Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, December 26, 2010

Sofazr masih berhutang?


DI sebalik kegembiraan melancarkan album terbaru yang berjudul Maaf Dari Hati Mohd Atlas baru-baru ini, ada yang tidak kena mengenai kumpulan yang dianggotai oleh enam anak muda ini.

Bukan apa, kalau mendengarkan khabar angin yang bertiup kencang, kumpulan Sofazr yang sebelum ini dikenali dengan nama Sofaz masih ‘berhutang’ satu album bersama syarikat rakaman Suria Record yang dinaungi sejak tujuh tahun yang lalu.

Ramai yang masih tertanya-tanya apakah yang berlaku antara mereka dan syarikat rakaman yang lama. Bagaimana kontrak ditamatkan sedangkan masih ada hutang berbaki yang belum dilangsaikan?

Selaku Pengarah Urusan Global Record yang memayungi kumpulan Sofazr, Zimi menjelaskan tidak ada apa-apa ‘hutang’ antara pihaknya dan Suria Record sehingga hari ini.

“Kontrak kami tamat sekitar pertengahan tahun yang lalu. Memang kalau mengikut kontrak masih ada baki satu album yang perlu kami langsaikan sebelum habis kontrak.

“Bagi pihak kumpulan kami, kami sudahpun merakamkan album yang terakhir seperti mana dalam perjanjian. Ada lima lagu yang kami rakamkan dan album itu sudah pun siap.

“Tapi sehingga hari ini pihak syarikat rakaman langsung tidak memasarkan album itu. Itu di luar kuasa kami sebab kami dah buat apa yang dijanjikan sebelum ini. Sejujurnya tidak timbul apa-apa masalah antara Sofazr dan label dulu.

“Bila sudah terlalu lama duduk di bawah label lain, sudah pasti memberikan kesan kepada kami. Macam saya sendiri merasakan sudah tiba masa untuk Sofazr bergerak sendiri, di bawah label sendiri dan buat itu ini sendiri,” kata Zimi yang juga bertindak selaku pemain gitar kedua.

Bercerita mengenai album Maaf Dari Hati Mohd Atlas, Zimi menjelaskan ini merupakan jiwa dan rasa mereka selama cukup terkesan apabila berada dalam industri seni.

Tapi siapakah dia Mohd Atlas? Nama yang sering disebut-sebut oleh setiap anggota Sofazr semasa pelancaran album di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah, turut tertera dalam album tersebut nama Mohd Atlas yang menjadi pencipta kepada kesemua lagu yang terkandung sehinggalah nama itu sekali lagi terpahat sebagai tajuk album.

“Sebenarnya Mohd Atlas adalah kami berenam dan seorang lagi orang di belakang tabir yang tak mahu dikenali. Dia yang mencambahkan idea kepada lagu-lagu Sofazr dan seterusnya menghasilkan lagu bersama kami,” kata Zimi lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...