Menerut Kamal, pada tahun 2011 ini jadual penggambaran filem mahupun drama yang diberikan padanya agak padat menyebabkan perancangan untuk berumah tangga terpaksa dipendamkan terlebih dahulu.
“Saya memang nak kahwin tetapi buat masa ini saya tak fikirkan sangat perkara itu. Bukan apa, saya mahu berikan tumpuan terhadap kerjaya seni saya yang sedang meningkat naik pada tahun ini,”
Kamal masih lagi intim dengan kekasihnya, Intan Ladyana
Katanya, ketika tawaran datang mencurah-curah seperti inilah dia harus merebut peluang berkenaan yang suatu hari nanti dapat membantunya untuk menampung keperluan berumah tangga.
Pelakon drama bersiri BioNik ini berkata, dia berterima kasih kepada kekasihnya Intan memahami perkara itu dan tidak mendesak untuk berkahwin.
“Syukurlah kami berdua masing-masing memahami tanggungjawab dan keperluam. Jadi, soal berumah tangga ini bukanlah satu masalah buat kami berdua,” katanya yang bakal muncul menerusi filem arahan Farid Kamil, Pertiga tidak lama lagi.
Atas dasar persefahaman itu ujar Kamal, hubungan mereka tidak pernah stres akibat desakan oleh mana-mana pihak mahupun keluarga.
google: Kamal Adli facebook, Kamal Adli bercinta dengan intan ladyana, gambar Kamal Adli dan intan ladyana, Intan Ladyana facebook, gambar seksi Intan Ladyana, gosip Intan Ladyana
No comments:
Post a Comment