Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, November 30, 2010

Siti percaya pengganti ditemui

DARI mata kasar, kita semua sering melihat penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin sempurna sebagai seorang anak seni.

Banyak rekod dilakar penghibur terkenal itu dan antara yang sukar digugat mana-mana penyanyi.

Paling diingati ramai ialah, beliau memegang rekod 14 kali meraih anugerah kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Selepas puas turun naik pentas menerima anugerah berkenaan, kali ini, penghibur kesayangan negara itu memilih untuk berundur diri daripada namanya disenarai sebagai calon untuk majlis anugerah popular itu.

Keputusan yang dibuat itu bukanlah didorong oleh rasa merajuk atau berkecil hati dengan mana-mana pihak.

Tidak juga terlintas di fikirannya, keputusannya berundur semata-mata untuk menguji kredibiliti artis lain yang boleh menggantikan tempatnya selaku penyanyi popular di Malaysia.

"Siti seorang yang sangat realistik. Siti percaya suatu hari nanti akan ada pengganti Siti Nurhaliza.

"Tapi itu bukanlah tujuan utama saya membuat keputusan ini. Semua artis layak menang sekiranya mereka mendapat sokongan padu peminat," jelas Siti menjawab setiap inci soalan yang diajukan kepadanya.

Paling utama juga, keputusan berundur daripada dicalon dalam mana-mana kategori ABPBH itu juga tegas Siti, bukanlah disebabkan kebimbangannya berhubung popularitinya.

Ada dakwaan yang menyebut, Siti bimbang namanya tersingkir daripada senarai pilihan peminat jika terus dicalonkan.

"Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Cuma impian saya pada edisi ABPBH kali ini dan seterusnya hanyalah untuk melihat bakat baru mewarnai ABPBH. Itu saja," tegas Siti menjelaskan salah faham segelintir pihak.

Untuk edisi ABPBH kali ini juga, apa yang dinantikan Siti ialah untuk melalui pengalaman menjadi penonton dan berteka-teki siapakah bakal pemenang bagi setiap kategori.

"Saya percaya, debaran kali ini pastinya berbeza berbanding sebagai calon. Dan saya teruja untuk menjadi penonton dan penyokong kuat acara ini," kata Siti mengenai keinginannya itu.

Pada masa yang sama, penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Cindai itu menyuarakan harapannya agar keputusannya itu dihormati oleh semua pihak termasuk pemujanya

google: Siti Nurhaliza facebook, Siti Nurhaliza twitter, Siti Nurhaliza biodata, gambar terkini Siti Nurhaliza, skandal terbaru Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza seksi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...