Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, February 19, 2011

Pukaw tersingkir Raja Lawak kerana tema spontan?


PUKAW menjadi kumpulan terbaru yang meninggalkan gelanggang Raja Lawak musim kelima (RL5) apabila mereka disingkirkan daripada terus bersaing dalam program realiti tersebut.

Kumpulan yang dianggotai oleh Indra Putra Setia Negara Thamrin (Indra), 22, Abd Hadzir Abdullah (Ai), 23, dan Nizam Solah (Kecik), 34, berasal dari Johor itu tersingkir di minggu keenam selepas mendapat undian terendah iaitu lapan peratus pada Jumaat lalu.

Semuanya disebabkan gara-gara mereka yang tidak bersedia dalam menghadapai tema minggu tersebut yang mengetengahkan adegan spontan.

"Kami mengaku persediaan kami belum cukup kuat kerana untuk menjadi pelawak profesional kami mesti mempunyai banyak idea untuk menghadapi apa-apa situasi.

"Tetapi kami kekurangan idea. Setiap minggu kami hanya melakukan tugasan yang diberikan kerana matlamat kami asalkan lucu.

"Bagaimanapun, tumpuan kami terjejas apabila di saat akhir diberi tugasan dengan tema spontan yang diberitahu beberapa jam sebelum persembahan bermula," kata Indra mewakili Pukaw.

Peminat tegar rancangan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berharap, langkah mereka untuk menembusi bidanglakonanakan dipermudahkan.

"Atas minat dalam dunia lakonan, kami tidak kisah untuk berlakon atau berlawak dan akan cuba menceburi bidang ini," kata Indra yang menjadikan pelawak Afdlin Shauki dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagi idola mereka itu.

Selain Pukaw, peserta lain yang telah meninggalkan Raja Lawak 5 adalah kumpulan Bobo, Kami, TBO dan Kopi O.

Selepas penyingkiran Pukaw,kini tinggal tujuh peserta yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam Raja Lawak 5 iaitu Epy (11.3 peratus), kumpulan R2 (12.2 peratus), Man (12.3 peratus), kumpulan Lucky (11.6 peratus), Nazmi (13.2 peratus), Leman (18.7 peratus) dan kumpulan Balas (12.7 peratus).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...