Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, December 26, 2010

Raja Azmi Cerita ‘seks’ lagi!


Nasib malang bertimpa-timpa, itulah musibah yang datang kepada penerbit filem kontroversi, Raja Azmi. Masih terbayang bagaimana lesu wajah wanita itu selepas ditahan satu malam di lokap atas kesalahan gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan satu kes berkaitan jenayah komersial pada 20 Ogos lalu.

Sebelum itu, nama wanita berusia 51 tahun menjadi panas bila dikaitkan dalam kes perceraian adik angkatnya yang juga pemain badminton negara, Roslin Hashim apabila bercerai kali kedua.

Banyak sangat cerita pasal Raja Azmi ni. Tahun ini juga, dia digelar pembikin filem ‘gila seks’ hanya semata-mata kerana karya terbaru terbitannya, ... Dalam Botol mengisahkan kisah gay dan terdapat babak pelakon lelaki bogel.

Baru-baru ini, nasib Raja Azmi bertambah malang apabila filem tersebut tidak dapat ditayangkan pada 27 Januari ini dan ditunda ke tarikh baru pada Mac pula.

Semuanya kerana kelewatannya melunaskan baki bayaran produksi akhir filem itu berjumlah RM96,373 di Studio Digital Mixstage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Saya rasa hendak menangis hari ini tetapi pengalaman tidur di dalam lokap mengajar saya erti ketabahan untuk menghadapi masalah ini,” luahnya.

Namun dalam tidak cukup wang untuk bayar kepada Finas itu, Raja Azmi sempat lagi merancang buat filem baru bertajuk Anak Ikan. Masih kekal berunsur seks dan juga kisah gay. Hebat Raja Azmi!

Raja Azmi punyalah beriya beritahu filem ... Dalam Botol akan ditayangkan di pawagam pada 27 Januari depan. Alih-alih filem itu ditunda. Kenapa?

Mula-mula memang akan ditayangkan Februari ni tetapi tak sempat, mungkin Mac pula. Saya harap-harap sampai Mac sahaja. Sebenarnya saya lambat bayar duit baki kepada Finas, sebab itu jadi macam ini.

google: Raja Azmi facebook, Raja Azmi bikin filem panas, skandal terbaru Raja Azmi, gosip terbaru Raja Azmi, filem terbaru Raja Azmi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...