Mengakui hatinya cair dengan kejelitaan sang gadis yang lebih selesa di sapa Jue, namun katanya hubungan mereka masih lagi dalam peringkat perkenalan.
"Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.
"Kalau betul saya ada girlfriend, saya tak akan keluar terang-terangan begini. Saya lebih suka hal peribadi dirahsiakan.
"Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini," kata Zizan yang tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Jue.
Tidak adil sekiranya hanya meminta pandangan jejaka akan hubungan rapat ini. Jue tersenyum lebar ketika diminta pandangan mengenai Zizan. Mengakui sedang berkawan rapat, namun katanya tidak mungkin mereka akan bercinta.
"Kami memang rapat dan selalu keluar lepak bersama. Jue suka berkawan dengan Zizan sebab dia memang seorang yang semulajadi kelakar, bukan hanya di dalam televisyen.
"Kami selalu kongsi masalah dan dia akan beri nasihat. Waktu itu dia akan serius tapi selalunya dia akan hiburkan Jue dengan lawaknya.
"Tapi Jue tak boleh melihat Zizan lebih daripada kawan. Tak tahulah akan datang nanti macam mana," ujar bekas kekasih Sam Bunkface ini.
google: Juliana Evans facebook, Juliana Evans seksi, Juliana Evans artis seksi, skandal Juliana Evans, gosip terbaru Juliana Evans, gambar terbaru Juliana Evans, Juliana Evans bercinta dengan zizan, kekasih hati Juliana Evans, zizan bercinta
No comments:
Post a Comment