Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, December 2, 2010

Tak sangka Sofea Jane ‘meletup’

NAMA dan populariti juara Mentor musim ketiga, Black naik mendadak kerana lagu dendangannya Sofea Jane meniti di bibir peminat hari ini.

Lebih bermakna, lagu Sofea Jane ciptaan komposer Iswandi ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke -25 (AJL25) pada Januari depan.
Siapakah sebenarnya Sofea Jane di hati penyanyi berbakat besar dan berkulit hitam manis ini?

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 23, sendiri terkejut kerana lagu itu mendapat sambutan hangat daripada peminat.

“Terus terang, ketika �merakamkan lagu ini di studio, saya, Sham Kamikaze dan syarikat rakaman Monkey Bone memang tidak menjangka lagu ini akan 'meletup' macam ini kerana ringkas, tetapi maksudnya cukup mendalam.


“Kami juga berbincang mencari judul lagu yang sesuai untuk lagu itu yang pada mulanya diberikan judul Kubur. Akhirnya, saya cadangkan nama Sofea Jane untuk lagu itu,” katanya.

Tambahnya, dia memang meminati lakonan Sofea Jane yang juga pelakon filem Perempuan, Isteri dan... itu sejak dulu.

“Dari situ, timbullah idea untuk memberikan judul lagu saya Sofea Jane. Lagu ini memang tiada kaitan dengan diri Sofea Jane mahupun sesiapa.

“Cuma lirik lagu ini untuk seseorang yang kita suka, tapi kita tidak akan dapat memilikinya. Pada masa sama, saya juga mengikut konsep album terdahulu yang menggunakan judul semua nama perempuan. Saya sendiri yang pilih lagu untuk dimuatkan dalam album ini dan tiga lagi lagu ciptaan Monkey Bone.

“Lagu lain dalam album itu, Dewi Aliya, Gina dan Natalia. Lagu bonus yang dimuatkan dalam album ini, Aku Rindu Sayang Kamu,” katanya.

Black juga sangat bersyukur kerana lagu Sofea Jane berjaya mara ke peringkat akhir AJL25.

“Inilah saat yang saya nantikan dalam karier seni. Insya-Allah, saya akan cuba mempertahankan kategori Vokal Terbaik pada AJL25 nanti. Namun, saya tidak menaruh harapan tinggi untuk menang dalam AJL25.

“Saya bersyukur apabila lagu itu masuk ke peringkat akhir. Seperti tahun lalu, saya cuma sasarkan vokal dan tahun ini pun saya tak mahu fikir soal menang kerana dengan cara itu nyanyian saya akan jadi lebih baik,” katanya.

Dari segi peluang pula, Black berkata, ia memang saingan yang sangat sengit.
“Kebanyakan penyanyi yang berjaya ke AJL25 adalah mereka yang pernah beraksi pada AJL24 dan semuanya ada kehebatan tersendiri.

“Semua lagu yang masuk peringkat akhir ada potensi untuk menang. Calon yang bakal memberi saingan sengit pada saya, Faizal Tahir dan Yuna,” katanya.

Menyentuh mengapa kemunculan album itu mengambil masa setahun, jelas Black, sebagai artis dia terpaksa menunggu giliran kerana memberi laluan pada album seorang lagi artis Monkey Bone, Tomok.

“Ketika menunggu album keluar, saya buat lagu raya dulu dengan artis lain bagi mengubat kerinduan peminat. Lagu Rindu Yang Telah Pergi bersama bintang AF Akim dan penyampai HotFm, AG dalam album Hangatnya Raya,” katanya yang mengakui hidupnya berubah dalam sekelip mata.

“Saya memakai kereta yang saya menang dulu dan dalam proses untuk membeli rumah. Impian saya untuk menjadi artis yang berjaya seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin,” katanya.

Black juga sudah mempunyai teman wanita yang bukan daripada kalangan artis.
“Kami sudah kenal selama tiga tahun iaitu sebelum saya menjadi artis. Dia banyak menyokong minat,” katanya.

Jika Black popular kerana lagu Sofia Jane, Mohd, juara Mentor 4 yang juga protege kepada Ziana Zain ini pula mula merasai tempias populariti selepas bergelar juara program realiti TV musim keempat itu.

Mohd Izwan Mohd Nor, 22 atau Mohd, yang bernaung di bawah payung Monkey Bone juga mengakui kemenangan dalam Mentor 4 menjadi tapak buatnya menempa nama
di persada seni tanah air.

“Saya percaya kejayaan hanya dapat dicapai menerusi kerja keras. Sebab itu saya akan terus berusaha memantapkan nama di persada seni sebaris dengan artis muda lain.

“Sekalipun sudah bergelar juara Mentor 4, saya masih berlatih menyanyi dan memperbaiki teknik menyanyi dengan lebih mendalam lagi. Saya juga terus mempraktikkan ilmu yang ditimba dalam Mentor 4 dulu,” katanya.

Berkaitan album sulungnya pula, jelas Mohd yang popular dengan single pertamanya, Cinta (ketika peringkat akhir Mentor 4), mengikut perancangan dia akan muncul �dengan lagu single terlebih dulu sebelum bingkisan album penuhnya nanti.

“Saya juga ingin bekerjasama dengan Iswandi untuk single saya yang seterusnya nanti yang masih berkonsep pop. Saya senang bekerja dengannya ketika buat lagu Cinta dulu,” katanya.

Sebagai artis baru, Mohd mengakui dia perlu bersabar menanti single baru dan album penuhnya berada di pasaran khusus buat peminat setianya.

“Sementara menanti single baru itu siap, saya sibuk memenuhi undangan persembahan di serata tanah air,” katanya

google: Black mentor facebook, gambar terbaru Black mentor, skandal terbaru Black mentor, Black mentor biodata, Black mentor artis panas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...