Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, November 26, 2010

Ulangtahun Ke-3 Suria FM Penuh Santai

Berkonsepkan ala santai dan mesra pendengar, majlis ulangtahun ke-3 radio Suria FM yang telah berlangsung di Studio V, One Utama pada Rabu bukan saja telah mendapat sambutan yang cukup hebat daripada pendengar tetapi juga telah dibanjiri lebih 1,000 peminat setia stesen radio tersebut.

Majlis yang diadakan dari jam 5 petang hingga 10 malam ini juga turut dihadiri ramai artis dan selebriti tempatan. Antaranya ialah Elly Mazlein, Faradhiya, Ifa Raziah, Shila Hamzah, Fida, Yana, Shajiry, Rina, Iqwal, Shazrul, Sabhi Saddi, Daus, Shila Abdul dam Farah Asyikin.

Sebelum persembahan artis bermula pada jam 7 malam, acara pada petang itu terlebih dulu dimeriahkan dengan dengan aktiviti permainan yang disertai artis, penyampai radio serta pendengar. Sesi memotong kek turut diadakan bagi merasmikan pencapaian Suria FM yang kini sudah pun berusia 3 tahun sejak ia mula beroperasi secara rasmi pada 2006.


Lebih menarik, Linda Onn yang mengendalikan segmen Suria Drive telah mengadakan siaran langsung secara terus dari luar Studio V dengan mengundang artis dan peminat untuk menyampaikan ucapan selamat ulangtahun buat Suria FM. Siaran langsung ini diteruskan lagi oleh Tuah Zuqornain menerusi segmen malam.

Apa yang pasti, bermula Januari 2011, Suria FM bakal mengadakan pertandingan Battle Of The Band yang dibuka peluang penyertaannya untuk bakat-bakat baru yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di semenanjung Malaysia. Malah, pada Februari depan, Suria FM bakal melancarkan konti rasmi di One Borneo, Sabah yang bakal menampilkan penyampai dari Sabah iaitu Lotter dan Othoe.

Sesi jelajah Suria FM ke seluruh negara juga akan diteruskan lagi seperti biasa yang mana berkemungkinan besar siri penjelajahannya akan bermula pada Mac depan.

Mengimbas semula pencapaian Suria FM pada kaji selidik radio yang lepas, Suria FM kini semakin meluaskan penguasaan mereka di kalangan pender radio Melayu. Malah, apa yang membanggakan dalam kesemua segmen yang ditampilkan di Suria FM, Suria Drive merupakan program nombor satu yang mencatatkan jumlah pendengar yang ramai, diikuti Suria Cinta kendalian DJ Lin, manakala segmen pagi Suria FM yang dihebohkan Halim Othman bersama Zizi pula berada di tangga ketiga



google: Suria FM, Suria FM radio terhangat, Suria FM sambut ulang tahun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...