Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, December 29, 2010

Sein Nafi Pihak Ketiga Punca Perceraian


Punca perceraian dengan bekas isterinya masih diperkata sehingga kini. Ada pihak mendakwa orang ketiga menyebabkan juara Sehati Berdansa musim ketiga ini berpisah. Namun tidak adil sekiranya membuat andaian berdasarkan kata-kata kosong.

Jelas Sein, hubungannya dengan Nana masih berjalan lancar walau selepas bercerai. Mengakui kehidupannya kini sunyi tanpa anak dan isteri disisi, namun itulah jalan yang dipilih selepas kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk keluar daripada kediaman mereka dan duduk berasingan.

"Memang sunyi sekarang ini tapi saya sibukkan diri dengan bekerja. Buat masa sekarang saya sedang usahakan skrip untuk filem pertama syarikat produksi saya.

"Kalau ada masa terluang, saya akan berjumpa anak-anak dan syukur hubungan dengan Nana masih lagi baik. Kami berpisah atas sebab tiada persefahaman. Tiada sebab lain.

"Saya hairan bagaimana orang boleh berkata ada pihak ketiga. Kalaulah betul saya ada kekasih lain, pasti perceraian kami akan berlaku dengan teruk sekali. So tak logiklah kalau ada orang ketiga.

"Memang kasihan dengan anak-anak, namun mungkin sampai sini jodoh kami. Dan bagi saya perceraian ini tak ada kena mengena langsung dengan badi Sehati Berdansa," ujarnya yang baru menamatkan pengajian di London School Film.

Sein dan Nana mendirikan rumah tanggan pada Julai 2006 dan dikurniakan dua cahayamata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.


google: sein facebook, sein bercerai, skandal terbaru sein, gosip terbaru sein, nana seksi, kekasih baru sein, cinta baru sein

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...