Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, December 16, 2010

Kak Pah, Siti, Ziana Bakal Bersatu Di AJL25


Kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 9 Januari 2011 depan bakal menjanjikan pelbagai kelainan dengan pemilihan tema mapping music.

Penerbit AJL25, Ahmad Shaifullizam Arshad atau Jibam berkata, selain menampilkan persembahan mantap dari 14 lagu yang bertanding, AJL 25 turut menjemput juara-juara AJL sebelumnya untuk menghiburkan penonton pada malam yang penuh debaran itu.

"Insya-Allah, untuk persembahan pembukaan nanti, ia akan dihiburkan oleh barisan penyanyi ternama seperti Francissca Peter, M Nasir dan Nash. Manakala, Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Sharifah Aini dan Ziana Zain akan diundang untuk membuat persembahan interlude.

"Sebenarnya, ini kali kedua saya menyandang tugas sebagai penerbit AJL. Sejujurnya, saya dah diberitahu untuk membuat tugasan ini pada bulan Mac lalu. Masa tu saya rasa down sekejap tapi rasa itu hanya seminggu saja.

"Saya terfikir juga macam mana saya nak buat AJL25 untuk melepasi catatan AJL24. Jadi, saya pun pergi ke luar negara seperti New York dan Hong Kong untuk membuat kajian. Set pentas AJL25 direka oleh pereka set TV3 iaitu Raffi Mustafa," kata Jibam.

Meneruskan cerita, Jibam menjelaskan konsep pentas tahun ini menggunakan 12 peringkat berbanding tahun lalu yang hanya menggunakan 7 peringkat saja.

"Inilah set pentas yang akan digunakan pada malam kemuncak itu. Namun, ianya masih belum finalise lagi. Pentas kali ini bakal menggunakan 600 LED dan mempunyai 2 bahagian. Kamera yang digunakan pula sebanyak 13 kamera. Tahun ini, kami target untuk meraih 5 juta penonton ke atas," ujar Jibam lagi.

Ditanya tentang pemilihan Dato Sharifah Aini yang tidak pernah menjuarai AJL, Jibam menegaskan bahawa AJL kali ini lebih kepada ingin menghargai mereka yang telah terlibat sepanjang 25 tahun AJL dianjurkan oleh TV3.

"Setakat ini, saya belum terima apa-apa respon dari pihak artis untuk pertukaran nombor giliran. Lagi pun, banyak artis yang telah membentangkan apa yang akan dipersembahkan malam itu lagi. Ia sangat bersesuai dengan konsep pentas kami yang boleh bergerak.

"Sempena AJL 25 juga, kami akan mengadakan road show AJL25 pada 26 Disember ini bertempat di Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Untuk road show ini, kami akan membawa 8 finalis ke sana," jelas Jibam.

Apapun, pada majlis cabutan nombor giliran ini yang diadakan di Solaris, Mont Kiara, petang semalam, M Nasir telah diundang untuk mengadakan persembahan pembukaan dengan mendendangkan lagu-lagu hasil nyanyian dan ciptaan beliau yang pernah menyandang gelaran juara lagu.

Majlis turut mengumumkan, Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail kekal sebagai hos utama AJL25.

Berikut adalah giliran persembahan artis pada malam AJL25.

1. Yuna (Cinta Sempurna)

2. Tomok (Berlari)

3. API (Pelita)

4. Shahir (Kebahagian Dalam Perpisahan)

5. Meet Uncle Hussein (Drama King)

6. Hafiz (Noktah Cinta)

7. Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)

8. Faizal Tahir (Selamat Malam)

9. Adira (Ku Ada Kamu)

10. Bunkface (Extravaganza)

11. Black (Sofea Jane)

12. Faizal Tahir (Hanyut)

13. Stacy (Jahat)

14. Hujan (Mencari Konklusi)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...