Setelah setahun dinobatkan sebagai juara One In Million musim ke-3, penyanyi Shah Idrawan atau Tomok,25, akhirnya sudah boleh mendabik dada apabila sudah memiliki album solo pertamanya secara saha yang menggunakan nama Tomok sebagai tajuk album.
Pun begitu, sebelum album solo pertamanya itu dilancarkan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang semalam dan sebelum ianya dipasarkan mulai 14 Oktober 2010 yang bahawa lepas, Tomok pernah menmberitahu bahawa dia akan menggunakan nama asalnya, Shah Idrawan sebagai jenama baru dirinya.
Namun, melihat kemunculan album solo pertamanya itu, segala perancangannya itu bagaikan tidak menjadi. Tomok, sebaliknya terus kekal menggunakan nama timangannya dalam album solo pertama tersebut.
"Jika difikirkan semula, setahun menunggu itu memanglah terlalu lama. Namun, dalam masa Tomok menunggu lagu-lagu yang terkandung dalam albumi ini sudah pun dikeluarkan secara satu persatu. Ini cara Tomok nak kekalkan momentum Tomok dalam industri.
"Sejujurnya, pada mulanya memang Tomok ada perancangan nak guna nama Shah Indrawan untuk album ini. Tetapi selepas difikirkan semula dan setelah mendapati nama Tomok memang sudah melekat diminda peminat, apa salahnya Tomok terus menggunakan nama timangan Tomok ini.
"Memanglah nama Tomok ini digunakan waktu Tomok dengan Newboyz (NB). Sejujurnya, Tomok tak kisah jiak terus dibayangi NB. Tomok tak pernah malu pun bersama NB. Sebab , Tomok kena mengaku menerusi lagu-lagu NBlah, Tomok lebih dikenali. Malah, album NB sendiri pun pernah mencatat jualan sehingga mencecah 100,000 unit," kata Tomok yang masih lagi merupakan vokalis utama NB.
Meneruskan penjelasan, Tomok berazam mahu fokus seratus peratus untuk album ini yang menggandungi 12 lagu baru termasuklah 2 lagu yang tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 dan AJLadalah 25.
"Kali terakhir Tomok buat album dengan NB pada 2007. Tajuk album adalah Semula Padaku. Sebenarnya, isu-isu yang berbangkit ini telah pun Tomok bincangkan bersama rakan-rakan NB. Kalau boleh, Tomok tak mahu ada sedikit pun perasaan dengki di kalangan anggota NB.
"Apapun, album ini adalah jiwa Tomok yang sebenarnya. Ia adalah album yang penuh bermakna dan Tomok terlibat sepenuhnya untuk pembikinan album ini dari segi penciptaan lagu dan lirik.
"Tomok amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri seperti Aubrey Suwito dan Edry KRU. Ada 5 lagu yang Tomok tulis liriknya sendiri dan lagu yang paling mencabar bagi Tomok adalah lagu Bagaikan Bidadari," jelasnya kep[ada murai.com.my.
Sementara itu, bagi mempromosikan album ini, Tomok akan mengadakan sesi penjelajahan menjelang Januari depan. Mengikut perancangan Tomok hanya akan mula turun padang di seluruh Malaysia selepas beraksi di pentas Juara Lagu ke-25 yang mempertandingkan lagu Berlari.
google: Tomok facebook, tomok twitter, tomok seksi, gambar terbaru tomok, skandal terbaru tomok, tomok lancar album baru, tomok bertunang, tomok berkahwin, tomok jejaka idaman
No comments:
Post a Comment