Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, April 14, 2011

Salma makin bergaya


Salma, protege Erra Fazira dalam Mentor 5 pernah rasa rendah diri kerana dirinya paling kurang pakej berbanding rakan-rakan peserta lain. Hari ini Salma sudah semakin yakin dan pandai bergaya.

Dia semakin bergaya hasil dorongan mentornya, Erra Fazira yang memang terkenal dengan penampilannya yang sentiasa menarik kalau muncul dalam mana-mana majlis. Status Ratu memang masih kuat dalam diri Erra

Salma dilihat protege yang paling diberi tumpuan kerana memiliki mutu vokal yang baik berbanding peserta lain. Kekurangan pakej padanya terlindung di sebalik kuasa vokalnya.

Namun untuk memberi lebih keyakinan Erra turut menitikberatkan penampilan diri. Hasilnya Salma sudah tidak rasa rendah diri lagi dan gaya semakin kena dengan dirinya yang bersosok rendang itu.

Saya Mahu Dibimbing KRU - Neelofa


Juara pertandingan Dewi Remaja 2010, Noor Neelofa Mohd Noor, 22 tahun kini mengikat kontrak selama setahun sebagai artis residen KRU. Usahasama itu melibatkan bidang pengacaraan dan lakonan. Terbaru gadis yang lebih dikenali sebagai Nealofa itu akan mengacarakan program eksklusif Paparazzi yang kini boleh ditonton di Saluran KRU TV, di platform Tonton.

“KRU merupakan satu empayar yang besar. Sebagai artis baru, saya anggap KRU boleh menjadi platform yang terbaik untuk saya memulakan kerjaya saya dalam dunia hiburan. Setakat ini banyak peluang yang saya terima dan lebih bagus sekiranya jalan itu dipandu oleh KRU sendiri yang saya anggap sangat berpengalaman dalam industri hiburan tempatan.”

Mula menerima tawaran sebaik sahaja selesai pertandingan Dewi Remaja baru-baru ini, gadis yang berasal dari Kelantan ini turut tidak terlepas dari sebarang gossip. Menceritakan pengalamannya mengacarakan program Paparazzi, Neelofa berkata ia sebuah program yang bukan berniat untuk menjatuhkan artis.

“Saya tidak mahu mengehadkan bakat saya pada sesuatu bidang sahaja. Sebolehnya saya mahu mencuba semua bidang. Apabila pernah melalui pengalaman dalam setiap bidang, barulah kita akan membuka mata dan tahu bagaimana setiap satunya berfungsi dengan baik. Mana tahu satu hari kelak, saya akan turut menceburi bidang perniagaan juga melihatkan kejayaan yang telah dikecapi KRU.” Jelas Neelofa lagi.


Masih menuntut di Tahun Kedua dalam bidang International Trade & Marketing di Sunway University College, pelakon utama filem Azura 2011 itu turut terkena tempias digosipkan dengan pelakon Shahz Jazle yang turut berlakon filem yang sama.

“Gosip itu perkara biasa dalam dunia artis. Apa yang perlu saya fikirkan sekarang adalah meningkatkan mutu kerja saya. Saya diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran sejak akhir-akhir ini. Setakat ini tidak menjejaskan kerja saya bersama Shahz di lokasi. Walaupun ada terbaca kenyataan balas dari pihak Maria Farida sendiri, namun saya anggap kenyataan itu dilakukan sewaktu dia sedang emosi. Saya hormatinya sebagai artis yang senior.” ujar Neelofa dengan tenang.

Neelofa yang kini masih meneruskan penggambaran filem Azura 2011 ditemui sewaktu majlis pelancaran KRU TV di The Curve, Mutiara Damansara.

'Azura 2011' : Penerbit Tak Mampu Bayar Jamal Abdillah


Penyanyi Jamal Abdillah mengaku meletakkan harga tinggi untuk tampil dalam filem Azura 2011 bagi menjaga nilai eksklusif dirinya.

Bagaimanapun katanya, pihak produksi Ace Motion milik pengarah Aziz M. Osman tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.

Menurut Jamal, sebagai seseorang yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni, dia agak memilih dalam setiap tawaran yang diberikan kepadanya.

"Saya bukan menolak untuk berlakon dalam filem tersebut tapi mereka yang tidak dapat memenuhi permintaan dengan harga yang saya cadangkan.

"Saya tidak mahu perkara lama seperti ketika saya berlakon dalam filem Azura dahulu berulang kembali kerana saya merasakan pengorbanan saya tidak berbaloi.

"Walaupun filem tersebut popular dan dikenali tapi bayaran yang diberikan terlalu sedikit, lebih baik saya ambil tawaran menyanyi," ujarnya ketika sidang media Hari Ibu Bersama Jamal Abdillah, Rabu.

Jelasnya, bukan sahaja pada bidang lakonan, malah dia turut memilih setiap tawaran persembahan nyanyian yang diberikan kepadanya.

"Saya tidak mahu orang jemu melihat saya, oleh itu saya hanya buat persembahan untuk beberapa majlis yang saya rasa ia berbaloi dan mereka sanggup dengan harga yang saya tawarkan.

"Bagaimanapun jika sesuatu majlis itu ada kerjasama dengan pihak kerajaan atau sebagai persembahan amal, saya boleh mempertimbangkannya," kata Jamal yang bakal keluar dengan album terbarunya nanti.

Tambahnya seseorang artis itu perlu menjaga nilai eksklusif mereka agar tidak diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu, dia bakal membuat persembahan sempena sambutan Hari Ibu pada 17 Mei ini yang akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).

Persembahan kali kedua tersebut juga berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton tahun lalu.

Menurut Jamal, kali ini dia akan menjanjikan kelainan dari segi pemilihan lagu yang belum pernah dibawakan sebelum ini.

"Saya akan dendangkan lagu-lagu yang berlainan berbanding persembahan tahun lalu termasuklah lagu terbaru saya berjudul Bonda.

"Selain itu juga, saya sedang merancang beberapa gimik untuk penonton yang hadir, antaranya memanggil mereka untuk berduet lagu Sandarkan Pada Kenangan dan Kehebatan Cinta," katanya.

Ditanya tentang perkembangan peribadi, penyanyi lagu Seroja ini mengakui belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Saya ingin fokus kepada syarikat saya terlebih dahulu kemudian baru saya fikir untuk mencari pasangan.

"Lagi pula kedua-dua anak saya masih kecil dan susah untuk menjawab pertanyaan mereka. Biarlah mereka besar, baru saya fikir tentang itu," kata bapa kepada Osama Yamani, 11, dan Ahmad Zaki Yamani, 5.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...