Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, May 19, 2011

Zizan Nin Terkejut Dituduh Beraksi Lucah


Pelakon Zizan Nin terkejut apabila dikatakan sebagai individu yang terlibat melakukan adegan lucah dengan seorang lelaki sehingga tersebar di Internet.

Kata Zizan, dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan video tersebut dan menganggap perkara itu sengaja ingin diperbesar-besarkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

"Tak mungkin saya melakukan perkara seperti itu. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, macam-macam perkara boleh dilakukan jika ada pihak ingin memburukkan seseorang.

"Mungkin, saya di antara mangsa teknologi tersebut. Bagaimanapun, saya sendiri belum melihat video yang diperkatakan itu," katanya.

Tambah Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya video yang diperkatakan itu masih lagi disebarkan.

"Jika mereka masih lagi membuat kejahatan hanya kerana mahu memburuk-burukkan nama saya, sudah pasti mereka tidak boleh lari daripada menerima balasan.

Baru-baru ini wujud khabar angin yang mengatakan kononnya video lucah membabitkan Zizan dengan seorang lelaki tersebar di beberapa blog sehingga kerana video tersebut, rumah tangga pelakon tersebut dikatakan bergolak.

Bagaimanapun, Zizan berkata, kehidupannya bersama isteri yang merupakan penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun, masih lagi bahagia.

Ditanya pula mengenai perancangan Zizan untuk memiliki seorang anak sebagai pelengkap keluarga, pelakon ini tidak merancang ke arah itu.

"Walaupun sudah setahun kami berumah tangga (sejak 19 Mac 2010), saya dan isteri tidak pernah membuat perancangan untuk memperoleh anak. Sebaliknya kami hanya berserah kepada Tuhan. Jika ada rezeki, Alhamdulillah," tuturnya.

(GAMBAR) Anak Kembar Sazzy Falak, Iman Lily & Tiara Rose



google: Sazzy Falak facebook, anak kembar Sazzy Falak, gambar anak kembar Sazzy Falak, foto anak Sazzy Falak, gosip Sazzy Falak, Sazzy Falak lahirkan anak kembar

(GAMBAR) Diana Danielle yang Cun



google: Diana Danielle facebook, gambar terkini Diana Danielle, gosip terkini Diana Danielle, gambar seksi Diana Danielle, gambar terbaru Diana Danielle, foto Diana Danielle, pakaian seksi Diana Danielle, filem terbaru Diana Danielle, kekasih Diana Danielle

(GAMBAR) Tasha Shilla Pelakon Drama Gemilang Yang Sedang Naik

Tasha Shilla merupakan pelakon drama Gemilang yang pernah popular di TV3 suatu ketika dahulu.



Biodata:

NAMA: Natasha Sheila Abd Razak
NAMA KOMERSIAL: Tasha Shilla
ASAL: Ampang, Selangor
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1987
USIA: 24 tahun
KERJAYA: Model dan pelakon
FILEM: Ratu The Movie dan Klik 3GP
DRAMA: Dottie, Gemilang, Panggilan Arwah, Mila Kejar Cinta dan Sahara




google: Tasha Shilla facebook, gambar terkini Tasha Shilla, gambar seksi Tasha Shilla, foto seksi Tasha Shilla, drama terkini Tasha Shilla, gosip Tasha Shilla, video Tasha Shilla, youtube Tasha Shilla, kekasih Tasha Shilla, gambar tunang Tasha Shilla, gambar kahwin Tasha Shilla, Tasha Shilla tetap seksi, biodata Tasha Shilla

'S.Y.O.K' Tidak Tumpang Populariti Artis 'Raja Lawak'


Sitkom muzikal terbaru S.Y.O.K yang bakal bersiaran di saluran TV1 pada 27 Mei ini tidak menumpang populariti pelawak-pelawak muda yang dicungkil daripada program Raja Lawak (RL) Astro.

Penerbitnya Nor Khuzaimah Abd. Aziz atau Oja berkata memandangkan S.Y.O.K lebih menyasarkan kepada kelompok penonton muda, maka pemilihan barisan pelawak muda adalah perlu bagi mengimbangi keperluan sitkom berkenaan.

"Kami hasilkan sitkom ini untuk menarik perhatian golongan muda supaya menonton program di RTM. Sebab itu, kami perlu seimbangkan barisan pelawak lama dan baru yang mewarnai sitkom ini.

"Kebetulan pula, majoriti pelawak muda yang aktif pada hari ini lahir daripada program RL. Mungkin sebab itu ada yang menganggap seolah-olah kami ingin menumpang populariti mereka," katanya selepas pratonton sitkom itu di Wisma TV, Angkasapuri, di sini, Rabu.

Tambah Oja, pemilihan artis-artis yang popular menerusi rancangan Raja Lawak seperti Jepp Sepah, Nabil, Alex, Johan dalam sitkom tersebut bukan satu isu bagi pihak mereka.

"Kebetulan nama-nama ini sedang 'digilai' ramai dan penonton mahu menyaksikan aksi jenaka mereka. Bagi saya, ia bukan satu isu pun kami menumpang artis-artis Astro atau sebaliknya.

"Pemilihan mereka adalah berdasarkan kesesuaian masing-masing mengikut watak-watak dalam sitkom S.Y.O.K," terangnya.

Lebih menarik lagi, skrip sitkom tersebut dihasilkan mengikut barisan pelakon yang dipilih bagi menjayakan sesuatu watak itu.

"Yang menariknya, skrip sitkom ini dihasilkan mengikut pelakon yang dipilih. Contohnya, untuk watak Harun Salim Bachik, kami hasilkan skrip selepas dia mengesahkan untuk terlibat dalam sitkom ini.

"Kami mahu cari kelainan agar setiap watak dalam sitkom ini terhasil betul-betul mengikut kriteria dan karakter pelakon-pelakon yang dipilih itu," katanya.

Alex (Raja Lawak 4) adalah antara pelawak muda yang terlibat dalam sitkom S.Y.O.K

Sitkom yang tercetus ekoran sambutan hangat terhadap muzikal Syoknya Raya pada Hari Raya tahun lalu itu dirakamkan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan pada bulan Februari lalu.

Selain barisan pelawak muda, S.Y.O.K turut menampilkan pelakon komedi berpengalaman termasuk AC Mizal, Saiful Apek, A.R Badul, Kenchana Devi, Kartina Aziz, Abon dan Adibah Noor.

S.Y.O.K yang bermaksud Sempoi Yakin Optimis dan Kelakar itu akan mula bersiaran pada 27 Mei ini bermula pukul 9 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...