Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, January 22, 2011

Diana Danielle jadi duta Snips

Diana Danielle terus menjadi perhatian apabila pusat kecantikan tempatan bertaraf antarabangsa Snips International Group memilihnya sebagai duta selebriti jenama berkenaan.

Majlis pengumuman sempena perlantikannya sebagai duta selebriti Snips untuk tempoh setahun telah diadakan dalam sebuah majlis ringkas di Hotel Le Meridien, di sini, baru-baru ini. Penjenamaan Snips bakal berkembang pesat ke beberapa negara seperti Arab Saudi, Australia, Qatar, Hong Kong, China, Indonesia dan Filipina dengan perancangan pembukaan beberapa salon di negara berkenaan.



google: Diana Danielle facebook, Diana Danielle jadi duta snips,gambar terkini Diana Danielle, gambar seksi Diana Danielle, gambar Diana Danielle dan shamsul, gosip Diana Danielle, skandal Diana Danielle, kekasih baru Diana Danielle

(Gambar) Mesranya Ariel Zafril & Wawa



google: Ariel Zafril facebook, Ariel Zafril twitter, kekasih Ariel Zafril, Ariel Zafril bercinta dengan wawa, skandal Ariel Zafril dengan wawa, gambar seksi wawa, gambar kekasih Ariel Zafril, gambar kekasih wawa, gosip wawa, gosip Ariel Zafril,

Video di belakang tabir persiapan perkahwinan Zaquan Adha & Ayu Raudhah


Yuna Bakal Lancar Produk Wangian Jenama Sendiri

Gambar di atas merupakan rough design, reference atau teaser sahaja

Yuna, nampaknya akan membuka satu lagi cabang perniagaan dengan mengeluarkan produk wangian berjenama sendiri. Mengekalkan trademark Yuna sebagai penjenamaan, penyanyi ini akan mengeluarkan dua versi wangian iaitu fruity candy & cool floral aqua-ish.

Menurut Yuna, produk wangian tersebut telah mendapat kolaborasi dengan sebuah jenama terkemuka & bakal dilancarkan ke pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.

“Yang pink tu confirm bau garang sikit la. Fruity candy coconut-y. Sesuai utk korang yang Cute but Deadly! Yang turqoise tu cool floral aqua fresh,young.. Sesuai utk korang yang dorky. Tapi mysterious.. Cewah!” balas Yuna yang menerangkan ciri-ciri wangian tersebut.

Ana Rafalli Jawab Dituduh Kurang Ajar



Penyanyi Ana Raffali akui kecewa dengan segelintir pihak yang menganggapnya tidak berdisiplin dan bersikap kurang ajar.

Ana dikatakan tidak meminta maaf kerana datang lewat dalam satu majlis besar sehingga membuatkan artis lain ternanti-nantikan kehadirannya.

Katanya, perkara itu terjadi disebabkan salah faham antara pihak penganjur dan pengurusannya.

“Saya kecewa apabila cerita tersebut telah ditokok tambah untuk memberikan gambaran seolah-olah saya tidak bekerjasama dan bersikap kurang ajar.

“Sebenarnya lain yang berlaku, lain yang diceritakan, lain pula yang telah disampaikan sehingga orang menganggap saya benar-benar bermasalah,” katanya.

Justeru perkara tersebut turut menyebabkan timbul rasa kurang senang beberapa pihak terhadapnya.

“Memang saya terlambat, tapi tidaklah sampai satu jam atau beberapa jam seperti yang telah digembar-gemburkan. Saya juga tidaklah kurang ajar sehingga langsung tidak memohon maaf atas kelewatan itu," katanya.

Jelas Ana, perkara tersebut berlaku berikutan pihak penganjur telah datang lebih awal di hotel penginapannya berbanding waktu sebenar.

“Mereka beritahu akan datang pada pukul 12.30 tengah hari tetapi mereka telah sampai lebih awal setengah jam dari waktu tersebut dan ketika itu saya sedang bersiap.

Akibat kejadian itu, Ana memberitahu dia sudah pun berkali-kali meminta maaf kepada pihak penganjur tentang perkara tersebut.

“Saya rasa bersalah sangat ketika itu dan mencari ruang untuk meminta maaf kepada mereka yang telah menunggu saya dalam bas.

“Namun mungkin ada yang saya terlepas pandang dan betul-betul terkecil hati, terluka akibat perbuatan saya itu. Saya memang akui tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan meminta diberi peluang untuk memperbaikinya,” kata Ana.

Ditanya tentang “harga” selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) baru-baru ini, Ana memberitahu dia menyerahkan soal itu kepada pihak pengurusannya.

“Tentang harga atau bayaran saya diuruskan oleh pengurusan dan saya tidak masuk campur tentang perkara itu,” ujarnya ringkas.

Ainul Aishah Buka Francais Makanan Pencuci Mulut



Pelakon Ainul Aishah mengakui kerana terlalu gemar terhadap makanan pencuci mulut Tutty Fruitti membuatkan dia menyuarakan pendapat kepada keluarganya untuk membuka sebuah francais makanan tersebut.

Walaupun merupakan sebuah perniagaan keluarga namun Ainul menganggap ia sebagai titik permulaan baginya menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

“Idea untuk membuka francais timbul apabila saya sering ke kedai Tutty Fruitti dan melihat ramai yang menggemarkannya juga.

“Saya rasa ia mendapat sambutan baik biarpun agak baru di Malaysia, oleh itu saya tekad mengambil nombor pihak berkenaan dan beri kepada ibu,” katanya yang mengadakan majlis pembukaan kedai yang terletak di Bangi, Selangor itu pada Sabtu (hari ini).

Jelas Ainul, dia tidak menyangka hasrat tersebut dilaksanakan oleh keluarganya apabila terus menghubungi Naza Tutti Frutti (Malaysia) Sdn Bhd yang bertanggungjawab membawa masuk Francais tersebut ke Malaysia.

“Saya hanya beri idea kepada keluarga saya dan tidak sangka mereka juga berminat untuk membuka cawangan tersebut.

“Namun begitu, urusan perniagaan diuruskan oleh abang saya memandangkan saya mempunyai komitmen dalam bidang seni,” ujar Ainul yang kini sibuk dengan penggambaran drama Begitulah Cinta.

Bagaimanapun, jelas Ainul dia akan membantu dan belajar sedikit sebanyak selok belok pengurusan perniagaan bagi membolehkannya menceburkan diri dalam bidang itu satu hari nanti.

“Saya seorang yang suka berniaga, namun begitu saya lebih berminat menguruskan sebuah kedai pakaian berbanding perniagaan jenis makanan.

“Tapi dengan adanya kedai Tutty Fruitti ini sedikit sebanyak bolehlah saya belajar untuk menguruskan perniagaan sendiri kelak,” katanya.

google: Ainul Aishah facebook, Ainul Aishah twiteer, gambar terkini Ainul Aishah, gambar seksi Ainul Aishah, skandal Ainul Aishah, Ainul Aishah biodata, gosip Ainul Aishah

Aida Khalida kini tauke tudung



BERMULA daripada impian, akhirnya ia menjadi kenyataan. Pelakon terkenal, Aida Khalida atau dahulunya cukup sinonim dengan nama Aida Rahim kini sudah mula melangkah ke alam perniagaan pula.

Baru-baru ini, bertempat di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Damansara dilancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Aida Khalida yang menyenaraikan sebanyak 15 rekaan yang menarik dan segar.

Tudung yang berharga antara RM50 hingga RM190 di bawah jenama tersebut termasuklah Adiva, Lu'lu, Badi'a, Numa, Dora, Moon, Naira, Urika dan Chamelia.

Kesemua koleksi tudung Aida Khalida kini dijual di Butik Galeri Muslimah yang terletak di Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Aida, perniagaan yang diusahakan dengan kerjasama Galeri Muslimah Sdn. Bhd. (Galeri Muslimah) itu sejak empat bulan lalu memberi cabang baru buatnya sebagai selebriti.

Namun jelas Aida, melangkah ke bidang perniagaan bukan tanda awal buatnya untuk berundur daripada bidang lakonan yang cukup disayanginya.

"Alhamdulillah, bermula dengan impian siapa sangka rupa-rupanya menjadi kenyataan. Syukur kolaborasi perniagaan dengan pemilik Galeri Muslimah iaitu Johari Mohd. Ghazali dan isterinya, Norashiekin Zakaria akhirnya membuka jalan buat saya memasarkan produk tudung jenama sendiri.

"Dahulu orang selalu kaitkan saya dengan fesyen dan apabila saya sudah bertudung ramai pula yang bertanya tentang tudung yang saya gayakan. Ini secara tidak langsung memberi motivasi buat saya dalam menghasilkan produk tudung sendiri.

"Ini boleh dikatakan salah satu usaha saya berdakwah serta menggalakkan lebih ramai muslimah bertudung untuk kelihatan cantik dalam masa yang sama memberi sesuatu kepada peminat yang mahu berjinak-jinak dalam perniagaan sebagai pengedar," katanya yang mula memakai tudung sejak tiga tahun lalu.

Tak Hadir Nikah, Rita Rudaini Kurang Sihat - Aidil Zafuan



Aidil Zafuan Abdul Radzak, suami aktres Rita Rudaini Mokhtar memberitahu isterinya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Zaquan Adha dengan pelakon Ayu Raudhah, Jumaat, kerana tidak sihat.

Aidil berkata, Rita sekarang sedang mengandung lima bulan menyebabkan keadaan kesihatannya sering terganggu.

"Saya ada mengajak isteri datang ke majlis ini tetapi Rita tidak sihat. Jadi, dia tidak dapat datang bersama dengan saya dan berada di Kuala Lumpur.

"Insya Allah, dia akan turut serta dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini," kata Aidil kepada pemberita selepas majlis akad nikah kembarnya Zaquan Adha di sini, Jumaat.

Zaquan diijabkabulkan dengan aktres Ayu Raudhah pada Jumaat diMasjid Sultanah Bahiyah.

"Saya tumpang gembira dengan majlis perkahwinan Zaquan dan semoga diamenjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

"Selepas ini tanggungjawabnya lebih besar dan berharap agar dia menjaga keluarganya dengan baik," ujarnya Aidil lagi.

Gambar Pernikahan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

google: Rita Rudaini facebook, Rita Rudaini biodata, Rita Rudaini tidak hadir nikah ayu raudhah, Rita Rudaini tidak sihat, gambar seksi Rita Rudaini, gambar Rita Rudaini dan suami

(GAMBAR) Heliza, Marsha, Lisa Surihani, Juliana Evans Dan Fauziah Gous Di Pelancaran Butik Mimpi Kita




google: gambar Heliza, Marsha, Lisa Surihani, Juliana Evans Dan Fauziah Gous Di Butik Mimpi Kita, gambar seksi heliza, gambar seksi lisa surihani, gambar seksi juliana evans, gambar seksi fauziah gous, pelancaran butik mimpi kita, gambar artis di butik mimpi kita

Ayu Raudhah & Zaquan Adha Selamat Diijabkabulkan


Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.

Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini," kata Ayu.

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.

"Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.

Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.

“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

"Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa," tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.

Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.

Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.

Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional.

Gambar Pernikahan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

google: perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar pernikahan Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar akad Ayu Raudhah & Zaquan Adha, majlis nikah Ayu Raudhah & Zaquan Adha 2011, majlis kahwin Ayu Raudhah & Zaquan Adha, majlis sensasi Ayu Raudhah & Zaquan Adha, meriahnya majlis Ayu Raudhah & Zaquan Adha, Ayu Raudhah & Zaquan Adha berbulan madu, lokasi bulan madu Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar sensasi Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar hot Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar sanding ayu raudhah,

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Mereka berdua selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.






perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar pernikahan Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar akad Ayu Raudhah & Zaquan Adha, majlis nikah Ayu Raudhah & Zaquan Adha 2011, majlis kahwin Ayu Raudhah & Zaquan Adha, majlis sensasi Ayu Raudhah & Zaquan Adha, meriahnya majlis Ayu Raudhah & Zaquan Adha, Ayu Raudhah & Zaquan Adha berbulan madu, lokasi bulan madu Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar sensasi Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar hot Ayu Raudhah & Zaquan Adha, gambar malam berinai Ayu Raudhah, gambar sanding Ayu Raudhah, gambar majlis resepsi Ayu Raudhah, gambar persandingan Ayu Raudhah, berinai Ayu Raudhah, majlis berinai Ayu Raudhah, gambar pelamin Ayu Raudhah, photographer Ayu Raudhah, jurufoto Ayu Raudhah, Ayu Raudhah kahwin, Ayu Raudhah nikah, video persandingan Ayu Raudhah, video pernikahan Ayu Raudhah, youtube persandingan Ayu Raudhah, foto nikah Ayu Raudhah, foto kahwin Ayu Raudhah, foto majlis kahwin Ayu Raudhah, foto persandingan Ayu Raudhah, video di belakang tabir pernikahan Ayu Raudhah, belakang tabir Ayu Raudhah

Friday, January 21, 2011

Diana Danielle Enggan Berlakon Filem Syamsul


Pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 20, enggan bekerjasama dengan Syamsul Yusof, 27, jika ditawarkan berlakon oleh bekas kekasihnya itu.

Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon dalam drama atau filem di bawah arahan pengarah muda tersebut biarpun dikatakan mereka sudah berbaik.

"Saya belum terfikir lagi untuk berlakon bersama dia (Syamsul)jika ditawarkan,” jelasnya

Jelasnya, hubungan baik dengan pengarah muda itu, hanya atas dasar profesionalisme dan rasa hormat sesama artis.

“Saya rasa orang sudah salah anggap, saya langsung tidak terfikir nak kembali intim dengan Syamsul Yusof. Kami hanya kawan dan tidak lebih dari itu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dia yang dikatakan berpimpin tangan dalam sebuah majlis baru-baru ini menjelaskan bahawa ia tidak seperti yang digambarkan oleh beberapa pihak.

“Mana ada saya hadir ke sebuah majlis sambil berpimpin tangan dengan Syamsul Yusof, Itu hanya fitnah semata-mata. Dia hanya membantu saya semasa tutun tangga dari atas pentas sebab tangga tersebut terlalu kecil dan saya memakai kasut bertumit tinggi,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Norsiah Ramli ketika dihubungi mStar Online memberitahu hubungan bekas pasangan kekasih itu sudah lama berbaik, namun tidak lebih dari sekadar teman biasa.

“Kami sudah melupakan peristiwa lalu dan Syamsul sudah lama meminta maaf tentang perkara itu. Tentang hubungan Diana dengan Syamsul saya tidak pernah menghalang untuk mereka berbaik.

“Saya ada bertanya Diana sejauh mana hubungan tersebut, namun Diana hanya memberitahu ia hanya berjumpa ketika di majlis dan tidak pernah berhubung melalui telefon dengan lelaki tersebut," katanya.

google: Diana Danielle facebook, Diana Danielle twitter, Diana Danielle biodata, gambar terkini Diana Danielle, gambar seksi Diana Danielle, gosip Diana Danielle, skandal Diana Danielle, buah hati Diana Danielle
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...