Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, May 7, 2011

Maharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluar Saingan Masing-Masing


Peserta Maharaja Lawak yang bertanding malam tadi diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk disingkirkan pada minggu hadapan.

Bagaimanapun, sekiranya peserta yang diundi keluar itu mempunyai markah keseluruhan (markah juri dan SMS) tertinggi, mereka tidak akan disingkirkan, melainkan peserta tersebut mendapat kedudukan di tempat kedua dan ke bawah.

Menurut Pengurus Astro Prima, Nizam Sani, mandat tersebut merupakan sebahagian daripada format dan kejutan untuk peserta yang telah pun dirancang sebelum program tersebut dimulakan.

"Apabila peserta dikenakan tugas untuk mengundi keluar saingan masing-masing, saya akui, hal tersebut akan memiliki elemen-elemen drama.


"Bagaimanapun ini merupakan sebuah format yang dirancang kami untuk peserta lebih peka dalam pertandingan ini. Malah, pada minggu kesembilan, mereka juga mempunyai satu lagi kejutan pengumuman khas," katanya ketika ditemui selesai Maharaja Lawak minggu keenam ini.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Kesemua peserta terselamat daripada penyingkiran untuk minggu keenam selepas diumumkan tiada penyingkiran oleh juri tetap Ahmad Idham, Jumaat.

Setakat ini Amir mendapat markah terendah iaitu 31 peratus (%), diikuti pula dengan kumpulan Balas (43%) dan Man (51%).

Manakala, kumpulan Jambu mendapat markah tertinggi iaitu 59%, kumpulan Jozan (57%), Nabil (56%) dan kumpulan Sepah (55%).

Pada malam pertandingan tersebut, persembahan kesemua peserta kurang sengit berbanding minggu lepas. Bagaimanapun, kumpulan Jambu mendapat pujian daripada juri, Ahmad Idham dan Apek, yang menganggap mereka mampu menjuarai pertandingan tersebut.

Nana Menangis Selepas Berhenti XFM


Penyampai radio XFM, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 28, membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai deejay stesen radio itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.

Nana yang telah menamatkan hari terakhirnya di stesen radio XFM, Jumaat memberitahu dia telah membuat keputusan tersebut sejak dua bulan lalu walaupun kontraknya dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP) sepatutnya tamat pada hujung tahun ini.

"Memang ia satu keputusan yang amat berat dilakukan kerana sudah lapan tahun saya berkecimpung dalam dunia penyiaran radio. Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang anak sulung saya, Althea Raqeem Brian yang baru berusia lima bulan kerana dia memerlukan perhatian yang rapi.

"Selepas mengendalikan slot pagi 6-10 pagi tadi (Jumaat) saya pulang dengan keadaan yang sangat sedih. Malah saya menangis sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Apa-apa pun semua ini demi masa depan Althea,"

Tambah Nana, dia ingin peminat-peminatnya tahu bahawa dia bukannya berhenti terus daripada industri hiburan kerana bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama itu masih lagi mengambil tawaran menjadi pengacara program-program televisyen sahaja.

Dalam pada itu, Nana turut bergiat aktif dalam perniagaan pakaian jenama FaraNana bersama rakan baiknya, Fara Fauzana.

Bagaimanapun ini tidak bermakna dia tidak akan menjadi seorang penyampai radio lagi di masa akan datang kerana tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada.

Sementara itu, memandangkan kini hanya suaminya, Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 37, sahaja yang bekerja, Nana memberitahu dia perlu merancang perbelanjaannya dengan sebaik mungkin.

Nana mula dikenali sebagai penyampai radio Era FM sejak tahun 2000 dan pada hujung 2008, dia ditukarkan ke radio XFM pula.

Rozita Che Wan Kini Sudah Ada Butik Sendiri – My Couture

Rozita Che Wan kini sudah bergelar businesswoman dengan perasmian butiknya, My Couture. Boleh tengok gambar-gambar baju yang dijual menerusi laman web My Couture dan Facebook My Couture dan semuanya memang cantik-cantik serta sopan. Tambah cantik bila Rozita Che Wan yang jadi modelnya.



Google: Rozita Che Wan facebook, Rozita Che Wan seksi, gambar seksi Rozita Che Wan, skandal Rozita Che Wan, butik Rozita Che Wan, baju Rozita Che Wan, gambar terkini Rozita Che Wan, gambar terbaru Rozita Che Wan

Filem Nur Kasih pada 19 Mei 2011


Thursday, May 5, 2011

Noorkhiriah Tampil Imej Bertudung



Pelakon Noorkhiriah, 35, mahu melakukan perubahan dalam hidupnya apabila memilih untuk tampil lebih sopan dengan memakai tudung.

Kata Noorkhiriah, tudung yang dipakainya bukanlah tudung litup sebaliknya hanya menutupi bahagian kepala sehingga telinga sahaja.

“Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat.

"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) di Holiday Villa, Hotel & Suite, di sini, Rabu.


Tambah Noorkhiriah, walaupun dalam proses menukar imej, dia tetap tidak menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan dia tidak bertudung buat masa ini.

“Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik.

"Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit,” ujarnya yang bakal menemui penonton dalam drama Sekadar Kaabah menerusi saluran TV3.

Dalam pada itu, kerana niat perubahan imej itu, Noorkhiriah mengakui, dirinya mula rasa tidak selesa apabila melakonkan babak yang memerlukan dia memeluk atau berpegangan tangan dengan pelakon lelaki lain.

Ibu Desak Fizz Fairuz Kahwini Almy Nadia


Aktor Fizz Fairuz mengakui ibunya turut mendesak agar dia mempercepatkan perkahwinannya dengan pelakon Almy Nadia.

Fizz berkata, perkara itu sudah beberapa kali berlaku kerana orang tuanya mahu melihat dia dan Almy agar berkahwin secepat mungkin.

"Sejujurnya, saya belum terfikir bila yang waktu paling sesuai untuk mengahwini Almy. Memang orang tua saya sudah bertanya beberapa kali tentang perkara itu.

"Cuma, buat masa ini kalau boleh saya ingin Almy mengembangkan lagi kerjaya lakonannya sebelum kami berkahwin," katanya yang ditemui selepas pratonton filem Nur Kasih The Movie (NKTM) di TGV KLCC, di sini, Rabu.

Apabila ditanya adakah dia menangguhkan perancangan tersebut ekoran desas-desus yang mendakwa hubungan mereka bermasalah, Fizz menjawab: "Hubungan saya dan Almy berjalan dengan baik dan tiada sebarang masalah.

"Kalau ada pun, masalah kecil yang biasa sepertimana pasangan lain. Adatlah, orang bercinta ada ketikanya mesti ada salah-faham tapi tidaklah sampai ke tahap hubungan kami putus atau bergaduh."

Mengulas pula tentang lakonan terbarunya dalam NKTM, Fizz yang menangis ketika pratonton filem itu berkata dia gembira dan berpuas hati dengan lakonannya dalam filem tersebut.

"Saya menjadi sebak apabila menonton filem ini kerana membayangkan beban dan dugaan yang terpaksa digalas oleh watak saya iaitu Aidil.

“Dalam filem ini saya kematian isteri dan terpaksa menjaga dua anak yang masih kecil selain perlu menyelesaikan masalah dalam rumah tangga Adam (lakonan Remy Ishak).

"Untuk pertama kali juga saya dapat melihat diri saya yang berbeza sebagai pelakon. Seolah-olah bukan diri saya yang melakonkan watak itu," katanya yang mengakui berdepan cabaran untuk menghafal dialog dalam bahasa Arab untuk filem itu.

Filem arahan Kabir Bhatia dan skrip oleh Mira Mustaffa itu turut menampilkan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Liza Othman, Muniff Isa, Sara Ali dan Syafie Naswip.

NKTM mula ditayangkan pada 19 Mei ini di 70 pawagam termasuk Brunei.

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Zed Zaidi Dan Nelly Natalia

Tahniah diucapkan kepada Zed Zaidi yang telah berkahwin dengan pasangannya, Nelly Natalia. Semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat.



google: Zed Zaidi facebook, gambar nikah Zed Zaidi, gambar kahwin Zed Zaidi, majlis kahwin Zed Zaidi, video kahwin Zed Zaidi, akad nikah Zed Zaidi, gambar Zed Zaidi dan isteri, perkahwinan Zed Zaidi, pernikahan Zed Zaidi

(GAMBAR) Rohana Jalil & Kilafairy

Ke mana tak tumpahnya kuah kalau ke nasik. Ke mana tak tumpahnya kecantikan seorang ibu kalau tak kepada anaknya. Kilafairy mewarisi kecantikan ibunya, Rohana Jalil.



google: Kyla Fairy facebook, gambar seksi Kyla Fairy, skandal Kyla Fairy, pakaian Kyla Fairy, gambar anak rohana jalil, gambar seksi Kilafairy, Kilafairy facebook, Kilafairy menawan, Kilafairy seksi, skandal Kilafairy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...