Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Nor Azam Sulaiman, 43, malam Jumaat lalu juga memberitahu lebih memilih watak yang akan dilakonkan dalam sesebuah drama.
"Saya tidak akan berhenti berlakon selepas ini, namun begitu saya akan mengurangkannya agar tidak menjejaskan masa bersama keluarga.
"Dari segi watak juga saya akan lebih memilih kepada watak yang bersesuaian dengan status sekarang," ujarnya.
Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam, Jumaat.
Dalam pada itu, ketika ditanya keistimewaan Nor Azam di matanya, Rabecca memberitahu Azam seorang yang mempunyai sifat kebapaan yang membuatkannya tertarik.
"Banyak yang saya tertarik dengan dia, salah satunya ialah sifat kebapaannya, saya pula seorang yang sangat sukakan kanak-kanak dan lebih bersifat keibuan sebab itu saya mencari seorang yang sama dengan saya.
"Dia juga mempunyai dua anak dan saya seorang anak, anak-anak kami sudah saling mengenali, menghormati dan menerima saya seadanya," katanya.
Sementara itu, Azam ketika ditanya keistimewaan Rabecca di matanya, dia memberitahu kali pertama terpikat dengan wanita itu kerana paras rupanya yang menawan.
"Kalau ditanya tentang apa yang membuat dia menarik perhatian saya ialah kejetitaannya, yang selebihnya kena tanya selepas kami tinggal sekali," jelasnya.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang lakonan Rabecca, Azam memberitahu dia tidak pernah melarang isterinya itu untuk meneruskan kerjaya seninya.
"Saya tak kisah dia berlakon, saya percaya dia atas dirinya, dia pandai membawa diri, namun begitu tentang watak yang akan dilakonkan kami akan berbincang terlebih dahulu," jelasnya.
Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu mulai 14 Februari depan.
Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.
Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad.
No comments:
Post a Comment