Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, January 18, 2011

'Kami Sarapan Pagi, Bukan Duduk Serumah' - Norman Hakim



Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Norman yang ditemui  berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.

“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.

Norman yang sebelum ini berdiam diri tampil membuat kenyataan selepas diajukan soalan berkenan walaupun pada mulanya dia enggan bercerita mengenai perkara itu.

Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.

Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey.

Kata Norman, dia tidak mahu perkara itu terus mengeruhkan lagi keadaan dan bertindak mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Bagaimanapun Norman berkata dia sudah lali dengan macam-macam ujian yang dihadapinya termasuklah tohmahan dan tuduhan daripada bekas isteri sendiri.

“Saya dah biasa dengan pengalaman macam ini. Malah sebelum ni pun saya dah lalui benda yang lebih berat,” katanya.

Ditanya benarkan dakwaan dia dan Memey sebenarnya tinggal serumah, Norman menafikan perkara itu,.

Jelas Norman, menjadi rutin hariannya untuk menghantar anak mereka, Marissa Dania Hakim yang berusia enam tahun ke sekolah pada waktu pagi sementara anak sulung mereka Mohamed Danish Hakim,8, pada waktu petang.

Selain dua anak itu, Norman turut mempunyai seorang lagi anak, Maria Danish Hakim yang berusia tiga tahun.

Katanya, ada;ah tidak salah untuk menikmati sarapan pagi dengan tunang tetapi apabila perkara sedemikian telah disalahtafsirkan, ia mampu menjadi isu yang besar.

Mengenai khabar angin mengatakan pendedahan Abby itu menyebabkan tawaran berlakon untuknya turut terjejas, Norman berkata perkara itu tiada kena mengenai dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

“Saya masih dapat tawaran berlakon seperti biasa. Tak ada apa-apa masalah pun. Saya tahu syarikat produksi semuanya profesional. Apa yang berkalku (pendedahan Abby) itu adalah kes yang berlainan,” ujarnya yang tidak mahu memikirkan perbuatan buruk yang dilakukan oleh bekas isterinya itu.

google: kisah cinta norman hakim, gambar norman hakim dan memey, gambar tunang norman dan memey, gosip memey dan norman, gambar seksi memey, gambar mesra norman dan memey

2 comments:

  1. :) :) :)
    cam kelakar pun ada. sediakan sarapan tapi makan kat luar
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    ReplyDelete
  2. tak habis2 la diorang ni..tapi takpala..Tuhan tu Maha Mengetahui~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...