Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusup Meninggal Dunia


Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.

Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirikan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad. Al Fatihah...

Maizawati Patah Tangan, Kandungan Selamat

Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.

Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubungi Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.

“Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.

Maizawati bersama suaminya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim. Mereka bernikah pada 9 Ogos 2010.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi selepas mereka menghantar keluarga angkat Mohd Yassin ke perhentian bas Medan Gopeng yang ingin pulang ke Singapura selepas bercuti.

Kenderaan yang dipandu Maizawati itu dikatakan terbabas apabila sebuah Proton Wira tiba-tiba membelok di satu selekoh menyebabkan wanita itu terlanggar kenderaan berkenaan.

Turut berada dalam kereta mereka termasuklah tiga daripada enam orang anak hasil perkahwinan Maizawati yang terdahulu iaitu Siti Maisarah,14, Mohd. Syarif Hidayatullah,12, dan Mohd Syatiri,3.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.

Ditanya mengenai kandungan Miaza yang sekarang berusia lima bulan, Mohd Yassin berkata, kandungan itu selamat walaupun berlaku sedikit pendarahan.

Selain patah tangan Maizawati turut mengalami luka pada lutut kiri.


google: Maizawati facebook, Maizawati dan suami, Maizawati berpakaian seksi, Maizawati kemalangan, Maizawati mengandung, skandal Maizawati, gosip Maizawati

Kedatangan 2011, Faizal Tahir Mahu Tambah Anak


Penyanyi Faizal Tahir, berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarganya apabila mahu mendapatkan seorang lagi anak pada tahun ini.

Sehingga kini Faizal telah pun memiliki tiga orang anak, Ahmad Mikaeel Zidane (4), Siti Raudhah Nur Iman (2) dan Ahmad Rifa’ie Zidane (1), hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

"Selain perancangan pembikinan album baru, saya juga mahu tambah anak," beritahu Faizal.

Tambahnya, penambahan seorang lagi cahaya mata dalam keluarganya pasti menggembirakan dirinya dan isteri.

Dalam pada itu, menjadi seorang suami, bapa dan lelaki dewasa juga membuatkan Faizal lebih selesa berkarya tanpa memikirkan untuk memperoleh sebarang kemenangan anugerah.

Faizal Tahir bersama Amy Search dan Jaclyn Victor membawakan lagu Fantasia Bulan Madu pada Konsert Gempak Astro Revo

Ini termasuklah Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) yang akan berlangsung pada 9 Januari ini dimana lagu Hanyut dan Selamat Malam dipertandingkan pada acara itu.

"Dengan kehebatan penyanyi-penyanyi lain seperti Yuna, Meet Uncle Hussein, Hujan dan sebagainya, saingannya agak sengit. Apa-apapun saya tidak pernah mengharapkan kemenangan.

"Cuma saya ingin persembahan saya pada malam itu boleh diingati penonton-penonton. Mungkin sesetengah penyanyi lebih memberi fokus pada kualiti vokal. Tetapi persembahan dengan gimik tertentu di pentas AJL yang akan saya lakukan.

"Lagipun, dengan umur saya yang sudah berusia serta status sebagai seorang bapa, cara pemikiran agak berlainan apabila menyertai sesebuah pertandingan. Lainlah kalau saya berumur 20-an, keterujaan untuk menang pastinya ada," katanya.

Faizal Tahir dikhabarkan akan cuba untuk menyanyi dalam air di sebuah kolam besar di atas pentas AJL25 nanti.

Ayu Raudhah Rasa Rugi Zaquan Tidak Bersama 'Harimau Malaya'


Pelakon Ayu Raudhah teringin melihat tunangnya, Zaquan Adha Abd. Radzak menyertai pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya, yang berjaya meraih gelaran juara buat kali pertama pada Piala AFF Suzuki yang diadakan do Jakarta, Indonesia, Rabu lalu.

Beritahu Ayu, walaupun Zaquan tidak dapat bersama pasukan tersebut untuk menumpaskan pasukan lawan kerana mengalami kecederaan, dia sekadar memberi sokongan dengan menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

"Memang terasa rugi pula bila Zaquan tiada dalam pasukan itu. Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki dia. Tambah pula dia perlu berehat lagi dua bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami sebelum ini.

"Tapi kami tetap menyokong pasukan itu, sampaikan kami menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil bersama penonton-penonton lain. Bila pasukan kita menang, kami begitu teruja dan seronok kerana semangat mereka ketika bermain menentang pasukan lawan Indonesia begitu tinggi.

"Saya harap, pasukan bola sepak negara kita akan lebih maju dan kejayaan ini sebagai permulaan untuk meneruskan perjuangan sehingga ke Piala Dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Sementara itu, persiapan perkahwinan pasangan tersebut telah pun siap hampir 70 peratus.

Ayu yang bakal bernikah dengan Zaquan pada 20 Januari ini di Alor Setar akan menerima sebanyak lapan dulang hantaran berbalas lapan. Majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.

"Alhamdulillah, semua persiapan perkahwinan diuruskan oleh kakak saya, Jaja. Majlis di pihak lelaki pula akan diadakan pada 30 Januari 2011 di Negeri Sembilan.

"Perasaan saya kini bercampur baur. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, bila nak tukar status dari bujang kepada isteri orang, pasti rasa janggal bukan.

"Insya-Allah, segala perancangan dibuat berjalan dengan lancar dan harap saya dapat menjadi isteri yang lebih baik. Mungkin selepas bergelar isteri, saya akan kurangkan kerjaya lakonan," katanya.


google: Ayu Raudhah facebook, Ayu Raudhah seksi, Ayu Raudhah berpakaian seksi, skandal Ayu Raudhah, gosip terbaru Ayu Raudhah, gambar terbaru Ayu Raudhah, Ayu Raudhah bercinta

Azam Artis Sempena 2011

Apabila tahun 2010 melabuhkan tirainya, umum pastinya mendoakan kehadiran tahun 2011 lebih bermakna dalam hidup berbanding tahun sebelumnya.

2011 yang menjelang memberi erti kepada sebahagian besar artis-artis kita. Ada yang ingin mendirikan rumah tangga, ada juga yang ingin mengukuhkan kerjaya agar memperoleh pendapatan yang lebih sebagai tuntutan nafkah kehidupan.

Malah ada juga yang ingin menjalankan hidup kearah kebaikan dan membuang keburukan diri yang ada pada diri masing-masing.
Begitu juga dengan selebriti-selebriti tempatan, mereka juga sudah merancang perkara yang terbaik dalam hidup dan yang mana tidak sempat dilaksanakan pada tahun 2010. Perancangan itu akan dibawa ke 2011.

Oleh itu, mari kita lihat beberapa artis tempatan mengenai azam dan ucapan mereka sempena sambutan Tahun Baru 2011.


Hans Isaac: Selamat tahun baru 2011. Jangan selalu fikirkan tentang kerjasehingga lupa keadaan di sekeliling. Kita kena cari hidup yang seimbang. Carimasa untuk kerja, diri-sendiri, keluarga dan percutian. Jaga diribaik-baik.


Fizz Fairuz: Selepas saya kalah sebanyak dua kali dalam Anugerah Skrin 2009 danAnugerah Bintang Popular 2009, saya mahu menang banyak anugerah padatahun 2011. Saya akan mencari kekurangan dan penyebab kekalahan untuk membaiki kelemahan yang ada


Fahrin Ahmad:Saya mahu memperlahankan karier seni saya dan mengubah transisi hidup.


Syed Aiman: Saya berharap kerjaya saya lebih berjaya pada 2011. Kalau boleh sayanak aktif semula dalam lakonan seperti dahulu.


Iqram Dinzly: Saya nak menunaikan haji di Mekah dan mendirikan rumah tangga. Sayajuga mahu meningkatkan jati diri. Apabila kita sudah kenal diri sendiri, baru kita boleh mengenali erti kemanusiaan.


Nita Hamzah: Memandangkan saya agak lama sepi tanpa lagu baru, saya akan tumpukan perhatian dalam kerjaya dengan kemunculan single lagu terbaru. Insya-Allah, tahun ini akan jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.


Datuk Siti Nurhaliza: Saya mahu terus menjadi insan yang berjaya sama ada dalam kehidupan, karier dan perniagaan. Selain itu saya mahu meneruskan agenda 2011 yang masih belum dilaksanakan seperti konsert, album dan sebagainya. Saya harap, tahun 2011 akan membuka rezeki lebih luas kepada saya dan keluarga.


Erry Putra: Kalau boleh saya nak kahwin tahun ini walaupun masih belum bertemu dengan calon yang sesuai. Saya juga ingin berjaya dalam bidang nyanyian dan lakonan di samping berjaya di bidang perniagaan dan membuktikan insan seni juga boleh berjaya. Selain itu saya ingin tingkatkan keimanan saya kepada Allah serta berjaya dalam kehidupan.


Alyah: Saya nak kuruskan badan serta ingin menjadi duta produk tidak kira air mineral, kopi atau teh. Dalam pada itu, saya berharap agar perancangan untuk membuat konsert mini tercapai.


Fazli Zainal: Nantikan single terbaru saya, Suara Hati yang dicipta oleh Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya. Saya tidak ada terlalu banyak harapan. Cuma mengharapkan agar industri muzik Malaysia bangun semula seperti semangat bola yang berlaku baru-baru ini. Macam itulah semangat yang kita kena ada. Bukan sekadar pemain yang bertarung tetapi peminat perlu menyokongtanpa berbelah bahagi. Selain itu saya harap stesen radio mula menyokong lagu-lagu tempatan.


Scha Al-Yahya: Saya ingin menjadi seorang anak yang lebih baik dan seorang pelakon serta pengacara yang serba boleh. Kemudian saya ingin ingin mempelbagaikan watak dalam lakonan.


Rabecca Nur Al-Islam: Dengan kekuatan tenaga yang ada, saya ingin bekerja dengan lebih kuat sehingga ke tahap mendapat anugerah. Kemudian saya ingin membina sebuah keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat.


Zizan Raja Lawak: Ingin menjadi orang yang lebih berdisiplin, cool, maju dan bijak. Saya juga ingin menjadi duta bagi kempen 'Tak Nak Pada Rokok'. Selain itu, saya ingin memberi kesenangan hidup kepada ibu dan ayah saya.


Farah Asyikin: Semoga saya dipanjangkan umur dan sihat walafiat agar dapat menjalankan perancangan yang ada dengan lancar. Semain itu saya berdia untuk dimurahkan rezeki.


google: azam artis 2011, azam artis seksi, azam artis tahun 2011, tahun 2011 bagi artis malaysia

Friday, December 31, 2010

Rosyam Langgar Pantang, Dedah Dua Anak


Pelakon Rosyam Nor, 43, sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan keluarganya kepada umum walaupun sebaliknya pelakon itu dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu.

Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut.

"Sebenarnya saya tak terfikir pun untuk membawa mereka tapi pada saat-saat akhir mereka pujuk saya sebab teringin nak rasa kehangatan ASK2010 bersama saya. Selain itu mereka merupakan peminat Anuar Zain.

"Lagipun bila anak-anak dah besar, mereka pandai pujuk ayah mereka sampai saya pun kesian. Selalunya bila saya bawa keluarga, mereka akan duduk di bahagian penonton, bukan bersama saya.

"Bagaimanapun, saya masih dengan pendirian untuk tidak mahu menonjolkan keluarga saya kepada umum," katanya.

Tambah Rosyam, sehingga kini dia masih tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk memberi didikan yang terbaik.

Pada majlis ASK2010, kemunculan Rosyam bersama dua gadis jelita mengundang persoalan di kalangan tetamu yang hadir.

Malah, kedua-dua anak gadis itu turut menjadi perhatian pelakon-pelakon lelaki di majlis tersebut.

Sementara itu, Rosyam baru sahaja habis menerbitkan drama bersiri Trilogi Cinta yang akan ditayangkan di RTM1, bermula pada 2 Januari 2011.

Drama yang turut membabitkannya sebagai pelakon utama, turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Fouziah Gous, Raisuddin Hamzah, Siti Fazurina, Aida Khalida, Amyza Aznan serta tiga artis Pilih Kasih, Ray Redzuan, Reza Hasbi dan Zulin Aziz.

Trilogi Cinta merupakan drama bersiri pertama terpanjang yang pernah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Ia juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada tiga novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak seindah mimpi, Tak semanis Impian dan Tiada lagi Mimpi iaitu terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.


google: Rosyam Nor facebook, gosip Rosyam Nor, skandal terbaru Rosyam Nor, Rosyam Nor bawa anak ke ASK, Rosyam Nor langgar pantang larang, anak Rosyam Nor, gambar anak gadis Rosyam Nor

Farah Asyikin Enggan Komen Kekasih Baru


Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 31, enggan memberi komen tentang kehadiran seorang lelaki yang sentiasa bersamanya sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua mereka turut kelihatan pada majlis perkahwinan penyanyi Elyana di Dutches Place, Ampang, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Farah enggan memberi komen mengenai lelaki yang dikatakan kekasih barunya itu.

"Maaf, saya enggan beri komen. Saya lebih selesa untuk tidak menghebohkan hal peribadi saya lagi.

"Berdasarkan pengalaman yang dilalui saya mahu hal peribadi saya tidak dihebohkan. Kalau orang tahu saya sudah ada kekasih atau tidak, tahulah. Saya tidak kisah.

"Cuma saya tidak mahu lagi mengumumkan apa-apa perhubungan cinta melainkan saya benar-benar akan berkahwin.

"Saya tahu ada yang suka bila saya bercinta dan ada yang tidak. Bagi yang tak suka, macam-macam doa yang saya akan terima. Cukuplah dengan dugaan yang saya terima sebelum ini," katanya.

Tambah Farah, memandangkan dia tahu dirinya sering melalui pelbagai dugaan, penyanyi yang popular dengan lagu Hello itu akan memastikan kisah-kisah peribadinya tidak akan diperkatakan lagi.

"Masalah terhadap saya terjadi satu persatu. Selain hal-hal peribadi, kerjaya saya juga sukar untuk kukuh.

"Tapi saya terpaksa telan itu semua kerana saya percaya itu adalah takdir. Mungkin ini sebagai dugaan dan ujian tuhan yang perlu saya lalui. Saya tidak ada pilihan melainkan menerimanya dengan redha.

"Selain itu, segala perancangan saya untuk tahun ini juga tidak menjadi. Antaranya seperti projek lagu single saya bersama arwah Shamrin (Fotograf), Kamu Aku Satu, juga tersangkut.

"Bagaimanapun, lagu tersebut akan saya masukkan untuk album terbaru saya," katanya yang sedang menyiapkan album baru pada tahun depan.

Farah kini sedang bekerjasama dengan beberapa komposer seperti Taja (Meet uncle Hussein) dan Omar K yang berkonsepkan pop rock dan jazz.

Sementara itu, selain projek album terbaru, Farah turut membuat perancangan bersama kakaknya untuk mengadakan program perkhemahan khas buat gadis remaja, It's A girl Thing, pada awal tahun depan.

Program perkemahan tersebut diadakan untuk berkongsi pengalaman yang dilaluinya bersama gadis remaja yang mempunyai masalah peribadi serta kerjaya.


google: Farah Asyikin facebook, Farah Asyikin seksi, Farah Asyikin berpakaian seksi, gosip terbaru Farah Asyikin, cinta baru Farah Asyikin, kekasih Farah Asyikin, kekasih baru Farah Asyikin, Farah Asyikin bercinta, skandal terbaru Farah Asyikin

Gosip Cinta Zizan Bukan Untuk Publisiti Murah


Pelawak Zizan (Raja Lawak) menganggap gosip cinta yang sering dikaitkan dengannya bukan untuk meraih publisiti murahan.

Namun dia mengaku sengaja memulakan gosip tersebut sekadar suka-suka dan hanya untuk gembirakan peminatnya.

“Saya dan Juliana tiada apa-apa. Kami balas membalas Twitter hanya sekadar suka-suka sahaja. Saya teruja bila ramai peminat akan tertanya-tanya tentang hubungan itu.

“Dan media akan beri jawapan tersebut. Saya hanya ingin mengembirakan peminat saya sahaja. Namun begitu saya tidak berniat untuk mencari publisiti murahan dengan cara ini,” katanya.

Jelas Zizan, kemesraannya dengan pelakon Juliana Evans melalui laman Twitter bukanlah satu hubungan istimewa.

Malah dia tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan pelakon muda tersebut.

“Saya senang berkawan dengan dia kerana cara pemikiran dia lain dari yang lain. Dia lebih terbuka dalam sesuatu hal.
“Jika ditanya tentang percintaan, saya lebih memilih untuk jadi kawan sahaja kerana hubungan persahabatan itu lebih kekal dari cinta,” ujarnya.

Tambah Zizan, jika dia benar-benar dalam sebuah hubungan percintaan dengan seseorang, dia lebih suka merahsiakannya dari pengetahuan umum.

“Kalau saya bercinta dengan seseorang tak mungkin saya akan beritahu secara umum dan datang bersama di sesebuah majlis.

“Saya lebih selesa menyimpan kisah peribadi terutama cinta daripada umum melainkan mereka tahu sendiri,” katanya yang mengakui masih belum mempunyai teman istimewa.

Dari perkembangan kerjaya Zizan akan keluar dengan dua buah filem berjudul Hantu Bonceng dan Untuk Tiga Hari.

Manakala dia juga akan mengendalikan rancangan popular Raja Lawak musim lima bersama Johan.


google: zizan raja lawak bercinta, zizan facebook, buah hati zizan, julianan kekasih zizan, juliana bercinta, gosip terbaru zizan, juliana berpakaian seksi, julianan seksi

Kegembiraan Aznil, keterujaan Nabila


SEMUANYA terlaksana hanya dengan sebuah topik yang akhirnya memberi peluang sama rata buat semua untuk bertemu dengan seorang figura unggul negara.

Kisahnya bermula apabila krew Riuh Pagi Era yang dikendalikan oleh Aznil Nawawi, Ray dan Hanif memberi peluang kepada pendengar radio itu untuk meluahkan impian yang mahu dilaksanakan sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya.

Daripada puluhan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima sepanjang dua jam segmen itu bersiaran, impian seorang pendengar bernama Siti Nurshiela Shahidan antara yang paling menarik perhatian Aznil selaku ‘kepala’ Riuh Pagi Era.

Impiannya yang mahu bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bagi Aznil merupakan satu peluang yang cukup dinanti-nantikan oleh bukan hanya dirinya tetapi juga semua rakyat Malaysia.

Malah, Aznil sendiri mengakui dia belum pernah bertemu empat mata dengan negarawan ulung kesayangan ramai itu. Sebelum ini pun, dia hanya bertemu dan menyapa Tun Mahathir di majlis-majlis tertentu sahaja.

Lalu, Aznil merasakan ini juga peluang terbaiknya untuk bersua muka dengan Tun Mahathir yang diangkatnya sebagai idola selain memberi peluang kepada pendengar Era FM untuk merealisasikan impiannya.

Akhirnya, doa Aznil dimakbulkan Allah SWT dan baru-baru ini, Aznil bersama-sama krew Riuh Pagi Era dan Siti Nurshiela telah berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya untuk bertemu dengan tokoh yang disanjung tinggi itu.

“Apabila mendengar impian yang disuarakan oleh Siti Nurshiela yang mahu bertemu dengan Dr. Mahathir, saya juga berasa gembira dan teruja. Dan, saya juga menganggap ini sebagai satu cabaran.

“Cabaran yang saya maksudkan di sini ialah proses yang perlu dilalui sebelum tibanya hari pertemuan dengan Dr. Mahathir. Saya sendiri mahu merasai bagaimanakah perasaan dan barangkali tekanan untuk mengadakan temu janji bersamanya.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka proses berjalan dengan lancar dan dengan bantuan pembantu peribadi Dr. Mahathir, pertemuan kami diatur. Memang kalau boleh, saya mahu masa yang lama untuk saya berbual dengan beliau.

“Tetapi, saya sedar, beliau seorang yang cukup sibuk. Jadi, kalau dapat seketika bersamanya pun sudah memadai buat saya,” jelas Aznil penuh bersungguh ketika diminta menceritakan detik-detik sebelum pertemuan dengan Dr. Mahathir baru-abru ini.

Kagum

Memang terpancar jelas kegembiraan yang luar biasa di wajah Aznil yang juga pengacara nombor satu negara itu apabila dapat berbual-bual dan bertanyakan soalan yang sudah lama dipendamkan.

Kata Aznil, dia cukup kagum dengan keberanian dan kekuatan daya fikiran Dr. Mahathir yang mampu berfikir jauh ke hadapan.

Sebagai seorang selebriti, dia sendiri telah mengamalkan prinsip idolanya itu dalam karier seninya dan memang sudah terang lagi bersuluh, Aznil memang seorang yang berani mengambil risiko dalam setiap keputusannya.

Mengambil transisi imejnya sebagai contoh, Aznil sendiri pernah dikritik dan dikecam dengan hebat kerana tampil dengan imej yang dilihat merepek serta tidak menonjolkan personalitinya ketika di awal kemunculannya.

“Jadi, apabila Dr. Mahathir berkata setiap keputusan yang diambil itu mempunyai risikonya yang mampu membawa kepada kegagalan dan kerugian, ia menjawab segala persoalan saya selama ini.

“Apa sahaja yang beliau lakukan sebelum ini bukannya tidak pernah dikritik tetapi semangat positif yang ada dalam dirinya itu membuatkan ramai yang kagum dan hormat pada dirinya.

“Kata beliau lagi, bukan semua yang kita lakukan itu akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Jadi, kita harus berani mengambil risiko dan membuktikan kepada mereka dengan penuh bersungguh,” ujar Aznil panjang lebar.

Ketawa

Dalam pertemuan yang memakan masa lebih kurang 15 minit itu juga, Aznil sempat mengajukan beberapa soalan yang dikirimkan oleh pendengar setia Era FM di mana jawapan diberikan telah membuat suasana hening di dalam bilik mesyuarat itu dipecahkan dengan hilai tawa mereka yang hadir.

Salah satu soalannya adalah tentang lawak jenaka yang baru sahaja didengar oleh Dr. Mahathir. Barangkali ia mungkin dianggap biasa oleh kita sebagai orang biasa.

Tetapi, apabila mendengarkan daripada mulut negarawan itu sendiri, ia menjadi sesuatu yang cukup berbeza dan bermakna sekali.

“Baru-baru ini, ada seorang kawan saya memberitahu bagaimana nama sejenis kuih itu dinamakan pulut udang sedangkan apabila dia membelinya, tiada pun seekor udang dalam intinya.

“Dia juga kata bila dia beli cucur badak, intinya juga tiada daging badak. Jadi bagaimana namanya menjadi cucur badak,” kata Aznil mengulang kembali ungkapan Dr. Mahathir yang kemudiannya disambut dengan deraian ketawa tetamunya pada pagi itu.

Sempat juga bekas Perdana Menteri itu ditanya tentang pandangannya terhadap Aznil.

Berani

Ujar beliau secara generik, ketika di zaman pemerintahannya, bidang penyiaran ketika itu masih lagi dibelenggu dengan perasaan malu dan belum bersedia untuk melakukan perubahan drastik untuk pembaharuan.

Namun, apabila muncul bakat-bakat baru yang memiliki sentuhan yang segar, ia telah menjadikan dunia penyiaran itu semakin menarik dan berwarna.

“Semuanya perlu mempunyai keyakinan diri dalam apa jua yang dilakukan. Tidak dilupakan keberanian untuk terus maju ke depan,” kata Dr. Mahathir.

Melihat kepada kejayaan sulung team Riuh Pagi Era dalam merealisasikan impian pendengar setianya, duda beranak dua ini tidak menolak kemungkinan akan meneruskan projek ini di masa hadapan.

Namun, katanya, hanya impian yang dirasakan munasabah dan praktikal sahaja akan ditunaikan.

“Selain Siti Nurshiela, kami menerima banyak permintaan yang mahu impian mereka ditunaikan.

“Tidak kurang juga ada yang menyatakan impian untuk bersanding sekali lagi kerana ketika dia bersanding dulu, semuanya tidak berjalan dengan sempurna seperti mana yang diharapkan.

“Insya-Allah, kami akan meneruskan projek seperti ini pada bulan Disember setiap tahun,” kata Aznil yang kini muncul dengan rancangan Serasi Bersama bersama Sharifah Shahirah.

Wednesday, December 29, 2010

(Gambar) Tiz Zaqyah yang cantik dan seksi




google: Tiz Zaqyah facebook, Tiz Zaqyah artis seksi, Tiz Zaqyah seksi, gambar seksi Tiz Zaqyah, gosip terbaru Tiz Zaqyah, skandal terbaru Tiz Zaqyah, Tiz Zaqyah berpakaian seksi, Tiz Zaqyah memang seksi, Tiz Zaqyah menawan,

Anak kemban, emak tutup?


Tak tahu lah nak kata apa dah kalau bab-bab fesyen ni. Ini adalah gambar yang diambil ketika ASK 2010 baru-baru ni. Nak dijadikan isu adalah pemakaian. Memang masa itu artis mempunyai fesyen tersendiri ketika datang. Semakin ramai artis yang berani berpakaian seksi.. Tapi yang ni dibawanya emak kesayangan dengan fesyen yang berlainan yang sukar untuk dikomen. Mungkin emak mereka ni 'open mind', sebab tu lain macam je.



google: Artis seksi, artis malaysia seksi, artis malaysia berpakaian seksi, pakaian seksi ASk2010, artis seksi kene tegur

Tini Hot FM selamat melahirkan anak perempuan

Penyampai radio Hot FM, Tini dikhabarkan melalui Facebook Fara Fauzana yang juga deejay di radio itu telah selamat melahirkan anak perempuan pada 27 Disember 2010 jam 8.45 pagi.

Anak perempuan itu yang beratnya 3.2 kg telah selamat dilahirkan dalam keadaan sihat. Tahniah lah diatas perkhabaran ini. Gambar anak Tini tu belum ada lagi, tapi gambar Tini hamil tu ada kot.


Google: Tini hot FM, tini hot fm bersalin, tini hot fm dapat anak, tini hot fm dapat anak perempuan

(VIDEO) Shahir Sudah Kembali, Beri Penjelasan Tentang Kehilangan

Fesyen Red Carpet Antara Paling Mantap Tahun 2010

Berikut adalah fesyen di Red Carpet antara yang paling mantap tahun 2010.




google: red carpet malaysia, artis malaysia di red carpet, red carpet paling mantap, pakaian red carpet yang mantap

Fesyen Red Carpet Antara Paling Pelik Tahun 2010

Tahun 2010 menyaksikan pelbagai event dianjurkan di dalam dunia hiburan Malaysia dan masa itulah para artis kita menunjukkan fesyen mereka di Red Carpet. Ada rekaan yang cantik, seksi, kreatif dan pelik. Berikut adalah antara fesyen Red Carpet paling pelik yang digayakan oleh artis Malaysia pada tahun 2010.


google: red carpet malaysia, artis malaysia di red carpet, red carpet seksi, pakaian pelik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...