Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, November 28, 2010

Gambar Ratu Rock Ella di International Tiger Summit Russia

Ratu Rock Malaysia iaitu Ella telah mengadakan persembahan di Mikhailovskiy Theatre, International Tiger Summit Russia pada 21-24 November 2010 lalu. Tahniah buat Ella atas satu lagi sejarah kejayaan yang tercipta ini.

Tahniah Ella kerana terpilih mewakili Malaysia untuk menyanyi di Konsert Let’s Help the Tiger band nya The Love Beggars. Konsert amal ini diadakan sempena St Petersburg International Tiger Summit yang diadakan di Russia pada tahun ini.

Antara artis dari negara lain termasuklah Liu Xiu Jun dan Wang Feng dari China. Tetamu selebriti yang hadir untuk summit ini seperti Pretty Zinta, Pierce Brosnan dan ramai lagi.

Diadakan dengan kerjasama pemuzik rock Russia, Ilya Lagutenko, yang merupakan penyanyi utama Mumiy Troll. Ella juga turut berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin semasa sidang akhbar dan ucapan pembukaan pada 21 Nov.

Tiger Summit dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) merupakan sebuah persidangan bagi membincangkan cara terbaik menyelamatkan kepupusan harimau di dunia ini yang bermula pada 21 November selama empat hari. Selain Malaysia, antara negara lain yang turut serta ialah Thailand, Myanmar, India, Kemboja dan China.



Kata Ella:

"Saya sangat gembira kerana penganjur bukan main pilih sebarangan sebaliknya mereka lihat pencapaian yang kita dah buat, apa penglibatan kita juga dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta pelbagai lagi.

Terpilih bagi saya satu bonus kerana saya akan menghiburkan masyarakat dunia yang hadir bagi satu tujuan iaitu mahu menyelamatkan species harimau di dunia ini. Selain dapat bertemu artis-artis Hollywood popular antaranya yang saya dengar akan hadir ialah Leonardo DiCaprio, Angelina Jolie dan Harrison Ford"

Tahniah sekali lagi buat Ella~

google: Ella facebook, ella twitter, ella berpakaian seksi, gambar terkini ella, skandal terbaru ella, ella bercinta, ella biodata, ella kembali berlakon

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...