Vanidah Imran dan Awal Ashaari mengacarakan Anugerah Skrin 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.
Yang lepas biarkan berlalu, namun setiap detik yang berlaku sepanjang menyaksikan anugerah berprestij ini secara langsung dirakam penuh bermakna.
Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang memenangi 24 kategori ASK2010 termasuk kejayaan besar yang diraih oleh drama Antara Garisan dan filem Muallaf.
Drama Antara Garisan merangkul empat anugerah manakala Muallaf memenangi tiga anugerah.
Fauzi Nawawi memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Sebelum Akhirat.
Jadi tiada pertikaian tentang pemenang yang berlaku jika dibandingkan dengan Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) lalu.
Berbalik kepada penganjuran ASK2010 kali ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada berjayakah acara yang dihoskan oleh Vanidah Imran dan Awal Ashaari itu?
Komen-komen yang diberikan bagaikan kurang berpuas hati dengan kualiti yang dipersembahkan pengacara itu. Namun sudah menjadi lumrah, setiap majlis yang diadakan pasti ada kekurangannya.
Shahrul Ezad Mohamedin memenangi empat anugerah untuk drama arahannya, Antara Garisan.
Kritikan juga yang harus diberikan kepada artis yang diberi kepercayaan mengumumkan pemenang yang dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh ketika menyebut nama pemenang.
Mungkin kerana terganggu dengan kad nama pemenang yang agak sukar dibuka sebelum pengumuman dilakukan.
Lupakan sebentar kekurangan yang berlaku, kerana ada perkara yang lebih menarik mahu dikongsikan.
Ramai penonton terhibur dengan seloka pelakon veteran Datuk Aziz Sattar ketika menyampaikan tiga anugerah bersama-sama aktres Erra Fazira dan Siti Shahriza (Eja).
Shaheizy Sam memenangi Anugerah Yasmin Ahmad.
Selain itu, persembahan muzik seperti alunan seksofon oleh Datuk Ahmad Nawab, gesekan biola oleh Genervie Kam dan petikan gitar oleh Hillary Ang menerusi lagu tema filem Nur Kasih, Isabella dan Sabar Menanti.
Turut menyentuh perasaan apabila menonton persembahan nyanyian Noryn Aziz, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Anuar Zain, Ziana Zain dan kumpulan pelakon teater Muzikal Cinta.
Sekitar ASK2010:
- Penampilan gaun malam menampakkan lurah dada walaupun ditutup dengan kain renda jarang dan rambut pendek warna perang oleh pelakon Jue Aziz kelihatan agak pelik.
- Ramai penonton yang bersorak apabila melihat penerima anugerah yang berpakaian terdedah dan seksi terutama semasa Sharifah Amani berjalan ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Muallaf dan penerima anugerah bagi kategori Videografi Terbaik menerusi telefilem Datang Bulan.
- Gelagat peminat Ziana Zain yang menggelarkan dirinya Ziana Zain nombor dua membuatkan suasana dewan menjadi gamat ketika siaran langsung berhenti rehat seketika. Lebih riuh apabila pelawak Zizan (Raja Lawak) melayan peminat itu dan memintanya menyanyikan beberapa buah lagu Ziana.
- Pengarah filem Evolusi KL Drift 2, Shamsul Yusof agak kekok untuk mengambil anugerah Lakon Layar Terbaik Filem yang dimenanginya setelah melihat bekas kekasihnya, Diana Danielle yang menyampaikan anugerah tersebut.
- Pelawak Zizan merupakan artis pertama yang sampai di sesi fotografi karpet merah.
- Penyanyi Sasha Saidin diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dalam pertandingan anjuran Pantene.
- Pelakon remaja Syafie Naswip tampil dengan imej fantasi beserta mata tertutup sebelah.
- Aktres Siti Shahriza (Eja) menggayakan gaun labuh rekaan Wanpa yang menyerlahkan kecantikannya dan jika ada pertandingan pakaian terbaik, pasti dia yang menjadi pilihan.
- Celoteh pelakon kanak-kanak, Mia Sara yang hadir bersama-sama aktres Lisa Suriani dengan pakaian warna merah sedondon turut mencuri perhatian penonton.
google: Anugerah Skrin 2010, senarai terkini Anugerah Skrin 2010, pemenang terkini Anugerah Skrin 2010, siaran langsung Anugerah Skrin 2010, senarai pemenang Anugerah Skrin 2010, drama terbaik Anugerah Skrin 2010, filem terbaik Anugerah Skrin 2010, red carpet Anugerah Skrin 2010, artis seksi di ASK2010
No comments:
Post a Comment