Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, December 12, 2010

Edry Janjikan Peluang Kerjaya


Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim menjanjikan peluang kerjaya kepada anak didik (protege)yang bakal dipilih dalam program realiti Mentor musim ini.

Pemilik syarikat KRU Sdn Bhd ini juga memberitahu menang atau kalah dalam pertandingan tersebut dia tetap akan memberi laluan sebagai seorang bintang.

“Ya, sebab itu saya cari seorang bintang pop yang mempunyai pakej persona bintang. Saya mahu dia boleh pergi jauh walaupun tidak memenangi pertandingan ini.

“Salah satu kelebihan menjadi protege saya ialah menang atau tidak, dia akan diberi peluang untuk menjadi seorang artis,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurutnya dia bimbang terhadap permilihan yang bakal dijalankan pada sesi uji bakat yang diadakan nanti.

“Saya takut jika tiada lagi bakat yang boleh digilap pada sesi uji bakat yang dijalankan nanti. Biasanya memang susah nak cari sebab yang dating ialah muka yang sama sahaja.

“Saya harap ada lagi bintang yang ada bakat nyanyian dan boleh digilap memandangkan sudah terlalu banyak program realiti nyanyian yang mencungkil bakat-bakat baru,” katanya.

Selain itu, Edry memberitahu bagi menyertai program ini dia terpaksa menangguhkan beberapa projek filem terbarunya sehingga selesai Mentor.

“Secara jujurnya saya memang sibuk tetapi memandangkan telah berjanji lama dan mereka telah menawarkan saya sejak musim pertama lagi.

“Saya telah kosongkan jadual saya sehingan Jun nanti, setakat ini projek besar yang tertangguh ialah filem 29 Februari.

“Saya tidak mahu protege saya terabai jika saya sibuk dengan hal-hal lain. Saya akan beri komitmen kepada program ini sehingga selesai dan barulah sambung semula tugas yang terbengkalai itu,” katanya

google: edry facebook, edry artis panas, gambar terbaru edry, skandal terbaru edry

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...