*** "Maxis Om Nom Nom Race" stand a chance to win the attractive prizes AND WIN HTC SMARTPHONES! ***
Bagaimanapun, bintang yang mula mencipta nama selepas menyertai rancangan Gangstarz bersama kumpulannya - Luscious - berasa pelik apabila ada yang berpendapat sedemikian.
"Seorang penyanyi pop dan R&B wanita pasti kelihatan seksi apabila beraksi di atas pentas.
"Sewaktu menyertai Gangstarz juga ramai memberikan komen begitu. Bagi saya paduan suara kami yang mungkin kedengaran seksi.
"Sebab itu juga sewaktu menyertai Gangstarz saya namakan kumpulan kami sebagai Luscious (bermaksud lazat).
"Sebenarnya ia lahir tanpa dirancang. Bagi penyanyi, seksi timbul daripada penghayatan melodi dan lirik yang didendangkan," katanya menyangkal dakwaan imej itu.
Nadia turut menafikan pembabitannya dalam dunia seni berbekalkan imej menggiurkan. Malah, dia tidak pernah terlintas untuk menarik perhatian umum dengan susuk tubuh yang dimiliki.
"Menggunakan susuk tubuh bagi menarik perhatian umum bukanlah saya. Sebaik mungkin saya mahu peminat industri seni tempatan menilai saya menerusi bakat.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh menolak pandangan orang dan seksi itu sendiri subjektif untuk diperkatakan.
"Kalau ia dilihat positif saya terima, tetapi jika ia memberikan kesan tidak bagus kepada kerjaya, saya akan tolak," katanya.
Sesudah gagal dalam Gangstarz, Nadia bersama dua lagi anggota kumpulan Luscious, Eenaz dan Ruzana, meneruskan perjuangan mereka dengan menghasilkan beberapa single seperti Khabarkan, Bintang, Rasa Cinta, Diriku Untukmu dan Akanku Jumpa. Namun nasib masih tetap tidak menyebelahi mereka.
Bagi meneruskan minat dalam dunia hiburan tempatan, Nadia tampil sebagai pelakon menerusi beberapa drama rantaian popular seperti Emil Emilda, Sinderela, MerahPuteh dan Tari Tirana.
Selain itu untuk mengasah bakat nyanyian gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini turut menjayakan pementasan muzikal gah seperti Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee sebagai ekstra.
Impian untuk bergelar artis rakaman tidak pernah padam dan akhirnya selepas sekian lama menanti, cita-citanya direalisasikan syarikat rakaman baru, Lakefront Records Sdn Bhd. Menggunakan namanya sendiri sebagai judul album, Nadia cuba mengenengahkan muzik yang diminati sejak dulu.
Muncul solo menyebabkan ada yang berpendapat Nadia penting diri kerana sanggup meninggalkan anggota kumpulan Luscious yang lain demi mengejar impiannya sedangkan sebagai satu kumpulan mereka sepatutnya mengharungi susah senang bersama.
"Saya dan anggota kumpulan Luscious masih baik. Kami tidak ada masalah. "Bagaimanapun ini impian saya dan peluang tidak selalunya datang. Sewaktu hendak meninggalkan Luscious pun kami terlebih dulu berbincang dan masing-masing faham. Kami sudah mencuba dan belajar daripada kesilapan. Apabila tidak diterima, kami haruslah membawa haluan masing-masing," katanya.
Nadia akui dia seorang individu yang begitu ghairah dalam mengejar cita-cita dan selagi apa yang diimpikan belum direalisasikan, dia akan mengejarnya sehingga berjaya.
"Eenaz dan Ruzana faham dan memberikan sokongan penuh. Buat masa terdekat tiada rancangan untuk kami bergabung kembali kerana saya harus memberikan tumpuan kepada promosi album sulung ini," katanya.
Demi memastikan album dihasilkan dapat diterima pendengar, Nadia turut mengurangkan aktiviti lakonan dan ada beberapa tawaran datang terpaksa ditolak buat sementara waktu.
"Itu saja cara yang saya fikir terbaik bagi memastikan album dihasilkan ini dapat diterima. Begitupun bagi menghilangkan rasa rindu pada dunia lakonan saya terima tawaran membintangi teater Cinta The Musical dan sekarang sedang giat menjalani latihan.
"Pada saya membintangi teater yang akan dipentaskan Februari nanti memberikan satu kepuasan kerana dapat melakukan dua perkara dalam satu masa," katanya.
Mendengar keseluruhan lagu ditampilkan dalam album Nadia, ternyata muzik ditampilkan agak tinggi bagi pendengaran peminat muzik tempatan yang lebih gemarkan pop. Jiwa 'soul' ditampilkan kuat apatah lagi daripada 10 lagu ditampilkan enam daripadanya lagu Inggeris.
"Saya memang gemarkan R&B dari dulu. Ia mewakili diri saya yang sebenar. Ia diterbitkan Daniel Veerapan anak kepada komposer Michael Veerapan yang memang terkenal dengan sentuhan R&B dan jazz.
"Tidak dinafikan pop mudah diterima seperti apa yang dilakukan Lady Gaga, tapi itu bukan saya," katanya.
Begitupun jelas Nadia, ada beberapa lagu Melayu ditampilkan seperti D.I.V.A dan Teman yangagak ringan dan mudah dihayati pendengar.
Malah, ia sudah mula diputarkan kebanyakan stesen radio tempatan.
"Album ini jujur daripada saya, ia merangkumi perjalanan saya yang berjuang untuk mencapai cita-cita menjadi penyanyi. Ia karya terbaik walaupun ia dilaksanakan dalam keadaan pantas.
"Kadang-kadang kita akan melakukan yang terbaik apabila bekerja dalam keadaan tertekan. Saya berbangga dengan album ini," katanya.
Jelas Nadia lagi, dia seperti tidak percaya kerana akhirnya impian untuk menjadi artis rakaman menjadi kenyataan. Begitupun berkongsi cerita, kata Nadia, sewaktu majlis pelancaran album diadakan pengarah urusan Lakefront Records Sdn Bhd bertanya, dia kelihatan seperti tidak gembira dengan apa yang diperoleh.
"Kadang-kadang apabila kita sudah terlalu berusaha dan ia akhirnya menjadi kenyataan, kita tidak rasa apa-apa kerana semua penat lelah yang dilalui itu sudah mengambil semuanya. Begitupun saya sangat bersyukur dengan apa yang saya dapat.
"Satu lagi saya berpegang kepada prinsip dalam apa juga keadaan jangan terlalu berlebih-lebih kerana bimbang kesan kemudian hari. Saya lebih suka bersederhana walaupun waktu sama terlalu gembira dengan album dihasilkan," ujarnya.
google: Nadia Aqilah facebook, Nadia Aqilah twitter, Nadia Aqilah seksi, gambar seksi Nadia Aqilah, skandal Nadia Aqilah, buah hati Nadia Aqilah
No comments:
Post a Comment