Segala Cerita Artis Malaysia Yang Sensasi, Yang Glamour Dan Yang Terkini
Followers
Berita Terkini
Monday, November 22, 2010
Fasha enggan ulas pasal Nora
Kemunculannya di sidang media pasti menjadi buruan lantaran kisah kontroversi yang menghambat kerjaya pelakon popular ini. Kisah Fasha Sanda bertambah panas apabila gambarnya berparti sakan pada Malam Halloween tersebar luas di internet dan ini ditambah dengan komen Nora Danish yang tidak mahu Fasha mendekati anaknya setelah pelakon tersebut difahamkan telah membeli barang mainan di sebuah kedai permainan kesukaan bekas suami Nora, Rizal Ashram atau Jejai.
Perbalahan antara kedua-dua pelakon jelita ini tidak pernah surut sejak kontroversi yang mengaitkan Fasha sebagai orang ketiga dalam perkahwinan Nora dan Jejai. Ingatkan kisah ini akan surut selepas pengakuan berani Fasha yang mengesahkan dia dan Jejai kini bergelar pasangan kekasih. Nampaknya timbul pula isu anak. Fasha tampil memberi penjelasan.
"Untuk pengetahuan semua, saya belikan permainan tersebut untuk dua anak buah saya yang berumur lima dan satu tahun. Dan bukan untuk anaknya. Saya sendiri tak tahu macam mana cerita remeh begini boleh keluar. Kalau benar Nora tak benarkan saya berjumpa anaknya, saya tak mahu komen. Lagipun selepas kami berkahwin nanti, saya juga akan mendapatkan anak sendiri.
"Saya malas nak komen banyak sebab tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Saya buntu kenapa perlu diperbesarkan perkara itu. Dan maaf, saya enggan mengulas pasal Nora Danish.
"Saya bersyukur hubungan kami bahagia dan Jejai menjadikan saya seorang wanita yang matang. Kalau boleh kami tak mahu hubungan ini diperbesarkan. Tunggulah, bila ada masa yang sesuai saya akan beritahu arah tuju hubungan ini," ujarnya menjelaskan situasi yang berlaku.
Gambar Itu Tak Seksi
Penyebaran gambarnya menyambut Halloween dikritik keras oleh peminat industri hiburan tanah air. Tidak sedikitpun melatah malah pelakon ini tenang dengan mengaku memuat turun gambar tersebut di laman Facebook miliknya untuk berkongsi dengan peminatnya.
"Saya ke party itu atas jemputan kawan dan hanya berpakaian mengikut tema. Dan bagi saya sambutan itu adalah satu perkara yang normal. Bukannya bila saya sambut Halloween, saya ikut budaya yang tak elok.
"Saya kongsikan dengan peminat sebab rasakan gambar itu masih boleh diterima dan tak adalah seksi sangat seperti yang diperkata. Lagipun semua perkara yang saya buat termasuk pergi bercuti dan makan bersama keluarga, saya akan letakkan di Facebook.
"Memang saya yang letakkan sendiri gambar itu. Saya tetap akan jadi diri sendiri.
"Dan ingin saya tegaskan Twitter dan Facebook bukan hanya tempat untuk meluahkan rasa yang indah, kadang kala saya juga melalui hari yang teruk dan menjadikannya sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Saya mempunyai hak untuk suarakan apa sahaja yang dirasakan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Dia Atilia yang menampilkannya sebagai teraju utama bersama Zamarul Hisham dan Almy Nadia.
Bagi Fasha semua yang berlaku adalah ketentuan tuhan dan hanya kesyukuran dapat dipanjatkan atas penghargaan yang masih ada walau sekelumit cuma
googel: fasha sanda facebook, fasha sanda twitter, fasha sanda seksi, fasha sanda bergaduh, fasha sanda menari, fasha sanda biodata, gambar terkini fasha sanda, nora danish facebook, nora danish twitter, nora danish bergaduh, nora danish seksi, nora danish biodata, gambar terkini nora danish, jejai fasha sanda, jejai facebook, jejai kahwin fasha sanda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment