Tajuk filem sahaja sudah kontroversi, menontonnya membuatkan ManggaOnline (MO) tak senang duduk melihat aksi panas dan agak keterlaluan yang dipaparkan.
Sekadar tersenyum, Ahmad Idham mengakui hakikat filem arahannya banyak mengeluarkan isu sensitif. Namun itulah risiko yang harus dibayar apabila realiti difilemkan.
"Apa yang mereka lihat adalah daripada trailer dan setahu saya tak pernah lagi orang review trailer. Sebenarnya dialog tersebut ada dalam percakapan harian kita tapi mereka jadikan isu bila ia ditujukan kepada janda (Nora Danish).
"Saya sudah biasa dengan kritikan dan filem Aku Masih Dara dibuat untuk golongan remaja. Saya harus selami jiwa remaja jika mahu menarik perhatian mereka untuk menonton. Kita tak boleh menidakkan hakikat apa yang dipaparkan, itulah sebenarnya yang berlaku dalam realiti.
"Berkenaan dialog aku sangap lubang, ianya disebut oleh watak yang menjengkelkan dan sesuai dengan situasinya yang sedang khayal pada masa itu. Tak sesuai jika seseorang yang berada di bawah pengaruh dadah, menyebut ayat yang formal kerana ianya akan nampak palsu. Saya buat cerita untuk remaja so tak bolehlah buat cerita yang metafore, kenalah buat sesuatu yang straight forward untuk memudahkan mereka faham. Sebab itulah tajuk Aku Masih Dara paling sesuai.
"Banyak lagi pengajaran dalam filem ini, mengapa hanya melihat yang negatif sahaja? Fikirkan mengapa begitu mudah remaja lari daripada kesilapan dan kaitkannya dengan kehidupan? Janganlah kita gunakan agama untuk menutup kesilapan. Itulah yang saya cuba terapkan dalam filem ini.
"Itulah masalahnya penonton ini. Kita cuba terapkan dakwah tapi mereka tak mahu ikut. Tapi bila ada dialog yang kontroversi, itulah yang menjadi sebutan. Orang di Malaysia ini diberi masa 11 tahun belajar dari darjah satu hingga tingkatan lima, takkan lah mereka tak boleh fikir mana yang elok atau tidak," jelasnya panjang lebar.
Tidak kisah digelar watak antagonis dalam industri, baginya watak itulah yang memajukan industri perfileman.
"Kepercayaan penonton terhadap filem Melayu masih 50 peratus. Walau filem arahan saya banyak menimbulkan kontroversi, namun anda tidak boleh menidakkan hakikat bahawa filem Melayu kini semakin mendapat tempat. Percayalah saya tak pernah berniat menjatuhkan industri perfileman, sebaliknya saya turut membantu memajukannya," tambah Idham.
Aku Masih Dara mengisahkan tiga sahabat baik, Aleesya (Yana Samsudin), Sofea (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir) membesar dengan latar keluarga yang berbeza. Kehidupan serba moden menyebabkan mereka leka dengan tuntutan agama lantas terjerumus dengan gaya hidup barat. Pergaulan bebas serta menghalalkan yang haram bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka.
Namun segalanya berubah apabila Firdaus (Asyraf Muslim) muncul di kalangan mereka sehinggalah terdetik hati Sofea untuk berubah menjadi kedamaian. Saksikan kesudahan filem kontroversi ini di pawagam bermula 16 Disember ini
No comments:
Post a Comment