Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, January 17, 2011

Erra Fazira sukar cari protege


Salah seorang mentor untuk program realiti televisyen (TV) Mentor musim kelima Fazira Wan Chek , 37 mengakui beliau sukar mencari protege untuk ditampilkan dalam program terbitan TV3 itu nanti.

Ratu filem Melayu itu yang lebih dikenali sebagai Erra Fazira berkata, setakat ini, belum ada peserta yang menjalani uji bakat mampu menepati kriteria yang dikehendakinya.

Beliau yang ditemui pada sesi uji bakat Mentor 5 di Sri Pentas, Bandar Utama, dekat sini berkata, rata-rata peserta yang datang untuk diuji bakat, tidak mempunyai aura sebagai seorang penghibur.

"Sejak uji bakat hari ini bermula pada pukul 10 pagi tadi, saya masih lagi belum jumpa peserta yang memenuhi kriteria yang saya letakkan.

"Saya tak nafikan ramai antara 200 yang sudah menjalani uji bakat, boleh menyanyi tetapi 'x-factor' itu tidak ada dalam diri peserta,'' katanya.

Beliau berkata, kini tinggal 200 peserta lagi yang akan menjalani uji bakat sebagai protege dan beliau mengharapkan dapat bertemu dengan calon itu.

Sebelum ini, Mentor 5 membuka tirai sesi uji bakat semalam apabila artis versatil, Afdlin Shauki menjadi mentor pertama menjalankan tugas mencari protegenya.

Ini diikuti oleh Erra Fazira hari ini, Noh Hujan (22 Januari), Edry Abd. Halim (23 Januari) Rahim Maarof (29 Januari) dan Datuk Sharifah Aini (30 Januari).

Antara juara yang pernah dinobatkan menerusi program realiti ini ialah Pija (Mentor 1), Fiq (Mentor 2), Black (Mentor 3 dan Mohd. (Mentor 4).

google: erra fazira facebook, erra fazira twitter, erra fazira masuk mentor, erra fazira protege, gambar protege erra fazira, erra fazira dah dapat protege, gambar seksi erra fazira, skandal erra fazira, gambar anak erra fazira, erra fazira dan suami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...