Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, November 28, 2010

Bahagia Lan Pet Pet

TIADA apa yang mengubah hidupnya. Biarpun kini bergelar suami orang, sikapnya yang suka berlawak dan menyakat orang masih seperti dulu.

Bagi Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, tidak ada yang berbeza, cuma kini hidupnya lebih terisi dan teratur dengan kehadiran isteri, Rubytah Che Wan.

Pastinya setiap pasangan yang berkahwin mengharapkan kehadiran kanak-kanak dalam hidup mereka sebagai penyeri, apatah lagi usia masing-masing bukan muda lagi. Namun rezeki masih belum tiba dan mereka akur ketentuan itu.

Bagaimanapun, Lan bersyukur mempunyai isteri yang faham kerjayanya sebagai pelakon yang kadangkala pulang lewat pagi. Mungkin perkenalan yang begitu lama membuatkan Ruby sangat faham diri Lan, ditambah pula kakak dan adiknya juga pelakon membuatkan Ruby tiada masalah melalui rutin hidup yang kadangkala harus tinggal bersendirian.

“Alhamdulillah saya bersyukur mempunyai isteri seperti Ruby yang faham kerja saya. Walaupun kadangkala saya lihat dia sedikit mengeluh, namun segala yang saya lakukan kini adalah untuk kami berdua.
“Saya juga kini tidak suka membuang masa, jika tiada penggambaran saya akan terus pulang ke rumah untuk menghabiskan masa bersama isteri.
“Disebabkan kami masih belum ada anak, saya berasa seperti masih di dalam tempoh bulan madu, walaupun ada ketikanya sunyi tanpa gelak tawa si kecil,” katanya.
Waktu lapang Lan kini juga lebih terisi dengan aktiviti berfaedah dan biasanya Lan menghabiskan masa bercucuk tanam serta membantu isteri menghias rumah.

Baginya, segala aktiviti dapat dikongsi bersama isteri berbanding sebelum ini semuanya dilakukan seorang diri atau ditemani kawan.

“Saya lebih gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Rasanya hidup lebih terisi dengan kehadiran Ruby walaupun sebelum ini mungkin melihat karakter saya yang sentiasa ceria, orang menyangka saya gembira sepanjang masa, hakikatnya saya juga seperti orang lain yang pernah terasa sunyi sewaktu masih bujang.

“Mungkin terlalu sibuk sebelum ini menyebabkan perjalanan hidup saya nampak kucar-kacir hinggakan pada awal perkahwinan saya turut menjadi kecoh berikutan ramai yang tidak tahu.

“Apapun semuanya berjalan seperti sedia kala dan saya minta peminat doakan yang terbaik untuk saya dan isteri. Pastinya kami juga berusaha untuk memperoleh anak secepat mungkin,” cerita Lan.

Bercerita perkembangan terbarunya, Lan kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak dan Zoo The Series.


Seperti biasa watak komedi terus diberi kepadanya walaupun kadangkala Lan teringin melakonkan watak yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.


“Kalau sudah digelar pelawak, apa lagi watak yang mampu saya lakonkan kalau bukan sebagai pelawak. Siapa yang tidak teringin melakonkan watak yang lain daripada biasa ditonton oleh peminat.

“Mungkin watak ini lebih sesuai dengan saya dan rezeki lebih berpihak pada watak komedi dan saya akur, yang penting peminat gembira dan puas hati,” katanya

google: Lan pet pet facebook, Lan pet pet twitter, Lan pet pet skandal terbaru, skandal terkini Lan pet pet, Lan pet pet senario, Lan pet pet pelawak terkenal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...