Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, January 5, 2011

Bienda Tak Mahu Terlalu Berharap


Kontroversi tarikh pernikahannya sudahpun reda. Semasa Bienda di sidang media pelancaran Sakti Delima, pihak media sengaja menduga dengan soalan cepu emas, nyata Bienda masih bijak menyimpan rahsia. Namun itu bukanlah persoalan utama, apa yang penting Bienda dan Boy telahpun selamat dinikahkan.

Namun satu perubahan ketara selepas berkahwin, Beinda tampak berisi berbanding sebelumnya. Pasti perkahwinan yang disulam atas nama cinta ini benar-benar bahagia. Maklumlah orang senang hati, selera pun semakin bertambah. Timbul pula suara nakal bertanyakan perubahan badannya pasti membawa perkhabaran gembira buat Bienda dan suami. Dia hanya menggelengkan kepala hampa.

"Kami masih menanti rezeki dan merancang ke arah itu, namun tak mahulah terlalu berharap. Kalau tak dapat nanti sedih pula. Lagipun kami baru lagi berkahwin, masih sabar lagi menanti. Kalau ada rezeki nanti pasti Bienda akan beritahu.

"Sekarang pun Bienda kurangkan aktiviti berat seperti pergi ke gim sebab tak mahu ada risiko kandungan gugur. Bienda pergi ke gim pun untuk turunkan berat badan. Berat Bienda naik mendadak selepas pembedahan jantung berlubang. Sudah pelbagai cara Bienda gunakan termasuk amalkan pil diet, namun tetap tak berkesan. Jalan yang paling bagus adalah senaman dan berat Bienda sekarang 57 kilogram," kata anak penyanyi dangdut, Shida.

Teruja Pegang Watak Utama

Penglibatannya dalam dunia hiburan bermula sejak berumur 12 tahun dan mula terlibat dengan dunia lakonan tika menjejak usia 17 tahun. Namun perjalanan kariernya perlahan. Peminat mengenali Bienda, namun ianya tidak cukup kuat untuk membawa wanita ini ke puncak tertinggi.

Pertama kali ditawarkan watak utama dalam Sakti Delima, ujar Bienda permulaan 2011 disifatkan membawa perubahan besar dalam kerjaya seninya.

"Selama ini Bienda hanya membawakan watak sokongan. Waktu tawaran datang, Bienda sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. Namun Bienda terima juga sebab mereka sanggup menunggu sehingga majlis perkahwinan selesai.

"Beinda memang kepingin untuk berlakon dengan Sheila Rusly sebab tahu hasil kerjanya bagus. Selalu orang garang akan memastikan hasil kerja mereka terbaik dan itulah Sheila Rusly. Tak dinafikan waktu first day shooting, Bienda kena tegur sebab lakonan macam kayu, namun teguran itu yang majukan lakonan.

"Susahnya drama ini sebab kita dapat skrip dalam bahasa Melayu, namun kita harus tuturkan dalam Melayu Deli," ujarnya memegang watak Siti Melur.

Khabarnya juga Bienda bakal berduet dengan Radhi OAG untuk single terbaru namun segalanya masih dalam perancangan. Pasti menarik. Dan lebih menarik sekiranya mendengar Bienda bertutur dalam Melayu Deli dalam Sakti Delima.

Saksikan tayangan SAKTI DELIMA mulai 3 Januari 2011 pada jam 4.30 petang di slot Lagenda di TV3.


google: Bienda facebook, gambar terbaru Bienda, gambar kahwin Bienda, gambar nikah Bienda, dah kahwin, gambar pernikahan Bienda, skandal terbaru Bienda,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...