Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, February 19, 2011

Behind The Scene Hikayat Merong Mahawangsa.

Filem ini akan ditayangkan secara serentak di 34 buah negara pada 10 Mac 2011 menelan kos produksi sekitar RM8 juta. Kalau sambutan yang diberikan mengalakkan, Hikayat Merong Mahawangsa mungkin menjadi filem pertama yang berpotensi mencecah kutipan RM10 juta.

Anda akan dibawa secara mendalam dengan fakta ringkas pembikinan Hikayat Merong Mahawangsa serta kisah suka-duka pelakon yang menjayakan filem tersebut. Dikatakan, set perkampungan Melayu hancur sehari sebelum penggambaran bermula dan terpaksa dibina semula dan seluruh kampung dibina semula dalam masa 3 hari.

Fakta lain pula, 105 pemain muzik orkestra antarabangsa di bawah bimbingan Malaysia Philharmonic memainkan lagu latar serta efek bunyi untuk filem ini.






Danny X-Factor bertunang dengan pramugari 20 Mac


Khardanie Anwa, 31, atau lebih dikenali sebagai Danny X-Factor bakal melangsungkan pertunangan dengan pramugari syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Zaidatul Norfazleen Zakaria, 25, pada 20 Mac ini.

Danny memberitahu, majlis pertunangan itu akan diadakan di rumah keluarga Zaidatul atau mesra dengan panggilan Leen di Kampar, Perak.

"Inilah yang dikatakan jodoh kerana perkenalan kami singkat iaitu dalam tempoh tujuh ke lapan bulan sahaja.

"Dia pilihan hati kerana bukan sahaja dia sesuai dengan jiwa saya tetapi paling penting, dia memahami kerjaya saya," katanya.

Danny berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Agro-Xplorasi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, terbitan Media Prima yang disempurnakan oleh menterinya, Datuk Seri Noh Omar di Sri Pentas, Bandar Utama di sini hari ini.

Agro-Xplorasi merupakan sebuah program berbentuk dokumentari, diterbitkan sebanyak 10 episod, mula disiarkan pada 26 Februari ini di TV3 pada setiap Sabtu pukul 7.30 malam.

Danny selaku hos bagi program tersebut bersama Annahita Bakawalli dan Nazrudin Rahman (Naz) berkata, sekiranya tiada aral melintang, majlis pernikahannya akan diadakan penghujung tahun ini.

Sementara itu, Zaidatul Norfazleen yang hadir menemani Danny di majlis yang sama memberitahu, semasa mula-mula mengenali bakal tunangnya itu, dia tidak tahu Danny ialah seorang artis mahupun selebriti.

Jelasnya, ini kerana kesibukannya sebagai pramugari menyebabkan dirinya tidak mengambil tahu mengenai dunia arits.

"Hanya selepas itu, barulah saya tahu siapa Danny dan mengikuti sedikit tentang kerjayanya," katanya.

Tambah Zaidatul Norfazleen, walaupun tempoh perkenalan mereka singkat, namun sikap Danny amat menyenangkan dan percaya pelakon itu adalah calon suami terbaik bagi dirinya.

Pukaw tersingkir Raja Lawak kerana tema spontan?


PUKAW menjadi kumpulan terbaru yang meninggalkan gelanggang Raja Lawak musim kelima (RL5) apabila mereka disingkirkan daripada terus bersaing dalam program realiti tersebut.

Kumpulan yang dianggotai oleh Indra Putra Setia Negara Thamrin (Indra), 22, Abd Hadzir Abdullah (Ai), 23, dan Nizam Solah (Kecik), 34, berasal dari Johor itu tersingkir di minggu keenam selepas mendapat undian terendah iaitu lapan peratus pada Jumaat lalu.

Semuanya disebabkan gara-gara mereka yang tidak bersedia dalam menghadapai tema minggu tersebut yang mengetengahkan adegan spontan.

"Kami mengaku persediaan kami belum cukup kuat kerana untuk menjadi pelawak profesional kami mesti mempunyai banyak idea untuk menghadapi apa-apa situasi.

"Tetapi kami kekurangan idea. Setiap minggu kami hanya melakukan tugasan yang diberikan kerana matlamat kami asalkan lucu.

"Bagaimanapun, tumpuan kami terjejas apabila di saat akhir diberi tugasan dengan tema spontan yang diberitahu beberapa jam sebelum persembahan bermula," kata Indra mewakili Pukaw.

Peminat tegar rancangan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berharap, langkah mereka untuk menembusi bidanglakonanakan dipermudahkan.

"Atas minat dalam dunia lakonan, kami tidak kisah untuk berlakon atau berlawak dan akan cuba menceburi bidang ini," kata Indra yang menjadikan pelawak Afdlin Shauki dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagi idola mereka itu.

Selain Pukaw, peserta lain yang telah meninggalkan Raja Lawak 5 adalah kumpulan Bobo, Kami, TBO dan Kopi O.

Selepas penyingkiran Pukaw,kini tinggal tujuh peserta yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam Raja Lawak 5 iaitu Epy (11.3 peratus), kumpulan R2 (12.2 peratus), Man (12.3 peratus), kumpulan Lucky (11.6 peratus), Nazmi (13.2 peratus), Leman (18.7 peratus) dan kumpulan Balas (12.7 peratus).

(GAMBAR) Kyla Fairy, Anak Rohana Jalil Yang Bibirnya Lagi Seksi Dari Angelina Jolie

Nama sebenarnya Syakila Nisha Jahangir Khan. Kyla adalah anak kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil dan baru berusia 19 tahun. Selain daripada hebat menyanyi, Kyla Fairy dah pun menceburi bidang lakonan. Rasanya kemunculan pertama Kyla ialah dalam drama Hotel Mania.




google: Kyla Fairy facebook, Kyla Fairy twitter, gambar Kyla Fairy, gambar seksi Kyla Fairy, Kyla Fairy artis seksi, Kyla Fairy yang menggoda, gosip Kyla Fairy, skandal Kyla Fairy, gambar kekasih Kyla Fairy, Kyla Fairy berpakaian seksi, kila fairy seksi, gambar kila fairy

20 Filem Malaysia Yang Mencatat Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman

Anugerah Sri Angkasa 2010 : RTM Raih 16 Anugerah

Tiga personaliti Tv (dari kiri) Ashwad Ismail, Pemenang Anugerah Liputan Berita Tv Terbaik, Hanim Muhili, Pemenang Anugerah Wartawan Tv terbaik dan Aminhayat Abd Rahim Pemenang bagi Pemenang Laporan Khas Berita Tv Terbaik menunjukkan trofi Anugerah Seri Angkasa yang dimenangi oleh mereka pada majlis anugerah berkenaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam Sabtu

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada malam pertama apabila meraih 16 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan, Jumaat.

Dalam acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, RTM meraih sembilan anugerah menerusi kategori TV dan tujuh anugerah bagi kategori radio.

Antara kategori yang dimenangi oleh RTM antaranya Bicarawara Radio Terbaik, Skrip Radio Terbaik, Buletin Radio Terbaik dan Rancangan TV Terbaik.

Manakala stesen televisyen Media Prima pula merangkul enam anugerah antaranya Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik, Pengimbangan Muzik TV Terbaik dan Laporan Khas Berita TV Terbaik.

Jaclyn Victor

Tidak ketinggalan juga stesen radio Bernama memenangi dua anugerah, Thr FM (1) dan Suria FM (1).

Acara gilang-gemilang pada malam Jumaat, telah dihoskan oleh Khairil Rashid, Stephen, dan Zuhaira.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Adira, Suki, Izwan Pilus, Jaclyn Victor, Shila Hamzah, Wakaka Crew dan artis bintang RTM.

Suki Low

Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan iaitu Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Sementara itu, ASA 2010 yang berlangsung untuk hari kedua, Sabtu, bakal menyaksikan sebanyak 22 anugerah disampaikan iaitu 19 menerusi kategori TV dan tiga kategori radio.

Antara anugerah yang pastinya menjadi tumpuan ramai seperti DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik serta Drama TV Terbaik.

Tidak ketinggalan acara kemuncak pada malam Sabtu juga akan disiarkan secara langsung menerusi tiga saluran iaitu TV 1, TV 9 dan Astro Prima bermula pada pukul 8.30 malam.

Anugerah kategori radio

Pengulas Radio Terbaik - Nurjamalina Jamali (Media Prima)

Liputan Berita Radio Terbaik - Laporan F1 2010 (Media Prima)

Buletin Radio Terbaik - Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

Majalah Radio Terbaik - Feminin (Suara Malaysia RTM)

Rancangan Interaktif Radio Terbaik - Suara Cinta (Suria FM)

Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)

Rancangan Hiburan Radio Terbaik - Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)

Bicarawara Radio Terbaik - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)

Skrip Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)

Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik - Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)

Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik - Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)

Kapsul Radio Terbaik - Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)

Pengimbang Muzik Radio Terbaik - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)

Anugerah kategori televisyen

Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik - Hanis Kamal (Astro)

Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik - Fadhilah Mansor (Media Prima)

Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik - Eyra Hazali (Astro)

Bicarawara TV Terbaik - Isu Khas Gaza (RTM)

Animasi Tempatan TV Terbaik - Abus (RTM)

Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik - Tom Tom Bak Musim 4 (Astro)

Liputan Berita TV Terbaik - Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro)

Laporan Khas Berita TV Terbaik - Isu Golongan Gelandangan Di Kuala Lumpur (RTM)

Wartawan TV Terbaik - Hanim Muhili (RTM)

Suntingan Rancangan TV Terbaik - Songkok (RTM)

Jurukamera TV Terbaik - Dosa Semalam (RTM)

Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)

Rekaan Set TV Terbaik - Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM)

Promo/Montaj TV Terbaik - Astro Arena Channel I.D (Astro)

Audio Rancangan TV Terbaik - Songkok (RTM)

Pengimbangan Muzik TV Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)

Penerbitan Kapsul TV Terbaik - Kapsul Ramadan (RTM)

Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik - Menggapai Harapan (RTM)


google: keputusan Anugerah Sri Angkasa 2010, majlis Anugerah Sri Angkasa 2010, artis di Anugerah Sri Angkasa 2010, gambar sekitar Anugerah Sri Angkasa 2010, pemenang Anugerah Sri Angkasa 2010

Ally Iskandar Tak Takut Hilang Peminat


Pengacara Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar, 35, memberitahu tidak kisah akan kehilangan peminat wanita apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Nur Aisyah Zainal, 26, pada penghujung tahun ini.

Jelas Ally, dia lebih memikirkan masa depan dan kehidupan berkeluarga berbanding pandangan peminat-peminatnya.

“Saya tidak fikir peminat-peminat saya lari selepas berkahwin, lagipun saya selalu berfikir sampai bila saya akan diminati terutama ketika umur semakin meningkat.

“Saya lagi takut jika tidak kahwin. Sekarang mungkin ada orang yang ingin lihat wajah saya tetapi bila sudah tua siapa yang akan tengok kecuali isteri dan anak-anak sendiri,” ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas.

Ally mengakui tahun ini merupakan tahun paling sesuai untuknya mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan pada 11 Februari lalu di rumah kakak Aishah di Taman Sri Intan, Ampang, Selangor.

Tambah Ally, perkenalan sejak tahun 2008 itu telah membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka. Malah keluarga kedua-dua pihak turut senang dengan hubungan tersebut.

“Saya mengenali Aishah pada tahun 2008 tapi ketika itu hanya sekadar kawan biasa sahaja sehinggalah tiga bulan lalu kami benar-benar rapat.

“Keluarga saya juga suka kepada Aishah dan sebelum ini mereka menyebut nama Aishah sebagai calon isteri saya,” katanya.

Ketika ditanya keistimewaan wanita ini pada matanya, Ally memberitahu bahawa dia selesa bersama wanita tersebut.

“Saya rasa selesa bersama dia, ke mana juga saya pergi saya tetap ingin melihat dan berjumpanya.

“Dari segi kerjaya dia juga memahami bagaimana pekerjaan saya, dia juga sibuk dengan perniagaannya,” ujar Ally.

Dalam pada itu, Ally turut meminta maaf kepada peminat dan media yang tidak diberitahu tentang majlis tersebut.

Jelas Ally, dia menghormati permintaan kedua-dua pihak yang mahu majlis tersebut dijalankan secara tertutup dan peribadi.

“Kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja dan bukan berniat merahsiakan perkara ini kepada semua,” katanya.

Thursday, February 17, 2011

(Gambar) Pertunangan Ally Iskandar Dan Aishah Zainal




google: Ally Iskandar facebook, Ally Iskandar twitter, gambar pertunangan Ally Iskandar, gambar tunang Ally Iskandar, skandal Ally Iskandar, Ally Iskandar nak kahwin, gambar perkahwinan Ally Iskandar, gambar kekasih Ally Iskandar, Ally Iskandar bertunang

Kyla Fairy, Yusry KRU dalam URTV

Nama Yusry sejak kebelakangan ini semakin terkenal. Mana isunya dengan Maya Karin melihat wayang bersama-sama sehinggalah gosipnya dengan pelakon muda yang berumur 19 tahun, Kyla. Biasalah dengan status duda yang dimiliki Yusry, mungkin tidak menjadi kesalahan dalam mencari jodoh yang sepadan dengan dirinya. Kalau betul-betul pun tidak menjadi salah juga kan.


google: Kyla Fairy facebook, Kyla Fairy artis seksi, Kyla Fairy twitter, gambar seksi Kyla Fairy, gambar Kyla Fairy dan yusry, Kyla Fairy bercinta, gosip Kyla Fairy dan yusry, skandal Kyla Fairy, gambar kekasih Kyla Fairy

(GAMBAR) Nur Fathia, Pelakon Baru Yang Bakal Menyerlah



google: nur fathia, nur fathia facebook, nur fathia seksi, nur fathia twitter, nur fathia blog, nur fathia myspace, nur fathia wiki, nur fathia 2010, nur fathia seksi, nur fathia bogel, buah dada nur fathia, nur fathia hot, nur fathia panas, gambar panas nur fathia, gambar seksi nur fathia, nur fathia profile, boyfriend nur fathia, nur fathia bikini, buah dada seksi nur fathia, nur fathia pakai seksi, gambar panas nur fathia, gambar sensasi nur fathia, gambar bogel, 3gp nur fathia, 3gp seksi, Nur Fathia hot, Nur Fathia nampak coli, buah dada Nur Fathia, video aksi Nur Fathia

Intan Ladyana Tak Kisah Dilabel Pelakon 'Kaku'


Pelakon jelita Intan Ladyana Mohamad Yahaya,28, memberitahu tidak kisah dengan pertikaian segelintir pihak yang melabelnya sebagai pelakon kaku.

Kata aktres yang mesra disapa Intan itu, penilaian penonton terhadap lakonannya adalah subjektif.

Walaupun mengakui ada pihak yang mempertikai mutu lakonannya, Intan tidak menghadapi sebarang masalah atau rungutan daripada pengarah atau penerbit drama dan filem yang dibintanginya.

Terbaru, Intan yang menggalas watak gadis kembar bernama Ana dan Ani dalam filem komedi Kembar Siang mengakui tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang bekerja di bawah pengarah filem Hatta Azad Khan.

"Memang saya pernah dengar ada pihak menggelar saya bukan pelakon yang baik dan kaku tetapi berdasarkan reaksi pengarah filem Hatta Azad Khan, dia berpuas hati dengan kerja saya.

"Malah, sepanjang penggambaran filem ini, tidak pula saya terpaksa mengulangi sesebuah babak berkali-kali, semuanya dapat dirakam satu kali sahaja.

"Jadi, apa yang lebih penting ialah untuk memuaskan hati pengarah dan penerbit," katanya selepas pra-tonton filem tersebut di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara, di sini, Rabu.

Intan (empat, kanan) bersama barisan pelakon dan penerbitan filem Kembar Siang pada pra-tonton filem itu di Cathay Cineplex e@Curve, Rabu.

Mengulas lanjut, Intan berkata, walaupun dia cuba memperbaiki lakonannya dari masa ke semasa, pandangan segelintir pihak yang masih menilai lakonannya menerusi filem Jangan Pandang Belakang kira-kira empat tahun lalu menyebabkan dia terus digelar sebagai pelakon kaku.

"Sejak mula dikenali menerusi filem Jangan Pandang Belakang, saya tidak boleh menidakkan penilaian orang terhadap mutu lakonan saya. Apa jua pandangan orang sama ada yang baik atau sebaliknya adalah hak masing-masing.

"Sebagai pelakon, saya cuba meningkatkan mutu lakonan dari masa ke semasa. Mungkin pihak yang melabelkan saya seorang pelakon yang kaku tidak mengikuti perkembangan drama dan filem saya.

"Saya tidak boleh menilai kualiti lakonan saya hari ini kerana bimbang orang akan menganggap saya syok sendiri pula. Walaupun ada pihak menyelar lakonan saya tetapi rata-rata peminat di laman Twitter memuji peningkatan saya," katanya yang mengakui sedih dan terkilan dengan pertikaian itu.

Menyentuh perkembangan karier lakonannya, Intan kini terikat dengan penggambaran filem terbaru Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Hasim.

Dalam filem aksi komedi itu, Intan bergandingan dengan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin.

"Kini saya sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Hasim. Dalam filem itu, saya menjadi isteri kedua kepada Shaheizy Sam.

"Menariknya, saya memainkan watak Riana, seorang isteri yang merupakan gangster kepada sebuah kumpulan kongsi gelap.

"Selain itu saya juga sedang menjalani proses memasukkan suara untuk filem Flat 3A yang dijangka ditayangkan pada tahun ini juga," katanya.

Filem Kembar Siang yang menggandingkan Intan dengan kekasihnya Kamal Adli bakal ditayangkan bermula 24 Februari depan.

Jadual Lakonan Rozita Padat Gara-Gara Tak Jadi Bersara


Pelakon Rozita Che Wan yang mengaku tidak jadi bersara dari dunia lakonan berkata akan kembali berlakon hampir 10 drama dan telefilem.

Dia yang baru selesai penggambaran drama Iparku Diva untuk Astro Warna (saluran 132) bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab dia mengambil keputusan tidak jadi bersara.

Biarpun kembali aktif berlakon, pelakon Kiah Pekasam ini tetap membahagikan masanya untuk melakukan perniagaan.

"Saya tak boleh beritahu sebabnya tidak jadi bersara sebagai pelakon. Saya kembali bukan sebab kontrak atau perjanjian dengan sesiapa.

"Bagaimanapun jadual lakonan saya penuh sehingga Jun tahun ini," ulasnya ringkas ketika majlis pelancaran program terbaru Astro Warna di Restoran D'Saji Felda, di sini, Rabu.

Antara program tersebut adalah Iparku Diva yang dilakonkan oleh Rozitasebagai Munirah dan akan disiarkan pada setiap Rabu, pukul 10 malam mulai 9 Mac ini.

Selain Rozita, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut adalah Jasmin Hamid, Beto Kusyairy, Norman Hakim, Balkisyh Semundur Khan, Azhan Rani, dan Datuk Aziz Sattar.

Iparku Diva mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Hassan, Hussin dan Hamzah yang telah berkeluarga dan tinggal berdekatan.

Setiap daripada isteri mereka mempunyai perwatakan dan keinginan berbeza.

Munirah mempunyai sebuah butik fesyen dan menganggap dirinya sentiasa mengikut perkembangan fesyen.

Selain itu, kakak kepada pelakon Ayu Raudhah ini juga bakal muncul dalam filem Kembar Siang.

MUH Tidak Pergunakan Hazama


Ketua Kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH), Taja, menafikan dakwaan tentang dia dan kumpulannya mempergunakan penyanyi, Hazama untuk kepentingan kumpulan tersebut.

Menurut Taja, walaupun Hazama sering menyanyi bersama kumpulan itu untuk pelbagai acara persembahan, ia tidak bermakna penyanyi tersebut sengaja dipergunakan, tetapi ia lebih berfungsi sebagai penyanyi undangan untuk MUH.

"Biasalah, setiap orang mempunyai pelbagai pendapat tidak kira negatif atau positif. Bagi saya, dakwaan itu dilihat secara tidak baik dari sudut negatif.

"MUH sudah ada perancangan tersendiri dengan Hazama, jadi tiada isu mempergunakan atau tidak antara kami. Kerjasama antara kami menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Hazama berduet dengan Amy Search di sebuah konsert Gempak Astro Rockabola.

"Buat masa ini MUH telah berkolaborasi dengan Hazama untuk lagu single baru berjudul Pokok dan vokal Hazama berjaya mendalami lagu tersebut," katanya.

Tambah Taja, kerjasama antara Hazama dengan MUH juga turut membantu penyanyi itu menjadi lebih popular berbanding sebelum ini dan ia satu peluang yang bagus untuknya lebih berkembang dalam industri muzik tempatan.

"Rasanya penyertaan Hazama bersama kami memberikan dia peluang yang lebih cerah dalam industri muzik kita. Buktinya, dia kini lebih dikenali berbanding sebelum ini.

"Malah, dia juga berpeluang berduet dengan Amy Search menerusi lagu Gothik Malam Edan di Konsert Gempak Astro Rockabola Jelajah Dataran Penggaram di Batu Pahat, Johor. Setakat ini dia tidak ada masalah dengan kami," ujarnya.

Sementara itu, MUH bakal mengadakan uji bakat pencarian vokalis pada April ini menerusi sebuah pertandingan yang dianjurkan.

Zahiril Terikut Karakter Budak-Budak


Setelah menjayakan dengan wataknya sebagai pelajar sekolah menengah dalam drama 6 Progresif, pelakon Zahiril Adzim, 27, akui terikut-ikut dengan perangai kebudak-budakan.

Drama arahan Fairuz Loy tersebut berkisarkan tentang kehidupan beberapa pelajar sekolah turut dibarisi oleh pelakon remaja yang masih segar dalam bidang seni termasuk Nas-T, Hanis Kamal, Nabila Dally dan Faralyna Idris.

6 Progresif telah disiarkan di TV9 bermula 13 Januari lalu pada setiap Khamis pukul 8.30 malam.

Menurut Zahiril, watak yang dilakonkan olehnya ialah Nik Adli sebagai ketua kelas 6 Progresif di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Terok.

Di sekolah itu, pelajar baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T).

“Saya tak sangka pada usia 27 tahun pun masih lagi ditawarkan watak sebagai budak sekolah. Saya tak nafikan kadangkala watak saya di luar seperti budak-budak kesan berlakon dalam drama ini,”

Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada pelajar baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati.

Kecoh memberi rekod disiplin pelajar baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan pelajar baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.

Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran aliran kemanusiaan.

Pergolakan berlaku apabila pelajar baru itu dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong ketua tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan pelajar baru dari geng rempit dan geng ‘sideburn’.

Pelajar baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.

Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu ko-kurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebut pelajar baru untuk menyertai kelab masing-masing.

Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda pelajar baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang pelajar baru.

Pelakon 'Anjang Aki' Dapat Cucu Ke-20


Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau dikenalidengan nama Anjang Aki, 75, menerima kelahiran cucu ke-20 pada pagiRabu.

Cucu lelakinya itu dilahirkan oleh anak perempuan keenamnya di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

"Saya jangka cucu saya dilahirkan semalam (Selasa) kerana jatuh pada sambutan Maulidur Rasul.

"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana semuanya selamat.

"Saya juga rasa gembira kerana bertambah lagi cucu lelaki. Lagipun saya kurang mempunyai cucu lelaki berbanding cucu perempuan," .

Anjang Aki ditemui pada majlis pelancaran program baru Astro Warna (saluran132) di Restoran D'Saji Felda, Jalan Semarak, di sini, Rabu.

Program-program menarik yang bakal menemui penonton Astro Warna adalahZizan Show, Kalau Aku Bukan Artis, Darling dan Iparku Diva.

Kesemua program tersebut akan bersiaran bermula 22 Februari hingga 9 Mac depan.

Monday, February 14, 2011

Ameng Mengaku Bersalah Atas Dua Pertuduhan Memiliki Dadah


Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

Ameng, 42, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, pada pertuduhan pertama mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, berat kasar 122 gram ketika di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Februari 2011, pukul 5.20 petang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksen 34 Kanun Keseksaan.

Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidk kurang dari 10 sebatan.

Bagi kesalahan kedua, pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman ini membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Ameng yang memakai baju berwarna coklat dan berseluar jeans kelabu kelihatan tenang semasa dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Zaharah Hussin.

Isterinya yang bertudung tidak mengaku bersalah ketika dibacakan dua pertuduhan yang sama ke atas Ameng.


Ameng ketika prosiding memohon supaya mahkamah membebaskan isterinya kerana beliau (Sabariah) tidak bersalah.

"Saya harap jasa baik tuan hakim untuk lepaskan isteri (saya) kerana semua ini kesalahan saya," katanya sambil menambah mereka mempunyai seorang anak kecil berusia tiga tahun yang sedang sakit lelah dan sangat merindukan isterinya.

Beliau berkata anaknya itu kini dijaga oleh ibu mertuanya di Masjid Tanah, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ifa Sirhhu Samsudin yang memberitahu mahkamah selepas rayuan Ameng bahawa pertuduhan itu adalah tentativ kerana belum diketahui berat dadah secara bersih.

Katanya beliau masih menunggu laporan kimia bagi perkara itu dan meminta sebutan semula kes yang ditetapkan oleh mahkamah pada 12 April depan.

Ameng pada 1 November tahun lepas dikenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya.

Fathia Semakin Menyerlah


DALAM kelembutan yang terpancar pada wajahnya, siapa sangka gadis bernama Nur Fathia Abd Latiff (Fathia) ini sebenarnya seorang yang periang dan petah bercakap.

Ramai mengenali pelakon berusia 23 tahun ini menerusi drama ‘Hani’ yang sedang disiarkan di TV3 pada setiap Selasa, pukul 9 malam.

Drama tersebut mengisahkan tentang gadis bernama Hani yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan akibat mengidap barah otak. Dalam drama itu, Hani menjadi pelajar sekolah yang sering menangis dan bersedih kerana tertekan dengan nasib yang menimpanya.

Demi merealisasikan watak Hani, Fathia terpaksa mengetepikan sikap ceria yang ada dalam dirinya.

“Terus-terang, saya susah nak menangis mungkin disebabkan karakter saya yang tak suka simpan masalah dan sentiasa ceria.

“Tetapi apabila perlu melakonkan watak sedih, secara automatik saya boleh hayati perasaan itu selain membayangkan bagaimana kehidupan saya yang buta seperti Hani kerana cerita ini berkisarkan tentang kisah benar.

“Lagu-lagu sedih seperti lagu tema Legenda Budak Setan juga membantu saya untuk menimbulkan perasaan sedih,” katanya kepada Mingguan mStar di rumahnya di Shah Alam, Selangor.

Atas inisiatif agar lakonannya lebih realistik, Fathia turut mengunjungi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields, Kuala Lumpur untuk melihat pergerakan dan cara mereka berkomunikasi.

“Alhamdulillah selepas disiarkan beberapa episod, saya mendapat tahu drama Hani mendapat sambutan yang bagus,” ujar pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini.


Tidak kaku

Lebih teruja, sepupu kepada pengacara Farrah Adeeba yang sebelum ini agak kaku di hadapan kamera semakin menunjukkan peningkatan dalam bidang lakonan.

Buktinya, banyak komen positif yang diterima daripada peminatnya di laman sembang Facebook ‘Nur Fathia Latiff’ yang diuruskan oleh pembantu peribadinya, Ezad Ibrahim.

“Walaupun peminat mengatakan lakonan saya semakin baik selepas setahun berlakon, saya masih tidak jemu untuk belajar memantapkan mutu lakonan saya.

“Saya juga seronok dan selesa bekerja dengan Heykal kerana dia memberikan kebebasan sepenuhnya untuk saya menjiwai watak tersebut.

“Bagaimanapun saya tidak mahu terus terikat dan digelar sebagai pelakon berwatak sedih sahaja. Saya mahukan variasi dan menjadi pelakon yang versatil kerana bimbang orang akan cepat jemu,” jelas anak sulung dari empat beradik itu lagi.


Sepanjang setahun berada dalam industri lakonan, wajah Fathia telah muncul dalam iklan komersial seperti Sunsilk, Nespray, Hotlink, Celcom dan Fair & Lovely, drama seperti ‘Joe dan Faridah’, ‘Nur Kasih’ dan ‘Musang Berjanggut’ serta filem ‘Hijab’.

Tunai impian keluarga

Biarpun sedang ghairah mengejar impian dalam bidang lakonan, Fathia tidak pernah melupakan pesanan ibu bapanya iaitu Badriyah Hassan dan Abd Latiff Mohd Tahir untuk menamatkan pengajiannya di universiti.

“Sekarang ini saya perlu tumpukan kepada pelajaran sehingga bulan Mei ini. Jadi banyak juga tawaran termasuk memegang watak utama yang terpaksa ditolak.

“Saya akan terima tawaran berlakon semasa cuti semester sahaja dan menjadikan karier lakonan hanyalah sekadar sambilan,” kata anak kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang ini.

Membuka cerita tentang populariti, sambil merendah diri Fathia akui dia tidak pernah mengidam untuk menjadi popular.

Malah dia akan berasa segan dan malu apabila ditegur kerana tidak menyangka dia mempunyai peminat.

“Saya ikhlas untuk ceburi bidang seni dan menjadikan karier ini untuk menampung duit poket saya.

“Apabila dapat duit lebih, saya akan membelanjakannya untuk membeli pakaian dan ke salun rambut.

“Saya gemarkan sesuatu yang baru dan mahu tampil muda dan sopan dengan imej ‘country fashion’,” ceritanya penuh teruja.

Semasa berborak dengan keluarga Fathia, bapanya membuka cerita yang anaknya itu pernah menghadiri pertandingan nyanyian tanpa pengetahuan keluarga.

Jelas sekali rupa-rupanya bakat nyanyian yang dimiliki oleh Fathia diwarisi daripada bapanya yang pernah menubuhkan kumpulan muzik sewaktu zaman remaja.

“Sebenarnya, saya lebih menyukai bidang nyanyian berbanding lakonan dan bercita-cita untuk bergelar seorang penyanyi.

“Tetapi ibu dan bapa tidak mengizinkan saya untuk serius dalam bidang seni sehingga saya menamatkan pelajaran di menara gading.

“Bagaimanapun cita-cita saya itu tidak berkubur begitu sahaja dan saya akan merealisasikan impian itu jika berpeluang selepas habis belajar nanti,” jelasnya yang turut bercita-cita untuk menubuhkan sebuah firma guaman dengan adiknya, Nur Farhana, 21, yang turut mengikuti pengajian dalam bidang yang sama.

Dua lagi adik Fathia adalah Nur Fasiha, 17, dan Muhammad Ilham, 14, yang turut menetap bersama keluarga.

Heliza Makan Buah Sebelum Nasi


PENYANYI dan pelakon Heliza Helmi mempunyai satu tabiat pelik apabila dia gemar membeli produk kecantikan, namun ia hanya untuk memenuhi meja soleknya sahaja kerana tidak menggunakan produk yang dibeli itu sepenuhnya.

Sebenarnya ada cerita yang berlaku di sebalik perkara itu. Semuanya disebabkan kulit Heliza mudah sensitif dan jika memakai produk penjagaan kulit dan kosmetik tertentu yang pasti membuatkan kulitnya membengkak dan menjadi rengsa.

Pengalaman sebelum ini menurut Heliza, gara-gara gam yang terdapat pada bulu mata palsu menyebabkan matanya menjadi bengkak dan bulu matanya gugur.

Insiden tersebut berlaku semasa pelakon filem ‘Syurga Cinta’ ini terlibat dalam rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), tiga tahun lalu.

“Sebab itu saya kurang menggunakan produk penjagaan kulit dan kosmetik. Semasa minggu ketujuh dalam AF5, mata saya menjadi bengkak kerana memakai bulu mata palsu.

“Mungkin gam bulu mata palsu itu tidak sesuai dengan kulit saya jadi sebab itu selepas saya membuka bulu mata palsu itu, terus bulu mata yang asal gugur semuanya.

“Jadi, sekarang ini saya agak berhati-hati untuk memakai gam bulu mata palsu sebaliknya hanya menggunakan gam jenama Shu Uemura yang sesuai dengan mata saya kerana ia membolehkan saya mampu bertahan selama empat jam memakai alat kecantikan itu,” katanya kepada Mingguan mStar di pejabatnya Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP).

Tambahnya: “Orang selalu puji mata saya cantik tetapi cerita di sebalik itu orang tidak tahu. Sebab tersilap menggunakan gam bulu mata palsu, mata saya menjadi bengkak dan bulu mata gugur.

“Selain itu, mata saya juga mengalami masalah konjunktivitis akibat memakai kanta lekap terlalu lama. Saya mengalami rabun jauh, jadi saya terpaksa selang seli memakai kanta lekap dan cermin mata.”


Minum air daun pegaga

Menyelak rutin harian penyanyi lagu Hello dan Chord G ini, dia mengamalkan petua meminum segelas air masak setiap kali bangun pagi.

Selepas itu, dia akan bersarapan pagi dengan mengambil nasi. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akui bukanlah seorang yang banyak pantang ketika menikmati makanan.

“Saya jenis suka makan tetapi waktu makan saya tidak teratur. Tetapi bagi mengekalkan tenaga, saya akan minum Milo dan mengambil vitamin setiap hari.

“Saya juga makan buah-buahan terlebih dahulu iaitu setengah jam sebelum makan dan minum jus oren yang dibuat sendiri,” katanya.

Amalan kecantikan Heliza sebenarnya banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan, bahan bacaan dan program televisyen.

Menariknya, dia sempat berkongsi tentang petua minum air daun pegaga untuk mengelakkan masalah kesihatan badan menerusi program Nona di TV3.

“Tentang amalan tradisional, saya pernah menempek serbuk kunyit yang dicampur air pada muka sewaktu zaman sekolah dulu.

“Ada juga kawan-kawan yang mengesyorkan menyapu gincu pada jerawat. Petua lain adalah menyapu serbuk buah keras yang telah dibakar pada kening untuk melebatkan kening.

“Mak saya pula selalu mengingatkan saya untuk berdoa dan mengamalkan air sembahyang,” katanya yang membaca buku tentang petua awet muda.

Sudah namanya wanita, dia sesuai digelar sebagai ‘kaki’ membeli-belah terutama membeli kasut dan pakaian.

Namun model iklan Sunsilk dan Garnier ini tidak terlalu mementingkan jenama tetapi asalkan sesuatu produk itu cantik dan selesa.

Antara produk kecantikan yang menjadi pilihan Heliza adalah Johnson & Johnson, Garnier, Loreal, Listerine, Natopherol Dermal dan Olay.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...