Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, December 15, 2010

Aremeer Sofazr Tidak Makan Nasi


Wajah Terbaru Aremeer

Vokalis kumpulan Sofazr iaitu Aremeer atau nama sebenarnya Amir Mahyiddin memberitahu perubahan drastik pada susuk tubuhnya yang kelihatan semakin kurus itu bukan disebabkan oleh masalah kesihatan tetapi amalan diet yang dipraktikkan sejak setahun yang lalu.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, para peminat sering memberikan respons bahawa dia kelihatan gempal dan berisi apabila muncul di kaca televisyen sebelum ini.

Dia yang turut menyedari perubahan pada fizikalnya itu lantas mengambil keputusan untuk mengamalkan diet dalam pemakanannya.

Demi mencapai matlamat itu, Aremeer berkata, dia sanggup tidak mengambil nasi dalam pemakanan seharian sejak setahun lalu dan menggantikannya dengan mi, sayur dan buah-buahan.

"Keputusan untuk menguruskan badan ini didorong oleh respons para peminat yang mengeluh dengan perubahan fizikal saya apabila tampil di kaca televisyen sebelum ini.

"Menyedari perubahan itu, saya bertekad untuk mengamalkan diet dengan tidak mengambil nasi dalam pemakanan seharian sejak setahun yang lalu," katanya.

Ditanya adakah dia langsung tidak menjamah nasi sepanjang tempoh tersebut, Aremeer bagaimanapun berkata, dia akan mengambil nasi sekali-sekala jika benar-benar teringin saja.

"Bohonglah jika saya tidak jamah nasi langsung. Saya masih mengambil nasi juga kerana ia sudah menjadi makanan ruji sejak kecil. Cuma, saya akan ambil sekali-sekala jika benar-benar teringin saja.

"Pada awalnya, saya akui memang agak janggal kerana tidak mengambil nasi langsung tetapi lama-kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan," katanya yang turut melakukan senaman rutin.

Kata Aremeer lagi, sejak berat badannya kian susut, dia bukan saja semakin aktif dan berstamina tinggi, malah tidak mudah semput apabila membuat persembahan nyanyian.

"Kalau sebelum ini, badan terasa berat dan kurang berstamina tetapi sejak setahun kebelakangan ini saya semakin aktif dan lincah serta tidak mudah semput ketika menyanyi," katanya.

Kesan daripada diet itu, Aremeer kini boleh tersenyum bangga dengan penyusutan berat badannya daripada 75kg pada tahun lalu kepada 61kg hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...