Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, December 17, 2010

Loque Perkenal Isteri Dalam 'Serasi Bersama'


Penyanyi lagu Kekanda Adinda, Loque, 33, bersedia memperkenalkan isterinya, Dahlia Nadia Johari, 25, kepada umum apabila menyertai sebuah program terbitan Astro, Serasi Bersama.

Menurutnya, dengan menyertai program tersebut ia dapat merapatkan lagi hubungan mereka memandangkan selama ini peluang bersama di rumah agak terhad.

“Saya anggap program ini sebagai bulan madu kami, memandangkan saya agak sibuk dengan aktiviti seni sejak kebelakangan ini.

“Dia juga sebelum ini tidak mahu dikenali dan mendapat mendedahan di media. Tapi kami berfikiran positif dan menganggap program ini sebagai peluang untuk bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Program Serasi Bersama terbitan Astro Ria.

Tambah Loque, biarpun Dahlia berkerja bukan dari industri hiburan, namun dia yang memberi sokongan kepadanya.

“Dia memahami kerjaya saya, walaupun bekerja dalam bidang perbankan namun dia tidak pernah ketinggalan untuk memberi sokongan kepada saya pada setiap persembahan.

“Malah dia juga yang memperkenalkan saya kepada Atilia yang juga rakan baiknya. Jadi tidak timbul isu untuk dia berasa cemburu apabila banyak persembahan saya bersama Atilia,” katanya.

Ketika ditanya dengan trend program yang melibatkan pasangan selebriti yang sering dikaitkan berakhir dengan penceraian, Loque memberitahu dia turut bimbang dengan keadaan tersebut.

“Ketika kami ditawarkan kami mengkaji dulu bagaimana program ini. Kami lihat ia sebuah program yang menyeronokkan.

“Jika ia seperti Sehati Berdansa mungkin kami tidak terima sebab akan mengambil masa agak lama dan komitmen yang tinggi,” katanya.

Bercerita tentang perancangan keluarga dan cahaya mata, Loque memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Kami hanya merancang tapi Tuhan menentukan segalanya. Kami tidak pernah menolak rezeki itu dan berharap tahun depan merupakan masa yang paling sesuai untuk menambah bilangan keluarga,” ujarnya.

google: Loque facebook, skandal terbaru Loque, gambar terbaru Loque, gosip terkini Loque, Loque dengan isteri, gambar Loque dengan isteri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...