Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, November 27, 2010

Sekadar pinjam nama popular - Nur Kasih

SEBAIK melangkah ke dalam Character Hall, Sekolah Seri Suria, Hulu Langat, tiada satu pun bintang drama bersiri popular, Nur Kasih seperti Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kelihatan di dalam dewan.

Apakah mereka berada di belakang pentas? Persoalan demi persoalan mula bermain-main di minda semasa ditugaskan membuat liputan Konsert Amal Nur Kasih yang berlangsung, baru-baru ini.

Namun, selepas dirisik memang tiada langsung kena-mengena konsert itu dengan drama atau filem Nur Kasih yang bakal menemui penonton di pawagam tahun depan. Sebaliknya, pihak sekolah hanya 'meminjam' nama Nur Kasih sebagai tema malam persembahan. Begitulah kuatnya aura Nur Kasih.

Sekalipun tiada pelakon berkenaan, konsert sepanjang hampir dua jam itu menyaksikan tetap terisi dengan persembahan yang boleh dicontohi.

Menggabungkan guru serta pelajar termasuk artis tempatan seperti Heliza, Hafiz Hamidun, Saff-Wan dan Mirwana, ia sememangnya layak diberi pujian.

Pengisian konsert yang berkonsepkan kemanusiaan dan Islamik itu sendiri cukup menyentuh perasaan dan memberikan kesedaran.

Segmen paling menarik ialah mendengar juara program Adik-adikku, Wajih Zakwan berpidato dengan menjadikan amalan Rasulullah s.a.w sebagai contoh berguna untuk dikongsikan bersama penonton.

Dia bukan saja petah dan mempunyai intonasi yang bagus, tetapi juga gaya yang mampu membuatkan setiap mata tertumpu kepadanya. Sekali-sekala disulam dengan jenaka bersahaja dan tentunya paling mengagumkan pada usia 12 tahun, Wajih sudah mampu menghafal surah al-Quran selain terjemahan hadis.
Gabungan guru dan pelajar pula tidak kurang hebatnya apabila memaparkan lakonan cemerlang menerusi topik anak derhaka. Siapa sangka, sebilangan besar penonton tersentuh lalu mengalirkan air mata meskipun mereka itu bukan pelakon profesional.

Heliza sebagai salah seorang artis yang membuat persembahan turut memuji usaha yang dilakukan pihak sekolah berkenaan serta penduduk setempat untuk mengumpul dana membangunkan Surau Al-Muqarrobin.

"Tidak banyak pihak yang sudi melakukan usaha seperti ini apatah lagi bila ia membabitkan penubuhan surau atau masjid, justeru usaha yang dilakukan pihak Sekolah Seri Suria dan penduduk setempat harus diberikan pujian.

"Saya berbangga dan terharu kerana diberi diundang sebagai salah seorang artis yang membuat persembahan. "Dunia pendidikan atau golongan pelajar begitu dekat di hati saya kerana sebelum ini bercita-cita nak jadi cikgu, tetapi terarah pula kepada bidang seni.

"Jadi apabila menerima jemputan daripada Sekolah Seri Suria untuk menjayakan persembahan Konsert Amal Nur Kasih ini memang saya tidak mampu menolak. "Seronok melihat konsert itu mendapat sambutan di kalangan pelajar, guru-guru termasuk ibu bapa. Walaupun konsert sudah berakhir penonton masih tidak berganjak," katanya.

Pada malam itu Heliza membawakan lagu barunya, Warna Sendu Tarian Jiwa ciptaan Aidit Aldian, Standing In The Eyes yang dipopularkan Ella dan Wassini (Waheeda).

Pendek kata, bukan sekadar hiburan semata-mata di sebalik penganjuran konsert itu membawa matlamat yang sungguh murni bagi mengumpul dana khusus untuk pembinaan dan menaik taraf surau terbabit.

Melalui klip yang ditayangkan, selain golongan VIP, pelakon Rosyam Nor antara yang bermurah hati memberikan sumbangan.

Bagaimanapun, Surau Al-Muqarrobin masih memerlukan dana untuk memastikan ia dapat digunakan dengan selesa oleh penduduk Taman Perkasa.

Konsert yang menyaksikan kehadiran lebih 1,000 tetamu itu cuma mengenakan tiket berharga RM10 untuk dewasa manakala RM7 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah)

Roslan Shah dapat cincin RM12,000

DIHADIRI lebih 40 rakan artis, kenalan rapat dan VIP sambil menerima tajaan keseluruhan bernilai RM150,000, ia sudah cukup menggembirakan Roslan Shah.

Bukan cakap kosong namun inilah fakta bagi menggambarkan kemeriahan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-40 yang berlangsung di Restoran Cerana, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Bertemakan konsep Glamor Bling Bling, majlis yang sepatutnya diadakan pada 17 November lalu terpaksa diadakan pada 23 November bagi memberi laluan kepada sambutan Aidiladha. Kelihatan pada malam itu, rakan-rakan artis serta kenalan melaram sakan dengan pakaian cantik bagi memenuhi tema ditetapkan.

Hanya kesyukuran diluahkan pelakon filem Chu Kang itu apabila majlisnya begitu meriah dan meninggalkan impak begitu bermakna dalam hidup. "Sebenarnya saya tak bercadang pun nak buat majlis besar-besaran tapi atas permintaan penaja saya akur dan buat majlis ini seperti mana yang kita saksikan. Penaja yang terbabit ialah Restoran Cherana yang diwakili Kamal Datuk Lope dan isteri, Raja Zalina Raja Uda, Reefa Gold (Ramli Lazim), Ripple Teh Mate (YC Heng), Fren To Talk (Boy Iman), Aura Seri (Profesor Datuk Ibrahim dan isteri, Datin Ira Abdul Ghani) serta Jaza Global (Johari Buyung).


"Jumlah tajaan untuk tetamu yang datang RM80,000 di mana selain memberi buah tangan kepada tetamu, Ripple Teh Mate juga menaja tiket penginapan hotel termasuk makan minum selama 5 hari 4 malam di Shanghai, China.


"Manakala tiket ke sana untuk 3 pasangan iaitu 6 orang ditaja Jaza Global. Datin Ira pula bermurah hati menaja 10 hamper bernilai RM2,000 buat tetamu saya," katanya.


Pada malam itu Roslan turut menggayakan kerongsang, gelang dan 2 bentuk cincin tajaan Reefa Gold bernilai RM70,000. Disebabkan itulah Reefa Gold sanggup mengupah dua pengawal peribadi untuk mengawasi pergerakan Roslan dari kejadian yang tidak diingini.


"Bukan saya saja nak tebal muka meminta semua ini tapi apabila orang nak beri, takkan kita nak menolak pula. Tambah terharu apabila Ramli menghadiahkan cincin permata berlian Ruby bernilai RM12,000 pada malam ini. "Memang satu rezeki dan kejutan buat saya. Sebagai penghargaan saya akan memakai cincin ini di setiap persembahan sebagai mempromosi jenama Reefa Gold.

"Pertemuan saya dengan YC Heng pula terjadi secara kebetulan ketika saya mengadakan satu persembahan. Mereka nampak kelebihan saya sebagai artis dan tertarik untuk menjalin kerjasama. Mereka lihat saya mudah mesra dengan sesiapa saja. Malah mereka bercadang nak buat sesi 'road tour' pula bagi produk Ripple Teh Mate bermula tahun depan.


"Insya-Allah saya takkan lupa jasa rakan-rakan artis lain terutamanya yang hadir pada malam ini dengan mengundang mereka untuk terbabit dalam persembahan. "Saya sebenarnya suka berkongsi rezeki dan tak mahu tamak seorang. Saya juga tak suka amalkan sikap busuk hati dan dengki-mendengki sesama rakan artis," katanya.


Malah Roslan juga berterima kasih atas kesudian anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari hadir memeriahkan majlis itu. Sebelum ini syarikat Nouvelles Visages milik Datuk Sosilawati sering menaja majlis sambutan ulang tahun Roslan.


Majlis malam itu dihoskan oleh Zizan Raja Lawak bersama Didie Alias yang menceriakan suasana dengan keletah bersahaja mereka. Artis-artis yang hadir pula antaranya Dior, Nassier Wahab, Rohana Jalil, Datuk Salwa Abdul Rahman, Farawahida, Farahdhiya, Ifa Raziah, Razali Hussain, Fazli Zainal, Julfekar, Julie Dahlan, Jaafar Onn, Alyah, Shikin, Azza Elite, Erry Putra, Mas Omar, pengarah Mat London dan isteri serta ramai lagi.


Selain persembahan artis antaranya Farawahida, Farahdhiya, Razali Hussain, Fazli Zainal dan Alyah, turut diadakan cabutan bertuah dan anugerah pakaian Glamor Bling Bling yang dimenangi Ifa Raziah dan Julie Dahlan serta dua peminat yang diundang menerusi laman facebook Roslan. Hadiah yang dimenangi bukan calang-calang kerana berbentuk barangan kemas dari Reefa Gold.


Dalam perkembangan lain, Roslan juga akan berlakon drama 13 episod berjudul Serumpun arahan Mat London yang akan ditayangkan menerusi RTM. Wataknya kali ini berbeza apabila menjadi pengawal keselamatan. Dia menyifatkan watak ini lebih 'macho'.


"Ini kali pertama saya berlakon drama yang agak serius. Gaya bercakap dan berjalan saya memang kena 'jantan' habis! Bagaimanapun watak saya tetap diberi suntikan elemen komedi bagi menceriakan drama itu," katanya yang turut menerima kejutan apabila mendapat hadiah komputer riba dari Datin Ira Ghani

Shahir kaya kontroversi

USIA bergelar anak seni tidak sampai setahun, tetapi juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Ahmad Shahir Zawani, 22, atau Shahir sudah berdepan pelbagai ujian.

Bermula dengan musibah ditimpa kemalangan jalan raya seterusnya kisah SMS kepada pelakon cantik, Rozita Che Wan.


Lebih mengaibkan lagi gosip dia ‘ditaja’ hanya kerana menggunakan kereta BMW yang dipinjamkan daripada keluarga angkat selepas kereta Nissan Fairlady 350z mengalami kerosakan dan diperbaiki di bengkel.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalams Perpisahan ini semua yang menimpa dirinya dianggap sebagai takdir dan ketentuan daripada Yang Maha Esa. Sebagai manusia, dia perlu tabah dan menerima semua ujian yang dilalui dengan hati terbuka.


“Saya tidak kisah apa pandangan masyarakat. Memang sukar untuk menutup mulut orang luar. “Saya tidak bimbang atau menyalahkan sesiapa dalam soal ini. Saya bersyukur dengan pencapaian setakat ini. “Saya anggap diri ini masih baru dalam dunia seni dan banyak perkara yang perlu dipelajari.


“Mungkin orang salah faham selepas melihat saya menukar kenderaan. Akibat kemalangan itu, kereta saya terpaksa dibaiki di bengkel. “Menyedari kereta adalah keperluan saya untuk bergerak ke sana ke mari, jadi keluarga angkat membenarkan saya meminjam kereta mereka. “Mujur saya mempunyai keluarga angkat yang cukup memahami dan menyokong karier seni saya. Mereka adalah keluarga yang diamanahkan ibu bapa untuk menjaga saya,” katanya.


Sharir tidak mahu lagi diulit dengan berita kontroversi. Tumpuannya kini hanya kepada mengukuhkan nama dalam dunia seni. Soal jodoh pertemuan terpulang kepada takdir yang menentukan. Tidak seperti bintang AF sebelum ini, Shahir dikatakan memanjat puncak populariti agak perlahan. Malah, selepas enam bulan keluar dari AF8, Shahir belum mempunyai album solo pertama. Mengakui perkara itu, Ikon Belia Perak 2010 itu memaklumkan selepas keluar AF8 dia sibuk membuat persembahan termasuk Konsert Reunion AF disusuli terbabit dalam lakonan di bawah arahan Yusry Abdul Halim dalam filem Karak. Begitupun, menghormati permintaan KRU Studio supaya dia tidak menceritakan mengenai pengalaman dan watak pertamanya menerusi filem itu, Shahir berharap rakan media dan peminat menantikan sidang media yang bakal diadakan KRU nanti.


“Saya akui baru ke arah menumpukan usaha menghasilkan album. Ketika ini saya masih dalam proses memilih lagu yang sesuai. “Bukan tiada lagu untuk dirakamkan. Lagu sudah ada, cuma saya mahu memastikan lagu berkenaan benar-benar kuat untuk dirakamkan seterusnya dimuatkan dalam album solo pertama nanti.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal lambat atau cepat sebaliknya mengutamakan lagu yang benar-benar sesuai. “Kalau ikutkan jiwa saya memang kepada irama balada. Namun saya mungkin cuba pelbagai irama mungkin lagu berentak rancak, rock atau lagu irama Timur Tengah.


“Jika ada rezeki, saya dimaklumkan akan berduet dengan artis dari negara jiran untuk satu lagu khas. Begitupun, semuanya masih dalam perbincangan dan terlalu awal untuk diperkatakan,” katanya.


Shahir ditemui selepas rakaman Dari Studio - Shahir dan Jamal Abdillah di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.


Kata Shahir, dia sangat mengagumi Jamal sejak kanak-kanak lagi dan berasa bagai impian jadi kenyataan apabila diberi peluang oleh Astro untuk bergandingan dengan raja pop tanah air itu. “Saya pernah menyuarakan hasrat untuk berduet dengan penyanyi senior idola saya seperti M Nasir, Ramli Sarip dan juga Jamal. “Sebelum ini, saya pernah berhajat menyaksikan konsert Jamal secara langsung. Bukan saya saja meminati Jamal, malah keluarga juga antara peminat setia dan membesar dengan lagu-lagu Jamal.


“Antara lagu Jamal yang saya minati ialah Penghujung Rindu dan Derita Cinta. Saya juga menyanyikan lagu Derita Cinta pada minggu ketiga konsert AF8. “Kalau ada peluang, saya tidak akan menolak untuk berkerjasama merakamkan lagu bersama Jamal pada masa depan,” katanya.


Bagaimanapun dalam rakaman itu, Jamal tidak dapat hadir dan rakaman membabitkan dirinya diadakan pada hari lain

Natrah terus hidup di Istana Budaya

Semasa pelakon dan pengarah teater Natrah sedang sibuk menjalani latihan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, penulis buku Natrah, Datin Seri Fatini Yaacob membuat kacau dengan membangkitkan isu sensitif apabila mengkritik hasil kerja pengarahnya, Erma Fatima.

Bermula semalam pementasan teater tersebut bermula dan Natrah kembali hidup dalam perspektif Erma yang digarap melalui watak-watak utama dalam teater yang sudah masuk musim kedua itu.

Semasa melangkah ke lobi depan pintu masuk Panggung Sari, tempat pementasan dijalankan mata terlihat sekumpulan anak muda menjual buku Natrah tulisan Fatini.

Memang terkejut apabila melihat ada pihak yang mengambil kesempatan menjual buku Fatini walaupun sebelum itu bagai petir Fatini memanah Erma kerana kecewa dengan hasil teater yang dirasakan tidak sama dengan pemahamannya terhadap kisah Natrah itu sendiri.

Rupa-rupanya persetujuan penjualan buku itu telah dipersetujui awal oleh pihak Istana Budaya dengan penerbitnya. Persetujuan untuk membenarkan penerbit membuka kaunter jualan buku dipersetujui sebelum isu perdebatan Fatini-Erma muncul.

Tak perasan pulak sama ada penonton teater itu tergerak hati memiliki naskhah buku Natrah selepas menontonnya.

Apa kelainan musim kedua?

Bagi yang pernah menonton pementasan berjaya musim pertama, pasti menanti apakah kelainan atau pembaharuan yang Erma lakukan. Cerita masih sama tapi ada watak lain yang dibawa ke pentas dengan penonjolan yang lebih.

Kali ini nampaknya Erma membanyakkan monolog membabitkan watak Natrah lakonan Sofia Jane dan Maya Karin serta penampilan istimewa Sharifah Sofia (Natrah usia 40-an) dan Lufya (Natrah berusia 20-an). Adeline Hertogh (Susan Langkester) dan Che Aminah (Datin Paduka Umie Aida) serta watak peminpin Melayu lakonan Fizz Fairuz juga ada bab monolog.

Terlalu banyak monolog kadang-kadang boleh menerbitkan sedikit rasa bosan. Saya sendiri hampir kebosanan, tapi dek kerana ceritanya yang meruntun hati, tahap klebosanan tidaklah terlalu tinggi. Namun keceriaan menonton kembali segar apabila ia diselangi muzikal. Lagu-lagu dalam teater Natrah memang menarik. Paling menarik apabila aksi cinta Hindustan yang Erma tampilkan.

Ternyata adegan cinta menggambarkan kemeriahan pernikahan Natrah dan Mansor Adabi (Remy Ishak) turut menarik perhatian penonton pada malam itu. Mereka terhibur melihat Remy dan Maya menari ala-ala Bollywood. Itulah satu-satunya bab yang membuatkan penonton serentak menepuk tangan. Tandanya mereka terhibur.

Agaknya mereka tak sangka Remy Ishak yang melakonkan watak lelaki bersopan santun dalam filem itu boleh menari ala-ala Hindustan. Tak salah kalau mahu dikatakan babak itu antara tarikan utama kali ini. Sebabnya banyak sangat adegan yang membuatkan jiwa penonton sedih kerana kisah hidup Natrah atau Maria Hertogh itu sendiri sebuah kisah tragis dan air mata.



Apakah pegangan Natrah-Maria?

Erma mahu penonton sendiri membuat keputusan apakah agama pegangan Natrah saat dia meninggal dunia. Natrah yang bukan seorang yang waras akibat tekanan jiwa dengan kehidupannya mungkin masih seorang Muslim. Itulah yang cuba diserapkan menerusi watak Natrah diusia 70-an lakonan Datin Sofia Jane.

Mungkin juga dia kembali ke agama asal keluarganya, Roman Katholik setelah dibawa ke Belanda. Tapi di akhir cerita Natrah melalui satu loong di tengah-tengah gereja dan masjid semasa melangkah masuk. Dia meninggalkan persoalan itu untuk dijawab oleh penonton.

Adakah dia masih berjiwa Natrah yang sayangkan Islam ataupun kembali sebagai Maria? Hanya Natrah dan Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam jiwanya dan kepada siapa dia beriman.

Tiket masih ada

Sambutan Natrah musim kedua sangat menggalakkan. Namun masih ada tiket untuk peminat yang belum membuat tempahan. Jadi jangan lupa mendapatkan tiket anda dengan datang terus ke Istana Budaya bila anda ada masa lapang. Rugi tidak menonton sebuah kisah yang merangkumkan eleman cinta, perjuangan dan air mata.


Kita tak sempat melihat bagaimana penderitaan yang dilalui olah Natrah serta bagaimana pejuang dulu sepakat menegakkan pegangan agama seorang anak wanita Belanda yang mahu dikembalikan kepada ibu bapa kandung dengan didikan mengikut anutan mereka. Kisah Natrah yang pernah menimbulkan kekacauan dan pertumpahan darah di Singapura kembali hidup di Istana Budaya

Eira Syazira-Azad Jasmin Enggan Heboh Hubungan Cinta


Pasangan artis Eira Syazira dan Azad Jasmin pernah mengaku tentang hubungan cinta mereka baru-baru ini.

Namun, cukuplah sekali pengakuan tersebut dilakukan. Bagi mereka, selebihnya tidak perlulah terlalu dihebahkan kepada umum.

“Setakat ini, kami tidak menafikan tentang hubungan kami tapi rasanya tidak perlulah diceritakan lebih lanjut tentang sejauh mana.

“Ini kerana kami mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada hubungan cinta kawan-kawan artis lain. Biarlah kami simpan cerita peribadi ini sendiri. Apabila tiba masanya, kami akan terangkan kepada semua,” kata Eira Syazira atau mesra disapa Eira kepada mStar Online.

Apa yang lebih bagi pasangan ini, menghebahkan tentang kerjaya lebih penting berbanding cinta yang belum menemui noktahnya.

Lebih-lebih lagi, masing-masing merasakan masih baru menempa nama dalam industri hiburan.

Biarpun mereka cuba mengunci mulut tentang cinta, tetapi pasangan ini terpaksa merungkai tentang kisah cinta mereka dalam drama terbaru berjudul Anak Mami Mek Ani.

Drama 13 episod itu disiarkan di Astro Warna (saluran 132) pada setiap Selasa, 9 malam mulai 30 November 2010.

Anak Mami Mek Ani mengisahkan tentang tragedi cinta seorang pemuda iaitu Rauf, keturunan Anak Mami dengan Ani iaitu seorang anak jati Kelantan.

Rauf perlu memenuhi permintaan ibunya, Mami Zee untuk berkahwin dengan Anak Mami sejati jika dia berhasrat untuk mewarisi harta peninggalan arwah ayahnya.

Malangnya dia mempunyai alahan terhadap wanita cantik dan kemunculan Ani telah meleraikan masalah alahannya namun masalah lain timbul kerana Ani bukan Anak Mami sejati.

“Drama Anak Mami Mek Ani ini bukan merupakan drama pertama kami menjadi pasangan kekasih kerana sebelum itu kami pernah berlakon dalam drama Tanya Sama Hati.

“Keserasian untuk melakonkan watak ini sudah ada cuma saya kurang melakonkan genre komedi. Jadi, Azad banyak bantu saya memandangkan dia memang pak lawak. Kami banyak berbincang dan berkongsi idea antara satu sama lain untuk menghidupkan komedi dalam cerita ini,” cerita Eira.

Tambahnya: “Menariknya, dalam cerita ini saya perlu bercakap dalam loghat Kelantan manakala Azad dalam loghat Utara. Jadi pertuturan kami itu sedikit sebanyak menimbulkan suasana komedi.”

Selain berlakon sama-sama, pasangan ini turut bekerja di bawah satu produksi muzik, Family Group Music (FMG). Syarikat tersebut pernah menerbitkan lagu Adam Hamid, Zaiton Sameon dan Dayangku Intan.

Eira bakal muncul dengan album solo pada Januari depan dengan memuatkan lagu-lagu seperti Dihati Ini, Sememangnya, Sisi Duka dan Nour El Ain.

google: eira syazira dan azad jasmin, eira syazira dan azad jasmin bercinta, eira syazira dan azad jasmin terkini, eira syazira dan azad jasmin terbaru, gambar eira syazira dan azad jasmin, foto eira syazira dan azad jasmin, photo eira syazira dan azad jasmin, eira syazira dan azad jasmin seksi, eira syazira dan azad jasmin hot, eira syazira dan azad jasmin panas, eira syazira dan azad jasmin bertunang, eira syazira dan azad jasmin kahwin, gosip cinta eira syazira dan azad jasmin, skandal eira syazira dan azad jasmin, kontroversi

Friday, November 26, 2010

Fiq - Rokok mantapkan Vokal saya

Pengakuan penyanyi Fiq tentang tabiat merokoknya mungkin kedengaran pelik tetapi anak jati Sabah itu percaya tabiat tersebut banyak membantu dalam memantapkan lagi vokalnya.

Ujar juara program realiti Mentor musim pertama itu dalam satu pertemuan bersama mStar Online baru-baru ini, sejak mula merokok setahun yang lalu dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya.

"Saya baru saja merokok. Sebelum bergelar penyanyi saya tidak merokok dan tabiat ini bermula apabila saya selalu berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu dan pertunjukkan.

"Bagaimanapun tabiat ini berlaku bukan kerana saya mengalami kejutan budaya atau terikut-ikut orang lain. Ia kehendak diri sendiri.

"Sejak mula merokok setahun yang lalu, saya mula mendapati tabiat ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif pada suara saya," katanya.

Sambil tidak menyangkal tabiat itu tidak baik untuk kesihatan, Fiq bagaimanapun menganggap tabiat tersebut banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai penyanyi rock.

"Saya tahu tabiat merokok membahayakan kesihatan tetapi sejak mula merokok saya dapati ia banyak membantu dalam memantapkan vokal. Vokal saya bertambah kasar, besar dan serak berbanding sebelum merokok dulu.

"Bagi saya, perubahan ini adalah sesuatu yang baik dan bersesuaian dengan genre muzik yang diperjuangkan iaitu rock. Jika sebelum ini, saya mudah hilang suara dan sakit tekak selepas menyanyi tetapi yang peliknya sejak mula merokok keadaan itu jarang berlaku pula," katanya yang popular menerusi lagu Tiga Malam Tanpa Bintang.

google: fiq, fiq facebook, fiq twitter, fiq blog, fiq myspace, fiq 2010, fiq wiki, fiq bio, fiq biodata, fiq profile, fiq 2010, fiq album baru, lagu baru fiq, single terbaru fiq, lagu download fiq, lirik fiq, lyrics fiq, fiq terkini, fiq terbaru, kontroversi fiq, skandal fiq

BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?

WATAK-watak dalam siri animasi memainkan peranan yang cukup penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah karya. Apa sahaja bentuk animasi yang dihasilkan dari dalam mahupun luar negara, ia cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak.

Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.

Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemah daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya Upin & Ipin sehingga mencipta fenomena tersendiri tidak lama dahulu.

Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.

Menariknya, selain ditayangkan di TV3, BoBoiBoy bakal melangkah jauh menjentik emosi rakyat di 16 buah negara.

Ini kerana kini Animonsta Studios dalam proses akhir menandatangani persetujuan bersama sebuah TV stesen berbayar Asia Pasifik dan antarabangsa yang bakal bersiaran sekitar Jun 2011.

Animasi yang dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris itu membawa dua pelantun suara, Nurfathiah Diaz, 11, dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.

Seperti yang diketahui ramai, suara comel adik NurFathiah atau Fatiah sebelum ini memikat hati rakyat Malaysia apabila menjadi penyumbang suara untuk animasi Upin & Ipin.

“Saya seronok dapat peluang jadi penyumbang suara dalam BoBoiBoy pula.

“Berbanding Upin & Upin, rasanya BoBoiBoy lebih mencabar sebab perlu lakonkan suara untuk tiga karakter yang berbeza.

“Saya terima peluang ini kerana keseronokan yang pernah saya lalui semasa dengan Upin & Ipin,” kata Fathiah berkongsi pengalaman.

BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.

BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.

Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.

Bagi penyumbang suara versi Inggeris pula iaitu Wai Kay, ini suatu pengalaman yang berbeza buatnya sementelah sebelum ini dia lebih condong beraksi untuk komersial.

Memulakan sesi rakaman suara sekitar Ogos lalu, akui Wai Kay, ia memberi cabaran yang berbeza kepadanya.

“Mula-mula rakaman sahaja sudah ambil masa separuh hari dan saya perlu berdiri sehingga tiga jam. Memang penat tetapi saya rasa seronok,” katanya.

Dalam memberi mood, jelas Wai Kay, dia mengikuti latihan agar lakonannya lebih berkesan bersesuaian dengan situasi dan intonasi suara.

Versi bahasa Inggeris BoBoiBoy telah dirakamkan sekitar Ogos lalu manakala versi Melayu pula bakal dirakamkan dalam waktu yang terdekat.

Selain BoBoiBoy, satu lagi watak yang dijangka bakal menarik perhatian ramai ialah Yaya yang dilakonkan oleh Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Alisya) untuk versi Melayu dan Fairuz Arfa Ariff Syah (Fairuz) untuk versi Inggeris.

Keterujaan mereka melakonkan watak tersebut cukup terserlah apabila masing-masing turut menyumbang idea berhubung gaya bahasa yang sering diungkapkan oleh kanak-kanak.

Bagi si cilik yang gemar menari, Nur Sarah Alisya atau Alisya, peluang melakonkan animasi tersebut tidak dipersiakan begitu sahaja.

“Watak Yaya kelakar sebab dia suka masak biskut dan berikan kepada kawan-kawan. Tetapi bila kawan-kawan dia kata tak sedap dia akan marah,” kata pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Selangor ini lagi.

Tambah Alisya, ketika ini perasaannya berdebar sementelah menunggu masa untuknya beraksi sebagai Yaya.

Tidak suka kepada keganasan dan sikap suka membantu membuatkan Fairuz Arfa, 9, tertarik untuk melakonkan watak Yaya untuk versi Inggeris.

Biarpun ini merupakan kali pertama dia menyumbang suara sebagai pelakon animasi namun segalanya memberikan keseronokan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

“Masa rakamkan suara memang susah sebab ini pertama kali tetapi saya suka sebab kena buat suara yang comel.

“Yaya seorang sangat comel dan tidak suka keganasan. Dia juga suka membantu terutama ketika kawan dia dalam kesusahan,” katanya mengenai karakter yang dilakonkannya.

Yaya merupakan watak sampingan yang tidak kurang hebatnya. Sebagai budak perempuan bertudung yang mempunyai kuasa terbang, karakter berkenaan pasti menjadi tarikan kepada peminatnya kelak.

Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah superhero pertama kanak-kanak Malaysia itu ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba

google: Upin dan Ipin, Upin & Ipin Episod baru, BoBoiBoy, BoBoiBoy saingan upin dan ipin, BoBoiBoy episod baru

Johan Tetap Teruskan Saman Terhadap Javed

Pelakon dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 26, menegaskan bahawa dia tidak akan menarik balik kes saman terhadap pengarah Mohd Javed Mohd Nizar.

Beritahu Johan, dia meneruskan saman tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran buat orang lain walaupun dia telah memaafkan pengarah tersebut.

"Sebenarnya saya telah pun maafkan dia. Tetapi saman tetap saman. Buat masa ini saya tak terfikir pun untuk selesaikan kes di luar mahkamah.

"Ini sebagai pengajaran buat pengarah lain agar tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya terhadap pelakon lain.

"Walaupun sekadar pelakon tambahan, dia tidak boleh perlakukan sebegitu terhadap saya," katanya selepas tayangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Selasa.

Pada Jun lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran.

Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya.

"Sekarang saya serahkan kes ini kepada peguam saya untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Apapun saya gembira kerana penerbit-penerbit drama dan filem masih mempercayai saya dalam bidang lakonan dan Alhamdulillah, periuk nasi saya tidak terjejas.

"Ini juga peluang untuk membersihkan nama saya. Lebih menggembirakan saya, Mamat Khalid turut mempercayai saya untuk mengambil berlakon dalam HKLBR walaupun macam-macam khabar angin yang buruk tentang saya yang dia dengar," katanya.

google: johan raja lawak, johan raja lawak facebook, johan raja lawak twitter, johan raja lawak blog, johan raja lawak myspace, johan raja lawak 2010, johan raja lawak wiki, johan raja lawak biodata, johan raja lawak profile, johan raja lawak bio, johan raja lawak dan isteri, foto johan raja lawak, anak johan raja lawak, johan raja lawak dan isteri, gambar johan raja lawak dan isteri, gambar johan raja lawak dan anak, johan raja lawak skandal, johan raja lawak kontroversi

Astro tidak pilih kasih

MEMANG tiada siapa yang mampu menidakkan kehebatan dan kejayaan yang dikecapi oleh Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil sebaik dia dinobatkan sebagai juara Raja Lawak (RL) musim kedua.

Bermula detik itu, dia menjadi rebutan pelbagai pihak yang mahu menggunakan khidmatnya dalam apa jua cabang seni seperti lakonan, pengacaraan, nyanyian serta dipilih menjadi duta.

Sehinggakan, populariti Nabil itu sendiri telah menenggelamkan juara RJ pertama, Yusry Edoo atau Yus yang kini bayangnya jarang dilihat.

Bukan itu sahaja, kuasa Nabil juga tidak mampu ditandingi oleh dua juara RL selepas itu yakni kumpulan Sepah dan kumpulan Kecik.

Apakah 'kegagalan' tiga juara itu kerana mereka tidak diberi peluang seperti mana yang diperoleh oleh Nabil?

Atau mungkinkah tiga juara itu sendiri tidak mempunyai aura seperti Nabil dalam menyakinkan pihak-pihak tertentu untuk terus memberikan mereka ruang meluaskan lagi bakat mereka?

Bagi menjawab soalan itu, Nizam mempunyai jawapannya sendiri.

Kata Nizam, sebagai penyiar, pihaknya sudah pun menyediakan platform terbaik untuk setiap peserta yang menyertai RL.

Tetapi, ia terpulang kepada mereka untuk mencari peluang selepas RL berakhir untuk menonjolkan bakat mereka kepada khalayak.

"Memang populariti Nabil cukup hebat dan kerana itu, kita dapat melihat kelibatnya dalam mana-mana medium yang berjaya mempopularkan lagi namanya.

"Bagi juara mahupun peserta yang lain, memang tidak pernah timbul kami cuba untuk menjadi pilih kasih atau meminggirkan mereka.

"Sebaliknya, kami sendiri bertindak sebagai penasihat dan memberi panduan serta tunjuk ajar kepada mereka dalam memilih cabang terbaik untuk meneruskan karier seni mereka," ujarnya lagi.

Nizam berkata demikian ketika ditemui pada sesi uji bakat terakhir RL musim kelima yang berlangsung di The Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambahnya, pihaknya percaya dengan setiap bakat yang ada dalam semua peserta yang pernah menyertai RL dan tidak pernah timbul isu ketidakadilan terhadap mereka.

Dalam konteks ini, Nizam memberikan contoh terbaik terhadap Zizan dan Johan yang begitu serius membina nama mereka sebagai seorang anak seni.

Biarpun tidak bergelar juara, dua finalis RL musim pertama itu bijak mencari peluang serta rajin bertanya kepada Astro bagaimana cara untuk menonjolkan lagi bakat mereka.

"Zizan bermula dari bawah dan perlahan-lahan, dia membina namanya sehingga menjadi seperti hari ini. Begitu juga dengan Johan yang bukan sekadar menjadi pengacara tetapi kini juga bergelar seorang pelakon.

"Dalam kes Yus pula, mungkin dia tidak sepopular Nabil, Johan mahupun Zizan, tetapi rezekinya banyak kepada bidang lakonan dan wajahnya dapat ditonton menerusi drama-drama terbitan Astro.

"Sama juga seperti kumpulan Charm yang dianggotai oleh Azrul dan Along, masing-masing meneruskan karier dalam bidang yang mereka minat.

"Sebetulnya, kebanyakan alumni RL masih mendapat tempat dan tawaran dalam bidang seni ini," katanya yang cukup bangga dengan pencapaian alumni RL dalam bidang masing-masing.

Nizam turut memberitahu, kumpulan Sepah juga sibuk dengan penggambaran telemovie serta musim terbaru, Bujang Sepah.

Sementara kumpulan Kecik pula akan muncul dengan sebuah program baru di saluran Astro Warna sementara salah seorang finalis RL musim keempat, Idlan pula sibuk membintangi sitkom

google: nabil raja lawak, nabil raja lawak facebook, nabil twitter, nabil dan irma putus, nabil ada kekasih baru

Ulangtahun Ke-3 Suria FM Penuh Santai

Berkonsepkan ala santai dan mesra pendengar, majlis ulangtahun ke-3 radio Suria FM yang telah berlangsung di Studio V, One Utama pada Rabu bukan saja telah mendapat sambutan yang cukup hebat daripada pendengar tetapi juga telah dibanjiri lebih 1,000 peminat setia stesen radio tersebut.

Majlis yang diadakan dari jam 5 petang hingga 10 malam ini juga turut dihadiri ramai artis dan selebriti tempatan. Antaranya ialah Elly Mazlein, Faradhiya, Ifa Raziah, Shila Hamzah, Fida, Yana, Shajiry, Rina, Iqwal, Shazrul, Sabhi Saddi, Daus, Shila Abdul dam Farah Asyikin.

Sebelum persembahan artis bermula pada jam 7 malam, acara pada petang itu terlebih dulu dimeriahkan dengan dengan aktiviti permainan yang disertai artis, penyampai radio serta pendengar. Sesi memotong kek turut diadakan bagi merasmikan pencapaian Suria FM yang kini sudah pun berusia 3 tahun sejak ia mula beroperasi secara rasmi pada 2006.


Lebih menarik, Linda Onn yang mengendalikan segmen Suria Drive telah mengadakan siaran langsung secara terus dari luar Studio V dengan mengundang artis dan peminat untuk menyampaikan ucapan selamat ulangtahun buat Suria FM. Siaran langsung ini diteruskan lagi oleh Tuah Zuqornain menerusi segmen malam.

Apa yang pasti, bermula Januari 2011, Suria FM bakal mengadakan pertandingan Battle Of The Band yang dibuka peluang penyertaannya untuk bakat-bakat baru yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di semenanjung Malaysia. Malah, pada Februari depan, Suria FM bakal melancarkan konti rasmi di One Borneo, Sabah yang bakal menampilkan penyampai dari Sabah iaitu Lotter dan Othoe.

Sesi jelajah Suria FM ke seluruh negara juga akan diteruskan lagi seperti biasa yang mana berkemungkinan besar siri penjelajahannya akan bermula pada Mac depan.

Mengimbas semula pencapaian Suria FM pada kaji selidik radio yang lepas, Suria FM kini semakin meluaskan penguasaan mereka di kalangan pender radio Melayu. Malah, apa yang membanggakan dalam kesemua segmen yang ditampilkan di Suria FM, Suria Drive merupakan program nombor satu yang mencatatkan jumlah pendengar yang ramai, diikuti Suria Cinta kendalian DJ Lin, manakala segmen pagi Suria FM yang dihebohkan Halim Othman bersama Zizi pula berada di tangga ketiga



google: Suria FM, Suria FM radio terhangat, Suria FM sambut ulang tahun

Ezlynn - Penyanyi Indie Beri Saingan

Penyanyi Ezlynn mengakui aliran muzik kini lebih kepada lagu-lagu yang ringan berbanding trend muzik dahulu.

Kata Ezlynn, pendengar muzik kini mahukan muzik berentak santai dan boleh dinyanyikan oleh mereka.

“Pendengar suka lagu yang mudah, ringan dan santai. Mereka lebih suka mendengar lagu yang mana mereka boleh menyanyikan bersama-sama.

“Kalau dulu kita lihat pendengar suka kepada lagu yang mempunyai makna yang tersirat dan bernada tinggi namun kini mereka sudah beralih kepada aliran lagu baru,” katanya.

Tambah penyanyi ini, perkembangan muzik tempatan kini memberi lebih saingan dalam ruang industri muzik tanah air.

“Hari ini ramai penyanyi baru muncul, malah mereka juga datang dengan pekej tersendiri iaitu sebagai komposer.

“Bagi saya itu adalah satu persaingan yang sihat. Ramai penyanyi-penyanyi indie keluar memperjuangkan muzik mereka,” ujarnya.

Menurut Ezlynn, Anugerah Juara Lagu (AJL) yang bakal berlangsung ini dijangka lebih sengit.

“Ketika saya dahulu lagu dipertandingkan berdasarkan kategori, tapi kini tidak lagi. Ia pasti lebih sengit kerana kesemua lagu akan bersaing sesama sendiri.

“Kebelakangan ini juga senario AJL sudah berubah kepada nama-nama baru yang masih muda. Tiada lagi nama-nama besar seperti dahulu,” katanya.

Disebabkan perubahan tersebut juga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hye Hye Bye Bye ini juga mengakui mengikuti rentak muzik mereka.

Ezlynn juga telah menggunakan khidmat penyanyi dan komposer Noh (Hujan) untuk mencipta sebuah lagu berjudul Tic Tac Toe.

“Saya masih dengan genre muzik saya iaitu pop dance, namun saya juga ada menyanyikan lagu ciptaan Noh Hujan berjudul Tic Tac Toe,” katanya.

google: ezlynn, ezlynn facebook, ezlynn blog, ezlynn twitter, ezlynn myspace, ezlynn 2010, ezlynn wiki, ezlynn bio, ezlynn biodata, ezlynn biography, ezlynn profile, terkini ezlynn, terbaru ezlynn, ezlynn seksi, ezlynn hot, ezlynn panas, buah dada ezlynn

Norman KRU: AIM 18 Ditangguhkan, Bukan Tak Jadi!

Desas-desus mengatakan bahawa penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 tidak akan diadakan nyata hanyalah satu dakwaan yang tidak berasas. Sebaliknya, penganjurannya hanyalah sekadar ditangguhkan dan ia tetap akan diadakan seperti tahun yang sebelumnya.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) ,Norman Abdul Halim berkata, AIM ke-18 hanya ditangguhkan bagi memberi peluang kepada ahli jawatankuasa baru untuk menampilkan beberapa perubahan bagi membangkitkan semula kegemilangan anugerah tersebut.

"AIM hanya ditangguhkan bukannya tak ada. Banyak pembaharuan yang ingin kami lakukan pada tahun depan bagi menimbulkan keterujaan peminat. Sebolehnya kami mahu mengembalikan kegemilangan industri muzik tempatan semula ," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Selesa mengunci mulut terlebih tentang perubahan yang bakal ditampilkan, kata Norman sebuah sidang media khas akan diadakan mengenai penganjuran AIM18 akan diadakan pada bulan depan.

"Kita akan adakan satu sidang media khas pada bulan Disember bagi menjelaskan segalanya tentang penganjuran AIM18. Buat masa sekarang semuanya masih dalam proses perbincangan,"jelasnya lagi.

Tambah Norman, pertukaran ahli jawatankuasa yang baru juga antara sebab mengapa penganjuran anugerah berprestij itu ditunda kerana kesemua mereka kini dalam proses mengkaji semula elemen terbaik yang ingin diserapkan dalam AIM kelak.

Menapis dakwaan ketiadaan penaja antara faktor yang menyebabkan ia ditunda, Norman berkata, pihak RIM sudah pun terima beberapa tawaran daripada beberapa pihak penaja besar.

"Jadi tak timbul isu tak ada penaja dan sebagainya," katanya.

Pesanan Norman kepada kepada karyawan muzik dan barisan artis yang sedia ada: "Jangan gusar dan risau kerana AIM ke-18 sememangnya akan direalisasikan bagi mengiktiraf karya-karya muzik terbaik masa kini".

Google: norman KRU, AIM 18 tertangguh, AIM 18 tak jadi, AIM 18 ditangguhkan

Bantahan Awal Bekas Suami Norish Karman Diputuskan 26 Januari

Permohonan bantahan awal yang difailkan oleh bekas suami kepada dramatis Singapura, Norish Karman akan diputuskan pada 26 Januari depan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Tarikh itu ditetapkan pada prosiding sebutan kes itu di hadapan Hakim Syarie Mohamad Adib Husain.

Terdahulu peguam syarie Muhammad Buruk yang mewakili ahli perniagaan, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima hujahan balas daripada Norish Karman.

Norish Karman atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman diwakili peguam syarie Amli Embong dalam permohonan tersebut.

Prosiding Khamis, hanya dihadiri oleh peguam syarie kedua-dua pihak.

Bantahan awal Hashimuddin, 61, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan itu melibatkan permohonan interlokutari Norish.

Permohonan itu berkaitan isu persekolahan anak dan permohonan supaya diberikan sebuah kereta lengkap dengan cukai jalan dan insurans bagi kegunaan anak serta tuntutan harta sepencarian.

Norish Karman, 35, yang terkenal dengan filem Sayang Salmah berkahwin dengan Hashimuddin pada 11 Januari 1998 dan disahkan bercerai pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 11, Muhammad Hady Amieran, 7, dan Nur Hanyz Amanda, 6 tahun

google: Norish Karman facebook, Norish Karman twitter, gambar terbaru Norish Karman, Norish Karman bercerai

Pekin Doakan Kebahagiaan Ayu Raudhah

Pelakon Pekin Ibrahim, menyatakan rasa gembiranya terhadap bekas kekasih, Ayu Raudhah yang bakal melangsungkan pernikahan dengan pemain bola sepak negara, Aquan Adha pada Januari ini.

Beritahu Pekin, dia mendoakan kebahagian Ayu dan berharap agar perkahwinan mereka nanti kekal sehiggan akhir hayat.

"Mungkin sudah sampai jodohnya untuk berkahwin, saya doakan yang terbaik buatnya.

"Walaupun kami putus, masing-masing masih lagi bertanya khabar seperti biasa," kata Pekin yang ditemui pada tayangan filem Hantu kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Isnin.

Tegas Pekin, kehilangannya seketika daripada industri seni bukan kerana dia melarikan diri selepas putus cinta dengan Ayu pada tahun lalu, sebaliknya Pekin sibuk dengan pelajarannya di Institut Seni Indonesia (ISI), Jogjakarta.

"Tidaklah, mana ada. Saya yang minta putus, buat apa saya nak lari. Sebenarnya saya sibuk dengan pengajian saya di Jogjakarta dan baru saja tamat pengajian pada bulan Ogos lalu.

"Banyak perkara yang saya belajar disana baik dari segi pembelajaran serta masyarakat.

"Saya ada mengambil sedikit pengalaman dengan menghasilkan beberapa filem pendek di sana," kata graduan Diploma Dalam Seni Persembahan itu.

"Tapi, tidak bermakna dengan penghasilan filem pendek di sana, saya akan mula mencuba nasib di Indonesia, tidak. Ia sekadar pengalaman. Saya lebih seronok hidup dan bekerja di negara sendiri," ujar lelaki berusia 29 tahun itu yang masih belum bertemu pengganti Ayu lagi.

Sementara itu, Pekin gembira kerana berjaya melakonkan watak Musalman dalam HKLBR walaupun babak yang memerlukannya sedikit sahaja.

"Sebenarnya saya tidak puas hati dengan lakonan saya itu. tapi bila pengarahnya, Mamat Khalid kata, lakonan itu berjaya, saya percayakannya.

"Ini kerana, Mamat memiliki sudut pandangan yang yang tersendiri dalam menghasilkan sesebuah filem tersebut," katanya lagi.

google: pekin, pekin facebook, pekin blog, pekin twitter, pekin myspace, pekin 2010, terbaru pekin, terkini pekin, gambar pekin, foto pekin, photo pekin, pekin bio, pekin biodata, pekin biography, pekin profile, pekin putus cinta

Aizat Rasa Janggal Tak Dapat Bersama AJL25

Artis Malaysia

Tidak terkejut mahu pun terkilan selepas gagal melangkah ke peringkat final Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) menerusi lagu Susun Silangkata, penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia, Aizat Hamdan sebaliknya, menerima keputusan tersebut dengan penuh redha serta hati yang tenang.
Begitupun, Aizat tidak menyangkal bahawa dia berasa sedikit janggal apabila tidak dapat bersama-sama rakannya di AJL25 nanti seperti yang pernah dilaluinya dua tahun berturut-turut.

"Saya tidak berasa kecewa kerana pada awalnya lagi saya lihat lagu-lagu yang bertanding ke peringkat separuh akhir semuanya hebat-hebat belaka.
"Cuma saya berasa agak janggal sedikitlah kerana sebelum ini selama dua tahun berturut-turut saya telah menyertai AJL bersama-sama dengan rakan-rakan lain tetapi tidak untuk kali ini.Namun saya menerimanya sebagai lumrah dan adat bagi sesebuah pertandingan.
"Kami bertanding pun sekadar untuk memeriahkan industri muzik hiburan tanah air dan tidak berniat untuk bersaing berlebihan sangat. Jadi saya akan tetap menyokong rakan-rakan saya yang telah berjaya ke peringkat akhir. Insya Allah, saya juga akan hadir ke malam kemuncak AJL25 nanti," jawabnya ketika ditemui selepas sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang semalam.

Aizat juga menafikan bahawa ketiadaannya sewaktu pengumuman lagu-lagu ke peringkat akhir pada Isnin lalu langsung itidak ada kena-mengena dengan dakwaan yang mengatakan bahawa dia sudah pun mengetahui keputusannya sejak awal lagi.
"Terus terang, saya memang tak dapat hadir pada malam itu. Kebetulan pada petang hari tersebut kaki saya terseliuh pula sewaktu sedang bermain bola sepak. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak hadir, tambahan pula malam itu saya perlu menghadiri kelas mengaji Al-Quran," jelas Aizat

Melihat antara nama-nama yang bakal bertanding ke peringkat akhir nanti, Aizat menjangkakan penyanyi dan komposer muda, Yuna mempunyai harapan yang sangat cerah untuk menjadi juara AJL25 kelak.

"Saya lihat Yuna seorang penyanyi yang success lebih-lebih lagi bagi tahun 2010. Tak mustahil dia akan menjadi juara keseluruhan bagi AJL25 nanti. Lagipun dia mempunyai bakat yang besar dan lagu Cinta Sempurna yang dipersembahkan itu sememangnya mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

" Kalau nak tanya Top 3 untuk AJL25 nanti, selain Yuna saya jangkakan lagu Selamat Malam dari Faizal Tahir dan lagu Pelita dari A.P.I akan turut tersenatai kerana lagu mereka sangat hebat dan layak untuk bergelar juara.

"Manakala Tomok pula saya rasa dia layak untuk menerima anugerah persembahan terbaik setelah melihat kelincahannya ketika dia menyampaikan lagu Berlari pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 25," tambahnya lagi yang kini masih lagi sibuk menjayakan rangka promosi albumnya, Urusan Aizat Hamdan

google: aizat facebook, aizat twitter, aizat gagal ke final AJL, aizat dah kurus, aizat seksi, gambar terbaru aizat, aizat artis malaysia

Siti Nurhaliza Tak Mahu Dilabel Penyanyi No.1 Lagi?

Artis Malaysia

Berhenti sebelum kenyang! Itulah pepatah yang digunakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed sewaktu tokoh negara yang dikagumi dunia ini mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada tugasnya mentadbirkan rakyat dan negara.

Nampaknya, konsep yang sama juga telah digunakan penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza Tarudin tatkala dia membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010).
Malah, dia mengakui apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir telah mencetuskan inspirasi yang sama baginya untuk berbuat demikian. Lebih-lebih lagi setelah mendapat nasihat yang serupa daripada beberapa golongan VIP.
Apapun, hasrat Siti untuk menarik diri daripada menjadi calon ABPBH bermula daripada ABPBH 2010 pada tahun ini hingga pada masa-masa akan datang akhirnya sudah pun tercapai. Keputusan muktamad penyanyi lagu Cindai ini telah disahkan olehnya sendiri dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang semalam.

Selain hanya mahu jadi penonton dalam acara anugerah yang berasaskan populariti itu Siti juga mahu memberi peluang kepada bakat baru dalam hiburan seni tanah air lain untuk merasai kejayaan manis seperti yang pernah dia lalui sebelum ini.

"Cukuplah dengan kejayaan yang saya capai di ABPBH selama ini dan saya bersyukur atas penghargaan yang diberikan itu.
"Kini tiba masanya saya hadir pada majlis itu sebagai penonton yang sentiasa memberi sokongan dari apa sudut sekalipun dalam memartabatkan industri hiburan tempatan.
" Bukan mahu menguji siapa pula yang akan menggantikan saya tetapi hanya mahu memberi peluang pada bakat-bakat baru pula. Ikhlas saya katakan, saya tak ingin lagi orang melabelkan saya sebagai penyanyi atau selebiriti no.1 lagi kerana bagi saya title itu tak akan berkekalan sampai bila-bila.
" Lagipun saya percaya suatu hari nanti akan ada orang yang akan menggantikan tempat saya," jelas Siti yang sudah yang pernah mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular selama 14 tahun berturut-turut.

Menurut Siti lagi, dia bagaimanapun tidak akan menarik diri untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti yang dilakukan di ABPBH kerana dia akui dua acara anugerah tersebut adalah sangat berbeza dari segi pendekatannya.

"Tidak mungkin saya akan menarik diri pula untuk AIM kerana kedua-duanya acara pengiktirafan yang berbeza. Jika di ABPBH hanya mencalonkan dan mewakilkan nama saya sendiri tetapi di AIM melibatkan orang-orang yang bekerja dalam pembikinan lagu dan album saya.

"Saya juga mahu melihat orang-orang seperti produser, komposer lagu dan sebagainya diberi pengiktirafan kerana saya rasa mereka layak menerimanya. Jika saya menarik diri nampak sangat saya ini seperti hanya mementingkan diri sendiri," jelasnya lagi kepada murai.com.my.

Begitu juga dengan Shout! Awards. Kata Siti, biarpun dia sudah kalah selama 2 tahun berturut-turut dalam anugerah tersebut, tetapi tiada sebab untuk dia mengundurkan diri.

"Walaupun Anugerah Shout! Awards masih baru dan berasaskan populari, namun Siti lihat ia mempunyai pendekatan serta level yang tersendiri. Jadi, Siti rasa Siti masih mahu menyertai dan memeriahkan anugerah tersebut," katanya.
Siti yang sudah mula aktif kembali ke bidang seni setelah sekian lama berehat, walaubagaimanapun kini terpaksa memperlahankan aktiviti seninya berbanding dahulu.
"Kini saya dah mula bekerja balik. Cuma tidak aktif seperti saya sebelum kahwin serta perlu juga memilih mana-mana show yang sesuai sebelum menerimanya.

"Lagipun Siti sekarang sedang menumpukan pada produk kecantikan SimplySiti. Kami dalam proses untuk mengeluarkan produk baru lagi untuk akan datang," tambahnya lagi"

Artis Malaysia

google: siti nurhaliza, siti nurhaliza facebook, siti nurhaliza twitter, siti berhenti menyanyi, siti bukan lagi penyanyi no.1

Thursday, November 25, 2010

Zamarul Hisham Rakam Isteri Bersalin

Artis Malaysia

Teruja dengan kelahiran orang baru dalam keluarganya, Zamarul Hisham mengorbankan masa dan tenaga demi keselesaan isteri dan anaknya. Bersyukur segalanya berjalan lancar tanpa sebarang dugaan, aktor popular ini mengakui pengalaman baru ini memberi kekuatan kepada kebahagiaan rumahtangga yang dibina bersama isteri tercinta, Diana Rafar.

"Anak saya lahir pada 29 Oktober lalu pada jam 2.31 petang dengan cara normal dan ketika itu hari Jumaat. Bersyukur semuanya dipermudahkan kerana saya sempat menunaikan solat Jumaat dan kembali ke hospital melihat Diana bersalin.

"Waktu itu saya rakam proses bersalin dan terpaksa buat lawak bodoh untuk kurangkan kesakitan Diana. Kami memilih nama Kashfi Haiqal yang bermakna Pembuka Pintu Hati.

"Semenjak jadi bapa, memang tak cukup tidur. Patutlah kawan-kawan saya cakap 'welcome to the club tak cukup tidur' waktu Diana mengandung. Kashfi selalu meragam dan berjaga malam, menjadi tugas saya menjaganya sebab Diana masih lagi berpantang. Segala rutin harian juga saya ambil alih seperti basuh baju dan kemas rumah.

"Saya ambil cuti sebulan untuk jaga Diana. Kami tak mahu ambil pembantu sebab asyik timbulkan masalah," ujarnya yang mempunyai dua anak, Izzat Haiqal, 11, dan Iqmal Haiqal, 8, hasil perkahwinan terdahulu.

Suka Tipu Umur

Apabila usia makin meningkat, menjadi kebiasaan untuk tidak mendedahkan umur sebenar kerana bimbang usia yang semakin lanjut. Namun berbeza pula dengan Zamarul, lebih suka menambah satu angka pada usia sebenarnya.

"Sebenarnya saya bukan menipu. Umur saya sekarang 39 tahun tapi saya lebih selesa beritahu 40 tahun. Sebabnya orang selalu cakap live begins at 40 so saya nak cepat-cepat rasa bagaimana perasaan itu. Saya cuma nak buat persediaan menuju ke arah itu lebih awal," katanya sambil ketawa.

Penat Berlakon

Pada usia yang semakin meningkat, Zamarul mengakui dirinya sudah tidak mampu untuk berlakon. Namun itu bukanlah dia menarik diri daripada industri yang sudah sebati dengan diri.

"Kadang kala saya terpaksa berlakon jadi muda remaja yang masih belajar di kolej, memang susah sebab saya bukan muda lagi untuk bawakan karektor itu. Jadi pelakon memang letih dan selalu kena rehat sebab kami banyak bermain dengan emosi dan otak.

"Saya dah tak larat nak berlakon lagi, kalau boleh saya nak direct drama sendiri pada masa akan datang," katanya yang menggemari lakonan Shah Rukh Khan


Artis Malaysia

google: zamarul hisham facebook, diana rafar facebook, zamarul hisham twitter, diana rafar twitter, diana rafar seksi, zamarul gambar terbaru, zamarul hensem, zamarul dapat anak, diana dapat anak

Keletah Liyana pikat Istana Budaya

Artis Malaysia

TEATER kanak-kanak, Siti Di Alam Fantasi (SDAF) pernah mencetus fenomena luar biasa ketika dipentaskan kali kedua di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada tahun 2000.

Mempertaruhkan penyanyi dan pelakon popular, Amy Mastura sebagai teraju utama teater arahan Aminah Raphor itu, SDAF berjaya mencatatkan penjualan tiket sehingga menjadi salah sebuah persembahan yang cukup laris ketika itu.

Dengan garapan cerita yang mirip kepada kisah Alice In Wonderland, tidak hairanlah mengapa SDAF dengan pantas menjadi pujaan kanak-kanak.

Malah, populariti SDAF juga dilangsungkan ke dalam medium televisyen yang pernah ditayangkan di RTM selepas pementasan di IB.

Kini, selepas sedekad, SDAF kembali ke pentas IB dengan pendekatan serta sentuhan baru yang menyaksikan pelakon dan penyanyi remaja, Liyana Jasmay menerajui teater muzikal kanak-kanak itu.

Sememangnya keletah dan personaliti Liyana yang sentiasa riang itu berjaya menambat hati IB yang tidak menunggu lama untuk melamar artis berusia 22 tahun itu membintangi SDAF.

Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani memberitahu, pihaknya yakin dengan kemampuan Liyana yang memerankan watak Siti dalam teater itu dalam menarik perhatian kanak-kanak menontonnya kelak.

Kata Mohamed Juhari, ketika IB mahu mementaskan kembali SDAF, pihaknya memang mahukan seorang pelakon yang mampu membawakan watak itu dan memiliki kriteria watak Siti itu sendiri.

“Lalu, apabila menghadiri sidang akhbar pengumuman teater Natrah musim kedua tempoh hari, entah bagaimana ada kuasa magnet yang membuat saya terpaku melihat keletah Liyana.

“Liuk tubuhnya dan gayanya yang manja itu membuatkan saya ‘jatuh hati’ kepada Liyana dan saya tidak menunggu lama untuk melamarnya sejurus tamat sidang akhbar itu,” ceritanya pada sidang akhbar SDAF baru-baru ini.

Namun, jawapan yang diberikan oleh Liyana menerusi ibunya, Habsah Simpon pada awalnya membuatkan Mohamed Juhari sedikit gusar.

Jika mengikut perancangan awal, Liyana sudah terikat dengan sebuah projek khas sepanjang bulan Disember iaitu tarikh yang sama dengan pementasan SDAF.

“Mungkin sudah jodoh Liyana dengan IB, jawapan yang saya terima adalah positif lalu membuatkan saya teruja untuk melihat hasil SDAF yang baru ini,” jelas Mohamed Juhari atau mesra disapa Abang Joe di kalangan pihak media.

Selain Liyana, dua pelakon yang sudah mengesahkan penglibatan mereka untuk teater ini ialah Vanidah Imran dan Ebby Yus yang akan membawakan watak Ratu Labah-Labah dan Mamat.

Selebihnya, ia akan dibarisi oleh pelakon kanak-kanak yang pasti akan menggamatkan Panggung Sari kelak dengan keletah serta gelagat comel mereka.

Memang agak mengejutkan apabila pementasan SDAF dilakukan pada saat-saat akhir memandangkan slot pada bulan Disember sepatutnya menjadi milik Budak Kampung the Musical.

Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, muzikal terbitan Tall Order Productions milik Hans Isaac itu ditunda kepada bulan Mac tahun depan.

Kerana itu, pihak IB berada dalam keadaan sedikit kelam-kabut untuk mencari pengganti bagi mengisi slot itu dan daripada situ tercetuslah idea untuk mementaskan SDAF.

Pementasan SDAF juga adalah untuk mengisi slot teater kanak-kanak yang diadaptasi daripada cerita legenda mahupun mitos antarabangsa dalam acuan tempatan.

Semuanya adalah gabungan idea yang dicetuskan oleh IB di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak tahun 2007.

Antara teater kanak-kanak di bawah slot itu yang sudah dipentaskan adalah Ali Baba dengan 40 Penyamun (2007), Aladdin (2008) dan Sinbad (2009).

Bagi Aminah pula, dia sememangnya teruja untuk mengarahkan SDAF ini kerana mahu melihat hasilnya di atas pentas kelak.

Selepas 10 tahun, Aminah tidak menafikan cabaran yang harus dipikulnya sebagai pengarah dalam mengarahkan SDAF versi baru ini.

“Kali ini semuanya akan kelihatan lebih segar dan baru seiring dengan perkembangan semasa. Kami akan memastikan SDAF yang baru ini akan menjadi sebuah tontonan yang menghiburkan seisi keluarga.

“Jalan ceritanya juga akan diolah dan kami akan menitik beratkan aspek visual, warna dan rekaan set kerana faktor inilah yang cepat menangkap mata kanak-kanak.

“Barisan pelakon kanak-kanak juga sudah disenaraikan. Cuma, kini kami sedang mencari pelakon yang sesuai untuk membawakan watak Pokok. Semuanya akan diumumkan dalam sidang media kedua tidak lama lagi,” kata Aminah yang juga pengarah filem kontroversi, Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Liyana yang anggun mengenakan gaun pendek berwarna fuchsia pada sidang akhbar itu menyatakan perasaan terharu apabila dipilih membintangi SDAF.

Sementelah memang sudah lama dia mengidamkan untuk beraksi dalam sebuah pementasan teater muzikal bagi meluaskan lagi skop lakonannya.

“Saya juga merupakan seorang peminat setia watak-watak puteri dalam filem animasi Disney dan apabila diberi peluang membawakan watak seperti itu, sudah pasti ia merupakan satu penghormatan buat saya.

“Untuk itu, saya membuat rujukan dengan menonton pementasan seperti itu di YouTube. Saya juga berharap tidak akan ada yang cuba membandingkan saya dengan Amy Mastura kerana ia merupakan zaman yang berbeza.

“Saya akan membawa watak ini dengan cara saya sendiri dan saya berharap penonton akan terhibur menontonnya kelak,” katanya yang memulakan latihan untuk SDAF berselang-seli dengan waktu pementasan Natrah nanti.

Bagi mereka yang mahu menonton SDAF bermula 22 hingga 31 Disember ini, bolehlah mendapatkan tiket-tiket berharga RM30, RM50 dan RM150 yang sudah pun mula dijual.

Pembelian dan tempahan boleh dilakukan dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-4149 8600/03-4026 5558

google: liyana jasmay, amy mastura, liyana jasmay facebook, liyana jasmay twitter, amy mastura facebook, liyana seksi, liyana gadis pemalu, liyana gadis cantik, gambar terbaru liyana, Siti Di Alam Fantasi, liyana berlakon Siti Di Alam Fantasi

Nadia kembali menyanyi

Artis Malaysia

TIDAK ramai yang sedar si gadis lincah ini mula muncul dalam industri seni sebagai seorang penyanyi. Apa yang lebih menyerlah tentang pemilik nama Nadia Aqilah ini ialah dunia lakonannya di stesen-stesen televisyen.

Nadia dikenali dengan watak-watak antagonis dan lakonannya benar-benar menjadi sehingga membuatkan penonton meluat dan benci dengan wataknya yang menyakitkan hati.

Antara lakonannya yang diingati ialah sebagai Chika dalam drama bersiri popular Tari Tirana dan dalam drama Sindarella pula sebagai Puteri Rania.

Hakikatnya, Nadia memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 2007 bersama kumpulan trio anak gadis yang digelar Luscious.

Bersama dua orang rakannya, Luscious menyerlah menerusi rancangan realiti Gangstarz dan merupakan satu-satunya kumpulan wanita yang berjaya mara ke suku akhir pertandingan itu.

Boleh menyanyi dan pandai menari, tetapi entah bagaimana bakatnya dalam lakonan lebih menyerlah sehingga mereka yang sedar kewujudan Nadia sebagai seorang penyanyi hampir melupai bakatnya itu.

Kini, setelah hampir tiga tahun, akhirnya Nadia memberanikan diri untuk kembali ke cinta asalnya iaitu dunia nyanyian.

Tidak lagi bertiga, kini Nadia tampil solo dengan sebuah album yang memuatkan 10 buah lagu, tujuh buah lagu berbahasa Inggeris dan tiga buah lagu berbahasa Malaysia yang akan dipasarkan pada hujung tahun ini.

Mempertaruhkan single sulungnya, D.I.V.A. yang dicipta oleh Daniel Veerapendan dan Nadia sendiri serta lirik oleh Bahri Uma, Nadia optimis dengan pemilihan konsep lagunya ini dan enggan berpatah balik.

"Setakat ini, mereka yang mendengar lagu D.I.V.A. ini memberikan komen yang positif kerana iramanya yang rancak dan lain dari yang lain," ulasnya.

Sejak kecil lagi, dia menyimpan hasrat menjadi penyanyi tetapi entah bagaimana, bidang lakonan lebih menyerlahkan namanya.

"Mungkin semuanya bermula apabila saya terlibat dengan teater seperti Puteri Gunung Ledang dan Muzikal P. Ramlee. Dari situ saya mula jatuh cinta dengan dunia lakonan," katanya mengenai pengalaman manis di pentas teater.

Susulan daripada situ, dia menerima tawaran berlakon daripada Lakefront Records Sdn. Bhd.

Tawaran itu membuatkan Nadia nekad untuk berehat dari berlakon buat sementara waktu dan fokus dengan cita-cita asalnya.

"Bukan tidak mahu menerbitkan album sendiri dalam tempoh tiga tahun ini seperti ramai penyanyi lain lakukan, tetapi saya tidak seberapa berkeyakinan pada ketika itu.

"Bagaimanapun, saya tidak pernah berputus asa dengan muzik kerana ia adalah jiwa saya. Saya harap orang ramai dapat menerima Nadia Aqilah sebagai seorang penyanyi," ujarnya pada satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Kata Nadia, keputusannya untuk bergerak solo bukanlah kerana ada persengketaan dengan dua orang lagi rakan baiknya di dalam Lusciuos iaitu Inaz dan Ruzana.

Masih bersahabat baik, ujar Nadia masing-masing kini mempunyai haluan hidup sendiri dan dia pula tetap mahu meneruskan cita-cita asalnya

google: Nadia Aqilah, Nadia seksi, Nadia penyanyi, nadia facebook, nadia twitter, nadia biodata, nadia artis seksi, nadia bikin album, album terbaru nadia aqilah, gambar terbaru nadia aqilah

Yuna dan Qi ada apa-apa ke?

Artis Malaysia

Yuna dan Qi bercinta ke? Begitulah kencangnya tiupan spkekulasi hangat di sekitar internet. Yuna, pemenang Anugerah Shout! Awards 2010 dilihat duduk rapat bersebelahan dengan Qi (pelakon utama Blogger Boy) pada malam berlangsungnya acars Shout! Awards 2010. Tiap kali nama Yuna dipanggil untuk naik ke pentas, Yuna mengamanahkan Qi untuk menjaga tas tangannya, yang mana dilihat ramai sebagai petanda betapa rapatnya (dan betapa percayanya) Yuna dengan Qi (bekas pemain dram OAG). Kata Yuna, dia kenal dengan Qi dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola, selepas Qi berpisah dengan kekasihnya pada waktu itu, Julie Woon. Kenapa Yuna suka Qi? Jawap Yuna, "saya suka dia sebab dia baik hati juga seorang lelaki yang baik. Dia seorang yang tenang serta menghormati orang di sekelilingnya. Seronoklah berkawan dengan dia.”. Kawan, atau pemula cinta?

google: yuna bercinta, yuna dan qi pasangan kekasih, yuna dan qi bercinta, yuna facebook, yuna twitter, yuna seksi, qi facebook, gambar terbaru yuna

Wednesday, November 24, 2010

Almy Nadia: Sudah Puas Menangis Kerana Orang Ketiga

Artis Malaysia

Larut dalam percintaan sememangnya mengasyikkan namun tidak dinafikan dalam meniti perhubungan tersebut pastinya pelbagai ujian dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Sama seperti pasangan yang lain, aktres Almy Nadia turut mengakui merasai tempias gelora itu.
Mengakui sudah lelah dan penat untuk menangis akibat kehadiran orang ketiga dalam hubungan percintaannya dengan aktor Fizz Fairuz, anak kelahiran Pulau Pinang ini menjelaskan hanya tangisan yang sering menjadi teman pujuknya kala itu.
Enggan melayan perasaan marah dan cemburu yang bisa memusnahkan cinta mereka, berdiam diri merupakan langkah terbaik yang diamalkannya bagi menyelamatkan percintaan yang sudah pun dibina hampir tiga tahun itu. Namun Almy menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hubungan mereka telah pun berakhir.
"Kehadiran orang ketiga atau keempat ini semua saya dah biasa. Nak menangis kerana semua itu pun, dah biasa, jadi langkah terbaik jangan terlalu memikirkan tentang cinta kerana ia akan membuatkan saya lebih makan hati.
"Tapi buat masa sekarang kami ini, masih lagi bersama cuma kurang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja," jelasnya tenang mengenai status perhubungannya yang kononnya dikatakan sedang berada dalam fasa retak menanti belah.
Mengamal sikap mempercayai pasangan sebagai teras untuk meneruskan perhubungan ini, kata gadis berusia 24 tahun ini, sebolehnya dia tidak mahu mengalami nasib yang serupa dengan rakan selebriti yang lain.
"Saya mengaku takut apabila mendengar cerita Irma dan Nabil putus. Sedih apabila membaca cerita mereka hinggakan saya menangis. Saya mengaku takut dan tak mahu mengalami situasi yang sama dan berharap sangat perkara tersebut jauh daripada kami. Tapi saya juga manusia dan tak mampu untuk menghalang ketentuan Ilahi," katanya lagi.
Ditanya mengenai kenyataan ibu Fizz yang pernah dikeluarkan di murai.com.my bahawa aktor tersebut berkemungkinan akan mengakhiri zaman bujangnya pada Disember ini, sambil tersenyum manis Almy berkata: "Saya tak keluarkan apa-apa kenyataan akan menikah pada bulan tersebut. Tunggulah kenyataan dari saya sendiri mengenai perkahwinan dan saya pun tak boleh nak mengulas mengenai kenyataan ibu Fizz.
"Ada jodoh tak kemana kerana saya sendiri mengharapkan pengakhiran yang gembira untuk kisah cinta kami,"katanya lagi.
Dalam pada itu, meskipun sedang meniti populariti sebagai anak seni, dia tidak kisah untuk menarik diri daripada bidang seni sekiranya itu yang diperlukan setelah berumahtangga kelak.
"Saya tak kisah jika itu yang perlu saya korbankan untuk kebahagiaan kami. Lagipun salah seorang pastinya kena perlahankan sedikit aktiviti lakonan.Sebagai wanita saya rasa mungkin saya yang perlu menghadkan masa untuk lakonan sebaliknya bagi tumpuan pada keluarga," jelasnya mengakhiri perbualan

google: Almy Nadia, fizz fairuz, Almy Nadia seksi, Almy Nadia cantik, Almy Nadia facebook, Almy Nadia twitter, Almy Nadia biodata, gambar terbaru Almy Nadia, Almy Nadia bercinta dengan fizz fairuz, fizz fairuz bercinta, fizz fairuz facebook

Fazli Zainal krisis imej?

Artis Malaysia

Penyanyi Fazli Zainal dengarnya sudah bersiap-siap untuk muncul dengan album baru. Walaupun lama tak ada buah tangan baru, dia masih lebat mengadakan persembahan sana sini berbekalkan lagu-lagu lama yang masih popular dan terus mahu didengari.

Sekarang ini penyanyi itu sedang memikirkan imej yang mahu ditampilkan bagi penampilan baru tahun 2011. Susah sangat ke nak cari imej sesuai yang juga selesa dibawa?

"Saya akui memang saya sedang alami masalah untuk imej baru nanti. Ada yang kata saya sesuai dengan rambut panjang dan ada juga yang mahu saya potong rambut.

"Ramai kawan yang memberi pendapat. Saya ada tanya kerana kalau ada yang mengkritik nanti saya dapat memberi jawapan. Jadi saya mahu serahkan kepada pakarlah. Saya sebenarnya sudah berbincang dengan Nurul Shukor untuk membentuk imej saya bagi tahun 2011.

"Saya akan serahkan kepala saya kepada Nurul. Terserahlah kepadanya untuk mencipta imej baru saya. Tunggulah nanti. Bila pakar yang putuskan, sekurang-kurangnya saya boleh jawab fesyen rambut baru saya ilham pakar perunding imej," kata Fazli kepada Che Li.

Yalah Fazli. Buatlah imej apa sahaja yang dirasakan sesuai. Tapi jangan lupa aspek utama... lagu kena baik dan bermutu barulah boleh tahan lama. Kan?

Sementara itu Fazli juga akan mengadakan persembahan di Singapura pada 26 Disember depan. Ia anjuran sekumpulan peminatnya di seberang tambak itu.

"Saya hargai orang yang mahukan saya dan jangan pula kata saya utamakan peminat luar. Mereka menggemari muzik saya dan saya menghargainya," kata Fazli lagi

google: Fazli Zainal, Fazli Zainal facebook, Fazli Zainal twitter, Fazli Zainal jejaka seksi, Fazli Zainal biodata, gambar terkini Fazli Zainal

Debaran Ayu menjelang Januari

Artis Malaysia

HANYA tinggal dua bulan sahaja lagi, dramatis jelita, Ayu Raudhah, 26, akan bertukar statusnya menjadi seorang isteri.

Dan, raja yang berjaya menakluk hatinya memang bukan calang-calang. Sungguh bertuah wanita yang gemar membahasakan dirinya Ayu ini memiliki pemain bola sepak kebangsan, Zaquan Adha Abdul Razak,23. sebagai suaminya.

Sudahlah kacak, popular pula tu. Pastinya Ayu sendiri menjadi mangsa cemburu kaum sejenisnya apabila dapat bersuamikan seorang lelaki yang menjadi igauan wanit

Saat diajukan tentang perasaannya kini, Ayu memang tidak dapat menyembunyikan debaran apabila memikirkan tentang persiapan menjelangnya hari bahagia itu.

Bakal diijabkabulkan pada 21 Januari depan di Alor Setar, Kedah, Ayu memberitahu segala perancangan yang diaturkan semuanya berjalan dengan lancar.

Walaupun mempunyai ahli keluarga yang membantu bagi melancarkan lagi persiapan perkahwinannya, namun, Ayu sendiri tidak dapat mengelak daripada turut serta bagi memastikan segala-galanya adalah sempurna.

"Saya juga bersyukur kerana nampaknya sudah menjadi rezeki saya apabila ada pihak yang mahu menaja perkahwinan saya dari segi pakaian dan juga katering.

"Setakat ini, sudah empat pereka fesyen yang mengesahkan akan menaja busana saya sepanjang majlis perkahwinan saya nanti," katany dalam nada cukup ceria ketika ditemui pada majlis tayangan program baru Astro Warna di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Empat pereka yang akan terlibat dalam perkahwinan Ayu dan Zaquan Adha nanti ialah Qudin, Calvin Thoo, Rizman Ruzaimi dan Man Kajang.

Cuma, katanya, dia masih belum menetapkan rekaan manakah yang akan dipakai mengikut turutan majlisnya.

Tambahnya, pada asalnya dia dan Zaquan Adha memilih tarikh 1 Januari sebagai tarikh pernikahan tetapi kerana abang Ayu telah memilih tarikh itu, terpaksalah Ayu beralah lalu memilih 21 Januari.

"Lagipun tarikh itu jatuh pada hari Jumaat. Jadi memang eloklah kami bernikah pada hari yang penuh keberkatan itu," jelas Ayu sambil memberitahu majlis menyambut menantu akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan seminggu selepas majlis di Alor Setar.

Ayu atau nama sebenarnya, Ayu Raudhah Che Wan dan Zaquan Adha mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang cukup ringkas pada 17 Oktober lalu di Subang Jaya, Selangor selepas lebih setahun menyulam cinta.

Kata Ayu, memang bukan niatnya mahu merahsiakan majlis pertunangannya itu tetapi atas permintaan kedua-dua pihak, semuanya dilangsungkan secara tertutup.

Pada awalnya, memang tidak ada langsung perancangan untuk bertunang pada hari itu. Yang hanya dirancang cuma upacara merisik sahaja.

"Namun, selepas perbincangan antara kedua-dua belah pihak, kami terus ditunangkan," katanya yang merahsiakan wang hantaran yang bakal diterimanya pada hari pernikahannya nanti.

Apa yang boleh dikongsi Ayu hanyalah bilangan hantaran yang bakal diterimanya iaitu tujuh dulang dan dibalas pihak pengantin perempuan sebanyak sembilan dulang.

Ditanya apakah dia benar-benar sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri, ini jawapan pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Nur Kasih dan Dari Mata Arisa ini.

"Insya-Allah, saya akan melakukan yang terbaik dan sekarang ini pun saya perlahan-lahan sedang mencuba untuk mempelajari serta mendalami tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Saya juga sedang cuba belajar untuk masak dengan ibu saya kerana bakal suami saya memang suka makan di rumah. Asalkan ada juadah berlaukkan ayam, itu sudah memadai kerana itu memang kegemarannya," ujarnya disulami ketawa manja.

Bakal bergelar adik ipar kepada Aidil Zafuan dan menjadi biras Rita Rudaini, apakah Ayu sudah bersedia untuk berhadapan dengan mereka selepas bergelar isteri nanti.

Sementelah, nama Ayu juga pernah dikaitkan dengan kisah rumah tangga mereka yang semakin hari semakin panas itu.

Dengan penuh diplomasi dan lembut, Ayu menolak untuk mengulas tentang cerita kontroversi itu.

"Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku dan saya tidak mahu berkata apa-apa lagi tentang itu. Bimbang nanti kalau tersalah cakap akan memburukkan lagi keadaan.

"Biarlah hanya saya sahaja yang menjadi subjek dalam temu ramah ini," pintanya penuh berhemah.

Dalam pada itu peminat Ayu dapat menonton lakonannya sebagai Suzy dalam drama bersiri Anak Mami Mek Ani yang akan mula ditayangkan di saluran Astro Warna (saluran 132) bermula 30 November ini.

"Inilah kali pertama saya membawakan watak antagonis yang memang seronok untuk saya lakonkan.

"Maklumlah, sebelum ini, penonton dapat melihat saya membawakan watak yang baik-baik tetapi kali ini saya mencabar diri saya dengan watak seperti ini.

"Suzy seorang perempuan yang mengada-ngada dan dia akan melakukan apa sahaja asalkan dia dapat apa yang dia inginkan," ceritanya tentang watak berkenaan.

Selain Ayu, drama bersiri 13 episod itu turut dibintangi Azad Jasmin, Eira Syazira, Sheila Mambo, Wan Maimunah dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Ayu juga baru sahaja berlepas ke Singapura bagi menjalani penggambaran drama untuk DVD berjudul Empire yang turut dilakonkan oleh Riezman Khuzaimi, Liza Abdullah dan beberapa pelakon Singapura.

Ayu juga bakal membintangi filem terbaru Afdlin Shauki berjudul Untuk 3 Hari dan filem lakonannya, Nur Kasih The Movie pula akan ditayangkan sekitar bulan Mac depan.

Kali terakhir wajah adik kepada aktres Rozita Che Wan ini menghiasi layar lebar adalah menerusi filem 4 Madu

google: Ayu Raudhah seksi, Ayu Raudhah nak kahwin, Ayu Raudhah facebook, Ayu Raudhah twitter, Ayu Raudhah artis manja, Ayu Raudhah nak cari glamor, Ayu Raudhah biodata, gambar terkini Ayu Raudhah, Ayu Raudhah anggun, Ayu Raudhah pelakon seksi

Appalam, Papadom versi Tamil

Artis Malaysia

APPALAM, sebuah filem Tamil arahan Afdlin Shauki yang diberi nafas baru dan berkembang dengan baik mengikut latar sosial budaya kaum India di Malaysia. Sebuah filem indah yang menggetar rasa, Appalam meruntun perasaan dengan gaya penceritaan yang bersahaja namun penuh makna.

Bagi Afdlin bukan mudah merealisasikan filem Tamil pertamanya kerana cabaran utama adalah dari segi bahasa. Tidak memahami dialog yang dituturkan, pengarah terkenal ini mengambil pendekatan menyelami perwatakan yang dibawa untuk mengenalpasti impak lakonan.



"Cabarannya adalah saya tak tahu bila saya kena kata cut sebab tak faham dialog yang disampaikan dalam bahasa Tamil. Syukur kerja saya banyak dibantu krew bertugas.

"Namun pendekatan yang paling mudah adalah melihat kepada apa yang disampaikan. Jika paparan dan gambaran memberikan impak emosi yang bagus, saya tahu babak yang dijalankan mencapai standard yang diingini. Dialog itu hanyalah bonus.

Artis Malaysia"Bahasa bukanlah masalah kerana perasaan adalah universal. Itulah yang kami cuba paparkan kerana tak kira apa juga bahasa yang digunakan, jika emosi menguasai penonton, itu tandanya kami berjaya. Harapnya impak Papadom sama terhadap Appalam. Cuma kekuatan Appalam lebih kepada muzik dan lagu.

"Saya cuba buat filem Tamil mengikut gaya Malaysia dan melihatkan respon positif yang diterima, saya tahu filem ini berjaya menonjolkan identiti tersendiri," ujar Afdlin meletakkan target RM8.2 juta pada filem Tamil pertamanya.

Raja Ilya membuatkan filem ini lebih istimewa dengan kemunculannya sebagai watak utama. ManggaOnline sendiri seakan tidak percaya wanita jelita ini sebenarnya anak Melayu namun mampu membawakan karektor sebagai gadis berbangsa India dengan cukup berkesan sekali.

Appalam mengisahkan Samy (Gana) menyara kedainya melalui gerai kecil menjual nasi daun pisang dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana keenakan resipi turun temurun. Samy dan isterinya, Nalaini (Jaclyn Victor) dikurniakan anak perempuan, Shruti (Raja Ilya) dan bermulalah kejayaan besar dalam perniagaannya.

Kesibukannya menyebabkan masa bersama keluarga kurang sehinggalah Nalaini meninggal dunia akibat kemalangan. Wasiat isterinya supaya Samy menjaga Shruti dengan baik, sesuatu yang diabaikan dahulu akibat kesibukan kerja. Sejak detik itu, bermulalah kehidupan Samy sebagai ibu dan bapa kepada Shruti. Selusuri gelak tawa, suka duka, kasih dan sayang dua generasi menerusi Appalam yang turut menampilkan Jaclyn Victor, Raja Ilya, Gana Pragasam, Shashi Taran, Kristina Vinokree, Sharifah Amani, Afdlin Shauki, Iman Wan, Sathia dan ramai lagi

Google: appalam, papadom, Afdlin Shauki  facebook, Afdlin Shauki twitter, Jaclyn Victor facebook, Raja Ilya berlakon papadom, Jaclyn Victor seksi

Tuesday, November 23, 2010

Fizz cabar diri sendiri


SEKIAN lama dia mengimpikan tawaran untuk beraksi di pentas teater. Kata anak muda ini, sudah sembilan tahun dia melayari bahtera seni, drama dan filem adalah makanan rujinya dan kini tiba masanya, dia beralih untuk mencuba santapan lain.

Lalu, apabila ditawarkan berlakon teater Natrah musim kedua oleh sutradara handalan, Erma Fatima, Fizz Fairuz menganggapnya sebagai satu peluang terbaik bagi meluaskan lagi skop lakonannya.

Malah, apabila menerima tawaran itu, Fizz menganggapnya sebagai satu cabaran untuk dirinya sendiri.

Watak yang diberikan kepadanya bukan calang-calang iaitu Ahmad Ibrahim, seorang tokoh yang cukup terkenal dan memainkan peranan penting sewaktu kes Natrah hangat diperdebatkan ketika itu.

Meskipun wataknya hanya beberapa babak, Fizz tidak menafikan proses lakonan dalam teater ini cukup menguji kesabaran dan kredibilitinya sebagai seorang aktor.

Artis MalaysiaSelepas sembilan tahun selesa di depan seluloid, Fizz sama sekali tidak menyangka teater bukanlah semudah yang disangka.

"Ekspresi emosi, lontaran vokal dan bahasa tubuh merupakan elemen penting dalam menghidupkan watak. Banyak yang saya belajar menerusi teater ini dan berlakon di bawah arahan Erma cukup memuaskan hati saya kerana banyak input yang saya perolehi.

"Ini pun bukan kali pertama saya berlakon di bawah arahan Erma kerana pernah membintangi beberapa buah drama arahannya sebelum ini. Namun, berlakon teater di bawah arahannya memberikan pengalaman baru buat saya," ujar Fizz ketika ditemui pada sesi latihan teater itu di Istana Budaya (IB), baru-baru ini.

Bagi jejaka berusia 31 tahun ini, membawakan watak Ahmad Ibrahim memerlukannya menghayati perjuangan dan semangat tokoh itu yang mahu memastikan Natrah mendapatkan semula hak yang sepatutnya menjadi milik wanita kelahiran Belanda itu.

Untuk itu, setiap terma dan fakta yang dilontarkan oleh Ahmad Ibrahim perlu dihayati sedalam-dalamnya oleh Fizz agar lakonannya dapat memberikan impak kepada audiens kelak.

"Semakin lama saya membaca skrip dan menghayati watak Ahmad Ibrahim, barulah saya tahu apa sebenarnya yang mahu dilakukan olehnya ketika kes Natrah itu berlangsung. Saya harus akui memang gementar dan takut kerana watak yang saya bawakan adalah watak yang sebenar.

"Jadi kita tidak boleh terlalu tokok-tambah dan harus mengikut apa yang ditetapkan dalam skrip. Barulah saya tahu bukan mudah sebenarnya berlakon teater kerana ia memerlukan semangat serta disiplin yang tinggi.

"Ia cukup berbeza dengan filem atau drama yang boleh disunting dan diperbetulkan jika kita tidak puas hati dengan persembahan kita.

"Namun, untuk teater, ia adalah secara langsung dan untuk membuatkan penonton tidak berganjak daripada tempat duduk mereka, ia benar-benar satu cabaran," kata pemeran watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih ini bersungguh.

Sebelum membintangi Natrah, anak kelahiran Raub, Pahang ini pernah ditawarkan untuk berlakon dalam teater Sri Mersing. Namun, kerana salah faham dan komunikasi, maka, peluang Fizz untuk menonjolkan bakatnya tidak kesampaian.

Lalu, apabila Erma memberinya peluang membintangi teater ini, Fizz tidak menunggu lama untuk menyatakan persetujuannya. Malah, dia berterima kasih kepada Erma yang mempercayai bakatnya dan bertoleransi dengan jadual padatnya.

"Kerana itu, kalaulah Erma tetap dengan pendiriannya mahu menarik diri daripada mengarahkan teater Natrah, saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan kerana saya berurusan sendiri dengan Erma dalam mengatur jadual saya.

"Saya cukup bimbang kalau pengarah baru yang mengambil alih kerana takut orang itu nanti tidak dapat berkompromi seperti mana Erma. Tetapi, syukurlah, kini Erma sudah kembali bersama produksi Natrah. Itu sudah cukup menggembirakan saya," kata Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin ini ceria.

Natrah musim kedua ini masih lagi mengekalkan tiga teraju utamanya iaitu Maya Karin, Remy Ishak dan Umie Aida masing-masing dengan watak Natrah, Mansor Adabi dan Che Aminah.

Hanya Samantha Schubert tidak dapat beraksi kali ini dan watak Adeline Hertogh itu telah digantikan dengan pelakon yang sekian lama menyepi, Susan Lankester.

Untuk kelainan, Natrah musim kedua ini juga menampilkan bintang-bintang popular negara seperti Ziela Jalil, Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Nabila Huda termasuk Luftya dan Sharifah Sofea yang akan memegang watak Natrah pada usia 30 dan 50 tahun.

Natrah yang mendapat sokongan Kumpulan Utusan sebagai media rasmi itu akan dipentaskan di Panggung Sari, IB bermula 25 November ini sehingga 5 Disember.

Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150 kini sudah pun dijual dan dikhabarkan jualannya begitu memberangsangkan.

Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket, bolehlah membuat tempahan dan pembelian menerusi laman web, www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-4147 8600.

google: fizz facebook, fizz twitter, fizz lelaki seksi, fizz myspace, gambar terbaru fizz, fizz berlakon teater

14 Lagu Ke Final AJL 25

Artis Malaysia

30 buah lagu dipertandingkan namun hanya 14 terpilih untuk mewarnai Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25). Saingan bermula sejurus selepas tiga pusingan separuh akhir Muzik Muzik berakhir.

Juri profesional yang terdiri daripada Azhar Borhan, Azmeer, Edry Hashim, Che Kem dan Zainuri Misfar sepakat memilih lagu yang seiring dengan aliran muzik terkini yang disifatkan membawa inspirasi baru kepada persada seni tanah air.

Pencalonan pada tahun ini juga dilihat lebih banyak menampilkan saingan daripada artis lelaki kerana hanya empat 'bunga' yang turut berentap merebut gelaran juara AJL25.

Berikut merupakan 14 lagu yang layak ke AJL25.

Faizal Tahir - Hanyut
Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Hafiz - Noktah Cinta
Meet Uncle Hussain - Drama King
Adira - Ku Ada Kamu
Yuna - Cinta Sempurna
A.P.I - Pelita
Tomok - Berlari
Black - Sofea Jane
Hujan - Mencari Konklusi
Faizal Tahir - Selamat Malam
Bunkface - Extravaganza
Stacy - Jahat
Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Jangan lupa saksikan pada Final nanti..

google: Juara lagu, juara lagu 25, AJL, AJL 25

Monday, November 22, 2010

Scha - Wartawan bukan musuh

Artis Malaysia

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba nama aktres ini terpalit dengan kontroversi terbaru apabila Scha Al-Yahya didakwa telah melabelkan wartawan sebagai monyet.

Barangkali berita itu agak mengejutkan kerana selama tiga tahun dia berkecimpung dalam bidang seni, jarang sekali namanya terheret ke kancah kontroversi yang melibatkan dirinya dan pihak media.

Apakah benar dakwaan yang sudah bertebaran di alam maya itu memang keluar dari mulut Scha sendiri?

Atau mungkinkah ada pihak yang cuba menabur fitnah terhadap dirinya sekali gus mahu menjatuhkan reputasinya sebagai seorang anak seni?

Ketika diminta mengulas tentang perkara itu, Scha hanya mampu menghela nafas panjang seraya menggelengkan kepalanya.

"Ingin saya tegaskan di sini, semua dakwaan itu tidak benar sama sekali. Memang cerita-cerita karut yang tersebar itu semuanya salah faham dan telah disampaikan dengan maksud yang berbeza.

"Mana mungkin saya mahu menggali kubur saya sendiri dengan mengatakan pihak wartawan sebagai monyet. Itu memang kerja gila kalau benar saya yang mengatakannya. Saya juga bukan bodoh untuk berbuat demikian.

"Selama tiga tahun dalam bidang ini, saya langsung tidak ada masalah dengan mana-mana wartawan dan hubungan saya dengan mereka pun semuanya berjalan lancar," kata Scha dalam nada tegas.

Juara Dewi Remaja 2006 ini ditemui ketika penggambaran drama bersiri, Awan Dania musim ketiga di Seoul, Korea, baru-baru ini.

Tambah Scha, dia menyedari perkara itu selepas buah hatinya, Awal Ashaari menelefonnya dan memberitahu akan perkara itu.

Jelas Scha, semuanya berpunca daripada satu kenyataan yang dikeluarkannya menerusi Twitter yang berbunyi, "When a production is run by a bunch of monkeys, you will get peanuts."

"Saya memang mengeluarkan kenyataan itu sebagai membalas keluhan salah seorang saudara saya yang tidak puas hati dengan perjalanan syarikat tempat dia bekerja.

"Entah siapa yang salah faham dengan kenyataan itu telah menyalah tafsir sehingga ia menjadi satu perkara yang besar dan mengatakan saya melabelkan wartawan sebagai monyet pula," katanya dalam nada serius.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini juga memberitahu, seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan cerita yang kurang enak sehingga mampu menjejaskan perjalanan seninya.

Kerana itu, dia cukup sedar kebelakangan ini namanya sedikit suram daripada industri seni dan dia sendiri tidak kisah dengan senario itu.

Adalah lebih baik kata Scha, untuk dia menumpukan fokus dan perhatiannya terhadap kerja tanpa mahu sebarang kontroversi lagi mengiringi kariernya.

Bagi wanita berusia 27 tahun ini, segala kisah panas yang pernah berlaku dalam hidupnya dijadikan sebagai pengajaran dan salah satu proses dalam mematangkan dirinya.

"Apabila saya melihat nama saya semakin reda dengan kisah panas dan kurang menjadi perhatian, saya berasa sedikit lega.

"Tidaklah lagi asyik-asyik dikaitkan dengan kontroversi yang saya sendiri sudah letih untuk melayannya. Cukup-cukuplah apa yang berlaku dan semua itu telah membuka mata agar lebih berhati-hati dalam setiap langkah saya.

"Kini, saya mahu terus melangkah ke depan dengan kerjaya saya. Itu adalah lebih penting untuk saya. Nanti masyarakat dan peminat pun akan bosan dengan saya kerana bukannya cerita karier yang banyak diceritakan tetapi kisah personal," katanya yang tidak pernah menyesal dengan segala yang telah berlaku

google: scha seksi, scha cantik, scha facebook, scha twitter, scha myspace, scha biodata, scha gambar terkini, scha awan dania, awan dania terbaru, awan dania musim ke 3, awan dania musim ketiga

Fasha enggan ulas pasal Nora

Artis Malaysia

Kemunculannya di sidang media pasti menjadi buruan lantaran kisah kontroversi yang menghambat kerjaya pelakon popular ini. Kisah Fasha Sanda bertambah panas apabila gambarnya berparti sakan pada Malam Halloween tersebar luas di internet dan ini ditambah dengan komen Nora Danish yang tidak mahu Fasha mendekati anaknya setelah pelakon tersebut difahamkan telah membeli barang mainan di sebuah kedai permainan kesukaan bekas suami Nora, Rizal Ashram atau Jejai.

Perbalahan antara kedua-dua pelakon jelita ini tidak pernah surut sejak kontroversi yang mengaitkan Fasha sebagai orang ketiga dalam perkahwinan Nora dan Jejai. Ingatkan kisah ini akan surut selepas pengakuan berani Fasha yang mengesahkan dia dan Jejai kini bergelar pasangan kekasih. Nampaknya timbul pula isu anak. Fasha tampil memberi penjelasan.


Artis Malaysia
"Untuk pengetahuan semua, saya belikan permainan tersebut untuk dua anak buah saya yang berumur lima dan satu tahun. Dan bukan untuk anaknya. Saya sendiri tak tahu macam mana cerita remeh begini boleh keluar. Kalau benar Nora tak benarkan saya berjumpa anaknya, saya tak mahu komen. Lagipun selepas kami berkahwin nanti, saya juga akan mendapatkan anak sendiri.

"Saya malas nak komen banyak sebab tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Saya buntu kenapa perlu diperbesarkan perkara itu. Dan maaf, saya enggan mengulas pasal Nora Danish.

"Saya bersyukur hubungan kami bahagia dan Jejai menjadikan saya seorang wanita yang matang. Kalau boleh kami tak mahu hubungan ini diperbesarkan. Tunggulah, bila ada masa yang sesuai saya akan beritahu arah tuju hubungan ini," ujarnya menjelaskan situasi yang berlaku.

Gambar Itu Tak Seksi

Penyebaran gambarnya menyambut Halloween dikritik keras oleh peminat industri hiburan tanah air. Tidak sedikitpun melatah malah pelakon ini tenang dengan mengaku memuat turun gambar tersebut di laman Facebook miliknya untuk berkongsi dengan peminatnya.

"Saya ke party itu atas jemputan kawan dan hanya berpakaian mengikut tema. Dan bagi saya sambutan itu adalah satu perkara yang normal. Bukannya bila saya sambut Halloween, saya ikut budaya yang tak elok.

"Saya kongsikan dengan peminat sebab rasakan gambar itu masih boleh diterima dan tak adalah seksi sangat seperti yang diperkata. Lagipun semua perkara yang saya buat termasuk pergi bercuti dan makan bersama keluarga, saya akan letakkan di Facebook.

"Memang saya yang letakkan sendiri gambar itu. Saya tetap akan jadi diri sendiri.

"Dan ingin saya tegaskan Twitter dan Facebook bukan hanya tempat untuk meluahkan rasa yang indah, kadang kala saya juga melalui hari yang teruk dan menjadikannya sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Saya mempunyai hak untuk suarakan apa sahaja yang dirasakan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Dia Atilia yang menampilkannya sebagai teraju utama bersama Zamarul Hisham dan Almy Nadia.

Bagi Fasha semua yang berlaku adalah ketentuan tuhan dan hanya kesyukuran dapat dipanjatkan atas penghargaan yang masih ada walau sekelumit cuma

Artis Malaysia


googel: fasha sanda facebook, fasha sanda twitter, fasha sanda seksi, fasha sanda bergaduh, fasha sanda menari, fasha sanda biodata, gambar terkini fasha sanda, nora danish facebook, nora danish twitter, nora danish bergaduh, nora danish seksi, nora danish biodata, gambar terkini nora danish, jejai fasha sanda, jejai facebook, jejai kahwin fasha sanda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...