KEHADIRANNYA dalam industri seni hiburan sedikit masa lalu pernah melonjakkan namanya apabila menjadi juara Sinaran Pasport Kegemilangan musim ke-6 dengan membawakan lagu Menghitung Hari, nyanyian asal Krisdayanti.
Namun begitu, pergolakan hidup bergelar anak seni bukan semudah disangka kerana populariti dikecapi tidak selamanya bertahan.
Begitulah rentetan perjalanan seni yang pernah dilalui Dayang Noraini Awang Sahari. Masa berlalu, kini dia mampu tersenyum apabila impian 12 tahun untuk mempunyai album solo sendiri menjadi kenyataan.
Walaupun hanya enam lagu dipertaruhkan, pemilihan lagu berkonsepkan rock dan balada ini sudah membanggakan bagi dirinya kerana hampir lima tahun diperuntukkan bagi menghasilkan sesuatu yang istimewa buat peminat.
Meskipun lagu Kelawar O’ Kelawar pernah dimainkan di radio pada 2006, masih ramai tidak tahu siapa penyanyinya.
Mengakui ketika itu dia hanya mencuba nasib dengan satu single, ia tidak bermakna Dayang harus berhenti dan terus menyepi, sebaliknya sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini digunakan bagi mengumpul lagi lagu untuk dijadikan album penuh.
“Saya akui bukan mudah menghasilkan album, ditambah pula saya bukan artis popular yang senang mendapat tajaan, segala-galanya saya gunakan dengan modal sendiri.
“Walaupun lambat, saya berpuas hati dan bersyukur suami, Rosli Wahid turut sentiasa memberi sokongan dalam membantu menghasilkan album Dayang Noraini di samping beberapa komposer seperti Manan Ngah dan Ku Sham.
“Kalau diikutkan, sebenarnya saya tidak berani mengeluarkan album, apatah lagi semuanya menggunakan bajet sendiri tetapi atas permintaan peminat, terutama di Sabah yang sering bertanyakan album solo saya, maka terhasillah album ini,” katanya.
Kini Dayang dalam usaha mengadakan kempen bergerak bagi mempromosi albumnya dan setakat ini, sambutan sungguh menggalakkan di Brunei dan Sabah. Malah single kedua, Kau Tak Akan Pernah Tahu berkonsep balada mula menjadi pilihan pendengar di Sabah.
Melihatkan susuk tubuh yang masih kekal langsing seperti awal kemunculannya dulu, pasti ramai tidak percaya Dayang kini adalah ibu kepada tiga anak.
Dayang bersyukur dikurniakan suami dan anak yang memahami minatnya. Walaupun masih terus kekal memegang status guru, masa hujung minggu sering digunakan dengan memenuhi undangan menyanyi pada majlis makan malam.
“Sejak berkahwin lapan tahun lalu, kehidupan saya sedikit berubah tetapi ia menjadi lebih sibuk selepas saya melahirkan anak. Saya akui bukan mudah menguruskan kerjaya dan keluarga dalam satu masa, namun saya bersyukur selain mempunyai pembantu rumah yang bagus, suami sangat ringan tulang dalam membantu menguruskan keluarga.
“Jika ada masa lapang, saya akan menghabiskan masa bersama anak dengan membawa mereka berjalan-jalan. Ia adalah perkara wajib demi merapatkan hubungan kami sekeluarga.
“Kesihatan diri juga sangat penting bagi saya. Saya akan memastikan mempunyai waktu terluang antara dua atau tiga kali seminggu untuk meningkatkan stamina dan kesihatan dengan berenang dan bersenam,” katanya.
Dayang selepas 12 tahun Oleh SYANTY OCTAVIA AMRY soctavia@hmetro.com.my Munira Abd Ghani KEHADIRANNYA dalam industri seni hiburan sedikit masa lalu pernah melonjakkan namanya apabila menjadi juara Sinaran Pasport Kegemilangan musim ke-6 dengan membawakan lagu Menghitung Hari nyanyian asal Krisdayanti.
Namun begitu, pergolakan hidup bergelar anak seni bukan semudah disangka kerana populariti dikecapi tidak selamanya bertahan.
Begitulah rentetan perjalanan seni yang harus dilalui Dayang Noraini Awang Sahari. Masa berlalu, kini dia mampu tersenyum apabila penantian 12 tahun untuk mempunyai album solo sendiri menjadi kenyataan.
Walaupun hanya enam lagu dipertaruhkan, pemilihan lagu berkonsepkan rock dan balada ini sudah membanggakan bagi dirinya kerana hampir lima tahun diperuntukkan bagi menghasilkan sesuatu yang istimewa buat peminat.
Meskipun lagu Kelawar O’ Kelawar pernah dimainkan di radio pada 2006, namun masih ramai tidak tahu siapa penyanyinya.
Mengakui ketika itu dia hanya mencuba nasib dengan satu single, ia tidak bermakna Dayang harus berhenti dan terus menyepi, sebaliknya sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini digunakan bagi mengumpul lagi lagu untuk dijadikan album penuh.
“Saya akui bukan mudah menghasilkan album, ditambah pula saya bukan artis popular yang senang mendapat tajaan, segala-galanya saya gunakan dengan modal sendiri.
“Walaupun lambat, saya berpuas hati dan bersyukur suami, Rosli Wahid turut sentiasa memberi sokongan dalam membantu menghasilkan album Dayang Noraini di samping beberapa komposer seperti Manan Ngah dan Ku Sham.
“Kalau diikutkan, sebenarnya saya tidak berani mengeluarkan album, apatah lagi semuanya menggunakan bajet sendiri, tetapi atas permintaan peminat, terutama di Sabah yang sering bertanyakan album solo saya, maka terhasillah album ini,” katanya.
Kini Dayang dalam usaha mengadakan promosi bergerak bagi mempromosi albumnya dan setakat ini sambutan sungguh menggalakkan di Brunei dan Sabah. Malah single kedua, Kau Tak Akan Pernah Tahu berkonsep balada mula menjadi pilihan pendengar di Sabah.
Melihatkan susuk tubuh yang masih kekal langsing seperti di awal kemunculannya dulu, pasti ramai tidak percaya Dayang kini adalah ibu kepada tiga anak.
Dayang bersyukur dikurniakan suami dan anak yang memahami minatnya. Walaupun masih terus kekal memegang status guru, masa hujung minggu sering digunakan dengan memenuhi undangan menyanyi pada majlis makan malam.
Bagi Dayang, tiada istilah berehat dalam diari hidupnya, sebaliknya status isteri dan ibu yang dipegang adalah tanggungjawab besar dalam menguruskan diri dan rumah tangganya.
“Sejak berkahwin lapan tahun lalu kehidupan saya sedikit berubah, namun ia menjadi lebih sibuk selepas saya melahirkan anak. Saya akui bukan mudah menguruskan kerjaya dan keluarga dalam satu masa, namun saya bersyukur selain mempunyai pembantu rumah yang bagus, suami sangat ringan tulang dalam membantu menguruskan keluarga.
“Jika ada masa lapang, saya akan menghabiskan masa bersama anak dengan membawa mereka berjalan-jalan ia adalah perkara wajib demi merapatkan hubungan kami sekeluarga.
“Kesihatan diri juga sangat penting bagi saya. Saya akan memastikan mempunyai waktu terluang antara dua atau tiga kali seminggu untuk meningkatkan stamina dan kesihatan dengan berenang dan bersenam,” katanya
Google: Dayang facebook, Dayang twitter, dayang gadis seksi, gambar terkini dayang, skandal terbaru dayang, dayang biodata
No comments:
Post a Comment