Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, September 6, 2011

Faezah Elai Mahu Kontroversi Ditutup Selepas Nikah


Pelakon Faezah Elai, 29, yang bakal mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Heykal Hanafiah, 38, berharap pernikahan tersebut menutup segala kontroversi tentang hubungan mereka.

Jelas Faezah, dia mahu menjalani kehidupan sebagai manusia biasa yang mempunyai sebuah keluarga bahagia.

"Saya berharap selepas pernikahan saya pada 9 September ini, ia dapat menutup semua cakap-cakap dan hinaan orang terhadap saya dan Heykal.

"Saya hanya mahu menjadi seorang isteri yang mithali dan menjalani kehidupan bahagia seperti orang lain,"

Pasangan tersebut bakal bernikah pada Jumaat ini pukul 3 petang di rumah pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Sementara itu pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang.

"Bagi majlis pernikahan ia hanya dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga kami dan media sahaja. Bagi rakan artis pula akan dijemput ke majlis resepsi pada 3 dan 4 Disember.

"Namun begitu saya belum lagi membuat senarai tetamu undangan dan edarkan kad jemputan kerana tarikh pada bulan Disember masih jauh lagi," ujarnya.

Heykal Hanafiah

Ditanya tentang perasaannya, Faezah berkata dia masih lagi tidak percaya bakal bergelar isteri kepada Heykal.

"Sekarang perasaan bercampur baur, bimbang, takut dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang. "Saya harap majlis tersebut akan berjalan lancar seperti diatur," katanya.

Dalam pada itu, biarpun sibuk melakukan persiapan terakhir, Faezah berkata dia masih mempunyai dua buah drama yang harus diselesaikan.

"Mungkin pertengahan bulan ini saya akan ke London untuk selesaikan filem “Tanda Putera” dan selepas itu ada dua drama lagi yang memerlukan khidmat saya,” katanya.

(GAMBAR) Kilafairy, Fathia Dan Jue Aziz Anggun Berpakaian Raya



google: Jue Aziz facebook, Jue Aziz seksi, gambar Jue Aziz, seksi Jue Aziz, pakaian seksi Jue Aziz, aksi panas Jue Aziz, Kyla Fairy facebook, Kyla Fairy twitter, Kyla Fairy seksi, gambar Kyla Fairy, buah dada Kyla Fairy, buah dada jue aziz, Fathia seksi

'Hantu Bonceng' Kutip RM5 juta dalam masa 5 hari


Filem terbaharu arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Hantu Bonceng, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari tayangan bermula 31 Ogos lalu.

Menurut Ahmad Idham, dia bersyukur dengan pencapaian filem di bawah terbitan syarikatnya sendiri, Excellent Pictures itu kerana Hantu Bonceng mencatat sejarah dengan kutipan tiket terbesar pada musim perayaan.

"Alhamdulillah, kutipan tiket Hantu Bonceng mencecah RM1 juta bagi setiap hari tayangan. Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Klang ada juga penonton yang kecewa kerana tiket sudah habis.

"Daripada makluman pengurus panggung pula, tiket-tiket di sebelah malah sudah habis di waktu petang. Jadi saya menasihati supaya membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian," katanya melalui satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel di sini, Isnin.

Tambah Ahmad Idham, dia juga bersyukur kerana hasil promosi yang kuat menerusi di ruangan akhbar, radio, televisyen serta di laman sosial Twitter dan Facebook,ia telah berjaya menarik perhatian ramai untuk menonton filem tersebut.

Perkiraan kutipan tiket Hantu Bonceng yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid AF dan ramai lagi dikira menerusi tayangan di 80 buah pawagam serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Saya juga ingin menyeru kepada sesiapa yang masih lagi belum menonton filem saya ini, silalah ke pawagam berhampiran bersama-sama rakan mahupun keluarga kerana saya jamin, selain memberikan hiburan dengan lawak komedi pelakon-pelakonnya, ia juga menyampaikan mesej yang berguna buat semua.

"Diharap, dengan sokongan yang diterima daripada peminat-peminat akan berterusan, mana tahu, Hantu Bonceng akan melakar sejarah yang tersendiri," ujarnya.

(GAMBAR) Majlis Perkahwinan Ashraff Muslim Dan Dayana Di Mekah

Tahniah kepada Ashraff Muslim telah melangsungkan perkahwinan dengan Dayana di Mekah pada 1 Syawal baru-baru ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...