tirainya dan seperti menjadi kebiasaan dan tradisi Gelanggang Raja Lawak terdahulu, minggu pertama ini tiada berlaku sebarang penyingkiran.

Keputusan yang menunjukan tiada sebarang penyingkiran ini diumumkan oleh Afdlin Shauki selaku juri tetap Raja Lawak 5 . Walaupun pada mulanya sudah dimumkan tiga peserta dengan undian terendah iaitu Balas, Lucky dan Leman, namun mereka terselamat dan diberikan peluang sekali lagi di minggu kedua.

Afdlin yang ditemui memberitahu peserta-peserta Raja Lawak musim ke-5 ini antara musim yang mempamerkan peserta yang sangat hebat dan berbakat berbanding yang terdahulu.

"Terus-terang saya seronok menjadi juri untuk musim kali ini kerana semuanya bagus-bagus belaka walaupun mereka baru berada di minggu pertama. Sehinggakan saya tidak menyangka tiga yang mendapat undian terendah.

"Balas sangat bagus walaupun konteks mereka sangat related dnegan current issu tetapi ia mempunyai point dan mesej yang padat. Namun sedikit mengecewakan mereka yang menyerlah ketika audition kurang menonjol pula di gelanggang malam ini, antaranya Kopi O.

"Semua ada potensi yang sangat bagus, harap mereka boleh konsisten dan lebih berusaha untuk membuat persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan," jelasnya.

Tema bagi minggu pertama yang perlu dipersembahkan oleh kesemua 12 peserta malam itu adalah Dulu Aku Kini Aku. Seperti biasa hosnya masih lagi dikekalkan iaitu pasangan Jozan, Johan dan Zizan.

Menariknya musim terbaru ini menampilkan konsep 1 Malayisa dalam pemilihan juri-juri baru mereka. Afdlin masih dikekalkan, cuma kali ini dia digandingkan dengan produser filem MIG, David Teo dan pelawak, Sathia.

Berikut adalah keputusan dan peratusan undian bagi minggu pertama Gelanggang Raja Lawak 5:

TB0 - 19%
Man - 12%
KAMI - 10%
BOBO - 9.6%
KOPI O - 7.7%
Nazmi - 7%
Epy - 6.6%
PUKAW - 6.1%
R2 - 5.8%
Leman - 5.6%
LUCKY - 5.2%
BALAS - 4.2%

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...