BERSELUAR pendek dipadankan dengan kemeja-T, penampilan terbaru Azwan Ali, 42, tampak lebih ‘slim’ berbanding sebelumnya.
Menolak dakwaan berdepan masalah kesihatan, pengacara kontroversi ini menegaskan dia sedang dalam proses menurunkan berat badan.
Katanya, dia baru balik dari gimnasium dan harap dapat mencapai berat badan ideal sebelum program Satu Satu�nya disiarkan.
Program realiti terbaru terbitan RTM ini bakal disiarkan setiap Jumaat, jam 10 malam di TV1 bermula 14 Januari nanti.
“Azwan Ali kembali dengan satu permintaan daripada RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) yang meminta saya menurunkan berat badan sebagaimana penampilan ketika mengacarakan Muzik Muzik dulu.
“Syarat ini satu cabaran besar buat saya, namun berjanji cuba memenuhi kehendak RTM itu.
“Pembabitan saya dalam program ini tidak terbatas sebagai pengacara, tetapi juga perunding dari segi idea.
“Kepercayaan diberikan RTM ini membuatkan saya terharu dan teruja. Ia juga cabaran baru buat saya kerana tidak pernah mengendalikan program realiti sebelum ini.
“Bagaimanapun, saya dan pasangan pengacara, Didie Alias berusaha mewujudkan satu bentuk pengacaraan yang menghiburkan, selain menerapkan unsur yang bermain dengan emosi penonton,” katanya.
Bercerita lebih lanjut mengenai program ini, Azwan berkata, ia bertujuan mencari penyanyi hebat yang mampu mencetuskan fenomena seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah.
“Negara kita kekurangan penyanyi hebat dan berkualiti. Justeru, kewujudan program ini untuk mengembalikan kegemilangan penyanyi tanah air.
“Mereka yang dipilih menjadi 30 peserta terbaik kami mestilah berbakat besar, boleh membawakan lagu-lagu dengan baik dan mempunyai personaliti menarik.
“Seramai 10 ikon akan terbabit membimbing peserta dan yang sudah memberi persetujuan ialah Jamal Abdillah, Mas Idayu, Aishah, Noraniza Idris, Datuk Jeffrydin, Uji Rashid dan Hail Amir, Datuk A Rahman Hassan dan isteri, Datin Azizah serta Datuk M Daud Kilau.
“Khidmat artis berpengalaman dan veteran digunakan dalam program ini, bukan saja untuk berkongsi pengalaman, tetapi mereka mempunyai pencapaian yang cukup cemerlang dalam bidang seni suara.
“Diharapkan melalui platform yang disediakan, matlamat untuk mempopularkan kembali nama penyanyi lama di kalangan anak muda akan tercapai.
“Selain artis berpengalaman, program ini juga menampilkan pelapis muda sebagai artis jemputan,” katanya.
Pencarian uji bakat sudah pun dijalankan bermula 20 dan 21 November lalu di Angkasapuri, Kuala Lumpur diikuti Plaza Angsana, Johor Bahru (27/28 November); RTM Pulau Pinang (4/5 Disember).
Seterusnya, The Borneo, Sabah (11/12 Disember), Kuantan Parade (18/19 Disember) dan Boulevard, Kuching, Sarawak (25/26 Disember). Uji bakat diadakan dari jam 10 pagi hingga 7 malam dan penyertaan terbuka pada warganegara Malaysia yang berumur lingkungan 18 hingga 45 tahun
google: Azwan Ali facebook, gambar terbaru Azwan Ali, skandal terbaru Azwan Ali, gosip Azwan Ali, Azwan Ali seksi,
No comments:
Post a Comment