Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, November 26, 2010

Aizat Rasa Janggal Tak Dapat Bersama AJL25

Artis Malaysia

Tidak terkejut mahu pun terkilan selepas gagal melangkah ke peringkat final Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) menerusi lagu Susun Silangkata, penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia, Aizat Hamdan sebaliknya, menerima keputusan tersebut dengan penuh redha serta hati yang tenang.
Begitupun, Aizat tidak menyangkal bahawa dia berasa sedikit janggal apabila tidak dapat bersama-sama rakannya di AJL25 nanti seperti yang pernah dilaluinya dua tahun berturut-turut.

"Saya tidak berasa kecewa kerana pada awalnya lagi saya lihat lagu-lagu yang bertanding ke peringkat separuh akhir semuanya hebat-hebat belaka.
"Cuma saya berasa agak janggal sedikitlah kerana sebelum ini selama dua tahun berturut-turut saya telah menyertai AJL bersama-sama dengan rakan-rakan lain tetapi tidak untuk kali ini.Namun saya menerimanya sebagai lumrah dan adat bagi sesebuah pertandingan.
"Kami bertanding pun sekadar untuk memeriahkan industri muzik hiburan tanah air dan tidak berniat untuk bersaing berlebihan sangat. Jadi saya akan tetap menyokong rakan-rakan saya yang telah berjaya ke peringkat akhir. Insya Allah, saya juga akan hadir ke malam kemuncak AJL25 nanti," jawabnya ketika ditemui selepas sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang semalam.

Aizat juga menafikan bahawa ketiadaannya sewaktu pengumuman lagu-lagu ke peringkat akhir pada Isnin lalu langsung itidak ada kena-mengena dengan dakwaan yang mengatakan bahawa dia sudah pun mengetahui keputusannya sejak awal lagi.
"Terus terang, saya memang tak dapat hadir pada malam itu. Kebetulan pada petang hari tersebut kaki saya terseliuh pula sewaktu sedang bermain bola sepak. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak hadir, tambahan pula malam itu saya perlu menghadiri kelas mengaji Al-Quran," jelas Aizat

Melihat antara nama-nama yang bakal bertanding ke peringkat akhir nanti, Aizat menjangkakan penyanyi dan komposer muda, Yuna mempunyai harapan yang sangat cerah untuk menjadi juara AJL25 kelak.

"Saya lihat Yuna seorang penyanyi yang success lebih-lebih lagi bagi tahun 2010. Tak mustahil dia akan menjadi juara keseluruhan bagi AJL25 nanti. Lagipun dia mempunyai bakat yang besar dan lagu Cinta Sempurna yang dipersembahkan itu sememangnya mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

" Kalau nak tanya Top 3 untuk AJL25 nanti, selain Yuna saya jangkakan lagu Selamat Malam dari Faizal Tahir dan lagu Pelita dari A.P.I akan turut tersenatai kerana lagu mereka sangat hebat dan layak untuk bergelar juara.

"Manakala Tomok pula saya rasa dia layak untuk menerima anugerah persembahan terbaik setelah melihat kelincahannya ketika dia menyampaikan lagu Berlari pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 25," tambahnya lagi yang kini masih lagi sibuk menjayakan rangka promosi albumnya, Urusan Aizat Hamdan

google: aizat facebook, aizat twitter, aizat gagal ke final AJL, aizat dah kurus, aizat seksi, gambar terbaru aizat, aizat artis malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...