Jelas Faezah, dia mahu menjalani kehidupan sebagai manusia biasa yang mempunyai sebuah keluarga bahagia.
"Saya berharap selepas pernikahan saya pada 9 September ini, ia dapat menutup semua cakap-cakap dan hinaan orang terhadap saya dan Heykal.
"Saya hanya mahu menjadi seorang isteri yang mithali dan menjalani kehidupan bahagia seperti orang lain,"
Pasangan tersebut bakal bernikah pada Jumaat ini pukul 3 petang di rumah pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.
Sementara itu pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang.
"Bagi majlis pernikahan ia hanya dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga kami dan media sahaja. Bagi rakan artis pula akan dijemput ke majlis resepsi pada 3 dan 4 Disember.
"Namun begitu saya belum lagi membuat senarai tetamu undangan dan edarkan kad jemputan kerana tarikh pada bulan Disember masih jauh lagi," ujarnya.
Heykal Hanafiah
"Sekarang perasaan bercampur baur, bimbang, takut dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang. "Saya harap majlis tersebut akan berjalan lancar seperti diatur," katanya.
Dalam pada itu, biarpun sibuk melakukan persiapan terakhir, Faezah berkata dia masih mempunyai dua buah drama yang harus diselesaikan.
"Mungkin pertengahan bulan ini saya akan ke London untuk selesaikan filem “Tanda Putera” dan selepas itu ada dua drama lagi yang memerlukan khidmat saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment