Isu pertikaian antara komposer dan pengarah muda Edry Abdul Halim dengan blogger dan wartawan Malay Mail, Joe Lee mengenai originaliti lagu ciptaanya Ku Ada Kamu telah dipandang serius oleh pihak KRU Studio.
Menganggap perlakuan Joe Lee sebagai keterlaluan, Norman Abdul Halim yang telah mewakili adik-beradiknya yang lain, mengakui sedang dalam proses membuat penilaian untuk menyaman blogger tersebut.
"Kami sudah mengumpul segala artikel yang ditulis oleh Joe Lee dan telah pun menghantarkannya kepada peguam kami untuk dinilaikan segalanya. Perkara tersebut kini dalam pemerhatian kami. Sama ada mahu menyaman dia atau tak. Jadi kena tunggulah sehingga proses penilaian itu selesai," katanya ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas isu pertikaian di antara kedua-dua pihak tersebut.
Isu lagu nyanyian Adira bagimanapun, bukanlah penyebab utama bagi KRU mengambil tindakan undang-undang terhadap Joe Lee. Sebaliknya, Norman berkata, sedari dulu lagi penulisan blogger tersebut memang dilihat cenderung untuk menjatuhkan reputasi mereka.
"Sejak dari dulu lagi artikel dia tentang produk yang dihasilkan KRU sering saja berbentuk negatif . Sepatutnya dia harus melaporkan secara seimbang tapi apa yang kami lihat ia lebih kepada pendapat peribadi yang mencemarkan nama baik kami. Dengan tuduhan kali ini, bagi kami cukup-cukuplah dan ia sudah melampaui batas," ucap Norman penuh kesal.
Menepis dakwaan mereka tidak boleh dikritik, ujar Norman, setelah berpuluh tahun mengabadikan diri dalam bidang seni, mereka tidak pernah terusik ataupun marah dengan penulisan daripada pihak media yang lain.
"Kami tahu kalau kami saman dia, ia juga ada kaitan dengan wartawan lain secara keseluruhannya, namun bukan kami tak boleh terima kritikan tapi tindakan dia itu sememangnya tidak wajar kerana bentuk kupasan penulisan yang dia buat adalah tuduhan yangsama sekali tidak tidak berasas,"tegasnya
Google: Norman KRU facebook, Norman KRU twitter, gambar terbaru Norman KRU, skandal terbaru Norman KRU, Edry KRU facebook, skandal terbaru Edry KRU, gambar terbaru Edry KRU
No comments:
Post a Comment